Followers

AFB FEEDS

Tuesday, May 1, 2018

BAITI JANNATI | BANTU GOLONGAN ASNAF MILIKI KEDIAMAN SENDIRI

Assalamualaikum.
Selamat Hari Pekerja .. Hehehehe.. surirumah macam aku ni aci tak dapat bercuti juga ke kiranya?? Korang pernah tau tak program Baitti Jannati ? Meh nak story morry sikit... 

Baiti Jannati [Rumahku syurgaku].


 Siapa yang tak nak miliki rumah sendiri atau cukuplah sekadar mendiami rumah yang selesa, dilengkapi dengan perabot asas kan ? semua orang sudah pasti teringin. Bagi mereka yang kurang berkemampuan , terutama golongan asnaf, memiliki rumah sendiri adalah menjadi idaman dan pasti mereka tidak pernah terjangka dek akal untuk mendiami kediaman yang selesa. Almaklum lah..Harga rumah di Malaysia ni sememangnya agak mahal. Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan adalah satu program yang dilaksanakan sempena sambutan Hari Wilayah di bawah kluster inisiatif tanggungjawab sosial korporat iaitu inisiatif Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan. Ia adalah usahasama beberapa agensi di bawah stratergi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan , Celcom , Pavilion Kuala Lumpur , Maju Holding , Ekovest Berhad , JL99 Group , dan Tenaga Nasional Berhad. Ianya bertujuan untuk membantu golongan asnaf , secara individu atau keluarga dari golongan miskin tegar dan miskin bandar di Wilayah Persekutuan. 



                                             Sumber : FB Ekovest Berhad






Mereka yang terpilih di bawah program Baiti Jannati ini, bukan sahaja mendapat pemilikan kekal , bahkan menerima rumah yang telah dinaik taraf, melalui pembaikan kecil serta dilengkapi dengan perabot asas seperti set sofa , meja makan , almari pakaian , tilam , kabinet dapur , kipas , langsir ,serta barangan elektrik. 


     Lawatan : Keadaan serba daif di rumah PPR sebelum mendapat penajaan baik pulih  . 


Yang Dipertuan Agong Sultan Muhamad iV membuat lawatan kerumah golongan asnaf penerima inisiatif Baiti Jannati


Kriteria penerima bantuan Baiti Jannati

Para penerima yang dipilih menepati kriteria utama program ini iaitu miskin bandar yang mempunyai anggota keluarga Orang Kelainan Upaya, berpenyakit kronik, suami atau isteri yang telah meninggal dunia dan tanggungan anak yang ramai dan tidak mampu bayar sewa sejak sekian lama.

 Khusus untuk golongan miskin bandar yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).




Antara penerima bantuan Baiti Jannati










Hak milik rumah di bawah program ini akan dipindahkan kepada penerima terpilih dalam kalangan penyewa PA dan PPR sedia ada tanpa sebarang bayaran dengan syarat ia tidak boleh dijual melainkan diwariskan kepada ahli keluarga atau waris terdekat. Program ini adalah satu jalan penyelesaian dalam membantu dan menangani kemiskinan bandar di Kuala Lumpur kerana kita tidak mahu golongan ini terpinggir dalam arus deras pembangunan dan pemodenan bandar.


Diharapkan , melalui inisiatif ini , akan menambahkan keceriaan dalam kehidupan komuniti dan kesejahteraan rakyat dan diharapkan juga program bantuan seperti ini diperluaskan dan berterusan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. 




Wawancara bersama YBHG Datin Seri Utama Anggraini Sentiyaki dan YBHG Dato' Ibrahim Yusoff mengenai Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan  di siaran Selamat Pagi Malaysia RTM TV1.



Kredit sumber : 
- Kementerian Wilayah Persekutuan 
- Bernama
- Berita Nasional RTM
- Tenaga Nasional Berhad
- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
- Ekovest Berhad

#hebatkannegaraku
#ketuakampungkl

31 comments:

  1. Alhamdulillah. Dapat beraya dengan rumah baru satu kebahagiaan buat mereka. Syabas dan tahniah kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program ni

    ReplyDelete
  2. Banyak yang perlu dibantu..moga program ini akan berterusan

    ReplyDelete
  3. Bagus la program ni, membantu mereka yang betul2 memerlukan

    ReplyDelete
  4. Wah, bagusnya program macam ni...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. membantu sangat golongan yang tidak berkemampuan

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Semoga kemudahan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat. Khasnya yg duduk sekitar KL.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..bantuan yg diberikan ni sikit sebyk membantu mereka yg memerlukan...

    ReplyDelete
  8. program yang baik dan harap diteruskan ...

    ReplyDelete
  9. bagus program macam ini..kadang kita tak nampak dan tak jumpa pun siapa yang memerlukan bantuan sebegini..

    ReplyDelete
  10. Allahu... Moga program ni memberi keselesaan dan meringankan bebanan mereka.

    ReplyDelete
  11. Bagus ada program macam ne semoga di teruskan

    ReplyDelete
  12. bestnya program mcm ni..mmg patut diteruskan.membantu sgt selain dpt miliki rumah dpt baiki rumah lagi terbaiklah

    ReplyDelete
  13. KOS Untuk mendapatkan rumah yang selesa memang tinggi tapi dengan bantuan nih dapatlah membantu sedikit sebanyak

    ReplyDelete
  14. sekurang-kurangnya golongan asnaf ada tempat untuk berlindung

    ReplyDelete
  15. Hidup kat KL kalau tak ada rumah sendiri .. memang perit.

    ReplyDelete
  16. Oo.. ciktie tak pernah tahu pun pasal program ini sebelum ini. Gud info. Thanks ye

    ReplyDelete
  17. ada tempat berteduh, syukurrrr

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah, bagusnya program mcm ni

    ReplyDelete
  19. moga byk lg bantuan disalurkan bukan sahaja di WP tp sluruh negeri..

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah, ada yang sudi bantu semoga program seperti ni di teruskan bagi yang memerlukan

    ReplyDelete
  21. Bagusnya ada bantuan macam ni, sangat sangat meringankan beban

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah.. dengan adanya bantuan begini, hidup golongan yang tak mampu terbela... :)

    ReplyDelete
  23. Setiap keluarga impikan utk memiliki rumah sendiri kan :)

    ReplyDelete
  24. Sekurang kurangnya mereka ada tmpt berteduh.

    ReplyDelete
  25. harap dapat membantu mereka untuk dapatkan kehidupan lebih baik #hebatkannegaraku

    ReplyDelete
  26. Bagusnya ada bantuan untuk para asnaf.

    ReplyDelete
  27. Bantuan macam ni memang sangat berharga

    ReplyDelete
  28. Semoga nasib mereka terus terbela. At least dapat mengurangkan masalah gelandangan. Tak sampai hati tengok anak2 yang hidup takde tempat berlindung.

    ReplyDelete
  29. Bagus sangat kan inisiatif ni.. kurang sikit peratus gelandangan.. :)

    ...

    ReplyDelete