Followers

AFB FEEDS

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, April 28, 2015

KBBA : Blogger's Day Out Yang super duper Happening!!!


saban hari menanti KBDO dengan penuh rasa tazzabarr.. Akhirnya,hari yang ditunggu tibe.. Dapat juga menjoin kan diri ke KBDO walaupon pada mulanya merancang pergi berdua je dengan Irine. Tapi lega Gjul dapat cuti and join sekaki.. Kalau tak, tak tau lah macam mana nak handle anak dara sorang tuuu.. Mintak maap blogger2 lain, yang kena tarik tudung dengan anak dara ku.. 



Pukul 7 baru dapat keluar rumah dari Ampang. Since Irine mengamuk pulak dikejut.. Tak cukup tidur letteww.. Sampai je cyberjaya around 7 lebih.. Tak jauh sangat pon kalau nak diikutkan.. Tapi kompiden je aku bukak maps letak Tasik Cyberjaya.. Hahaha.. memang ke arah Tasik laa jawabnye. rupenya sudah terlajak.. mujur aku check balik lokasi.. Stop ball betul rasanya.. 

Sampai2 je, terus register kat kaunter pendaftaran.. Waktu tu, si comel Uzu & Kak Sue Izza yang jaga kaunter and aku terus bagi nama Yoorin.. Check2 nama tak daftar.. Ahh sudahhh.. Lupe rupenye waktu register bagi nama penuh seperti yg tertera di Ic.. kah!!! Malu jerkk.. 

Terima kasih untuk blogger blogger yang sudi mengkasi pinjam gambar sewaktu KBDO.. Sebab ada pulak certain picture dalam henpon sendiri tak memuaskan hati dan tekak sendiri.. mohon halal kan ye.. 





Selesai pendaftaran & ambik baju KBBA untuk program haritu.. Wah.. Sedondon semua warga KBBA. Paling comel bila anak-anak kecik seusia Irine pon dapat juga baju dengan logo yang sama. Wahh! kemain lagi kan.. Serap aura untuk jadi blogger laa nanti..



Request dengan angah size untuk gegirl 2 tahun... Nasib baik ngam ngam je Irine pakai

Walaupon bermula agak lewat , seperti yang dijanjikan , pendaftaran bermula jam 7-8 pagi. Tapi dengan aku aku skali terlewat sebab sesat. Almaklumlah.. Putrajaya & Cyberjaya ni banyak simpang 4 & traffic light. Kat traffic light je dah curi masa. Cis salah simpang nak u-turn jauh pulak tu.. BTW, alasan macam tu tak boleh diterima pakai ye .. Tehehehe

Upacara bermula dengan acara Aerobic. Tenaga pengajar Fatin Bella, Boni Kacak, Dan encik ST... Enjoy sangat. Lutut pon goyang ..Almaklumlah..lama tak bersenam and stretching bagai... Simple aerobic, but fun.. And anak2 kecik pon boleh ikut.. Irine tu pon sakan dia berjoget.. Hahahhaa..





Diikuti dengan bacaan doa & ucapan dari wakil KBBA (Lan Careno). Lepastu terus ke padang golf. 1st time lah ke padang golf untuk main golf. Sebelum ni kepadang golf sebab nak ambik gambar kahwin. Teruja pula dapat pegang kayu golf.. Unfortunately, pukul angin je.. Hahahhaa.. Memang takde bakat langsung nak bergolf! Harap gaya je lebih...







Belajar teknik dulu...




Amboii abg Ben punya gaya.. hehehe


Untuk harga bermain golf di cyberjaya, boleh refer disini.

Selepas tu, ramai ramai bergerak ke badminton court. Sudah tentulah bermain badminton. Tetapi versi Kelab Blogger Ben Ashaari laa. bukan beregu 2+2 ye. Tapi ni versi 6+6 dengan menggunakan 1 raket sahaja. Ko ghase? Pening mak jemah & pak meon masing-masing nak pas raket. Nak main pon kena ada stratergi.. LCW pon  belum tentu ahh dapat main macam ni... Ekekekeke.




Aktiviti tak berhenti kat situ je,abes je proceed terus ke litar go-kart. Mulanya aku macam tak nak main je walaupon dah isi nama. Tengok diorang main, kemain bawak laju-laju. Lama pulak tu..Entah berapa pusingan ntah.. Tapi main jugak laa sebab tadi masa badminton wakilkan Gjul je main. Sebab Irine directfeed. So , agak leceh laa kalau anak fully direct feed ni tak nak membotol... Sabo je lahh.. Haippp... Tapi bila dah kat atas trek tu.. seronok okey.. Laju jugak aku drive.. Bawak pon macam kereta auto kannn.Cuma kenalah pandai kawal stereng sebab takde power stereng.. Hahahaha... side mirror pon takde.. So memang bawak dengan keadaan awas laa..10 minit rasa tak puas langsung.. ! Nak lagi!!!















Gjul Beria tak nak naik. Tapi dah bawak tak puas katanya. Patut kena 1/2 jam... hahahmboiii.. ingat tokey litar ni bini dia ke...


Dah laa kompiden nak jadi 1st drifter.. Sekali last last no ke berapa entah.. Dulu kemain mat motor mat rempit.. Ni kat go-kart pon kena tapau.. wakakakkakakaka..

Ngam ngam je kat litar go-kart sehingga tengahari.. Lepastu terus rehat untuk makan tengahari dan solat. Terima kasih untuk Bayou Coffee house atas tajaan makan tengahari yang super sedap.. Tambahan lagi makanan ala-ala kampung dengan sayur lemak labu , sambal belacan & sambal mangga.. Pergh..terangkat beb.. Ni yang rindu nak balik kampung ni!




Ehemm.. Ni baru teaser untuk foodies ye.. Nanti aku up entry spesel part makan saje...

Terima kasih Yeos Malaysia atas tajaan minuman kesukaan ramai ni..


Usai solat, kami terus je gerak ke tempat paint ball. Weolls memilih rules team VIP dimana, seorang members akan memakai jacket . Kiranya kalau dapat tembak/ sentuh si pemakan jacket, game tamat... Huh..mencabar tuu.. walaupon bermain di kala hujan, warga KBBA, tetap tak patah semangat nak bermain paint ball. Mulanya ingat tak dapat laa nak merasa, since Irine bukan nak dengan orang.. Carrier pulak Gjul dah tinggal dalam kereta... Nak pi kereta, jauh pulak.. Nasib baik 2nd game Gjul bagi aku chance gantikan dia.. Hati excited okey nak main. Tapi sebenarnya penakut. Sumpah memang pentakut si Yoori ni.. Dah laa jadi defender Heleena. Tapi rasanya dia yang defend aku. KAHaks! Beghat okey senapang paintball ni... Akhirnya terkena tembakan di kepala.. Mak aii.. Bergegar otak aku rasa..Tak dapat bayang kan lah keberanian tentera menumpaskan pihak musuh.. Tu pon ada yang pertikaikan keberanian mereka. Allah.. sentap pulak rasa...













Senarai harga aktiviti yang terdapat di kelab Komuniti Cyberjaya. Harga memang sangat berpatutan walaupon dah ada GST.

Kiranya paintball ni acara penamat laa untuk harini.. Adehhh... Sedih pulak rasa.. Lepas je paintball, weollss balik ke lobi untuk acara penutup oleh Ben Ashaari dan GM Kelab Komuniti Cyberjaya. Yang paling best & ditunggu-tunggu mestilah sesi lucky draw. Walaupon takde luck , tetap dapat hadiah cenderamata dari KBBA..

Memang tak dapat nak dilupakan perasaan seronok bila join event macam ni. Betul Abang Ben cakap, dapat merapatkan silaturrahim antara suami & isteri lagi tuu.. Sebab pagi tadi dah bertekak dalam kereta sebab sesat kann.. Hahahaha. Insyaa Allah, kalau ada program sebegini lagi memang akan join.. Aku tak puas lagi nak berkenalan dengan blogger blogger lain..Habis je majlis sesi bergambar & portluck..





                  






Terima kasih bagi pihak penaja..

Cyberview Cyberjaya | www.cyberview.com.my
Yeos Malaysia | www.yeos.com.my
Stamp & Print Enterprise | www.stampprint.blogspot.com
Natalia |www.natalia.my
Monster Crazy Crunchy | Crazy Crunchy Official
Boyou Coffeehouse |Boyou Coffeehouse







Terima kasih jugak untuk abam sado Ben Ashaari yang jadi pujaan hati suamiku sebab menganjurkan event best and happening macam ni.. Tak lupa jugak kat para urusetia yang bertungkus lumus memastikan event ni berjaya.. TAHNIAH!!!!!


LOVE ,


KENGKONON BFF LAAA NI... ^_^













Monday, March 2, 2015

Hiking Broga Hills


Since lepas beranak ni, macam-macam plak aktiviti yang lasak ada dalam fikiran. Mampu nak buatnye belum tentu.. Waktu bujang belum kahwin tak pernah plak berangan nak buat ke hapa.. Kadang-kadang tu rasa macam dah sia siakan je usia muda aku.. *lap hingus*.. dah laa masa tak boleh diundurkan lagi kann.. Tapi tak pe lah.. Kita buat mana yang mampu sesuai dengan usia yg nak mengejar 3 series tahun depan.. 

Entah macam mana datang idea gila ajak Gjul pegi hiking Broga Hills! Aku dah laa tak pernah panjat bukit ke gunung ke.. Tak pernah langsung.. setakat jalan dekat trails yang mencabar macam sungai Kerling ke pernah laa. Hiking bukit / gunung jauh skali.. Nak nak tak pernah exercise langsung lepas abes study 4 tahun lepas.. Lama ke tidakkk..? Lemak pon dah tepu.. jangan kan pegi gym.. Exercise jogging pon tak pernah hokey.. Mentibe nak hiking.. 

nak naik broga aku dapat tido 1 1/2 jam je.. sebab sabtu kerja 1/2 day.. ambil anak, terus beli barang shopping grocceries.. malam plak ada open house MPAJ.. balik dari open house, tunggu Gjul balik pukul 12 malam, terus shoot pegi late supper then pergi downtown cheras.. balik 3 pagi.. tido sejam lebih..then pukul 4 setengah dah bangun, siap2 gerak pegi broga. around pukul 6 dah tibe broga.

Sebab tak pernah pergi ke sana dari Ampang, weolls guna google maps je.. mesti melalui tol batu 9..sampai ke semenyih. sampai tepat jugak laa waktunya. Sampai-sampai je memang full parking. Nak ambik gambar pon tak dan laa..pukul 6 pagi masih gelap gelita.. dengan tak bawak torch light! hahahaha.. my bad.. jalan dalam kegelapan.. Tak sangka wey..ramai gila yang pergi... Weekends katanya.. Sebab bawak Irine, memang kena siap2 direct feed dia betul2 kenyang sepanjang perjalanan. Aku takut jugak dia cranky kan tetibe.. Naya je.. 

Sampai je and tunggu kawan gjul, boleh pulak aku lupa nak stretching bagai.. Tak sedar diri lagi tuuuu dah bertahun berabad tak bersenam.. hahahaha.. main naik je.. Jangan kan 1/2 jalan, suku jalan pon aku dah tak larat.. ya Allah,.. beratnya badan ni nak naik bukit.. jalan berliku.. dengan gelap lagi kan.. mana lah nmpak sangat. Irine diam je dia.. yang kedengaran bunyi nafas mommy.. over tauuuu..ngalah kan orang semput.. banyak kali jugak laa berhenti sebab tunggu wanita gemoks ni berehat.. tensennn.. tapi ada jugak tu orang siap nangis2.. me tak laa..cuma dok mengeluh penat.. dalam hati nak je patah balik.. tapi bila pikir balik, lg kesian Gjul carry anak yang berat 10kg.. mampu je dia.. Aku memang jenis tak mengalah macam tu je.. macam dulu masa nak beranak pon rasa nk give up jugak, rasa nak suruh CZER je..tapi memikirkan my biras, yang kecik and slim boleh keluarkan baby 3.6kg normal, y not me?? 

dekat 30-40 minit jugak laa nak naik ke puncak tuu..tu pon Gjul memang bagi support siap kelentong aku "5 meter lagi.. dah nak sampai ni..."  tapi tak sampai2 pon..ingat aku ni budak tadika nak kelentong?? pfftt... Memang agak mencabar..dah sampai tapi macam dah nak sunrise..so irine dah nampak mommy die terus mengada!! hadoiii..x memasal kena nip tepi lereng bukit 70-80 darjah hokey! curam gile.. nak tengok bawah pon takut.. .. terpaksa laa menetek kejap.. Tapi bila condition dah okey, aku dah nak sambung naik lagi ni, sebab tinggal naik dalam 20 langkah 6-7 meter je lagi.. Gjul plak tak kasi.. Sebab dah terang.. Gjul ni dia ada syndrom takut ketinggian.. Automatik lutut dia menggeletar bila tengok kebawah.. sebab tu weolss pegi pagi2 & gelap..sebab tak nampak bawah.. hahhahahaa.. tak dapat laa touch down betul2 400meter dari paras laut.. huh! tapi tak pelah..dapat jugak sampai ke puncak.. sapa sangka kann..perempuan gemoks mcm aku, yang x exercise bertahun tahun sampai ke puncak broga? nampak mudah la bagi yang biasa.. aku tak biasa lagi.. 

Spam gambar ciked ..


                                           
Morning view... tak pernah tengok sunrise dari atas bukit... 





muka macam orang tak mandi pagi je.. kekekeke.. memang pon.. hahahhaa

Walaupon tak mandi lagi.. tapi tetappp ayu.. uwekss..


2 beranak yang berangan ntah apa.. acah acah je ni..

Dah macam apa entah Irine kat belakang ayah dia.. Redha je lah nak... 

Perempuan gemoks bersama suami & anaknya..


You see.. betapa mudah nya babywearing... ^_^ Gjul je ada chance carry anak.. isteri tak diberi langsung peluang.. puihh


Kami dah nak turun.. depa baru nak naik.. tnggu turn.. jalan memang curam & licin... Silap langkah memang boleh tergolek ke gaung..



Baru turun sekejap Irine dah tertidooo.. selesa betul dia dalam SSC Onya...




Gambar Gjul je lah banyakkkk... T_T




Actually weolls hiking ber-5 termasuk Irine.. kawan 1 tempat kerja dengan Gjul..





Dah sampai bawah baru nampak signboard ni.. laaaaa... 1.7km je.. 400m kalau bukit broga tu dalam keadaan landai.. tapi kurasa macam dah 50km je.. hahahaha.. masa sekolah dulu steady je rentas desa 10km.. nampak tak faktor usia.. LOL...




Tp before aku pergi ada jugak laa dulu google2 pasal Broga.. cantik.. Hijau je.. sekali aku datang, coklat dahh.. broga terbakar rupanya.. i'm not sure laa either dibakar , terbakar @ disebabkan cuaca yang panas terik sekarang ni.. 


Dari puncak bukit Broga, turun , mommy pergi breakfast, balik rumah , sampai ke 1 petang dia tak bangun2 hokey.. betul2 penangan penat gile.. hahahaha..tp mommy terpaksa kejut sebab ada aktiviti lain nak kena buat.. bila dah terpaksa dikejutkan , memang mengamuk laa dia tak puas tidur... 



 for Sure laa.. sebab aku carry Irine yang baru 13 months old naik bukit macam tu , agak membahayakan.. Lagi2 aku laki bini tak pernah ada experience & training naik panjat bukit.. mesti lah ada mulut2 yang mengata... bak kata Gjul "kalau berjaya sampai ke puncak, & turun dengan selamat, memang orang akan salute.. tapi if anything happen, memang kompem kena kutuk kaw kaw"... neway dear, for sure Irine bukan lah baby pertama kot yang dapat naik ke puncak bukit.. Just google "Hiking With Baby" nanti bersepah gambar parents yang bawak anak pergi hiking..Tetibe aku macam dah gian pulak nak naik bukit / lalu trails yang best sambil carry anak.. Tapi kena cari info & maklumat dulu lah either that place sesuai @ tak nak dukung anak kannn.. 


Ada sesiapa selalu hiking tak? boleh laa drop comment and bagi suggestion okey.. ^_^ me dah meroyan plak do this activity.... Fun gile plus rasa awesome mommy walaupon bukan aku yang dukung anak pon.. muahahhahaa....