Followers

AFB FEEDS

Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Thursday, March 24, 2016

Bayar Balik PTPTN Sebelum Disenarai Hitam

Assalamualaikum..

Semalam kecoh juga kat dalam group Whassap tentang blacklist PTPTN. Rata-rata kawan aku pon ramai jugak dah kena blacklist. Aku pon opcoz laa cuak kan.. Kelam kabut terus check nama aku dah blacklist ke belum. Almaklumlah..buat bayaran pon loncat-loncat.. hahahaha.. Takut jugak lah kan..Ptptn sekarang makin drastik je nak blacklist orang..hehehe..Nama pon pinjam kan..   Bagi korang yang nak semak nama disenarai hitam sebab PTPTN boleh semak kat sini k...



1) Pergi ke laman web PTPTNbayar balik PTPTN


Klik gambar ke tiga untuk semakan senarai hitam

2) Isi maklumat yang dikehendaki

bayar balik ptptn
kat form ni dia mintak No IC, No telefon & emel.. Isi je lah..tak yah takut kalau diorang cari uolss ke lubang cacing sekalipon.. Dari menaya tak boleh ke luar negara sebab black list kann.. kasi laa clear dulu.. 


3) Pautan ke senarai hitam jabatan imigresen

bayar balik ptptn

klik logo imigresen tuu.. nanti akan muncul laman sesawang Jabatan Imigresen Malaysia & minta no kad pengenalan. Isi je tau.. 

pastu, klik semak..


4) Keputusan senarai hitam

dah masukkan IC, akan keluar pulak keputusan sama ada, ada halangan imigresen ataupon tidak.. 


buat masa ni , aku takde lah halangan lagi.. bagi yang blacklist akan terpapar keputusan macam ni..

Tak payah nak rujuk ke imigresen.. Terus ke hotline PTPTN laa..sebab korang pon dah tau sebab apa blacklist kan.. bawak berbincang dengan staff.. Rata-rata kawan aku cakap diorang akan minta kita buat bayaran minimum untuk clearkan blacklist. Tapi pandai-pandailah mintak pengurangan.. Sebab ada staff diorang mintak 50% dari jumlah pinjaman.. Matilanakkk..


Bagi yang takde halangan tu, tapi tak pernah bayar lagi, aku rasa better korang bayar je laa dari dikenakan sebarang masalah kan.. bayar lah sikit2, janji bayar.. 

Macam mana nak bayar pinjaman PTPTN?
Boleh ikut jadual ni.. 






Aku buat bayaran secara online je.. melalui website PTPTN E-Fes.. Senang..Rasa nak bayar sebulan 2 kali pon sukahati mak pak aku..  Ada laa sedikit charge.. tapi xde lah banyak pon.. Make sure bayar sebelum 27 haribulan setiap bulan.. Sebab diorang akan update tarikh tuu.. 

untuk buat pembayaran ni selalunya dia akan minta no kad pengenalan & no Pinjaman PTPTN... bagi korang yang dah hilang no pinjaman tu boleh je mintak kat hotline ptptn . Aku malas nak call call ni.. Cara mudah aku direct message je kat Twitter PTPTN.. 

Cara nak Dapatkan nombor pinjaman PTPTN 


nombor pinjaman ptptn
tweet handle ptptn : @twitptptn


Senang kann.. So, jangan lah lengah lengah kan pembayaran PTPTN ni..memang tetap akan dicari sampai kelubang cacing.. aku pon rasa dah boleh laa buat bayaran secara tetap setiap bulan.. Tak nak dah loncat-loncat.. serik...



Tuesday, March 22, 2016

Tutorial | Nak Letak "Sticky Post" di Blog (Blogspot)

Assalamualaikum ..

Senang je nak buat sticky post ni.. Selalunya nak buat sticky post atau entri melekat kat 1st page ni bila waktu kita nak buat segmen / giveaway ke atau sebagai entry reminder pon boleh.. Kadang ada jugak entry berbayar yang nak kita tepek entri tersebut dalam jangka waktu tertentu.. So, bila reader bukak blog kita, dia perasan lah.. ehh.. ada giveaway laa.. sempat lagi nak join ni.. tak payah laa susah2 reader nak bukak satu-satu page, nak cari kita punya giveaway tuu.. Kiranya entri tu penting jugak lah.. Jangan risau.. seperti yang diperkatakan, hanya dalam waktu jangkamasa yang kita sendiri tetapkan.. Bukan lah seumur hidup.Kita yang buat dia.... ... Nanti, bila kita buat entri lain yang baru, automatik entri tersebut akan jadi entri yang kedua.. Okey.. Jom mulakan tutorial sekarang.


Kebetulan ada nak buat entry melekat. So boleh la guna pakai tutorial ni.


Tutorial | Nak Letak "Sticky Post" di Blog (Blogspot)

Langkah pertama selepas tulis entry, aku terus je publish entry macam biasa. Lepastu back ke post dan edit entry tersebut.



Next, Pilih "publish on" . Click situ. Then pilih "set date & time"  Pastu edit laaa jangka waktu berapa lama kita nak jadikan entry tersebut sebagai "stick post". Contohnya sehingga 24/3/2016 @ 1700 hrs.
Tukar je.. 



kemudian click done! haa.. simple.. tu je .. senang kan!! automatik entry tu tetappp melekat di 1st page atas sekali..


Selamat mencuba! 






Wednesday, September 30, 2015

Tamatkan Riwayat "Auto Play Video" Di Facebook

Auto Play Video Di Facebook

Semak dan rasa annoying kan kalau tengah scroll kat Timeline boleh pulak video autoplay.. Perabih data je.. Dah laa data ciput.. Lagi satu , tertengok pulak video yang kejam,penggal2 siat2 kulit manusia tuu.. tak nak tengok , tapi dah auto play..tertengok laa jugak walaupon sekitar 4-5 saat.. Nak muntah betul rasa..

Solusinya aku gigih jugak laa cari camna nak matikan auto play yang semak ni...
Nah...kalau korang rasa semak, boleh cuba tutorial bawah ni ye.

Tutorial hentikan Auto Play Videos di Facebook (Desktop/laptop)


Pilih bahagian settings.




kemudian pilih videos


kemudian akan keluar paparan seperti di atas.. klik button default/ on pastu off kan je..senang.. 


Tutorial hentikan Auto Play Videos di Facebook (talefon)



Pilih bahagian menu. Lepastu scroll kebawah sampai jumpa bahagian HELP & SETTINGS



Akan ada paparan seperti di atas. Pilih apps settings



Pilih bahagian video play automatically. Kalau on, korang boleh laa pilih off seperti dibawah ini.. 




Semoga ia bermanfaat untuk semua.. adios!