Followers

AFB FEEDS

Saturday, November 19, 2016

TIPS DIAPERLESS IRINE SEBELUM DIA 3 TAHUN

Assalamualaikum..
Bulan depan 28/12, Irine dah menginjak usia 3 tahun. Tak sangka jugak berjaya diaperless dia sebelum.usia 3 tahun. Lama dah aku rancang tak nak kasi dia pakai pampers dari masa aku pantang kan Wafiy lagi. tapi gagal.. tu pon 2 hari je.. asyik kencing & berak kat spender je.. hahaha.. mommy pon give up dan malas.

Entah macam mana 28/10 tergerak hati aku nak cuba lagi sekali .. kali ni mommy kena struggle lah kalau dia kencing dalam.seluar pon kena tabah.. 



Hari pertama :

- Memang mencabar. Selepas mandikan dia aku dah cakap kat dia.. " Irine..ni mommy tak pakai kan pampers.. kalau kakak nak kencing @ berak..bagitau mommy tau".. Dia pon jawab.. "alaa.. nanti oyin kencing".. aku pon jawab.. " tak pe..kakak cakap dengan mommy..nanti mommy bawak pergi toilet".. dia pon jawab.. " okey mommy".. tapi..tak sampai setengah jam.dia dah kencing dalam.seluar..grrr.. nasib x kencing kat tilam ke kat karpet ke.. naya je.. tapi.lepas tu setiap 1 /2 jam lah aku tanya nak kencing tak..nak berak tak..hahaha.. dia jawab tak nak pon..kali ke 2, kali 3 kencing dengan berak dalam seluar.. waaa!!! rasa nak give up dahhh.. opcoz lah termarah dia.. hahaha..mak tak sabar dah.. 

Hari ke dua :

Lepas mandi pagi tu.. aku pesan ulangan yang sama.. nak kencing ke yak yak ke bagitau mommy.. tapi haritu dia menangis nak pakai pampers.. takut.aku marah lagi mungkin.. " oyin nak pepes mommy.. nak pepes".. adoii.. sebak pulak rasa.. tapi kena kuat lah harini.. kalau dia terkencing ke terberak ke aku tak boleh marah.. sebab dia dah berusaha.. maka aku pon kena lah berusaha jugs tahan marah.. kalau tak sampai bila kan.. macam hari.pertama..dia terkencing lagi dalam seluar
. fuhhh.. kat bilik.. dia dah bagitau dah nak kencing.. tapi tak sempat sampai toilet ..hahaha.. masa aku tukarkan baju dia tu..aku bagitau dia..xpe kakak.. nanti akk bagitau k kalau nak.kencing @  berak..macam tadi tau.. dia jawab " okey mommy.. nak beyak , nak tencing cakap kannn??".. okey.. alhamdulillah.. hari ke 2 tu sekali je laa dia terkencing.. seterusnya dah okey.. dia cakap..tiap kali dia bagitau nak tencing, nak.yayak tu..memang aku dengan dia berlari2 pergi ke toilet.. hahaha..suka dia..dia ingat macam main.. 

Hari Ketiga :

Hari ke tiga pon alhamdulillah..aku keep bagitau laa nak kencing nak beyak bagitau macam semalam tau kakak.. xpe.. mommy tak marah.. okey..dia bagitau.. tetiba mak aku ajak pegi berurut pulak.. nampak gayanya kena keluar..dalam.hati adeh..risau pulak laa..dia terkencing dalam.kereta..ingat nak pakai kan dia pampers jugak.. tapi pikir balik.. tak pe lah.. cuba ..kita cuba jugak kali ni Oyin.. 😄..  sebelum pergi aku bagi dia minum air masak segelas.. so x sampai 10 minit tu dia pon kencing sebelum keluar rumah.. hehehe.. so sepanjang perjalanan & kat rumah tukang urut tu dia x laa kencing.. tapi kena sentiasa tanya jugak tu.. risau terkencing kat rumah orang.. Alhamdulillah.. berjaya.. kat rumah orang tu dia dah makan & minum..so dalam.kereta tu risau jugak kan.. nasib abah aku berenti kat petrol pump.. then tanya dia kakak nak tencing ke.. dia pon..haah.. nak.. fuh.. lega..kira hari ke tiga pon berjaya.. walaupon kat luar.. hari ke-4 pon dah berjaya & officially lah dia diaperless.. syukur rasa. dapat jimat beli pampers kan.. cuma malam nak tido masih lagi pakai pampers.. kadang siang dia mintak pakai pampers juga.. aku cakap pampers habis.. ayah belum beli lagi..hahahaha..sedikit tips mudah untuk ajar anak tak pakai pampers:

Tips Anak diaperless

1- Pastikan anak dah pandai cakap. kalau tak pandai cakap lagi susah jugak.. huhu..kalau tukarkan pampers @ cebok anak tu bagitau dia..ni beyak..ni kencing.. 
2- kerap ajukan soalan "nak kencing tak? nak beyak tak?". agak kalau dah 1/2 jam tu tak berak @ kencing bawak je pergi toilet.. cangkungkan aje.. kang dia kencing laa.. budak2 ni dah biasa pakai pampers, so dia biasa kencing berdirilah..baringlah.. tak biasa lagi.. takpe..kita biasa kan.. 
3- kadang kena mentipu juga ..bagitau pampers dah habis..ayah belum beli..takdak duit beli pamperz..hahaha.. 
4- aku dah 4-5.hari tu irine dah diaperless aku belikan seluar pendek spender tu yang disney punya sebab dia suka frozen..okey.. takpe.. 2 helai rm20..lebih mahal dari spender mommy.. 😅😅 xpe lahh..dah jimat kan beli pampers..apa salah nya.. 
5 - jangan bagi anak2 yang diaperless ni pakao seluar.jeans lah butang2 lah.. susah nak bukak.. bagi yang senang nak bukak.short pants ke, spender je ke.. kat rumah kan.. xyah laa bagi yang menyusahkan nak bukak..bagi yang senang dia bukak & pandai pakai sendiri.. sedikit sebanyak dapat ajar dia pakai sendiri kan.. sebelum ni.Irine x pandai bukak @ pakai seluar sendiri..ni dah pandai.. kadang terbalik jugak ..hehehe..
6- mindset parents jugak.. jangan give up!! NEVER!! .. Walau anak terkencing ke terberak ke jangan berundur.. itu satu motivasi & ajar kita bersabar dengan kerenah anak.. kalau harini tak pakai..esok pakai..lusa tak pakai.. memang susah nak menjadi.. lagi satu ..jangan marah lah.. sabar je.. tu kan proses pembelajaran diorang.. akan gagal sehari -2 tu.. kena target dalam seminggu sekurang-kurang nya..
7- Bila dah berjaya..jangan lupa reward anak-anak anda.. sebab itu salah satu kejayaan jugak tauu.. susahh okey nak putus pampers..hahaha..tapi kena lah bagitau.."ni hadiah tau kakak..sebab kakak dah tak pakai pampers mommy belikan".. aku belikan dia baju Kiki Lala.. hahaa.. ya.. nak bagi hadiah kat budak2 ni aku memang jarang bagi dia pilih..compem2 lah dia pilih mainan..hahahaha..biar aku pilih sendiri.. puas hati.. dia pon pakai kann.. 

Okey..itu je sedikit tips yang dapat aku bagi... aku rasa tips yang letak cicak la..letak lipas dalam.pampers tu tak rasional langsung.. budak2 ni bukan tak bijak.. lagi nak takutkan dia.. tu yang sampai ke tua takut lipas..hahahahah... 





Friday, November 11, 2016

Minyak Herba Asma Mujarab | Pastikan Ori Baru Beli

Minyak Herba Asma Mujarab



Rasanya, semua tahu kan minyak multipurpose yang famous amos ni? Penawar sakit semput , lelah, selsema, batuk berkahak, sakit-sakit otot,  gatal akibat gigital serangga dan banyak lagi.
- Proses penghasilan MHAM ini adalah secara tradisional dan ianya telah melepasi ujian Pusat Akta Racun Negara dan bebas dari sebarang Bahan merbahaya. 
- MHAM ini adalah Original dari Pakcik Lebai sendiri. Ia tidak pernah diproses dari kilang bertaraf GMP atau di R&D semula dibawah Syarikat Sdn bhd. " Ini kerana ingin menjaga kualiti ramuan herba rahsia warisan turun temurun.
- Walaupon ianya Homemade tetapi sudah mempunyai puluhan ribu testimoni yang yakin akan keberkesanan MHAM.
- Botol yang kecil, mudah dibawa kemana-mana.. Ye lah.. kadang kecemasan berlaku tidak kira masa dan tempat. Bila kita tak memerlukannya, mungkin orang lain memerlukan nya kan.  Lagipon kebanyakkan ahli keluarga aku sendiri rata-ratanya memang "keluarga semput"..hehehe....


Cara Penggunaan MHAM Secara Berkesan

Mudah sahaja.. buka penutup botol. dan calit sedikit di tapak tangan. kemudian sapu didada, belakang badan, tengkuk, leher, hidung @ tempat yang mengalami luka.. Urut / sapu sehingga rata.. MHAM tidak panas tetapi rasa berangin dan sememangnya melegakan.



Testimoni Pengguna Minyak Herba Asma mujarab

Memang mudah untuk dapatkan testimoni pengguna MHAM, kerana yang mengamalkan produk ini lebih puluhan ribu pengguna. memang ramai yang yakin akan keberkesanan MHAM selama ia berada dipasaran bukan sahaja di Malaysia, malah, Singapura, Brunei dan Indonesia juga.  Disini, saya kongsikan beberapa testimoni pengguna MHAM.


Original mham, penawar semput, senggugut

Testimoni 1


Penawar semput, sengugut, mhAm ori
 Testimoni 2


Penawar semput, ubat semput, mham ori
 Testimoni 3

Penawar semput, ubat semput , mham ori
Testimoni 4


Mham ori , testimoni ori mham
Testimoni 5

Untuk testimoni yang lain dan lebih diyakini boleh ke facebook page Minyak Herba Asma Mujarab. banyak testimoni bergambar dari pengguna2 MHAM. 

 Perbezaan Original MHAM dan FAKE!!

Minyak Herba Asma Mujarab tak terlepas dari produk ciplak yang berleluasa di pasaran dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Ingin sekali ditegaskan bahawa MHAM tidak menukar label mahupun penjenamaan semula. Untuk membezakan produk original dan fake adalah hologram dan beberapa ciri lain seperti gambar dibawah;


Fake mham , pastikan ori baru beli

Perbezaan perkataan dan ejaan.

Fake mham

MHAM original tidak mempunyai logo dan terdapat perbezaan gambar di botol.



Pastikan ori baru beli





 Cara mengenalpasti MHAM original

Setiap botol keluaran MHAM original mempunyai hologram yang akan ditampal di bahagian belakang botol. 

Scan QR Code di belakang botol MHAM dengan menggunakan smartphone anda. setiap label hologram mempunyai no siri yang berlainan. Hanya perlu ke laman web www.herbaasma.com dan aplikasi ini akan mengesahkan sama ada ia adalah original atau pon tidak.


- pengenalan visual.
- pengesahan melalui talefon.
- Pengesahab melalui cahaya.


Video Penerangan Tentang MHAM



Harga MHAM

Harga Minyak Herba Asma Mujarab yang original ialah RM39.00 tidak termasuk postage ya.. sememangnya terdapat harga yang lebih murah dipasaran luar.. TETAPI AWAS!!! Dikhuatiri ianya Palsu dan tidak berkesan. Siapa yang rugi?? Dapatkan dari stokis dan agen yang berdaftar sahaja. Atau bolej hubungi
Nombor telefon HQ  En. Hafis 013 480 6787(Bahagian Pemasaran) & Puan Nurul : 017 6239935 ( Produk Owner)  

Sekali lagi ingin ditegaskan.."PILIH YANG ORI BARU BELI".


#minyakherbaasmaoriginal #herbaasma #Herbaasmamujarab #minyakasma #minyakasmaoriginal #penawarasmamujarab Penulisan artikel boleh dilakuka