Enchanteur 24Hour Moist Perfumed Body Lotion
Amboii.. Heading dia.. Kemain.. Betul ke tahan 24 jam ni? wow..wow..wow sangat.. Betul sayang-sayang semua. Tak tipu. Losyen baharu dari Enchanteur 24 Moist Losyen Haruman Badan ni yang
dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan
losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap,
muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari.
Kalau nak tau, aku dah guna losyen Enchanteur semenjak dari bangku sekolah menengah lagi. Lagipon aku suka, sebab losyen ni tak melekit dan berminyak, so ,memang selesa lah nak pakai sepanjang hari.
3 Variasi dari Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion - Charming, Romantic &
Alluring
ENCHANTEUR
Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)
• Wangian
yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui
gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan
Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang
pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.
• Aroma
keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan
Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta
sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan
Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan
Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai
menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh
dengan keajaiban.
ENCHANTEUR Alluring
(dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)
• Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si
gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion
Fruit, meresap jauh kedalam haruman
Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver-
mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.
Dapatkan koleksi Enchanteur 24H Moist Body Lotion Sekarang!
Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan hanya RM11.90 sebotol termasuk 6% GST adalah sangat berbaloi untuk dimiliki. Korang dapat kan laa cepat tau kat pasaran.. Boleh sentiasa wangi.. hehehe..
Untuk maklumat lanjut berkenaan produk ;
Website : www.enchanteur.com.my
Facebook.com : www.facebook.com/EnchanteurMY.
No comments:
Post a Comment