Followers

AFB FEEDS

Saturday, March 31, 2018

Sahut Cabaran Bebas Jerawat 14 Hari EUCERIN® ProACNE Solution A.I Clearing Treatment

Assalamualaikum!



Faktor kehadiran jerawat 



Rata-rata remaja dan orang dewasa mengalami masalah jerawat atau acne di wajah tidak kira lelaki atau perempuan. Terdapat banyak faktor mempengaruhi masalah kehadiran jerawat yang tidak diundang ini antaranya seperti :

1. Perubahan hormon sewaktu akil baligh .
2. Jangkitan kuman pada liang roma.
3. genetik.
4. Penggunaan kosmetik berlebihan dan berminyak yang menutup liang roma .
5. Tidak membersihkan wajah dengan bersih.
6. Penggunaan ubat ubatan yang menyebabkan hormon tidak stabil.
7. Alahan wanita mengandung. 
8. Pemakanan .
9. Datang haid

Masalah jerawat ini boleh menjejaskan penampilan dan sekaligus mengurangkan keyakinan diri terutamanya gadis dan wanita yang juga boleh menyebabkan masalah tekanan emosi.  Sekiranya masalah jerawat ini tidak ditangani, ia boleh jadi lebih melarat dan makin teruk. 


Faktor Alahan mengandung



Aku memang agak jarang ada masalah jerawat. Paling teruk pon hanya diwaktu alam persekolahan. Jadi bila jarang ada jerawat, memang tak ambil pusing sangat tentang produk untuk membanteras jerawat. TETAPI!! Paling teruk bila mengandung. Dua kehamilan sebelum ini pon memang alami masalah jerawat kecil kecil.Yang lucunya di tempat yang sama. Tak terkecuali kehamilan ke tiga ini pon aku ada alahan jerawat. 
Nak guna produk tempatan bukan tak yakin. Bahan bahan nya diragui, dan mungkin bahaya untuk aku yang diawal kehamilan ni. Makanya aku nak sahut cabaran bebas jerawat 14 hari dengan hanya menggunakan Eucerin® ProAcne Solution yang diyakini diseluruh dunia kerana ia produk dermo-kosmetik.

Kenali EUCERIN® ProACNE SOLUTION A.I CLEARING TREATMENT



Eucerin® salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja menyuburkan kulit,malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin® ProACNE Solution A.I Clearing Treatment. 

Ia merupakan krim pelembab untuk kulit berminyak dan memang sesuai lah untuk aku. Ia direka untuk membersihkan pori yang tersumbat , mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat di samping mengekalkan kelembapan kulit. 

Ia diformulasikan dari 3 bahan aktif yang terbukti berkesan iaitu;
1. 10 peratus Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu  AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati.
2.  Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah.
3. Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.



Cara nak memakainya pon mudah. Hanya pakai diwaktu pagi dan waktu malam sahaja. sekali picit je tube dah memadai untuk meratakan keseluruh wajah. Memang mudah dan menjimatkan. Bila pakai rasa lembab moist je kat kulit.  

Pengalaman sendiri menyahut cabaran bebas jerawat 14 hari dengan EUCERIN® ProACNE Solution A.I Clearing Treatment

Disebabkan memang dah lama tak menggunakan sebarang produk skincare kecuali pencuci muka, maka aku hanya ambil tempoh 3 hari je untuk detoks kulit wajah. Disini dari gambar sebelum memang jelas nyata kehadiran jerawat tanpa diundang tu.Selain masalah jerawat, kulit wajah aku memang jelas kusam, tak bermaya.




Selepas penggunaan 14 hari jerawat hampir pudar walaupon ia masih ada. Almaklumlah.. Jerawat alahan mengandung ni memang degil. Tapi aku tetap berpuas hati.. Sebab kulit rasa lebih lembut, dan nampak lebih cerah. Haippp..gambar ni aku tak guna sebarang filter dan tak pakai foundation & bedak tau.. hehehehehe..



video unboxing dan perjalanan menyahut cabaran bebas jerawat.


JOM SAHUT CABARAN!

Korang yang berminat untuk sahut cabaran bebas jerawat 14 hari Eucerin® ProACNE Solution A.I Clearing Treatment boleh sertai langkah mudah dan menangi hadiah yang lumayan tau. Hanya  dengan 2 langkah mudah;

1. Langkah pertama : Ambil gambar sebelum (hari pertama) dan selepas penggunaan (hari ke 14) krim ini.

2. Langkah ke-dua : Poskan gambar sebelum dan selepas penggunaan dan kongsikan pengalaman anda menggunakan produk ini dihalaman facebook beserta #EucerinProACNE. Jangan lupa set kan ke PUBLIC ya. 

Hadiah utama  : Produk Eucerin bernilai RM5000
Hadiah tempat ke dua : Produk Eucerin® bernilai RM2000
Hadiah tempat ke-tiga : Produk Eucerin® bernilai RM1000

Cabaran ini bermula dari 1 April sehingga 30 Jun 2018. Jadi sempat lah untuk bebas jerawat di hari raya nanti.. Chewahh...!! Korang boleh dapatkan produk  Eucerin®  ProACNE Solution A.I Clearing Treatment ini di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62.00


Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web dan facebook Eucerin® ;

Laman web : Eucerin® Malaysia

Facebook : https://www.facebook.com/EucerinMY



Pencarian Bloglist April 2018 by Aerillhassan

Assalamualaikum


Pencarian bloglist bulan April 2018 bagi blog https://aerillhassan.blogspot.my/ bermula 19 Mac 2018sehingga 31 Mac 2018. Bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Semua blogger dijemput untuk sertai pencarian ini.

Cara-cara untuk sertai :-

1. Follow, Add to Circle dan Like
2. Masukkan blog https://aerillhassan.blogspot.my/ ke dalam bloglist anda.

3. Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist April 2018 by Aerillhassan

4. Copy Coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

15 blog bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist blog Aerillhassan. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 April 2018.

Sekian, terima kasih.