Good morning evelibadi..Welcome to dapur Yoorin.. Harini ada segmen masak-masak pulaks.. Harap anda terhibur dengan segmen aku ni erk..
Minggu lepas, waktu beli groceries, ada ternampak sebijik buah ke sayur ke, aku tak tahu lahh.. Bila aku tanya Gjul, dia pon tak tahu.. nama je chef.. cheehh.. rupanya ada laa macam bawang putih macam tuu..Oleh sebab tak tahu, lalu aku pon berlalu sepi.. hehehe
Mentibe, kat timeline facebook, ada sorang friendlist aku dok update buah / sayur yang menjadi 1 juta persoalan dalam minda aku.. Tergerak laa tanya, ni buah apa.. Sebab cara dia bercerita macam sedap je kannn.. Ngaku katanya.. Sedap sangat kalau dibuat kerepek.. Aku notice words "SEDAP" & KEREPEK" je.. sebab aku ni kalau perkataan sedap memang laju je nak cuba.. Pantang betul. Kalau kerepek tu, adoi, rindu pulak kat my hometown.. Sebab aku dah tau mana nak cari, sakannn laa pi Giant, beli Ngaku .. Excited sangat nak buat kerepek.. entah ada masa ke tidakkk..
Ni lah buah ngaku. By the way, aku tak confirm lah ni sejenis buah @ sayur. Nama english dia Arrow Head. My chinese friend plak bagitau yang ni sejenis sengkuang kecik dari China. Memang ada kat Malaysia setahun sekali je.. Especially dah nak raya cina ni kann..
Bila aku upload kat instagram, ramai pulak laa yang bertanya.. Hiks! nak jawab pon tak tahu, sebab baru 1st time nak mentry makan...
Aku beli tak banyak.. Lagipon Sebab 1st time nak try..kang tak sedap, tak kena dengan selera aku camna?? Rugi laa pulak.. Lagi 1, sebab tak de label harga langsung kat bakul buah ngaku ni.. Sebab aku rasa buah ni setahun sekali je mai sini, maunya tak 30-40 ringgit sekilo kann.. naya je.. So, nak selamat, ambik sikit je dulu.. Takde lahh mahal sangat pon.. Sekilo RM3.88 je.. ahahhaa.. xpe lahh..we try first. Kalau okey & sedap , kita beli lagi..
Balik rumah terus kupas kulit.. Memang tekstur nya macam sengkuang cina.. kulit nipis. Mudah laa nak kopek kulitnya..
Dapat laa 1 mangkuk eskrim marigold.. Macam sikit jerkk...Rilex.. jangan tamak-tamak okeyy.. . Lepas dah kopek kulit, cuci bersih-bersih..
Dan boleh laa mulakan dengan aktiviti menyagat.. aku beli sagat ni,dah lama, tapi 1st time guna.. So, dia punya pisau agak tajam.. Memang seriau jugak lah nak guna kan.. Dah laa buah ngaku ni kecik.. so, aku sagat ikut suka aku je.. hiks!
Okey laa..dapat juga penuh 1 bekas ni..
Lepastu, panas kan minyak, and goreng.. Sebelum tu sediakan semangkuk air garam.. Aku renjis renjis je nak bagi rasa masin sikit.. Untuk Irine aku tak de laa boh air garam tuu..
Kena jaga , sebab cepat jugak bertukar warna.. Rasanya macam goreng kentang..
Cepat sikit skip tengok gambar kuali aku ni yerkk.. buruksss sangat.. hahaha..
Agak agak dah kekuningan keperangan tu dah boleh angkat... sediakan bekas dengan tisu untuk serap lebihan minyak..
Rasanya, memang sedap.. Lemak lemak gituu.. nak kata macam kerepek ubi bukan.. Tapi memang agak berlemak pahit yang sedap.. Hadoii.. payah nye nak explain.. Senang cerita, esok boleh beli & buat lagi..hahaha.. Selamat mencuba...
p/s: Kalau ada resipi lain untuk ngaku ni share la ek..hiks..