Followers

AFB FEEDS

Friday, October 30, 2015

Nyle Si Pekak Yang Menyerlah Di ANTM Cycle 22

Nyle DiMarco


Kalau melihat dari susuk tubuh dan wajah kacaknya, takde siapa pon menyangka yang beliau mempunyai kecacatan. Ya! Dia adalah salah seorang peserta America's Next Top Model | Cycle 22 dan satu-satunya peserta yang mengalami masalah pendengaran / pekak. 


Aku memang tak miss la tengok Antm semata-mata nak tengok dia ni hah.. hehehe.. Memang berbakat. Bila dalam Antm aku perasan juga, dia ni terasa dengan kekurangan dia. Ye lah, semua orang cakap pon bahasa manusia. Tapi dia hanya memahami bahasa isyarat & pergerakan bibir. Kesian jugak kengkadang. Tapi, masih lagi bertahan sehingga episod (harini). 
Kalau diperhatikan, tiap minggu memang Nyle buat yang terbaiklah! Memang nampak sungguh dia punya usaha nak jadi yang terbaik. Lagipon sangat less drama berbanding peserta yang lain. Tiap minggu memang nampak kesungguhan dia untuk jadi yang terbaik..




Info biodata Nyle DiMarco


Dilahirkan pada 8 May 1989 (26 tahun) warganegara AMerika. Ketinggian 6 kaki 2 inci. Rambut coklat gelap (tapi aku nampak hitam jerk). Bermata biru.
Nyle dilahirkan pekak sejak lahir dan mungkin ia disebabkan keturunan, sebab kedua atok dan nenek serta adik beradik lelaki nya juga pekak. 

Dia juga merupakan seorang graduan Ijazah Matematik di Gallaudet University, satu-satu nya universiti untuk orang pekak di dunia, dan juga berpengalaman dalam bidang pendidikan.

Wish you luck Nyle!! 



Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015


Wednesday, October 28, 2015

Segmen Blogwalking YanieYusuf.com

Segmen Blogwalking YanieYusuf.com



                                                      klik banner untuk join

Tuesday, October 27, 2015

Vaksin Wajib Tak Cukup Bekalan?

Semalam ada tertengok kat nightline pasal vaksin halal ke tak. tapi tadi pagi kecoh jugak kengkawan yang vaksin kan anak kat klinik swasta kata vaksin kat klinik swasta takde stok padahal dah book date lama..tapi masih takde stok vaksin. 


ni sharing dari pihak kementerian kesihatan...





Terbaca pulak post kat Metro Online : 

Seremban: Kekurangan bekalan vaksin 5-serangkai (DTaP-IPV//HiB) dalam Program Imunisasi Kanak-kanak Kebangsaan, terutama di hospital dan klinik swasta diharap dapat diselesaikan, tahun depan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kekurangan bekalan vaksin mengandungi IPV dan Acellular Pertussis terbabit berikutan kebergantungan terhadap satu syarikat pembekal tunggal, sedangkan ia mendapat permintaan tinggi.
Menurutnya, pihak swasta mendapatkan bekalan vaksin 5-serangkai daripada pembekal dan kemungkinan ada kekurangan menyebabkan vaksin tidak dapat dibekalkan.
“Bagaimanapun, hospital dan klinik kerajaan tidak berdepan masalah itu kerana masih mempunyai bekalan mencukupi untuk tempoh tiga bulan akan datang, meskipun sedar ada kekurangan terhadap bekalan itu.
“Kita (Kementerian Kesihatan) berharap masalah itu akan ditangani segera dan berharap dapat diselesaikan tahun depan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Garis Panduan Amalan Klinikal Terhadap Pengurusan Jaundis Neonatal di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

mujur kami ambik vaksin untuk Irine kat kkia je. cukup dah rasanya. untuk 2 tahun nanti 
makan ubat cacing pulak.. tak miss lagi laa suntikan vaksin wajib untuk irine..  yang sunat tu tak terambik2 lagi..huhuhu.. entah boleh ambik lagi ke tidak umur dah 2 tahun nak ambik rota virus & Pneumococcal tu. 


Dulu pernah laa tanya dengan sorang doc yang jugak blogger .hehhee..rahsia laa sapa dia.. 


ni jawapan dia. 


yang belum vaksin kan anak kat klinik swasta tu tak de masalah boleh dapatkan vaksin dengan klinik kerajaan.. free je pon walaupon selalu check up kat swasta kan.. buku rujukan kat swasta tu bawak laa sekali... untuk rujukan.. kang terbagi pulak dos lain.. 

Membentuk Anak dan Keluarga Ditangan Sendiri


Gaya Hidup Ibu Bapa



Sebenarnya dalam menjadi ibu bapa, terlalu banyak pilihan untuk menjadi yang terbaik untuk anak-anak. Tapi inilah yang selalu dipertikaikan oleh ibu bapa yang lain. Kadang kita belajar dari mulut orang lain. Tapi sebenarnya percayalah, kita sendiri pon boleh je kot didik anak tanpa panduan orang lain.. kita sendiri yang corak anak-anak.. Ambik lah sikit rajin-rajin godek ilmu parenting.. Jom kita tengok apa yang selalu ibu bapa perdebatkan..





Pilihan ditangan sendiri







Gahahaha.. For sure laa berat aku sendiri turun kejap je laa..pastu naik mendadak.. Sampai sekarang aku tak percaya fully breastfeed boleh kurus.. kah! padahal makan sendiri yang tak berpantang.



2 tahun 1/2 berumah tangga. even ada bergaduh ke, merajuk ke, makan tetap semeja.. walaupon kat meja makan tu senyap sunyi krik krik krik.. tapi kat meja makan jugak lah boleh bertegur sapa tetiba ... Contoh nya " abang.. tuangkan nasi lagi ".. hah.. kan dah bersuara tuu.. sikit minit lagi baik laa tu.. 


Sesetengah ibu bapa mungkin la tak bagi anak tengok tv langsung. tapi aku bagi lah jugak irine tengok tv walaupon umur dia belum 2 tahun pon. kadang tu senang sikit nak buat kerja.. huhu.. tapi ....... mulut aku ni baru je pecah lepas kena ketuk dengan remote tv.. gara-gara kami tengok cerita apa entah (malay drama tak silap ).. orang tu baling apa entah.. dengan dia sekali ketuk remote kat mulut aku..grrrrr.... part tu bahaya.. tapi part budak2 peluk mak ke ayah dia pon dia boleh ikut peluk kita.. hehe.. 





Aku tak gemar laa nak biarkan Irine jerit melolong lama-lama tanpa pujuk dia..tau lah rumah aku dok ni rumah flat.. dia kadang nangis, boleh dengar sampai rumah bawah kat parking motor tu tau... 



Yang ni mestilah kalau boleh cuti pantang lama-lama.. hahaha..sayang kot nak tinggal kan baby kat orang.. 




Yes.. kadang-kadang aku terjerit jugak kat anak.. tipu lah kalau tak.. tapi bahasa memang bahasa ibunda lah..hahaha.. sopan..takdenya nak maki sebut benda bukan-bukan.. 



Sedar diri aku pon bukannya pandai nak ngajar anak macam kat sekolah tu.. takat kenal ABC, alif ba ta boleh lagi la nak homeschool anak.. bila tiba waktu nya dia bersekolah memang kena lah hantar pi sekolah.. english mak nya pon terabur..lagi nak ajo anak vocab , verbs, grammar semua tu..matilaaanakkk.. 



Yang ni tak nak argue lah.. Sebagai muslim pon kita percaya rezeki , ajal , jodoh semua ditangan Allah... Alhamdulillah berkahwin diusia 27 tahun, dan dapat anak tahun yang sama..  tapi bila tengok anak2 kawan aku ada yang dah sekolah dah pon..seronok tengok. anak aku ni masih lagi bertatih.. hehehe



part ni pon selalu orang argue kan.. masing-masing ada pendapat sendiri.. Senang cerita rezeki masing-masing. Bukan tak sayang anak ye tinggal2 anak kat orang.. point pertama aku mestilah nak bantu suami.. aku pon anak sulong.. tanggungjawab kat keluarga aku takkan nak bebankan kat suami kot.. tunggu lah adik2 aku semua dah kerja.. sebab masih ada lagi yg bersekolah.. mak ayah pon dah tak kerja.. so, paham2 je lah.. 


Ni pon issue besar jugak ni.. hahaha.. rezeki masing-masing.. walaupon tak dapat fully breastfeed anak sampai 2 tahun (genap setahun 9 bulan je) pon dah 1 kepuasan bagi aku.. tapi aku tak pernah ye nak ngutuk orang bagi susu fm tu malas usaha ke hapa.. aku dah bagi irine susu fm ni aku rasa aku yang malas nak bangun pukul 2-3 pagi nak bancuh susu.. dulu main selak je baju.. nah ko..netek laaa.. huwaaa!!!



Untuk keselamatan aku dan anak, memang aku pilih hospital la.. dan hospital pilihan adalah hospital gomen...sebelum beranak dulu selalu dimomokkan hospital gomen ni beranak sakit lah, nurse buat bodoh laa kat patient.. sebab plan nak beranak dulu pon kat swasta..sebab dah overdue, aku pon tak nak laa ambik risiko kalau ada komplikasi selalunya swasta akan tolak kita ke gomen jugak.. realitinya, hospital gomen pon terbaik.. layanan aku yang 3rd class pon macam 1-2 class walaupon dok bilik yang 6 orang.. tp oklahh..xde lah aku takut dok bilik sorang-sorang macam bilik ctg tu.. bab makan tu tak boleh nak kata apa.. nak request demand pon sapolah kita.. mintak emak antarkan bekal je laaa... 



Masih lagi tidur dengan anak berkepit kat tengah mak pak dia.. kejap belah mak..kejap tengah, kejap kang lompat ke ayahnya.. Irine kan dulu netek je non stop sampai tertidur.. mak dia beralih pon dia sedar.. ni nak ajar dia slow2 dulu.. aku pon dulu sampai darjah 6 tido ngan mak.. hahaha.. 

Czer orang cakap mudah.. Realitinya yang pernah hadap je tau.. aku tak pernah rasa lah.. takut kot!!! cucuk sana, cucuk sini, belah perut berlapis-lapis..haihhh..ngeri tauu.. kenapa entah nak pertikaikan sakit tak sakit normal & czer ni.. normal pon sakit jugak..tak nafikan..sampai aku trauma nak beranak lagi.. tapi tu laahhh.. ngandung lagi ni ha.. tawakal laa nak berdepan waktu nak beranak nanti.. 


Banyak lagi sebenarnya perdebatan antara mak mak ni... tak termasuk, vaksin & tak vaksin.. babywearing, harness, pilihan botol susu, bedung tak bedung, pantang moden , pantang tradisional, pengasuh ke hantar taska.. diapers / potty train anak.. junk food or healthy food.. fuh! memang mencabar ye nak jadi parents ni.. Sampai boleh bertikam lidah.. sikit hari lagi siap tikam pakai pisau , gunting bagai.. 

Tak kisah laa apa pon parents tu buat kat anak depa.. masing-masing akan buat yang terbaik untuk anak-anak.... 



malas dah nak pikir

test saja2

Monday, October 26, 2015

Pertama Kali Makan Nasi Dagang

Seumur hidup, memang tak pernah makan nasi dagang. Kalau nasi kerabu tu selalu lah jugak.. dari zaman belajar dulu pon biasa je makan nasi kerabu. Selalunya kalau rasa nak order nasi dagang, mesti orang tu pon jual nasi kerabu.. akhirnya, nasi dagang jugak jadi pilihan..

Pagi ni, singgah pi beli nasi lemak depan petronas. tapi nasi lemak dah abes pulak. Tinggal nasi dagang , nasi kerabu dengan nasi lauk ikan.. Ingat nak beli nasi kerabu, tapi dia dah bungkus siap, cuma tinggal nasi kerabu berlauk ikan, maka no choice la.. Rembat jugak nasi dagang lauk gulai ayam.. 

Aku dok pikir Gulai ayam tu macam lemak cili api.. Sebab Johor kan. Rupanya salah.. Bukak-bukak je bungkusan, laaa..kari ke.. hahaha.. bantai laa labu.. Murah je oii.. Sebungkus 4 hinggit..







Tu kuah kari kan.. aku pon rasa macam kari je.. Cuma tak lah pekat sangat, pedas pon tak.. rasa manis pulak.. huhu.. aku syak dia masak gulai / kari ni boh gula.. kalau sendiri masak memang lauk pauk selalunya tak boh gula..cuma garam je.. sumpah la tak kena langsung dengan tekak aku.. 


Pastu aku try pulak nasi nya.. eh..ni nasi ke pulut..awat melekit and rasa pulut.. okey,.. licin jugak laa makan, walau hanya makan nasinya saja dengan serunding & telur rebus.. (kari tu aku rasa sikit je sebab tak boleh go on..manis).. lepas makan terus google resepi nasi dagang.. and link ke blog Norfanil.com sebab dia kan org ganu.. mesti lah pakar masak nasi dagang ni..hehehe..



print screen sikit je lah..nak resepi penuh klik gambar.. 

ooo.. rupanya beras biasa dicampur dengan pulut la ye.. no wonder laa kan.. next time nak try makan nasi dagang kat Hayaki. Selalu makan nasi kerabu dia je.. hehehe.. btw nasi kerabu ayam percik kat Hayaki memang sedap.. Gjul yang tak suka nasi kerabu (dia dok study kat dungun 4 tahun) tapi tak suka makanan pantai timur ni. Dtg try kat Hayaki, tu je laa yang dia dok order.. 

Maap lahh, kalau orang pantai timur terasa ke apa.. takde kata pon nasi dagang tak sedap.. tapi mungkin tukang masak ni yang masak kari / gulai tu tak kena pulak dengan selera aku..  hehehehe.. shud try tempat lain pulak nak rasa nasi dagang yang betul2 sedap... 

Friday, October 23, 2015

Thursday, October 22, 2015

Siapa Dia Yang Boleh Memandu Di Jalanraya ?







Korang, hati-hati tau.. Kalau nak bagi orang pinjam kenderaan pon kena pastikan diorang ni berlesen ke tidak, & cukup umur ke tak, sebab pemilik kenderaan yang bagi individu yang tak punyai lesen memandu boleh didakwa jugak kat mahkamah.. aishhh.. seram jugak ni.. Tak memasal kita yang kena.. Lagi satu kalau ada lesen sekali pon kena make sure laa lesen dia dah expired ke tidak.. Tak pe lah nak kata cerewet atau banyak tanya sekalipon. Asalkan tak menyusah kan kita di kemudian hari.. 




Aku paham, agak leceh nak ambik lesen kenderaan ni.. Sebab tu umur aku 25 tahun baru ada lesen kereta. padahal masa umur 18 tahun dah ambik lesen..tapi sekerat jalan je sebab trauma eksiden.. kesudah nya bila ambil lagi sekali ujian memandu masa tu umur dah 25 sampai 3 kali okey.. 2 kali fail kat litar.. hahaha..sekali kat bukit, sekali lagi kat parking..yang kali ke tiga baru lulus. Tu pon aku dah nangis2, sebab aku pergi dengan kawan aku..kawan aku lulus..aku pulak yang gagal.. Rasa waktu tu dah tak nak ambik lesen.. Give up!!!! 

Tapi nak memudahkan urusan untuk aku bergerak, nak pakai kereta kena lah dapatkan lesen jugak..walau 10 kali sekalipon takpe lah..  hehehe.. lesen kereta je laa aku ada..motor tak de lagi.. Tapi tak pe la kot.. motor gjul je laa yang jadi driver..hehehe.. 

ingat tu sedikit pesanan dari PDRM.. jangan nak ambik ringan semua ni.. kang kita jugak yang susah.. 

"Giveaway Duit Saku Dari BBL"


< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Rasanya dah makin stress rakyat Malaysia dengan isu harga barang & perkhidmatan dah naik. Pergi sana - harga barang naik, pergi situ - harga itu naik & datang sini pun dah naik harga. Tapi jangan risau jangan kusut kepala kerana BBL nak kasi duit saku untuk korang! 

Tepuk tangan sikit!

Boleh buat belanja nasi lemak & teh tarik untuk breakfast atau beli nasi goreng telur mata makan malam ya. Kiran macam BBL belanja versi digital la. Okay check out berapa banyak duit saku untuk pemenang.

Hadiah duit saku dari BBL

Duit saku RM30 
untuk 1 orang pemenang

Duit saku RM20 
untuk 1 orang pemenang


Duit saku RM10 
untuk 2 orang pemenang

Duit saku RM5 
untuk 4 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di


Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway Duit Saku Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 November 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 November 2015 nanti


BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

Wednesday, October 21, 2015

Ego Tak Nak Minum Susu Dalam Botol

Assalamualaikum. Lama gila kan tak update blog. Adalah seminggu lebih jugak ni.. Aku syak ni pembawakan budak yang membuatkan aku malas nak update entry baru. Hehehe..
Pejam celik, pejam celik dah 3 minggu jugak la Irine putus susu.. Dia okey je.. Tapi perasaan aku pulak, rindu anak menyusu . Setahun 9 bulan kot bonding tu memang rasa dah kuat. Ni yang membuatkan tak zabar nak tunggu adik baby keluar. Boleh breastfeed lagi.. 




1 laa Irine punya perangai dia kengkadang cuit jugak dada kita, pastu sebut tekk ..Pastu dia gelak gelak.. Bukan kat aku je. Dengan bapak nya tek sekali dia cuit.. cuit dan cubit.. dia geram kot.. Pastu sebab dia protes tak nak menyusu botol, botol yang aku baru beli tu bagi kat pengasuh. kesudahnya, kat rumah minum air masak & Ribena je. Irine ni jenis suka minum air masam-masam. Manis-manis macam air sirap ke, memang dia puihh kan ajee.. terus dia sembur.. atau keluarkan air tu slow2 meleleh kat mulut taknak telan.. Haish.. Geram.. Kengkadang tu baru masuk tido, nak terlelap, "Mimy.. waaaa!!!!"..dah kenapa jerit macam nampak pocong ni.. "A-yiii.. A-yiii".. Air rupanya.. adoii..dah laa mak ko ni berat, malas nak bangun.. kadang-kadang tu terlupa juga nak bawak sippy dalam bilik... Cian laa budak ni.. Sebab selalu tidur mengempeng kan..sentiasa minum.. ni dah tak mengempeng, penat jugak ye nak bangun-bangun ambik air bagai.. hahaha..



Sebab kan selalu anak bangun, kita pon just selak je baju.. Tapi bila anak nak minum, nak kena bangun, buat kan air la. adehh.. lecehh jugak tuu.. 



Semalam , jemput dia kat rumah pengasuh, dia baru je lepas minum susu.. So botol susu tu memang erat laa kat tangan dia taknak lepas. Aku bagi kat pengasuh, punya lah mengamuk. kesudahnya bawak jugak laa balik . Tengah seronok dia layan cerita kartun, tetiba dia bagi botol kat aku. Nak cucu katanya.. Aku pon terkejut jugak, tetiba kan nak minum susu.. aku siap tanya dia  "Mommy buat ni, Yin minum tak? Nanti, penat-penat mommy buat yin tak minum".. dia jawab "Tul".. haa..ye laa tu mommy buat.. 

Aku buat 8 oz...aku main agak je la buat susu... 8 air, 8 scoop..betul lah kot.. lama tak buat susu.. ebm memang takde..buang semua dahh.. cuci2 buat irine main dengan ice cream stick. 


Pastu aku pas kat dia suruh dia minum depan tv.. debar jugak tu rasa hati.. Takut bazir pulak dia tak nak minum susu.. Licin okey..  happy mommy! takde lah aku risau dia tak minum susu takut kurus pulak nanti weyyy.. Ritu timbang 13kg.. pastu dia demam & putus susu berat tinggal 11.0kg jahh.. check up baru baru ni, naik sikit 500gram.. jadilah.. pastu kan dia terus putus susu.. takut makin drop.. Tangan pon macam dah rasa tulang dia..sobss.. 

malam sebelum tido dia nak susu lagi. aku pon tak tau lah nak agak bagi anak minum pakai botol ni.. Sebab tak pernah kan..walaupon ebm pon hanya hantar kat rumah bs je.. so aku tak tau lah waktu bila dia , jam berapa dia bagi anak aku minum..  hahaha.. so, tambah lagi 4oz okey laa kot.. takut terlebih ke terkurang.. haippp bukan kedekut.. takut pulak overdose ke hapa... naya je... 

Akhirnya ego anak aku untuk tak nak menyusu dalam botol, gugur macam tu je. Hahaha,.. dia ingat, cara dia protes tak nak menyusu tu, aku boleh laa susukan dia.. nan hadoo.. mommy tak kuat... Tapi kena kuat juga lah.. jangan kata mommy sayang adik je tak sayang kakak.. mommy tetap sayang anak sulung mommy.. insan pertama jadi buah hati kita kan... mesti lah sayang... 

Tuesday, October 13, 2015

Welcome 2ND Trimister

Alhamdulillah.. Lega rasa bila dah melepasi 1st trimister. Walaupon 1st trimister tu takde lah rasa mencabar pon, tapi mengenangkan nak jaga kandungan di 1st trimister sangat berisiko dan agak leceh. Macam-macam hal boleh berlaku. Ye lah..baby pon fragile lagi, dan risiko keguguran di awal kehamilan , sangat lah tinggi. Takut? Opcoz aku takut. Walaupon ini kandungan ke dua,even kita dah jaga kandungan / perilaku sehabis baik pon kadang-kadang perkara yang tak diingini ni berlaku.. adoii.. mintak dijauhkan lah.. aku tak sanggup. 

Sebab tu bila kita check up dengan klinik, bila doktor kata, kalau ada bleeding sikit ke banyak ke cepat-cepat ke hospital. Risau, sebab itu salah satu tanda keguguran. Risiko paling tinggi untuk berdepan dengan keguguran di usia kehamilan bawah 12 minggu. Biasanya berlau bilamana embrio tidak berkembang dan membesar mengikut usia kehamilan . Kadang jugak, ia berlaku tanpa sebarang sebab. Takde rezeki... 

Sebab masa 1st trimister aku takde mengalami banyak simptom simptom macam muntah, mabuk, mual semua tu kan.. Datang 2nd trimister ni , mengada lah pulak.. Apa dia tu? Angin dalam badan. Aku pulak bukan jenis pandai sendawa sesuka hati kecuali secara automatik. Makannya bila tak keluar, memang sakit gila 1 badan. Memang aku mengharapkan lah, Gjul yang urut belakang aku... Masa ngandungkan Irine pon dulu macam tu. Tak tahan sangat . At last pukul 12 malam kitorang pergi downtown untuk urut. ahahahaha.. Tak sangka pulak 2nd pregnancy pon alami benda yang sama. Siksa okey.. Tadi malam terpaksa juga aku beli air A&W . Nak cari sarsi takde. Haa kau.. memang asyik sendawa, sampai terkentut kentut.. huhuhu..




2D SCAN /ULTRASOUND

Weekends lepas, aku adalah buat 2nd check up untuk scan baby. Mulanya tu takde lah pikir nak check up pon. Sebab malam sebelum tu,aku pergi klinik berdekatan dengan rumah je sebab tak tahan kot dengan batuk tak berhenti. Batuk je tak kisah lagi. Ni batuk, pastu siap terkencing. Mana boleh tahan.. Asyik pi toilet je. Rasa nak je pakai pampers Irine. Sebab klinik tu takde scan, dia mintak aku pergi klinik yang boleh scan untuk check baby okey @ tak , ada denyutan jantung ke tidak. 


klinik feberet untuk check up.. DOC yg baik..soft spoken sangat.. puas hati dengan servis dia.. walaupon kita bayar untuk scan 2d, tp berpeluang jugak tengok baby gerak aktif dalam 4d.. hehehehe.. rasa nak scan je hari-hari. Charge pon berpatutan. RM50 untuk 15 minit jugak tu godek2.. hehehe.. untuk check up biasa ni boleh je main datang klinik. Tapi untuk 3D & 4D kena buat appointment dulu tau.. Boleh booking di Facebook 3D 4D scan Malaysia.. 

Ingatkan anak kedua ni tak teruja. Eh eh.. masih rasa teruja jugak tuuu.. tak tau lah nanti anak ke 3 & seterusnya macam mana pulak..tehehehe.. Nampak je happy.. tapi sebenarnya takut jugak nak menghadapi waktu nak bersalin nanti.. hahahhaa..takut okey.. mesti kalau tunjukkan ketakutan aku waktu nak bersalin nanti kena marah dengan nurse.. sobss..

Thursday, October 8, 2015

CaBaRaN7HaRi iNsTaBLoG EfGkBbA | MY FaVouRiTe GaDGeT

CaBaRaN7HaRi iNsTaBLoG EfGkBbA | 

MY FaVouRiTe GaDGeT



Cabaran last ni patut post semalam.. hee..tercicir pulak lahaiii baru nak post harini.. Cerita pasal gadget ni, penggunaan gadget sendiri memang terhad. Tak banyak pon. Cukup ada henfon berkamera (aku pakai Note 2) , gadget game, & powerbank. Hehehehe..



Tiga-tiga ni Gjul yang belikan.... PSP Gjul belikan masa belum kahwin lagi. Almaklumlah.. We all ni long distance relay selama 7 tahun..eceh.. sebab tak nak aku bosan, dia pon belikan laaa aku PSP ni... Henfon Note II pulak hadiah sebelum beranakkan Irine.. mudah nak whassap dia gambar Irine kalau dulu pakai blackberry macam kureng je.. Powerbank Pineng ni pulak memang lah aku ni dok merungut bateri cepat habis.. Asyik nak pinjam bateri dia je kalau kat luar.. weolss punya henfon sama Note II.. kesudahnya diam2 belikan powerbank nak tutup mulut aku dari membebel.. kah!!!


Korang boleh jugak baca senarai talefon yang pernah aku pakai sebelum ni.. Check it out HERE http://yoorinmelacolea.blogspot.my/2015/08/talefon-yang-pernah-diguna.html

Wednesday, October 7, 2015

Cabaran 7 Hari Wean Off Anak

Wean Off Anak


Dah pernah cerita kan aku nak Wean Off Irine di entry INI ... Yes.. sebab musabab nya adalah sebab aku preggy . Mungkin ada sesetengah ibu masih menyusukan anak walaupon tengah preggy dan berjaya sampai melahirkan.. Aku pon sebenarnya nekad jugak nak susukan Irine.. Sampailah dah 10 minggu..Tetiba sakit dan makin sakit pulak di bahagian ari-ari.. Sebab tu memang TERPAKSA tanpa RELA wean off Irine. Bila aku tak bersedia, Irine pon dah tentu lagilaa dia tak bersedia.. So, memang agak cabaran lah.. Mujur ada Gjul yang sangat memahami handle bila Irine tantrum nak nenen .





Kesian sangat tau.. Tak tau nak gambarkan perasaan dia. Dengan nangis kuat, mengamuk lagi.. Macam dah sasau aku tengok dia.. Perasaan tu, rasa nak tarik dia "nah Irine..susulah.." Tapi memang Gjul halang betul-betul.. Sampaikan dia tahan okey tak menyusu.. Bagi susu botol tak nak.. dalam sippi pon dia refuse.. Air glucose pon dia tak nak.. Air masak je laa dia nak minum. risau aku dia dah la kurus, makin bertambah kurus.. Aku dok fikir susah.. Sebab patutnya wean off anak ni perlukan perancangan dan masing-masing(ibu&anak) bersedia. Tapi aku kena ambik keputusan yang drastik.. 

Hari pertama : 29 September 2015 (SELASA) My Birthday!!!!
Sebenarnya aku jumpa doktor hari Isnin untuk check up Irine genap setahun 9 bulan.. Tapi Isnin malam  tu dia masih menyusu, tak sampai hati kot.. Hari Selasa, baru lah tekad , tekad yang setekad tekad nya .. Dengan dia menangis, aku pon dah berjurai air mata. Susah tau anak tak nak menyusu botol. Kat rumah BS je okey.. Gjul paksa aku masuk bilik tidur.. Irine nangis, melalak, panjat badan aku pon aku terpaksa buat-buat mati.. haha.. Gjul laa yang pujuk dia. tenangkan dia.. Masa tu dah basah bantal . Rasa nak peluk je Irine, nak susukan dia.. Lagi 1, Irine tak pernah automatik tidur sendiri. Kalau anak orang tengah makan pon boleh tertido kan? Irine tak pernah langsung ye. Dia tido dengan mengempeng. Makin dia besar, mengempeng tak nak lepas. Rimas rasa, tapi aku bahagia... hehehe.. Last-last , aku tertidur, tak sedar waktu bila tertidur.. Sedar2 je rasa macam waktu aku patut susukan dia.. Tapi teringat, eh nak wean off.. Dia ada je tidur berpelukan dengan Gjul. Allah.. lagi lah syahduuu rasa macam direntap-rentap je hati..


Bila seorang rakan bagi tips kat FB, aku terus hayati isi nya. Agak susah juga. Tapi kena belajar dalam masa yang singkat. Dan cuba. Aku memang harap Irine wean off tanpa conteng dengan gincu, taruk asam jawa, minyak kapak and sewaktu dengan nya.. Kalau tak berjaya dalam masa sebulan, baru ambik keputusan buat macam tu. Sebab? aku tak sampai hati. Buat macam tu, dah macam mendera emosi dia je. Cukup lah emosi aku pon tak betul..hahaa..

Hari kedua : 30 September 2015 (RABU)
Macam malam sebelum nya, Masih menangis, melalak, memang dia dah macam orang yang gian dadah.. hahahahaha.. kesian okey.. Tapi gagal kejap sebab aku susukan dia .. Huhuhuhu.. tapi tak lama lah macam selalu.. sambil menyusu, sambil meleleh air mata dok tenung aku..adoii..ciannnya.. IRINE pon anak mommy!!!!! Gjul dah jeling je.. Bengang laa tu, aku susukan anak dia..hahahaha.. 

Hari Ketiga : 1 Oktober 2015 (Khamis)
Gjul dah pot pet pot pet kat aku.. Malam ni dia dah kerja malam. Tak dapat nak layan kerenah Irine. Semuanya bergantung kat keputusan aku. "Abang risau kesihatan ayang.. baby pon abang tak nak kehilangan. Untuk Irine kita ikhtiar sebab boleh diusahakan".. Okey.. Nangis lagi. Rasa macam lemah sangat waktu tu.. nangis sambil tengok Irine. Malam tu lepas maghrib macam biasalah Irine nak tekkk.. Dok selak-selak baju aku. Pastu aku tarik. Cakap kat dia.. Jangan macam tu Irine.. Perut mommy ada baby.Cian kat baby.. Sambil cium-cium dia.. Reaksi dia? Huh.. nangis lagi.. Siap campak remote tv okey.. Tetiba ada bunyi kucing dari luar pintu. Terus dia senyap.. siap sebut nyawww..nyawww.. baru mommy rasa.. oooo.. dia ni jenis cepat beralih bila dilekakan.. Terus bukak pintu..Bagi dia main dengan kucing. Heeee.. Waktu tu dia lupa lah nak tek.. Waktu nak tidur tu yang parah.. Gjul kerja. Takkan aku nak biar anak aku melalak menangis..ganggu jiran-jiran pulak nanti.. Last-last mommy memang bersengkang mata laa layan dia, buat dia terleka cium gomol dia.. Tiap kali dia tarik baju,aku lekakan dia lagi tunjuk gambar mommy, gambar atuk.. Pukul 2 pagi, masih tak tidur dan aku gigih dok conteng-conteng buku dengan dia.. pukul 3 lebih kot, nampak tanda dia macam dah letih.. Terus peluk dia buat-buat tidur.. dia pon baring sebelah lalu tidur.. (video yang viral kat Facebook baru-baru ni sangat membantu)


Link di bawah ni insyaa Allah membantu bagi yang nak mencuba .. aku dapat cedok sedikit tips bab psikologi je, sebab dah drastik kann:




https://www.facebook.com/NuhaLittleShop/photos/a.165670496959027.1073741843.143798499146227/439066566286084/?type=3

Hari Keempat : 2 Oktober 2015 (Jumaat)
Irine masih lagi macam orang gian nak tek.. nak tek.. tapi aku tetap lah jugak lekakan dia.. Tapi penat tau. Memang penat. Sampai aku demam, sebab bengkak susu.. perah sendiri bagi dia minum dalam cawan pon tak nak.. last-last buang.. Dah la demam. Batuk lagi. Nak marah je.. Tapi kena sabar. Sebab sayang Irine tak nak laa tunjuk rasa marah tu. Kesian kot kat dia. Sebab belum tiba waktunya lagi mommy buat keputusan drastik macam tu.. Macam malam sebelum nya pon rasa dah mudah sikit. Dia nak tidur. Tapi nak kita peluk dia. Dia pulak nak tidur atas dada.. Huhuhu.. kelakar. Tapi tu laa.. Nak bermanja. Tapi takpe.. Mommy manjakan Irine puas-puas.Ada jugak aku pujuk Irine nanti adik keluar Irine susulah balik.. Gjul dengar tak memasal kena marahh. tu" adik punya.dia dah berenti buat apa nak susu balik.. huh!"  Orang laki ni kan tak paham ekk.. 

Hari Kelima : 3 Oktober 2015 (Sabtu)
Balik dari kerja, terus fetch Irine dari rumah BS.. plan petang tu nak bawak Irine pegi playground. Tapi dah haze sangatlah teruk. Memang terpaksa cancel. dok dalam rumah je golek golek dengan dia. Sampai ke malam alhamdulillah, walaupon dia tak give up nak mintak tekk, mommy pon tak give up jugak nak lekakan dia. biarlah rumah bersepah dia kerjakan, janji sikit-sikit nak buat dia leka.. dia puas hati... Malam tu dia tido awal.. tido sendiri. Penat sangat agaknya. Malam tu jugak mesej Gjul request dia nak reward Irine nak pi waterfall..

Hari Keenam : 4 Oktober 2015 (Ahad)
Jerebu makin teruk! Ya Allah.. memang plan aku semua tak jadi. Nak hiburkan hati anak tapi tak dapat. Sebab tu kat Facebook aku royan sangat pasal jerebu ni!! Geram sangattt!!!! Sampai ke petang ke malam dok rumah.. Tapi ada perubahan.. MAcam biasa lah non stop cakap nak tek..nak tekk..Siap picit-picit dada aku ni..adoii.. sambil gelak2 pulak tu... adehhh.. Rupanya dia nak pegang je.Tak nak hisap pon.. Dapat pegang je pon dah lega.. Hahahahah.. sebab tengah dia main-main, tetiba datang kat kita , nak tek ..tapi dia pegang kejap pastu dia blahh..eh eh.. lawak laa pulak..

Hari ketujuh : 5 Oktober 2015 (Isnin)
Balik kerja, macam biasa. dah jadi sebutan dia hari-hari nak tek.. Tapi camtu lahh mintak didukung, dan bersandar kat dada, dapat cuit sikit, pastu dia mintak lepas nak main sendiri.. ngam-ngam cukup seminggu.. lega.. bila dia pegang, saje lah cuba2 nak hulur dia suruh hisap susu..tapi dia taknak dah.. Tak memasal kena marah lagi dengan Gjul "Dah budak tu lupa.. Lagi nk offer".. hahaha...


Hari kelapan : 6 Oktober 2015 (Selasa) Inspection laa kononnya

Tadi malam laa cerita nya.. Officially mommy kasi isytihar , Irine dah wean off.. Yeayyy!! dalam hati ada sikit berbunga-bunga dan sebak.. Rasa rindu nak susukan anak. Rindu walaupon baru seminggu melepaskan tanggungjawab tuu..

Perasaan? Bangga? Haruslah berbangga dan riak serta takburnya..hahahhaaha.. Ye lah.. bukan senang ye nak menyusukan anak. lagi-lagi aku ni working mom. Balik kerja penat tak hingat. Penat sebab sesak kat jalan raya lagi.. Tapi alhamdulillah. Dapat menyusukan Irine genap selama setahun 9 bulan!!! Kenapa tak berbangga pulak?? Bila throwback masa mula-mula susukan anak, stress , rasa 1st time susukan Irine pon rasa tak nak dah susukan.Sebab utama , rasa kekok. Kedua, irine menyusu sampai melecet berdarah.. dia punya rasa perit tu.. Allah je tau... Yang pernah merasainya mesti paham.. ketiga, baru lahir, irine kuning, dahhh bidan suruh bagi dia minum susu tepung. geram rasa.. sebab dah rasa selesa susukan dia waktu tu walaupon melecet..terpaksa pam.. waktu tu beli pam murah je..sekali pam, keluar darah.. nangisss..keempat bila terasa susu dah berkurang. Pam je terpaksa buang stok lama-lama.. Sebab Irine dah pandai memilih stok EBM. Dia tak nak dah EBM yang 3-4 hari.. At least sehari 2 punya.. Rasa lain kot.. Tension tau nak ngempeng je.. tak nak lepas pulak tuuu.. Memang mencabar lahh.. So, yang berjaya susukan anak sampai dah usia berapa tu, tak yah laa argue kat orang yang tak menyusukan anak. Cabaran dia hadapi, korang tak tau pon..

Permulaan masa baru balik kl.. habis pantang. start pump penuh botol ebm saje. memang beli ayam ikan tiap2 hari terus masak..hahahahaha..peti ais satu pintu je..memang kecik....kat bahagian bawah tempat sayur tu separuh jugak plastik ebm.. ..tapi tulaaa..kecewa..stok banyak2 pon irine bukan nak yang lama-lama.. Sodehhh..  

Gjul kena reward mommy & Irine ni.. Kami berdua dah berjaya dengan cabaran wean off... Aku percaya, anak-anak kecil ni bijak. Jangan lah tipu-tipu diorang.  Kesian lagi-lagi bab merasa tu.. Ada yang letak cili..fuh! tak tergamak laa aku.. kita pon tak suka kan kalau ditipu.. cuba lah lekakan diorang , layan je kerenah, bermain..sebab diorang perlukan perhatian..  kalau dah sebulan pon cara psikologi tak jalan, baru lah kot cuba . good luck! 


Penguat semangat mommy adalah 2 orang muka sama kat bawah ni.. dulu laa nampak sama.. Dah besar lain pulak muka dia.. 









CaBaRaN7HaRi iNsTaBLoG EfGkBbA | BReaKFaST WaJiB aKu

CaBaRaN7HaRi iNsTaBLoG EfGkBbA | BReaKFaST WaJiB aKu





Untuk cabaran ni patut post semalam.. Tapi sebab tenet unifi kena potong hahaha, pastu data henpon tinggal 20% je, makanya baru harini nak post .. Takpe lah .. dimaafkan.. cehhh.. maafkan diri sendiri.. sorry datinz Irra.. lewat post assignment..

Cerita pasal breakfast ni aku memang takde special request menu yang sama hari-hari. Kadang tak breakfast pon. Cukup secawan milo panas. Kalau rajin buatlah jugak breakfast roti telur ke, cekodok bawang ke, lempeng ke.. kadang makan pisang je buat alas perut..
Selebihnya membeli..

Kadang pergi keje tu, nyempat juga singgah petronas depan opis. Ada jual nasi lemak RM0.50.. Tapi dia jual rege RM1.50.. Boleh laa takat nak hilangkan rasa lapar pagi tu kan.. 



kalau sebelum ni beli RM1.00 free air secawan.. kadang ada kopi o, kadang ada Teh O... sekarang takde dahhh.. RM1.50 tu nasi lemak sajeee je... kecik je pon.. alah kalau banyak bukannya habis..sebab breakfast ni aku tak berapa gemar nak makan banyak2... 


P/s: tetiba teringin nak breakfast ubi rebus dengan sambal udang..Nafsu mak buyung yang melampau lampau kian hari,.. tobat lahhh.. 

Monday, October 5, 2015

CaBaRaN7HaRi iNsTaBLoG EfGkBbA | DRaMa TV/MoVie FeVeReT

CaBaRaN7HaRi iNsTaBLoG EfGkBbA | 

DRaMa TV/MoVie FeVeReT




Nak cerita bab drama tv ni aku jenis lupa cerita apa yang aku tengok dan suka.. Sekarang kan banyak cerita drama yang diambik dari kisah novel.. Yes... masing-masing dok update cerita kat fb tu.. tapi sebenarnya aku tak pernah tengok pon.. Ye lah..balik kerja kadang pukul 7 lebih baru tiba rumah. Nak solat, nak layan anak, nak masak ko hengat sempat ke nak layan...? maka aku lebih prefer cerita yang tak bersiri hari-hari.. At least seminggu sekali.. kalau drama kat astro tu ada lah jugak kan ulang-ulang. TV3 nak tengok pon kat tonton.. Tak kose lah aku.... 

Aku jarang lah bukak channel tv yang ada cerita melayu..ahahaha.. kadang-kadang tengok pon sebab nak tukar channel.. paling suka bukak channel AFC, Lifetime, TLC & Starworld. Kang datang si Irine kena pulak tukar Channel Ceria pulak.. memang kena mengalah la dengan anak dara.

Tapi kalau movie, cerita yang betul buat aku terkesan , cerita Fast & Furious 7. Sobss.. seminggu lebih kot aku emosi.. asyik terkenang je kat Paul Walker. Dia punya jalan cerita tu tak delah sedih pon.. Ending nya tu je. memang terkesan la. Macam tak percaya pulak dia dah mati.. 










Tak pernah2 aku dok tengok movie ke drama sampai seminggu tak hilang sedih.. Hahahhahaa.. ni laa 1-1 nya cerita yang berjaya buat aku tersentuh.. Bila aku up status kat fb tak boleh go on si Paul Walker mati, ada jugak yang kondem orang kafir mati, beria nak sedih..orang muslim ramai mati kat palestin rilex je kan.. Typical malay je yang dok mengada nak sedih bagai ni.. nak jawab apa pon tak tau.. diam kan sajo lah orang dok pahat paku ni..dah penat baru nak berenti.. padahal maghrib-maghrib layan jugak drama dok emosi frust la, ape lahh..hahaha..wekkk..puiihhh kan saje orang macam ni..