Followers

AFB FEEDS

Tuesday, June 30, 2015

#Cabaran20Hari | Menu Wajib Bulan Puasa

#Cabaran20hari | Menu Wajib untuk berbuka puasa





Kalau nak cerita menu wajib apa yang selalu terhidang di bulan puasa ni dah tentulah nasi. Ka;au lauk pauk tu, takde lah wajib sebab menu selalu berubah and rotate. Sesungguhnya aku kalau tak makan nasi sehari rasa tak best je.. Memang dah terbiasa kot dari ajaran keluarga aku. Tak kisah laa lauk apa pon, dari sesimple telur mata, sehinggalah ayam golek ke kambing panggang ke, nasi is the must! Tak pernah miss.

Tapi dapat pulak laki yang tak kisah lauk berbuka apa pon. Macam Gjul , tak makan nasi pon takpe.. Dapat kuih ke, murtabak ke pada dia dah kenyang. Yang penting bagi dia mesti ada jus buah-buahan. Kalau hari-hari biasa selain bulan puasa , takde pulak dia kisah nak air buah ke apa.. Memang dalam peti ais standby jus buah banyak-banyak, dari yang fresh & beli siap kat market macam Peel fresh ..

Lagi satu, aku memang gila tau fu fa dan air soya.  Memang feberet la. Kalau tak bulan puasa pon, kalau menyinggah pergi pasar malam, wajib ah, beli tau fu fa. Irine pon suka. Tapi gula putih. Kalau gula merah tu tak berapa suka sangat. Kengkonon as a dessert . Beli-beli simpan dalam peti ais. Nanti around pukul 10 baru makan sebab dah sejuk. Sedap. Tapi dah 2-3 kali aku beli kat bazar ramadhan ni, dapat-dapat je dah masam. Hampeh betul.




Monday, June 29, 2015

Bagus ke Suntikan Vitamin C ?

Suntikan Vitamin C 


Sekarang ni banyak dah produk-produk kecantikan yang express membawa maksud produk untuk mendapatkan kesan secara cepat. Kalau tengok kat instagram, dah bermacam-macam produk suntikan yang dijual berleluasa. Kalau dulu aku pon ada ambil tahu jugak berkenaan produk tersebut. Agak terkejut, kalau dulu agak mahal . Sekotak berharga semurah RM400, tetapi kini boleh didapati dengan harga RM100 sekotak!! tidak kan jauh perbezaan harga tersebut? Dari situ kita pon akan berasa curiga, samada produk tersebut adalah asli atau tiruan.


                                              Akhbar harian metro 28/06/2015


  Aku ni was-was la jugak, sebab ramai je yang main beli nak putih cepat katanya.. ye lah.. Kau tak tau kondisi tubuh kau, boleh terima atau tidak vitamin C tersebut, then main cucuk je.. Entah yang tukang cucuk tu terlatih atau tidak.. Lain laa berjumpa dengan doktor aesthetic terlebih dahulu.. 


nak putih cepat
Contoh 

Lagipon kita tak pasti , samada kandungan dalam suntikan vitamin C tu adalah dari sumber semulajadi atau tidak. Setuju dengan keterangan diatas yang mengatakan ;


Suntikan Vitamin C, bukan bahan semulajadi 

" Ramai dalam kalangan pengguna berpendapat, suntikan vitamin C adalah semulajadi dan jika diambil berlebihan, ia tidak akan membahayakan kerana ia larut dalam air lalu dibuang oleh buah pinggang sebagai air kencing. Namun, hakikatnya tidak semudah yang dperkatajan, malah konsep itu disalahgunakan. Memang benar, vitamin C adalah semulajadi jika diambil dari sumber semulajadi dan dimakan terus dalam bentuk asal. Namun, apabila ia diubah bentuk menjadi tablet atau sediaan suntikan, ia tidak lagi boleh dikategorikan sebagai bahan semulajadi. Tiada bahan semulajadi boleh terus disuntik ke dalam badan manusia tanpa perlu melalui proses kimia terlebih dahulu".

Huh.. Ngeri aku baca. Buat masa ni aku hanya makan vitamin C Blackmores yang dibeli di Farmasi sahaja. Tu pon dah lama jugak habis, tak terbeli lagi.. Selebihnya aku makan buah.. tu pon jarang jugak.. Kalau rasa nak beli buah, dapat laa makan... At this time, aku rasa, memang nak beli je laa kot buah.. Baru laa semulajadi kan.. 



Bagi yang mengamalkan tak kira lah vitamin apa pon, seharusnya banyakkan minum air putih sekurangnya 6-8 gelas sehari.. Untuk mengambil suntikan tu, dulu ada lah berangan jugak, tapi aku ni takut pulak bila kena cucuk-cucuk ni.. Takpelah.. bangga jugak kulit macam ni.. tehehehee.. 


Berbuka puasa dengan peminat Chelsea

buka puasa bersama dengan rakan Malaysia Blues Army Kuala Lumpur


Semalam hari yang menyeronokkan juga..sebab bola pon season dah abes. So diwaktu gini laahh kami MBAKL dapat berhimpun , berjumpa mengeratkan ukhwah. Aku sebenarnya merancang nak masak roti jala & kari.. Tapi disebabkan ketiadaan air sehari suntuk, tak dapat lahhh nak masak. Dah laa takde notis. Geram betul. Mandi pon tak boleh. Nak taknak kitorang anak beranak pergi opis aku di Batu Caves. Mandi kat sana. . Nasib baik kat opis ada air.. Pukul 5 petang macam tu baru lah keluar dari opis then terus beli makanan untuk potluck . 

Dah laa blur nak makan apa pon tak tau. Sebab kitorang yang datang nanti agak ramai. So, masing-masing bawak makanan dan minuman. Makanya, Gjul cakap tak payahlahh beli banyak2.. AKu just beli murtabak 3 keping, sate 30 cucuk dengan air kedondong dan nenas.BTW ni 1st time aku join potluck. So aku memang tak dapat nak bajet, berapa banyak. Alhamdulillah. Habis lah jugak menu yang aku beli tuu..

                                               
                                            

Aku beli murtabak kat Don's Murtabak PARAM Desa Pandan. Biasalah.. Aku tengok kalau dah beratur panjang mesti sedap..Hehehe.. emamng sedap pon. Puas hati boleh beli lagi.. 

Lokasi kitorang berbuka puasa adalah kat Tasik Titiwangsa je. Actually , dah plan nak pot luck sebelum puasa lagi.. Alhamdulillah.. Kebetulan xde aktiviti rasmi, and Gjul pulak kerja malam, Dapat lah join. 













seronok dapat berjumpa dan berborak dengan diorang. Tapi kena balik awal. Sebab gjul nak masuk kerja .. Hehehe.. 

First Giveaway By Cik Itah | ramaramapendek

First Giveaway By Cik Itah | ramaramapendek 



Klik banner untuk join

#Cabaran20Hari | Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas


#Cabaran20hari | Resipi hidangan sahur 






Yes! dah masuk hari ke-3 untuk #Cabaran20hari. Tak yah nak excited sangat ye Yoorin.. Banyak hari lagi nak hadap cabaran ni tau.. Untuk cabaran hari ke-3 adalah Resepi hidangan sahur paling ringkas. Selalunya lauk bersahur aku panaskan je lauk berbuka semalam punya. Tetapi disebabkan kehabisan lauk, terpaksa lah jugak memasak untuk sahur. Meh aku share resepi simple kenyang untuk sorang. Memang simple la, sebab makan untuk diri sendiri. Sebab Gjul kan kerja shift malam..so memang masak simple sangat untuk tekak and perut sendiri.. Tehehehe..


Resipi : Mee maggi goreng cincai 


Bahan-bahan 
1 bungkus mee maggi kari, perencah tak payah guna(direbus sehingga kenyal...jangan terlalu lama sehingga kembang )
3 ulas bawang merah kecil (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu ikan bilis yang sudah digoreng dan ditumbuk (selalu buat banyak2, then simpan sebagai perasa tambahan).
4 sudu cili kisar / cili boh
kicap secukup rasa
3-4 sudu minyak zaitun @ minyak masak 

Cara-caranya:
- tumis bawang putih, dan bawang merah sehingga naik bau. 
- Masukkan cili kisar sehingga menggelegak dan sentiasa kacau supaya tak hangit/kering.
masukkan kicap (yoorin pakai kicap manis mahsuri sebab dia agak cair..sesuai sangat tak payah tambah air).
- masukkan ikan pati ikan bilis.
- 2 minit lepas tu, masukkan mee maggi
- kacau hingga sekata.
- Siap.. makan dengan telur mata goyang & sos cili.. sedappp dahhh...kalau nak tambah sayur pon boleh.. aku memang tak makan sayur. So tak yah pelik eaa kosong je mee aku ni..



Sebab tak de perisa tambahan macam garam semua tu.. so untuk irine pon boleh je nak bagi dia makan.. Selamat mencuba!





Sunday, June 28, 2015

#CABARAN20HARI | Pengalaman Sahur

#CABARAN20HARI | Pengalaman Sahur


Ini adalah cabaran hari kedua menulis entri #Cabaran20hari. Seronok rasa nya bila dapat cerita kan pengalaman sendiri . Teringat masa zaman belajar dulu. Biasalah.. Student. Hidup sendiri. Lagipon aku ni duduk menyewa dengan kawan-kawan sekolej. So, takdelah pak guard mak guard nak halang keluar masuk ke rumah sewa. 

Masa tahun 2006-2008 macam nak beli modem internet agak mahal. Nak pasang streamyx kat rumah sewa pon tak semua student kat rumah ada laptop and kaki online macam aku and 2-3 lagi kengkawan aku. So, selalu jugak laa melepak kat kedai mamak, guna wifi. Hehehe. Lagipun time tu laa ada masa and curi peluang untuk ber YM dengan Gjul. Almaklumlah.. Kami ni long distance relay. dia belajar di Uitm Dungun.Aku pulak Shah Alam. Kengkadang tu , gigih laa tak tidur, sahur di mamak terus pukul 2-3 pagi. Then balik kerumah bantai tido.Cuma kengkadang je lah bangun sahur. Tu pon sebab student, jarang lah nak makan sahur mewah-mewah. Lagipon bukannya pandai masak sangat pon. Lauk telur mata, ikan bilis, sardin dan kicap, dah rasa paling sedap dah tu..

Berubah pulak bila dah berumah tangga. Masa tahun pertama berkahwin dan berpuasa, aku tengah mengandungkan Irine. Masa tu baru 5-6 bulan pregnancy. Sedih sangat, sebab nak taknak memang aku kena jugak bangun sahur sebab tengah mengandung. Pernah miss sahur, bila nak berbuka, memang akan muntah sebab perut kosong agaknya.. Kalau ikutkan malas jugak nak bangun, sebab sorang-sorang. Gjul pulak kerja shift malam. tinggal lah aku dengan kucing aku. Percaya atau tidak, kucing aku bernama Putih tu akan kejut aku untuk sahur.. Bila aku cerita kat Gjul, dia macam percaya tak caya je. Tapi tu laa . dia akan kejut aku dengan cakar-cakar kaki aku and cakar-cakar selimut. Ya Allah.. Gerammm sangat rasa.. Nak sepak je.. hahaha.. Tapi finally, aku bangun juga.. Terima kasih putih. Entah kat manalah putih sekarang. Mommy rindu.. 


 Bawak putih jalan-jalan.. 


 Kena buli.. 


hihi.. Teruk sangat muka aku masa ngandungkan irine dulu... Putih kesayangan.. Balik kampung pon dia kenalah ikut.. behave sangat naik kereta. Tak berak and tak kencing. Allah.. Rindunyaaaa!! 

Nak cerita pasal sahur je pon.. bila up cerita pasal Putih, aku dah start  nangis .. =( Kbai.. 

Saturday, June 27, 2015

GIveaway Yang Patut Korang Join Sepanjang Ramadhan 2015

 Giveaway duit raya!


Bulan puasa ni ramai pulak rakan-rakan blogger yang mengadakan segmen dan Giveaway . Hadiah-hadiah pulak lumayan dan ada yang berupa wang tunai (duit raya)!!!.. Wow!! Almaklumlah.. Yang pemunya blog ni antaranya semua dah dewasa. Ada yang mak pak orang lagi hah.. Manalah orang nak bagi duit raya. Dengan join giveaway dan segmen ni lah, peluang untuk korang dapatkan duit raya dan hadiah best. Jom check korang dah sertai tak Giveway dan segmen best ni? 

P/s : Ada yang tak sempat aku nak join. Tapi share jugak laa untuk korang sertai. Check it out!

1) GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100


         Klik banner untuk join
Tarikh akhir penyertaan : 09 Julai 2015


2) Giveaway | 2nd Anniversary Yana & Dean


Klik banner untuk join
SENARAI HADIAH :

Wang Tunai RM30 x 1 pemenang (Top Referral)
Wang Tunai RM20 x 1 pemenang
Sehelai instant shawl benang hitam x 1 pemenang
Sekotak mineral coffee x 1 pemenang
BVR Collagen x 1 pemenang
Topup RM5 x 1 pemenang
Jeju Mask x 3 pemenang
Keychain Sarawak x 3 pemenang

Tarikh akhir Penyertaan : 01 Julai 2015



3. GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF



                                                       Klik banner untuk join
                                                            Senarai Hadiah
Facial Voucher (Chromo Silky Therapy) bernilai RM68 + Wang Tunai RM10 x 1 Pemenang
Voucher RM10 Viet-Thai Canteen + Wang Tunai RM10 x 2 Pemenang
Shawl Butterfly (Mastura shawl) x 1 Pemenang
Tudung Bawal + Kerongsang x 1 Pemenang
Instant Shawl exclusive x 2 Pemenang
Wang Tunai RM20 x 4 Pemenang
Tarikh Akhir Penyertaan : 27 JUN 2015 (11.59 MALAM)



4. Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015

Klik Banner untuk join

5 x Pemenang Bertuah RM 150 Shopping Voucher Nile.com.my
Tarikh akhir penyertaan : 14 Julai 2015 1159pm


5. Raya Giveaway By sally Samsaiman

Klik Banner untuk join

Senarai Hadiah
Duit Raya RM 20 - 7x Pemenang
Kad Raya Design by DayangDeno -  5x Pemenang
Kad Raya Sally - 15x Pemenang
Tarikh akhir penyertaan : 3 Julai 2015


6. First Giveaway By Cik Itah | ramaramapendek


Klik banner untuk join

Tarikh akhir penyertaan : 01 Julai 2015

7. Riang Raya Aidilfitri 2015 by Yaya Cendana

Klik banner untuk join
Senarai hadiah
1) Hadiah tempat Pertama - Foot Care + Soap bernilai RM55
2) Hadiah tempat Kedua - Cute Frame bernilai RM30
3) Hadiah tempat Ketiga : Purchase Voucher by Golden Rose bernilai RM20 
4) Hadiah Saguhati : 3 x Wang Tunai RM10 
Tarikh akhir penyertaan : 17 Julai 2015

8. Raya Giveaway by Erza


Klik banner untuk join 
senarai Hadiah 
1 x dress raya
2 x RM10 duit raya
10 x voucher Magic Art Museum 3D

Tarikh akhir penyertaan : 15 Julai 2015


9. MOMMY'SIGNATURES 1st Giveaway by EyraSaha


Klik Banner untuk join

Senarai hadiah 
Pemenang pertama : 4 Jars of Baby Krispie Milk Choco
Pemenang Kedua : 3 Jars Baby Krispie Milk Choco
Pemenang ketiga : Topup Bernilai RM 10.60 
Tarikh akhir penyertaan : 30 Jun 2015


10. Giveaway Duit Raya Dari BBL


Klik banner untuk join
Senarai hadiah :
Duit raya RM20 
untuk 1 orang pemenang
Duit raya RM10 
untuk 3 orang pemenang
Duit raya RM5 
untuk 5 orang pemenang

Tarikh akhir penyertaan : 14 Julai 2015

Okey.. Cukup 10.. korang kalau ada Giveaway & segmen best share laa letak kat komen di bawah.. thank you!





#CABARAN20HARI | Erti Puasa Bagi Seorang Aku

#CABARAN20HARI | Erti Puasa Bagi Seorang Aku


Alhamdulillah.. Diberi kesempatan untuk menunaikan  rukun islam ke-3 sekali lagi pada tahun ini. Sebenarnya tak terkejar masa, macam baru sehari dua je berpuasa.. laa ni dah masuk hari ke 10 puasa.. Tapi puasa aku tahun ni agak mencabar laa sebab Irine dah membesar dan masih menyusu badan. Tapi sangat bererti bagi aku.

Puasa bagi aku menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari habisnya waktu imsak sehingga terbenamnya matahari disertai dengan niat. Kalau tak berniat, makanya sia-sia je lah puasa. Kira macam diet laa tu.

Niat berpuasa : 



niat sebulan



Aku memang kalau bulan puasa, malam puasa pertama, selalunya niat untuk sebulan terus. Takut-takut, tak terbangun sahur ke, terlupa niat ke kan.. Senang.. Tapi tetap jugak niat untuk hari-hari. Sebenarnya dari aku umur 6 tahun aku dah dilatih berpuasa oleh mak & abah.. Tapi tak penuh laaa...Puasa penuh start bermula umur 8 tahun. Tetiba teringat pulak, pernah sekali lepas balik sekolah agama, penat kot balik sekolah, then cuma sempat berbuka secawan milo dan sebijik kuih lepat pisang.Yes! Memang ingat sangat. Ayah aku beria suruh buka cepat & bergegas la, nak antar aku pegi photoshoot raya. Sampai nak bergambar pon aku boleh merengek lapar..hahaha.. 
Kalau dulu masa kecik-kecik , berpuasa sebab nak dapat kan duit raya je. Dah mak aku pon janji, puasa penuh dapat RM20.. time tu RM20 dah cukup banyak sangat..
Tahun ni juga tahun ke-3 berpuasa sebagai isteri dan tahun ke dua sebagai seorang ibu. Erti puasa bagi aku sekarang ni berbeza lah berbanding dari zaman bujang. Kalau dulu, masa bujang, malas gila nak sahur. Awal-awal je bangun sahur. Dah pertengahan puasa, malas dah nak sahur, sedangkan sahur tu amalan sunat. Tapi sekarang, berbeza la. Sebab nak taknak kena jugak bangun sahur. Kena makan, dan minum air, sebab masih menyusukan Irine. Kalau tak, memang tak bermaya la seharian berpuasa. Tapi kengkadang tu macam malas jugak nak sahur, bila Gjul kerja shift malam. Terpaksa sahur berseorangan. 

Puasa juga bagi aku, sebenarnya melatih kita menjadi seorang yang berdisplin. Sebab bulan-bulan lain tu perangai kengkadang tak senonoh. Contoh nya bulan lain tu sakan laaa dok pot pet pot pet.. Kerja pon kadang tak jalan. Tapi bulan puasa macam lebih banyak senyap.. Hahahaha.. Jimat tenaga.Kerja cepat siap, dan boleh balik kerja cepat..

Aku tak sure lah kalau orang lain, tapi bila puasa ni nafsu nampak makanan ni lain macam sikit. Lagi-lagi kalau pergi pasar ramadhan. Amboii.. Rambang mata. Air kengkadang beli 2-3 jenis, kuih , murtabak, roti john semua nak beli. Tapi bila nak makan, minum air 2-3 cawan dah kenyang. Tu lah beza nya waktu berpuasa atau berdiet. Time puasa makan sikit pon dah kenyang sangat. 

Bulan puasa ni jugak menggalakkan kita melakukan lebih banyak ibadah kepadaNya. Banyak perkara sunat yang boleh dilakukan untuk tambah extra pahala. Antara kita juga masing-masing berlumba untuk mengejar malam Lailatul Qadar. Selain itu melambat waktu bersahur dan menyegerakan waktu berbuka juga adalah perkara sunat. Solat terawikh, bersedekah, menjamu orang lain berbuka puasa pon amalan sunat. Seronok..
Tapi since jadi emak ni tak berpeluang lagi nak lakukan solat terawikh di surau ataupon dirumah..

Semoga, dibulan ramadhan yang mulia ini,  segala amal ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T. Apa pula erti puasa bagi anda?

Selamat menyambut bulan Ramadhan. 


P/s: Rindunya nak berpuasa dengan mak abah kat kampung. Rindu puasa dizaman kanak-kanak.. =( *nangis*


#Kelabbloggerbenashaari
#Exchangefeedgroup
#Cabaran20hari

Friday, June 26, 2015

#Cabaran20HariPuasa/Raya2015

#Cabaran20HariPuasa/Raya2015



Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?

#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula pada hari esok, 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 

Wahh!! Dah mula? 

Ya! 

Jom sahut cabaran ini!

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7 - 13

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 

Saguhati akan diberi kepada 10 peyertaan awal yang berjaya menghabiskan ke semua cabaran mengikut tajuk.

Persoalan yang membebankan

Perlu ke tanya macam tu?


                           
Korang.. Baca ni;



        

  




Sedih aku baca. Nampak gaya penulisan, memang beliau tabah. Tapi, hatinya, mesti bagai dicarik-carik.. Manusia bila bercakap, lagi-lagi dia berezeki lebih, mulalah nak persoalkan rezeki orang lain pulak..Jagalah hati dan perasaan orang lain.. Ni kes belum berezeki anak. Aku pulak orang dok ngata jugak cepat sangat dapat anak. Tak sempat nak berhanimun katanya.. Sampaikan mak aku tak kasi aku kecoh-kecoh ngandung, takut orang ngata. hummm.. Alhamdulillah.. buat apa nak sorok and takut..Bukannya buat perkara tak senonoh.. Huhu.. Irine pon lahir genap 9 bulan kami dirikan rumahtangga. Ngam ngam soii.. Mulut yang macam mercun tunderclap tu pon dah stop.. Cuma laa ni berbunyi kembali.. Katanya bila nak tambah no 2.. merancang ke? Umur nak masuk 30, anak baru sorang? Kahwin lambat sangat sapa suruh? 

Salah satu sebab, aku tak nak laa anak-anak aku susah walaupon tahu insyaalah ada rezeki anak. Sebab kedua, tak puas rasa nak manjakan Irine. Biarlah kasih sayang kami ditumpukan pada dia dulu. 
Lagipon dia baru je umur setahun setengah. insyaa Allah ada perancangan tambahan bila usia nya genap 2 tahun nanti. Sebab ketiga, aku takut nak beranak lagi. Hahahah.. takut wey.. tak tahan sakit...walaupon dah lupa camna lah rasa sakit tu, tapi ada juga rasa ngilu-ngilu.. Sebab keempat, nak stabilkan ekonomi keluarga... Almaklumlah.. Kehidupan kami pon baru nak stabil.Gjul baru dapat kerja tetap... nak stabilkan ekonomi keluarga dahulu.  Biarlah kami besarkan anak-anak dengan kudrat sendiri tanpa perlu meminta-minta dengan keluarga and orang lain. Anak dah 2-3 orang nanti, kos keluarga pon meningkat. taknak laa sampai nak beli pampers anak pon berkira-kira. 

Adakah aku amalkan perancangan keluarga? TIDAK. Walaupon aku dan Gjul tak get ready nak ada anak lagi, tapi kalau dah rezeki, demi Allah aku terima. Ubat ke, cucuk ke, implan ke memang takde ambik. Natural planning gitu.. Hahhahaa.. Rindu bau syurga dirambut baby.. Rindu tangisan baby.. Rindu sangat.. Tangisan Irine sekarang tak boleh blah dah.. Dah laa kuat, sakit telinga dengar.. hhehehee.. tapi dia je laa penyeri hidup aku sekarang. 


Irine dihari raya tahun lepas



Facial Coklat Murah di Shah Alam

Facial Coklat di AirellynBeautyStudio


Korang pernah tak dengar Facial Coklat? Aku first time dengar facial coklat selepas rakan blogger Bella  dok pom pang pom pang kata Facial coklat ni best sampai ghase nak jilat-jilat je. Ye lah... Namapon coklat kan.. Aku seumur hidup tak pernah laa pulak nak buat facial. Sebab aku takut sikit orang usik-usik muka aku.Lagi-lagi bab cucuk-cucuk ni.. Adeh.. Ngeri..

Hari Sabtu lepas, aku balik kerja ja, terus shoot ke Shah alam. Teruja nak buat facial kata kau! Sampai-sampai je diberi layanan baik oleh staff disitu. Big Bos Ellyn pon ada . Customer memang ramai . Sampai staff kat situ kata dari pagi tak berhenti.. Kebanyakkan nya regular customer la. Tengok customer buat pembayaran pon keluar dari pintu rawatan dengan senyum-senyum je tanda berpuas hati. 



Sebelum rawatan dijalankan, ujian keatas kulit kita dilakukan terlebih dahulu untuk mengetahui kandungan air dan kelembapan  kulit kita. Kikiki..Kulit aku ni jenis kering ghupenye. Nampak je berminyak, tapi disebabkan kekurangan air dibawah lapisan kulit, boleh menyebabkan kulit muka berminyak. Lagi-lagi kat bahagian T.. Atas nasihat Puan Ellyn, kena lah jaga kulit muka. Lagi-lagi aku ni dah nak masuk 3 series. Dan risiko untuk mendapatkan jeragat di muka tu makin tinggi sebab kulit macam aku ni lah.. Huh. Taknak lah aku.. 

Selepas buat ujian menentukan rawatan apa yang sesuai, aku dibawa masuk ke dalam bilik rawatan. And berkemban sahaja. Kah! tak dpat lah nak tayang ye gambar-gambar itu.. Dah laa sejuk, di tambah pulak dengan alunan musik yang mendayu dan urutan di kepala dan badan , buat aku lupa tengah puasa perut lapar .. Rasa nak tidur je. Untuk facial, orang kata selalu sakit, tapi staff Airellyn buat tak ghase sakit pon. Tau-tau je, jerawat yang ada kat muka pecah dah.. Lagipon jerawat tu lama dah tak hilang-hilang. 

nah tengok ni Airellyn ada buat promosi Facial Coklat. 






Murah kan? Bawak kawan lagi lah murah. Hehehe. Nanti nak buat lagi bawak my adik ipar. 



Selain dari rawatan facial ada banyak lagi rawatan yang disediakan. 

Express Oxygen




Oxygen package

 Anggun Package






Bagi bakal raja sehari ada juga disediakan package untuk uolss!! memang harga termurah. Terkezut aku bila Ellyn tunjuk aku harga ni..




Rugi tak cuba.Nanti boleh discuss dengan owner spa yang cantik apa rawatan yang sesuai dengan kulit muka korang. 


Tempahan dan pertanyaan : 

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:

AIRELLYN BEAUTY STUDIO
No.6A, 1st Floor, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor 

Telefon no: 03-55194159 
 Whatsapp: 011-271714100 

Instagram: @spa_best_murah 
Facebook: Airellyn

Selepas buat facial. Rasa muka lebih fresh sangat.

Bersama owner Spa; Ellyn