Followers

AFB FEEDS

Friday, April 20, 2018

Nikmati Percutian Mewah 5 Bintang di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur

Nikmati Percutian Mewah 5 Bintang di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum..
mandarin oriental

Bila cakap pasal Mandarin Oriental , pasti semua dapat bayangkan penginapan yang eksklusif bertaraf 5 bintang yang ditawarkan olehnya. Kalau korang nak tahu, Mandarin Oriental merupakan hotel yang tidak asing lagi di mata dunia kerana ianya beroperasi hampir di serata dunia. Mandarin Oriental telah beroperasi selama lebih 50 tahun dan ditubuhkan sebagai pemimpin dalam perhotelan mewah dan mempunyai sejarah yang dibanggakan. Misi utama hotel ini adalah untuk mengembirakan para tetamu setiap hari bermula dengan pembukaan atau harta utama mereka di Hong Kong pada tahun 1963. Hotel mewah ini menawarkan penginapan yang sangat selesa, kemudahan yang luar biasa dan beberapa  restoran dan bar yang terbaik di rantau ini. Mandarin Oriental merupakan pilihan hotel untuk pelancong tempatan dan pelancong kelas mewah. Mereka kini mengendalikan 30 hotel dan lapan kediaman di 20 buah negara dan wilayah dengan setiap harta benda mempunyai nilai atau warisan Oriental Group dan rasa tempat yang sangat unik.

Bagi sesiapa yang kaki travel tu atau ada yang merancang untuk nak rasa percutian kat Kuala Lumpur atau atas urusan kerja , korang bolehlah rasakan pengalaman sendiri yang sudah semestinya tidak akan lekang dik di ingatan hanya di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur. Lokasi Mandarin Oriental Kuala Lumpur ni terletak bersebelahan je dengan menara berkembar Petronas.
Hotel ini menawarkan sebanyak 643 jenis penginapan, restoran mewah, kelab sosial dan juga kemudahan-kemudaham koprat yang berbeza. Ada terdapat 4 jenis penginapan yang  boleh dipilih mengikut citarasa dan permintaan pelanggan dari bilik, kelab, pangsapuri dan Suite. Harga bilik penginapan serendah RM 609 sehingga RM 6 000 semalam, mengikut tahap permintaan. Korang bukan je dapat menginap di hotel yang berdekorasi elegan dan mewah, dalam masa yang sama dapat view menarik berlatar belakangkan pemandangan indah Bandaraya Kuala Lumpur! .

Tentang makanan, tak perlu risau. Bagi korang yang "food lover dan food hunter", MAndarin Oriental ada menawarkan pelbagai pilihan masakan. Sebut je korang nak apa. Asean food , local food , western food semua ada. Terdapat 10 buah restoran eksklusif di Mandarin Oriental ini yang menyajikan makanan yang lazat dan enak. Antara restoran eksklusif tersebut adalah Mandarin Grill , Lai Po Heen, Mosaic , AQUA Restaurant & Bar , Wasabi bistro , Lounge di Park , Mo Bar , Kyo , Ren dan The Mandarin Cake Shop yang menyajikan hidangan manisan.

Selain itu, Mandarin Oriental juga ada menawarkan Spa yang menawarkan pelanggan complete of relaxation. Dekorasi spa yang menggunakan nada harmoni dan pencahayaan hangat mewujudkan suasana yang tenang di mana tekanan dapat dilepaskan dengan tenang. Mereka mengesyorkan agar anda tiba sejam lebih awal sebelum permulaan treatment anda untuk menggunakan wap, sauna, pusaran air panas dan sejuk serta terapi terdalam untuk badan anda. Antara kemudahan Spa yang ditawarkan adalah seperti lima bilik rawatan tunggal dan satu bilik pasangan , kemudahan haba dan air, lounge bersantai dan juga butik spa.
Bagi anda yang mementingkan stamina berpanjangan serta penjagaan bentuk badan yang ideal seperti lelaki-lelaki maskulin, jangan risau! Hotel ini turut menawarkan gym iaitu The Fitness & Wellness Centre yang dilengkapi dengan peralatan terkini yang direka untuk sesi senaman fizikal yang lengkap. Keahlian elit dan persekitaran kecergasan mewah yang disokong oleh satu pasukan profesional kesihatan yang berdedikasi akan membolehkan anda memenuhi matlamat kecergasan anda.


Anda juga boleh merasakan pengalaman terbaik dengan pelajaran tenis terbaik di Kuala Lumpur yang menawarkan perkhidmatan tenis bertaraf dunia bermula dari program dan kejohanan. Kanak-kanak juga dialu-alukan untuk mempelajari atau memperbaiki teknik mereka dengan cara yang menyeronokkan. Di samping itu, mereka turut menawarkan anda latihan peribadi, Sauna, Bilik Wap & Whirpool, kolam renang, Studio Minda & Tubuh serta Golf tertutup di MO.

So, tunggu apa lagi? Rasakan pengalaman yang menarik berada di hotel mewah dan book Hotel Mandarin Oriental online sekarang di Traveloka. Dengan Traveloka anda boleh dapatkan bilik dengan harga yang termurah dan terbaik. Buat tempahan sekarang dan selamat bercuti !!!