Followers

AFB FEEDS

Wednesday, February 28, 2018

Bestnya join GALS, hadiah untuk 5 PEMENANG

Seronok tau join giveaway LubukSeni.com
So far, puas hati dengan hadiah yang di-offer. Selain spesis jarang ditemui, hadiah meleleh tu untuk ramai pemenang. Kali ni, pemenang untuk 5 orang. Ramai tuhhh, rugi la tak join kanss.
Nak join giveaway? Klik je gambar bawah ni ya!
Banyak rupanya entry menarik kat LubukSeni.com . Kalau sesaperrr minat seni eloklahh singgah blog ni sebab memacam idea uols boleh dapat. Antara perkongsian dalam blog ni ialah:
Dah alang-alang singgah tu, jom Follow BLOG Lubuk Seni [tekan sini] Jom korangg follow LubukSeni sebab lepas ni, banyak lagi entry kreatipp penuh warna-warni. 
Follow rerapatt okke!

Thursday, February 15, 2018

PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan

[Siapa Nak Join Contest Ini Sila Tekan Banner Diatas]

PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan | PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan insurans untuk sesiapa sahaja yang berkemampuan. Mereka memberikan nama syarikat mereka sebagai PolicyStreet kerana mereka mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda ketika anda melalui waktu – waktu yang kritikal seperti mendapatkan telefon pintar pertama anda, percutian ke luar negara, gadaian yang pertama, perkahwinan anda dan juga menjadi ibu bapa.

No automatic alt text available.

Teknologi telah membantu mereka untuk menjalani komitmen ini tetapi apa yang lebih penting adalah semangat mereka untuk membantu masayarakat telah membuatkan mereka untuk menubuhkan syarikat PolicyStreet ini. Insurans ini ditubuhkan oleh sekumpulan orang dan mereka mahu meneruskan legasi ini. Mereka juga komited dalam menawarkan insurans untuk orang yang tersayang, untuk benda yang anda hargai serta masyarakat dengan cara yang mudah dan berkemampuan.

Image may contain: text

Pakej – Pakej Yang Ditawarkan di PolicyStreet Yang Anda Perlu Miliki
  1. Manulife ManuProtect Term Life Insurance 


Ia merupakan pakej insurans yang digelar sebagai insurans yang paling berpatutan di dalam insurance kehidupan di Malaysia. ManuProtect memberikan bayaran penuh pada waktu kematian atau kecacatan yang disebabkan oleh sebab semulajadi ataupun kemalangan, dengan beberapa pilihan untuk liputan untuk sakit yang kritikal. 

Antara ciri – ciri dan tawaran yang diberikan oleh Manulife ManuProtect adalah;

  • Insurans Premium yang bermula dari RM5/ Sebulan
  • Amaun keseluruhan yang bermula dari RM 50K – RM 600K
  • Amaun kematian dari kemalangan yang berjumlah 2X ganda dari amaun keseluruhan
  • Penyakit kritikal akan menerima 30% dari amaun keseluruhan
  • Umur kemasukan yang terakhir adalah 60 tahun manakala umur yang ditamatkan adalah 80 tahun
  • Tiada kontrak untuk jangka masa yang panjang dan anda boleh membatalkan pada bila – bila masa

Kelebihan yang disediakan oleh ManuLife ManuProtect adalah;
  • Kematian disebabkan oleh faktor semulajadi 
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada penama
  • Kecatatan yang disebabkan oleh faktor semulajadi atau kemalangan
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans
  • Kematian disebabkan oleh kemalangan 
          - 2X ganda daripada amaun keseluruhan
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans ataupun penama
  • Penyakit kritikal 
          - 30% daripada amaun keseluruhan (RM15K – 180K)
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans

Dapatkan ManuLife ManuProtect SEKARANG di https://products.policystreet.com/manulife/manuprotect/overview 


2. AXA 200 Cancer Care 

Image result for axa 200 cancer care

Dengan jumlah pesakit kanser yang ramai pada hari ini, insurans ini ditawarkan untuk melindungi orang ramai daripada penyakit kanser, dengan memberikan bayaran penuh apabila anda dikesan dengan kanser, dan juga bayaran tahunan untuk anda merawat kanser.

Antara ciri – ciri AXA 200 Cancer Care adalah;
  • Ia berada di bawah AXA Affin Life di mana bayaran adalah dijamin kepada pembayar insurans
  • Bayaran premium yang bermula dari RM45/bulan bergantung kepada umur
  • Bayaran Rawatan Terapi yang bermula dari RM30K
  • Bayaran Untuk Kesihatan yang bermula dari RM6K setahun
  • Pendapat Perubatan Kedua yang diberikan secara percuma 
  • Umur terakhir untuk menyertai insurans ini adalah 50 tahun dan perlindungan diberikan selama 20 tahun
  • Pemeriksaan kesihatan yang berjumlah RM 599 di Beacon Hospital
  • Anda tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk menyertai AXA 200 Cancer Care

Tujuan insurans ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu jumlah wang untuk rawatan kanser  sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit tersebut. Anda akan diberikan bayaran keseluruhan dan juga bayaran ‘bonus’ sehingga lima tahun untuk setiap tahun anda hidup. Insurans ini akan bertahan sehinga 20 tahun dan apabila tahun tersebut berakhir, anda boleh mendapatkan insurans yang baru sekiranya anda berumur di bawah 50 tahun.

Image may contain: text

Kelebihan – kelebihan yang ditawarkan oleh AXA 200 Cancer Care termasuklah;
  • Manfaat untuk Rawatan Terapi
        - Sekiranya orang yang membayar insurans tersebut didiagnos dengan kanser, mereka akan                   menerima bayaran insurans minimum RM30K.
  • Manfaat Untuk Sembuh
        - Orang yang membayar insurans juga akan menerima bayarann insurans secara tahunan yang                 berjumlah minimum RM6K setahun selama 5 tahun.
  • Pendapat Perubatan Kedua
        - Apbila anda mendapat pendapat untuk terapi atau pembedahan yang pertama daripada seorang             doktor, insurans ini menyediakan pendapat kedua dari doktor panel secara percuma.
  • Manfaat untuk Penama
       - Sekiranya orang yang membayar insurans meninggal sebelum didiagnos dengan kanser, penam            akan menerima bayaran insurans minimum RM1K.
  • Servis Penjaga
      - Orang yang membayar insurans boleh menghubungi AXA untuk mendapatkan penjagaan dari              jururawat, perubatan, ataupun pembuatan rambut palsu.
  • Baucer Pemeriksaan Kesihatan
      - Anda akan menerima baucer pemeriksaan kesihatan bernilai RM599 dengan setiap pembelian              pakej AXA 200 Cancer Care.


Dapatkan AXA 200 Cancer Care SEKARANG di https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

3. MSIG Take It Easy Pet Insurance

Image result for pet insurance

Insurans ini dijamin oleh MSIG, di mana ia adalah satu – satunya insurans untuk haiwan peliharaan anda yang berada di pasaran. Bermula dari hanya RM18/bulan, insurans haiwan peliharaan ini memberikan perlindungan untuk veterinar, bil ER, ubat – ubatan & suntikan dan juga kos untuk pengebumian sekiranya haiwan peliharaan anda sakit, cedera ataupun meninggal. 

Ciri – ciri MSIG Take It Easy Pet Insurance adalah;

Related image
  • Dijamin oleh MSIG
  • Bayaran Premium bermula RM18/sebulan
  • Manfaat Perubatan Haiwan Peliharaan sehingga RM5K
  • Manfaat kematian disebabkan oleh sakit dan juga kemalangan sehingga RM5K
  • Manfaat pengebumian dan pembakaran sehingga RM1K
  • Pengiklanan dan juga kos penembuhan untuk haiwan peliharaan yang hilang sehingga RM1K
  • Boleh didapati untuk anjung dan kucing yang mempunyai mikrocip yang berumur 12 minggu sehingga 9 tahun
  • Insurans ini tidak disediakan untuk haiwan yang larangan ataupun spesis yang diharamkan oleh keraajaan, orang awam, ataupun pihak berkuasa.


Kelebihan – kelebihan yang boleh didapati sekiranya anda mengambil MSIG Take It Easy Pet Insurance termasuklah;
  • Manfaat Veterinar dan juga Pembedahan
Sekiranya haiwan peliharaan anda cedera ataupun sakit, insurans ini akan memberikan perlindungan kepada bil veterinar sehingga RM5K. Sekiranya terdapat pembedahan, ia akan melindungi kos selepas pembedahan sehingga 60 hari.
  • Manfaat Kematian 
Tuan kepada haiwan peliharaan yang mati akan menerima sehingga RM5K untuk mendapatkan haiwan peliharaan yang baru.
  • Manfaat Untuk Pengebumian 
Anda akan menerima sehingga RM1K untuk kos pengebumian ataupun pembakaran.
  • Pengiklanan Untuk Haiwan Peliharaan Yang Hilang 
Anda akan menerima bayaran sehingga RM1K untuk mengiklankan haiwan peliharaan anda yang hilang dan juga untuk membayar ganjaran kepada orang yang menemui haiwan anda.
  • Asrama Untuk Haiwan Peliharaan Anda
Apabila tuan haiwan peliharaan tersebut dimasukkan ke hospital lebih dari tiga hari, haiwan peliharaan anda akan dimasukkan ke asrama dan dibayar sehingga RM 2.5K.
  • Liabiliti Pihak Ketiga
Apabila haian peliharaan anda melakukan kecederaan kepada orang lain ataupun merosakkan harta benda mereka, insurans ini akan memberikan perlindungan sehingga RM100K.

Dapatkan MSIG Pet Insurance SEKARANG di : https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

Kelebihan Mendaftar Insurans Dengan PolicyStreet 

Image may contain: text

Mudah Digunakan

Policy Street tidak memerlukan anda untuk pening kepala kerana ia menawarkan pakej – pakej yang sesuai untuk anda. Setiap pakej telah diberitahu akan fungsi dan kelebihan masing – masing, jadi anda hanya perlu memilih pakej yang anda perlu gunakan dan mula mengambil insurans tersebut untuk kehidupan, harta dan juga kesihatan anda. 

Pelbagai Pakej Yang Ditawarkan

Image may contain: text

Anda boleh memilih pakej – pakej yang diberikan berdasarkan keperluan dan juga kepentingan anda. Contohnya, jika anda mempunyai penyakit kanser, anda boleh memilih AXA 200 Cancer Care kerana Policy Street akan memberikan perlindungan insuran untuk anda yang mendapat penyakit ini dan juga duit tahunan untuk anda gunakan bagi mengubati penyakit ini. Anda juga boleh memilih pakej untuk melindungi kehidupan, harta dan juga perniagaan anda.

Harga Yang Berpatutan

No automatic alt text available.

Setiap pakej Policy Street akan memberikan anda komitmen bulanan yang amat rendah dan mampu milik di mana anda tidak akan terkesan dengan potongan insurans pada setiap bulan. Anda boleh membayar serendah RM5 / sebulan untuk insurans perlindungan kehidupan anda dan anda akan dilindungi oleh insurans Policy Street.

Dapatkan Insurans Daripada PolicyStreet Sekarang!

PolicyStreet sedang mengadakan promosi sempena Tahun Baru Cina jadi anda perlu mendapatkannya sekarang. Anda boleh menerima Ang Paw bayaran balik sehingga RM 50 dengan menggunakan kod rujukan yang anda akan terima apabila anda melakukan pembelian melalui Policy Street. Caranya adalah dengan menekan link seperti berikut;

Promosi Tahun Baru Cina PolicyStreet: http://campaign.policystreet.com/web/cny/index.html

Tuesday, February 13, 2018

BALM BAYI TOK SYED | BALM SERBAGUNA UNTUK SEISI KELUARGA

Assalamualaikum.. 

Apa yang merisaukan ibu bapa bila anak demam terutamanya batuk dan selsema lagi-lagi bila ia nya berlaku pada bayi? Kadang-kadang kalau ke klinik pon memang tak digalakkan untuk ambil ubatan seperti ubat batuk.Kadang risau kan bila anak-anak batuk dengan keadaan tak selesa berkahak dan sukar untuk tidur. 

Baru-baru ini Irine pon kerap demam dan selsema. Tapi dia dah besarkan, pandai lah nak buang kahak dan batuk pon cepat lega. Berbanding dengan Wafiy yang terjangkit dengan kakak nya, tidur pon tak lena dengan nafas berbunyi. Bila ke klinik tak de pulak semput kan. Kita yang dewasa ni pon kalau batuk rasa siksa sampai rasa nak terkeluar anak tekak.. hahahaha.. 

Cara lebih selamat dan nak melegakan rasa batuk dan selsema tu dengan sapu balm. Aku memang tak la nak sapu minyak-minyak panas ni. Sebab sebelum ni pernah sapu minyat gamat panas untuk Irine, tu dia, merah-merah badan dia siap nangis lagi haa sebab kepanasan, walaupon sapu sikit je.. Kebetulan ada kawan-kawan yang bercerita tentang Balm Bayi Tok Syed. Haaa.. Apa lagi..Wajib cuba la kan.


BALM BAYI TOK SYED

Balm Bayi Tok Syed adalah persediaan kecil yang perlu ada bagi setiap seisi rumah yang dapat membantu melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat. Yang bagusnya balm ini berasaskan bahan semulajadi , halal dan suci serta diproses di kilang bertaraf GMP . Ia boleh digunakan seisi keluarga tidak kira peringkat usia. Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam Balm Bayi Tok syed ni adalah Beeswax, minyak kelapa dara, minyak bunga matahari dan pati minyak lavender. 




Beeswax

Atau lebih dikenali sebagai lilin lebah merupakan bahan semulajadi yang terbaik selain popular untuk kecantikan kulit dan kosmetik,  ia juga baik untuk mengatasi keradangan kulit. 


Minyak Kelapa Dara

Ia merupakan bahan 100% organik yang diperolehi dari kelapa matang yang berkualiti tanpa melalui proses haba dan kimia. Ia mengandungi vitamin E dan tidak akan rosak dan hilang. Ia memang bahan yang terbaik yang mampu membunuh bakteria, virus dan kulat.Ia juga baik untuk meningkatkan metabolisma dan daya tahan terhadap sesuatu penyakit. Minyak kelapa dara juga mudah menyerap kedalam kulit dengan kandungan vitamin E didalamnya sangat bagus untuk mengekalkan kelembapan kulit.


Minyak Bunga Matahari

Ia diperolehi dari biji bunga matahari. Kandungan Vitamin E dan asid lemak omega 6, menjadikan ia nya sangat efektif dan anti radang bagi membantu masalah kulit seperti eczema. 


Pati Minyak Lavender

Selain dikenali sebagai bunga yang memiliki haruman yang manis, menenangkan dan menyegarkan yang banyak dijadikan sebagai minyak aromaterapi , syampu, pencuci pakaian,pewangi dan lain-lain, ia sangat bagus untuk mengatasi stress dan tekanan. Ia juga membantu memudahkan kita untuk tidur dan lena. 


Cara menggunakan Balm Bayi Tok Syed



1. Sapukan balm dan urut perlahan-lahan pada tapak kaki
2. Urutan Perlahan di belakang badan
3. Urutan Perlahan di bahagian dada
4.Ia juga boleh disapu sedikit di bahagian "T" muka. 



Testimoni Pengguna Balm Bayi Tok Syed














Video Testimoni Sendiri




Selepas seminggu mengaplikasi kan sendiri kepada anak-anak dan diri sendiri, ternyata memang berpuas hati sangat dan rasa berbaloi untuk memiliki Balm Bayi Tok Syed. Harga nya berpatutan dan isi padu nya juga banyak.


        Harga : RM80 sebotol
Isi padu : 45 gram

Untuk membuat sebarang pembelian atau pertanyaan, korang boleh dapat kan sendiri dari pengedar dan stokis yang sah dengan carian www.toksyed.com/stockist .




Untuk maklumat lanjut mengenai Balm Balm Bayi Tok Syed adalah seperti di bawah ;

Website : www.toksyed.com



No Telefon : 0168262990


                 

Monday, February 12, 2018

Bagus Ke Bonnisan ni?


Dua bulan lagi anak bujang aku , Wafiy nak masuk 2 tahun. Adoi..cepat nya adik membesar. Ke sebab adik overdose manja ni.. Yes.. Manja sangat.. Masih berdukung tau pergi mana-mana. Sebab saiz badan kecik, larat laaa nak mendukung kan. Selalu kalau ke mana-mana orang ingat umur dia baru setahun.




 Termasuk lah doctor yang merawat dia kat klinik masa dia demam tempoh hari.
Dah laa kecik 1 hal. And dia masih speech delay. Aku selamba je? Eh tak. Pergi klinik misi tak Tanya pon aku bagitau. Gila tak risau kan...  bab anak2,  aku susah nak sentiasa positif and biorkan je ..Masa check up setahun 6 bulan nurse kata kalau setahun 9 bulan langsung tak bercakap kena juga laa refer pakar. I is redha. Memang apa pon akan buat yang terbaik untuk anak-anak. Tapi baru baru ni, ada laa 2-3 butir perkataan dia sebut, tak nak, hello, hai.. sikit kan? Gilos tak sedih. Mak , ayah pon tak reti sebut lagi. Sobbsss… Sabo lagi ni walaupon hati bergelodak kerisauan.





both tinggi &  berat border kuning.
🤒🤒

Lagi 1 yang  menjadi kerisauan ada lah perkembangan fizikal dia. Cenonet sangat. Dan baru-baru ni check up 9 bulan berat dia Cuma 8.5kilogram. 3 bulan lepas 9 
. Makin turun okey. Dah paras border kuning sikit lagi nak merah. Ya Allah… Risau nya aku. Dah laa semalam nya baru check up kat swasta sebab demam kata dia dehydrate. Kalau 2-3 hari still tak kebah demam kena refer hospital. Mrmang trauma dah rasa masa dia baby dulu masuk NICU sebab dehydrate. Balik check up memang mommy paksa juga dia minum air masak & makan. Dah mati kutu sebenarnya sebab dia memang susah makan, susah minum. Cuma nak susu badan je. Dah laa rasa macam tak banyak macam dulu kan. Entah cukup ke tidak nutrient yang dia terima.
Punyalah aku bingung nak pikir apa nak buat dengan dia ni.


 Baru teringat tentang Bonnisan . Produk dari Himalaya. Tahun lepas aku ada laa order kat Shopee untuk wafiy. Tapi waktu tu dah habis stok. Terus aku lupa nak follow up. Kebetulan balik dari beli barang dapur tu terus singgah farmasi nak beli vitamin c untuk Irine. Ternampak pulak Bonnisan. Memang terus grab. Harga pon tak mahal . RM24.50 je sebotol. Tak kisah laa.. Harap ada miracle untuk naikkan berat badan dia sebelum 2 tahun ni waktu dia check up nanti.



Dah seminggu mencuba, Alhamdulillah. Selera makan tu ada. Walaupon kadang tu kena paksa juga. Tapi dia laju je makan biskut @ roti. Yang kagum, air masak pon dia nak minum. Minum & mintak tau. Kalau sebelum ni, sumpah memang susah.. kena paksa pakai picagari tu haaa..


Takpe lah. APa pon kita tunggu lagi 2 bulan ni macam mana. Ada tak perubahan dari segi pertuturan and berat badan dia. Harap on track la, tak lagi border kuning. Tipu laa kata tak sedih. Orang kata dia kecik , macam aku tak bagi makan.Padahal duduk rumah 24/7 hgoyang kaki kea pa? Anak lambat cakap ni, tak ajar dia bercakap ke?? Entah laa.. Tak tau nak jawab apa. Aku anggap je tu bahagian aku dan cabaran untuk aku bagi tumpuan 100% kat anak. Termasuk lah persekolahan Irine. 

Monday, February 5, 2018

KOLEKSI TERBARU FIGURA SUKAN RIA DARI CARRIE JUNIOR

Assalamualaikum.. 

Dari Irine kecik baby lagi aku memang guna mandian dari Carrie Junior. Aku suka sebab ada macam-macam bauan yang sweet dari buah buahan dan ada juga yang bau seperti chewing gum!! Sedap je cium anak-anak lepas diorang mandi. Sebagai ibu, aku memang pilih yang terbaik untuk anak-anak.. Dan aku yakin tak salah pilih walaupon sekadar syampu mandian. Irine pon suka. "Tak pedih mata pon mommy" katanyaa walaupon hanya sedikit sabun, tetapi buihnya memang banyak...




Bagi sesetengah anak-anak ni, spesis takut air. Bila adanya Carrie Junior syampu/ mandian dengan buih yang banyak, anak-anak rasa seronok untuk bermain sehingga terlupa akan ketakutan mereka. Ini tak terkecuali si Wafiy laa. Memang takut air. Tapi bila dia tengok kak dia seronok main buih sabun, memang melekakan dia juga. Memang berjam laa budak-budak ni mandi. 






Bagi yang tak tau, dibelakang setiap botol syampu / mandian Carrie Junior yang 700 ml terdapat 1 figurine comel . Aku pon baru perasan tahun lepas. Rasa sedih sangat sebab dah berbotol botol Carrie Junior aku dah buang lepas habis guna. Koleksi terbaru kini ada koleksi sukan ria. 



6 Koleksi terbaru Figura Sukan Ria mesti dimiliki!

Koleksi terbaru ni sama je pembungkusan nya yang tersorok di belakang botol Carrie Junior. Dan kali ini didatangkan dengan board game beserta dadu. Terdapat 6 figura mainan comel yang terdapat di belakang botol iaitu;

CARRIE JUNIOR - si gajah yang gemar bermain bola sepak.
SPEEDY TOMMY - si kura-kura yang terpantas di atas trek larian.
TUFFY TEDDY - si beruang yang paling kuat.
DRIBBLY MINKY - si racoon yang mahir dalam sukan hoki.
SMASHY MACKY - si monyet yang tangkas bermain ping pong
TROFI KEJOHANAN SUKAN 

Figura apa yang akan dapat tu adalah random. Irine dapat Trofi kejohanan sukan. Rasa teruja nak beli lagi. So korang , apa lagi dapatkam ke-enam enam koleksi figura sukan ria. Barulah seronok main board game anak beranak. 

Tambahan pula, rasa seronok  dapat sama-sama meluangkan masa bersama anak dengan permainan seperti ini. Sekurangnya dapat melupakan permainan gadget, television. Permainan seperti ini bagus untuk melatih minda anak-anak dan ada unsur pembelajaran seperti kiraan nombor di dadu . 

CARRIE JUNIOR PILIHAN NOMBOR 1! 

Pilihan utama dengan produk Carrie Junior adalah kerana ia diikitraf halal. Kandungan bahan yang digunakan serta vitamin yang terdapat di dalam set jagaan Carrie Junior sangat meyakinkan. Harga nya juga berpatutan dan mudah didapatkan di pasaraya besar, mini market, dan juga Farmasi. 

Bagi mendapatkan keterangan lanjut boleh layari :
Facebook Carrie Junior  : https://www.facebook.com/CarrieMY/