Scan 3D & 4D
Adik baby dah masuk 16 weeks minggu ni.. Mommy agak teruja lah bila nanti si dia pon membesar dalam perut.. Amboii.. teruja ngalahkan anak sulong.. Masa Irine dulu pon exited juga.. lagi lah exited kan.. tapi , ye lah.. anak sulong.. so, mommy banyak perkara yang tak tau, & tergesa-gesa ambik tau.. Masa Irine dulu pon ada jugak buat 3d&4d.. tapi cuma tau 1 tempat je lah.. Sekarang, bila dah jadi blogger , eh! Banyak jugak tempat best & murah untuk scan 3D & 4D!!
Apa tu Scan 3D & 4D ?
Kalau kat klinik KKIA tu, selalunya doktor KK pon akan scan kita. Tapi imej yang terhasil hanyalah 2D. Selalunya hitam putih je lah.. Kat situ doc/ sono cuma boleh tunjuk perkembangan bayi , kedudukan bayi & details scan boleh mengesan kecacatan bayi tetapi tidak boleh mengesan kecacatan bayi seperti kecacatan kromosom & sindrom down. Untuk 2D @ Check up baby aku buat kat KKIA area rumah aku je and tapi tetap follow up dengan swasta kat klinik Fauziah , Ampang.
3D (3 Dimensi) pulak, gabungan antara 2D & imej yang lebih jelas terutamanya wajah baby.. yang ni mesti lah semua teruja kan nak tengok.. Baby belum keluar pon, kita dah boleh nampak muka baby macam sapa.. ayah ke mommy..
4D (4 Dimensi ) ni , video statik, means, nampak lah baby gerak2, senyum , menguap, makan semua tuu.. comel tau & seronok sangat bila dapat tengok gelagat baby dalam perut..
ni gambar 3D Irine .. Aku buat kat 3D 4D Scan Malaysia cawangan Ampang dengan sonographer femes amos Ms Jezzlyn. Puas hati sangat.. Dari Irine tido, menguap , senyum semua boleh nampak jelas.. Gigihlaaa Jezzlyn dok kejut Irine waktu tuu.. Masa ni aku buat scan waktu usia kandungan 26 minggu.
Tapi, untuk adik baby, aku buat research banyak tempat jugak lah.. Hasil info kawan-kawan. Hehehe.. Adeh.. sampai confuse nak pilih yang mana 1. Make sure lah harga puas hati, servis pon terbaik... Antara tempat-tempat yang aku survey ;
1) 3D 4D Scan Malaysia
sebab ni antara best recommend lah , coz aku pon pernah gunakan servis diorang. Tapi yelah.. Memang full booked selalunya. Masa aku pergi dulu pon weekends, free pukul 5.30 petang gitu last pax... pukul 7 lebih baru dapat scan..maka kami pon maghrib kat situ jugak.. 1 sesi dalam 20 minit - 30 minit.. Eh.. btw, sebab diorang banyak cawangan, so korang check lah dulu klinik mana uolss nak pergi kat website diorang. & for sure, kena booking dulu.
Harga :
2) My SonoWorld
Lokasi : Residensi Bistaria Apartment
Residensi Bistaria Apartment, Jalan Ukay Bistari, Taman Ukay Bistari, 68000 Ampang, Selangor
Tel : 03 – 4162 2754 / 010 – 2256224
nah, sonographer di SonoWorld. Muslim lady.. hehehe..mesti ramai yang teruja.. aku pon macam berminat je ni..ecececehh..
Tayang review di facebook My SonoWorld
Harga :
Growth scan : RM50.00 / RM80.00 (KEMBAR) 1sesi - awal kehamilan sehingga 40 minggu
3D/4D scan : RM100.00 /RM160.00(KEMBAR ) 1 sesi - 24 Minggu - 34 minggu
Details scan : RM150.00 / RM280.00(KEMBAR) 1 sesi - 20-26 minggu
Pakej details scan & 3D 4D scan : RM180.00 /RM280 (kembar) 1 sesi
selain dari pregnancy scan, boleh jugak buat scan yang lain , macam breast scan, thyroid scan , abdomen scan dan lain-lain..
3.) Klinik Dr Nurul
Alamat : KLINIK DR NURUL,NO.27,JALAN DAMAI NIAGA SATU,ALAM DAMAI,56000 CHERAS KUALA LUMPUR
(No Telefon Klinik : 03-91081189/No Hp Klinik : 60175100016 (Call Sahaja)
klinik ni pon ramai jugak yang suggest coz kawan aku ada sorang dah buat kat situ.. dia kata best.datang dari Terengganu okey semata nak scan dengan Dr Nurul.
Harga :
Dari hasil skodeng kat facebook Klinik Dr Nurul harga untuk scan 3D/4D cuma RM70.00 je.. aww.. murah jugak tuu..
Tapi kena booking awal2 lah ye untuk schedule booking. sebab ritu kawan aku nak booking pon dah penuh...
4.) Klinik As Salam Bangi
alamat : Klinik As-Salam 24 Jam,
No 69, Jalan 7/7 C, Seksyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel: 03 8912 9969/ Hp:019 337 0969
yang ni pon aku baru tau jugak hasil searching di Facebook. Tengok review kat facebook tak banyak, so tak tau lah okey ke tak.. tapi klinik ni dah masuk tv9 & Facebook page pon aktif. means kalau ada pertanyaan, cepat jugak admin menjawab persoalan.
For sure kena booking dulu lah ye. Untuk booking by whassap pon boleh . Me is not sure lah, ada untuk weekends pon tak.. tapi takpe, sebab sampai ke malam pon boleh booking sebab klinik ni open 24 hours. By the way , the sonographer ni ada sono lelaki & perempuan.. so, uolls kena juga contact dengan diorang kalau nak sono perempuan.. . untuk harga lebih kurang je dengan 3D 4D scan Malaysia.
Harga :
5.) Klinik Sofea (Puchong)
Alamat : 38, Jalan PU 7/3, Taman Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia
Sabtu lepas kawan aku baru je pegi sini.. tu pon sebab dia dah teringin sangat nak scan baby.. & takde buat booking. so semua klinik pon opcoz laa full.. Lagi2 weekends kan.. nak cari walk in selalunya ada extra charges.. Last2 dia jumpa klinik ni.. Boleh walk in katanya.. Dia kata okey je servis klinik ni.. scan dalam 10 minit macam tu.. pada aku macam sekejap sangat lah pulak.. hahahaha.. tak puas nak jumpa baby.. Banyak review kat google semua kata okey je klinik ni..memang pakar sonographer pon yang buat scan.. tapi bila bukak kat facebook, adeh, bad reviews kena marah2 la pulak.. korang tengok lah sendiri.. nak cakap banyak pon tak boleh. nama pon walk in.. memang compem ramai gila orang.. pada aku walk in ni macam last minute plan je. so jangan la tinggi sangat expectation untuk services tu ..
Harga :
boleh tahan murah.. RM80 saje untuk 10-15 minutes..
Klinik Dr Najwa (Bangi & Putrajaya)
alamat :
1) Putrajaya : No.4, Jalan Jati Bukit P11/25,
Presint 11, 62300 Putrajaya.
Tel : 03-03-8861 8721 (rabu & jumaat sahaja)
2) Bangi : Jalan 3/69, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
bagi orang Putrajaya & Bangi, boleh juga nak dapat khidmat scan 3D/4D kat klinik Dr Najwa. Rata-rata dari review di Facebook & blog review semua kata doc yang baik dan peramah. Harga pon berpatutan dan yang penting boleh jugak nak walk in.
Harga :
Untuk scan 3D & 4D around RM120.00 dan package details scan, 3D&4D dalam RM160.00 sahaja
Ada lagi sebenarnya.. tapi ni je laa kot yang boleh di share dengan harga yang berpatutan.. Boleh jugak uolss nak scan kat hospital An Nur, Hosp Az Zahrah.. tapi harga memang RM200.00++ ikut kemampuan orang cakap kan.. tapi dah ada yang murah , services baik, y not kita grab je..
Okey.. tazzabar nak scan baby lagi.. hiks!!!