Followers

AFB FEEDS

Friday, January 11, 2019

SELAMAT TAHUN BARU 2019!

Assalamualaikum... Kah! Macam awkward je kan dah nak masuk pertengahan bulan , tajuk blog "Selamat Tahun Baru"... Almaklum lah .. serius kalini mood berblogging macam dah terkubur lama. Hampir setahun jugak lah tenggelam timbul.. Banyak faktor kenapa aku menyepi lama. Tapi apapon, macam biasalah.. mudahan terus istiqomah nak berblogging kembali.. Korang doa doakan laa ya..walaupon intipati blog tak memenuhi citarasa bacaan uolss semua. kekeke.. Tapi , mungkin akan ada throwback la cerita tahun lepas.. Eh..Aku tak cerita lagi kan episod mengandung, bersalin kan anak bujang yang baru tu... Tup tup dah keluar... heee.. tapi nak cerita juga laa..Sebab blog ni kan dah sebahagian macam diari peribadi. Tapi share jugak laaa dengan pembaca yang sudi membaca.



Eh, aku bukan je tak update blog tau.. nak blogwalking ke blog kawan-kawan yang lain pon tak dan.. sebab nya , aku cerita okey. Kira ini entry pertama aku untuk tahun 2019.... Fuh.. Bismillah....

Since tahun lepas lagi aku cuma mengharapkan data talefon je untuk update blog. Malangnya, aku tak tahu la kenapa aku boleh bersabar selama 2 tahun lebih okey dengan line telefon ni. BTW, line telefon okey je nak incall, outcall tu.. Tapi bab internet, Allahu.. Lembab sangat. Dah banyak kali aku berkira-kira nak tukar provider lain.. Lagipon masa daftar memang 0 contract dan sepatutnya anytime boleh cut off. Ye laa.. Kesian kat Gjul kena bayar bulanan yang agak mahal ..Tapi tak boleh guna. Ini adalah serious gais..  Aku pikir sebab unlimited call je..Sebab Gjul kata jangan potong line dulu , so dia tambahkan lagi 1 sim card phone prepaid. tu pon monthly dah RM50.kadang topup lebih sebab aku buat bisnes online. Almaklum lah.. Tak kerja. So kena juga la cari duit belanja buat beli cekelat anak2.. hehehe..

Ada yang tanya kenapa tak pasang Unifi? Rumah aku rumah flat.. so memang takde port untuk unifi walaupon tengah bandar okey.. Diskriminasi kawasan betul.. mementang duduk flat je. Streamyx? Dah 3 kali aku daftar kat agent, tapi nan ado pon yang datang pasang kat rumah. Time , Maxis Fibre dan lain-lain tu lagi laa tak boleh kalau port Unifi pon takde.. Ahaks.. 

Then baru semalam laa tetiba jalan-jalan ke Ampang Point. Nak buat cermin mata sebenarnya... Tapi semua bingkai tak de pulak yang berkenan .. Yang kenan , mahal sangat laa pulak. Tunggu ada bajet lah..  Boleh claim kat company Gjul.. Ambik yang best sikit... Oh ya...sambung tadi, tengah jalan-jalan tu Gjul tarik tangan aku kat kiosk Yes.. "Ayang nak tak tambah internet Yes..".. aku cakap tak payah lah..kang sia-sia je kat rumah takde line. Rugi. Dah laa ada contract. Dah alang-alang tu, tanya jugak laa kat staff tu, bagi alamat & kawasan rumah weols. Check ada line.Gjul kata, cuba dulu, kita ambik pakej kontrak setahun dulu.. ok laa.. Sebab dia yang bayar kan.. hehehe.. So , kami ambik plan RM65 sebulan dengan 25gb data sebulan. Lagipon, aku je pon yang pakai sorang. Harap-harap cukup lah...Gjul suruh ambik yang portable punya sebab boleh bawak ke mana-mana..aku risau kalau tercicir je.. hahaa.. Sebab natang tu kecik molek je wey... 

[klik gambar untuk ke pautan YES 4G]

Alhamdulillah, sampai je rumah, aku terus cuba line.. Eh!! okey laa! Not bad. Tengok Youtube pon xde lah buffer lama sangat. Still aku boleh layan cerita Kanda tak tersekat sekat.. Kite tengok dulu okey ke tak. Kalau takat nak blog je okey laa. Kalau nak ber youtube mano cukup 25gb. Tak memasal kena add on data pulak.. Cukup lahh.. Campur plan yes & 2 lagi talian talefon aku ni je total semua kos RM200++.. kesian pula yang tukang membayar nya... 




okey dah ada ni, mudahan aku rajin laa yerk nak update blog.. Kalau malas jugak , korang ping aku ekkk.. Eceh.. nak ping ping macam yahoo messenger pulak.. .. Adoi.. Rindu zaman YM..

4 comments:

  1. aku tunggu gak update entri beranak ko yan. duduk flat mmg cmtu la yan, dulu aku duduk aprtment cheras pun sama, banyak kali apply nak pasang streamyx x dpt psl x ramai yg nak psg la, tup2 kali yg ke berapa ntah apply kata dah cukup port pulak. Diorang dtg rumah ke rumah time kita keje erm.

    ReplyDelete
  2. pernah guna ni dulu.. lepas pindah. dah tak pakai

    ReplyDelete
  3. oh patut la ko lama menyepi kat blog ni..
    pdhal tgh2 bndar tu ko duduk xde port jugak eh

    ReplyDelete
  4. Oh! patutlah dah lama tak up-date blog.

    ReplyDelete