Followers

AFB FEEDS

Saturday, June 27, 2015

#CABARAN20HARI | Erti Puasa Bagi Seorang Aku

#CABARAN20HARI | Erti Puasa Bagi Seorang Aku


Alhamdulillah.. Diberi kesempatan untuk menunaikan  rukun islam ke-3 sekali lagi pada tahun ini. Sebenarnya tak terkejar masa, macam baru sehari dua je berpuasa.. laa ni dah masuk hari ke 10 puasa.. Tapi puasa aku tahun ni agak mencabar laa sebab Irine dah membesar dan masih menyusu badan. Tapi sangat bererti bagi aku.

Puasa bagi aku menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari habisnya waktu imsak sehingga terbenamnya matahari disertai dengan niat. Kalau tak berniat, makanya sia-sia je lah puasa. Kira macam diet laa tu.

Niat berpuasa : 



niat sebulan



Aku memang kalau bulan puasa, malam puasa pertama, selalunya niat untuk sebulan terus. Takut-takut, tak terbangun sahur ke, terlupa niat ke kan.. Senang.. Tapi tetap jugak niat untuk hari-hari. Sebenarnya dari aku umur 6 tahun aku dah dilatih berpuasa oleh mak & abah.. Tapi tak penuh laaa...Puasa penuh start bermula umur 8 tahun. Tetiba teringat pulak, pernah sekali lepas balik sekolah agama, penat kot balik sekolah, then cuma sempat berbuka secawan milo dan sebijik kuih lepat pisang.Yes! Memang ingat sangat. Ayah aku beria suruh buka cepat & bergegas la, nak antar aku pegi photoshoot raya. Sampai nak bergambar pon aku boleh merengek lapar..hahaha.. 
Kalau dulu masa kecik-kecik , berpuasa sebab nak dapat kan duit raya je. Dah mak aku pon janji, puasa penuh dapat RM20.. time tu RM20 dah cukup banyak sangat..
Tahun ni juga tahun ke-3 berpuasa sebagai isteri dan tahun ke dua sebagai seorang ibu. Erti puasa bagi aku sekarang ni berbeza lah berbanding dari zaman bujang. Kalau dulu, masa bujang, malas gila nak sahur. Awal-awal je bangun sahur. Dah pertengahan puasa, malas dah nak sahur, sedangkan sahur tu amalan sunat. Tapi sekarang, berbeza la. Sebab nak taknak kena jugak bangun sahur. Kena makan, dan minum air, sebab masih menyusukan Irine. Kalau tak, memang tak bermaya la seharian berpuasa. Tapi kengkadang tu macam malas jugak nak sahur, bila Gjul kerja shift malam. Terpaksa sahur berseorangan. 

Puasa juga bagi aku, sebenarnya melatih kita menjadi seorang yang berdisplin. Sebab bulan-bulan lain tu perangai kengkadang tak senonoh. Contoh nya bulan lain tu sakan laaa dok pot pet pot pet.. Kerja pon kadang tak jalan. Tapi bulan puasa macam lebih banyak senyap.. Hahahaha.. Jimat tenaga.Kerja cepat siap, dan boleh balik kerja cepat..

Aku tak sure lah kalau orang lain, tapi bila puasa ni nafsu nampak makanan ni lain macam sikit. Lagi-lagi kalau pergi pasar ramadhan. Amboii.. Rambang mata. Air kengkadang beli 2-3 jenis, kuih , murtabak, roti john semua nak beli. Tapi bila nak makan, minum air 2-3 cawan dah kenyang. Tu lah beza nya waktu berpuasa atau berdiet. Time puasa makan sikit pon dah kenyang sangat. 

Bulan puasa ni jugak menggalakkan kita melakukan lebih banyak ibadah kepadaNya. Banyak perkara sunat yang boleh dilakukan untuk tambah extra pahala. Antara kita juga masing-masing berlumba untuk mengejar malam Lailatul Qadar. Selain itu melambat waktu bersahur dan menyegerakan waktu berbuka juga adalah perkara sunat. Solat terawikh, bersedekah, menjamu orang lain berbuka puasa pon amalan sunat. Seronok..
Tapi since jadi emak ni tak berpeluang lagi nak lakukan solat terawikh di surau ataupon dirumah..

Semoga, dibulan ramadhan yang mulia ini,  segala amal ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T. Apa pula erti puasa bagi anda?

Selamat menyambut bulan Ramadhan. 


P/s: Rindunya nak berpuasa dengan mak abah kat kampung. Rindu puasa dizaman kanak-kanak.. =( *nangis*


#Kelabbloggerbenashaari
#Exchangefeedgroup
#Cabaran20hari

7 comments:

  1. dah berumur ni rasa puasa tak lama masanya lagi2 kalau kerja dalam ekon..hemm , kesian org yg kerja berpanas tapi tetap berpuasa..kuat sungguh iman dorang... erti puasa adalah puasa yg sangat bererti..ok tak yoorin? hahaha selamat berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu pcl.. duduk kat ekon pon kadang rasa tak larat jugak.. hahaha

      Delete
  2. selamat menjalankan ibadah puasa kak yoorin.. sokong semua point kak yoorin.. hihi..

    ReplyDelete
  3. Nice entry ! Bulan Ramadhan adalah sebaik2 bulan untuk kita muhasabah diri :)

    ReplyDelete
  4. Bila dah biasa makan sedikit, waktu bulan puasa tak rasa nak makan banyak sebab perut dah 'kecik'.. hehehe..

    ReplyDelete