Semua tahu kan Giant Panda mewakili keamanan dan simbol hubungan diplomatik antara China dengan Malaysia selama 40 tahun. Giant Panda juga akan tinggal di sini (Malaysia) untuk tempoh 10 tahun akan datang.Giant Panda yang diberi nama Xing Xing (panda jantan) dan Liang Liang (panda betina ) kini sudah mempunyai seekor anak yang baru dilahirkan baru-baru ini.
Berpeluang melihat Giant Panda pada Bloggers Day Kelab Blogger Ben Ashaari, dapat mendekatkan diri dengan mengetahui lebih dekat panda ini.. Kebetulan Xing Xing dan Liang Liang lahir pada hari dan tarikh yang sama iaitu 23 Ogos . Haritu ingat ada chance la dapat tengok baby Panda. Rupanya dapat tengok bapak panda je..hehehe. Bini panda pon tak de jugak, tengah berpantang kata pegawai zoo. Kelahiran panda gergasi ini selalunya hanya seekor sekali kelahiran dan jarang-jarang berlaku 2 ekor atau kembar. Sebab itu haiwan ini sudah hampir pupus dan hanya ada 2000 ekor sahaja di dunia.
Rupanya anak panda ni kuat menangis. Dia nak mak nya sentiasa dekat dengan dia. Even, mak dia gerak sikit je pon dia dah menangis.. Hahahahah.. Comel pulak rasanya. Sempat jugak bertanyakan pada pegawai tersebut, padanlah Xing Xing macam kuat termenung je. Mungkin sunyi sebab berseorangan bini berpantang. Hehehehe.. Salah rupanya andaian aku tuu.. Panda ni diorang tak boleh berjumpa. Sebab nanti akan bergaduh. Akan baik waktu tibe musim mengawan sahaja. Laa.. Gitu ke?
Najis panda jugak tak berbau sebab dia makan lebih kepada vegetarian seperti buluh ,buah buahan dan kek panda. Kek Panda ini dibuat dari pada tepung gandum, tepung beras, jagung dan kacang soya , garam susu dan gula. Kek Panda ni amat digemari panda gergasi dan akan diberi kepada panda sebanyak 1 Kilogram setiap hari. Bila tengok najis panda dah macam durian musang king. heee.. Panda gergasi diberi makan 5 kali sehari dan secara purata seekor panda memerlukan 40 kilogram sehari. 99 % diet pemakanannya terdiri daripada buluh.
Apa yang menyedihkan aku bila dengar penjaga panda kata, baby panda akan dihantar ke China bila dah berusia 6 bulan - setahun. Alahai .. ciannya.. Ingatkan jadi hak milik Malaysia terus kan..
laaa ingatkan termenung sebab lonely rupa rupa tidakk gaduh pulak kalau bertemu huhu panda ni comeyy betoii
ReplyDeletetu laa..ingatkan lonely.. hahahaha.. rupenye panda memang macam tu..dia tak boleh jumpa sebab nanti akan gaduh..
Deletease nak peluk2 je panda tu
ReplyDeletekan lisa.. geram tengok dekat2..
DeleteSerius?!
ReplyDeleteBaby panda bukan milik kita?!!
Hadoi la yoorin.
Takde hasil langsung membela panda 2 ekor tu :-(
Sedih...
bukan..kite kena pulang balik bila umur dia 6 bulan - setahun.. sebab tu dah termasuk dalam perjanjian.. kita kat sini nak kasi dia kembang zuriat je .. sebab dah makin pupus kan..
DeleteAlahai comel je panda. Nak mengempeng je ng omak dia. Heheheh tapi kesian. Kecik2 lagi nanti nak berpisah dengan mak dia dah.
ReplyDeleteJom join segmen bloglist SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST
tu laa..kite pon tak sampai hati tinggal anak lama2.. =( penjaga panda tu pon cerita macam sedih..nanti Xing Xing & Liang Liang pon kena pulang balik dah cukup 10 tahun.. yg jaga tu haa..sedih kot..sebab dah rapat..
Deletesooo comel panda dan pelawtnya. hehehe
ReplyDeletekikiki..kak yoorin pon dah bersaiz panda.. hahaa
Deletefakta mcm ni bes. hihi
ReplyDeletehehehehe..terkejut dengar dia makan 40 kg sehari..tapi berat dia maintain.. kekekekeke
Deletebelum ada rezeki lagi nk ag jumpa ko panda...ko tunggu aku dtg ya..hehehhe
ReplyDeletehehehe..ada rezeki insyaa Allah..lagipon dia baru je 2 tahun kat Malaysia..ada 8 tahun lagi..
Deletexpe ke di pisahkan anak dr ibunya???alahaiiii ..sedih pulok
ReplyDeleteNtah laa..sebab rasa 6 bulan - setahun tu macam.baby je.. huhu.. panda ni nangis dah laa kuat..
DeleteLahai.. Baru tahu.. Info pasal panda... Hehe... Anak manja macam panda la ek.. Tggal kejap je nangis. Hehe...
ReplyDeleteHaah..manja sangat irine xnak berenggang..hahaha
DeleteAlahai comelnya panda. Geram je tengok, rasa nak peluk-peluk. dah la gebu :)
ReplyDeletePernah sampai masa Panda ni baru masuk Zoo .. sempat bergambar dengan patung je kat luar
ReplyDeleteboleh pi lagi Bro HH.. =)
Deletekesian dia sorang-sorang
ReplyDeletewah,best juga ni, tak sempat lg nk bawa anak2..Insyaallah..
ReplyDeletesangat best kan...
ReplyDeleteKiutkan depa 2 ekoq ni...
ReplyDeleteAnk alia pun suka
Kiutkan depa 2 ekoq ni...
ReplyDeleteAnk alia pun suka
Kiutkan depa 2 ekoq ni...
ReplyDeleteAnk alia pun suka