Followers

AFB FEEDS

Tuesday, August 18, 2015

Bila Si Suami Kaki Melepak

Kisah rumah Tangga


Kalau kat Facebook , aku suka jugak layan fanpage Kisah Rumah Tangga (KRT). Kengkadang macam2 perangai manusia , laki bini yang dok tersiar. Kadang tu dari dok merungut pasal kelemahan suami isteri masing-masing, bila baca KRT rasa bertuah pulak sebab tak hadap masalah-masalah yang lagi berat macam orang lain. 

Kebetulan sedang scroll timeline Facebook, tertacap pulak status KRT seperti dibawah..


tergelak pula bila baca. Sebab pernah alami masalah macam ni. Heee.. Orang laki kan.. So, kalau nak bersedih ke, berduka cita ke, buat apa. Ramai jugak orang yang hadap perkara macam ni kan...Bila baca komen-komen yang cuba nak membantu tuan punya badan soalan, nyata, ramai je orang pompuan ni berkecil hati dengan tindakan lelaki yang kaki melepak. Tapi kalau aku pon. Maunya tak kecik hati. Cuba lah bahagi masa antara keluarga dan rakan. Sebab orang pompuan ni bila dah kawin,80% kehidupan dia hanya untuk suami & keluarga. 20% kehidupan sosial dalam berkawan kadang dah takde. 

Tu pon masih taknak faham lagi kata orang pompuan kongkong pulak katanya.. Haish.. Menyirap pulak rasa. Gjul pon melepak jugak.. Tipu la kata dia tak melepak.. Tapi ada masa aku mintak dia masa bersama keluarga. Kadang orang pompuan pon kenalah ada trick macam mana tak nak bagi suami keluar selalu.. Hehehehee.. Tapi kalau dah tiap-tiap hari melampau jugak.. Hahahahaha.. Kalau kawin ramai ni mesti tak adil.. hehehehe.

Kadang bukan apa. Bila berfikir semua nak ke arah negatif, keluar dengan perempuan laa kan.. Memang tu laa yang sentiasa dibayang-bayang kan.. Tipu lah tak takut.. Rajin-rajin lah tanya keluar dengan siapa. Jangan nak terus marah je. Kalau boleh, dapatkan no telefon kawan yang selalu dia jumpa tu.. Dari dok fikir bukan-bukan, nak melenting, nak mengamuk, tak guna jugak. Cari alternatif untuk ada kan aktiviti berkeluarga supaya tidak bosan.. Janganlah sampai suami rasa "Panas" bila dia berada dirumah sebab kerap dengar bebelan si isteri.. 


Jangan pernah menyesali ikatan perkahwinan yang dibina.. semua atas ketentuan dan jodoh dari Allah.. 


6 comments:

  1. alamak..takde pengalaman pasal ni la...memang x dapek nak share tips...

    ReplyDelete
  2. Kata kunci yg sebenarnye ialah "Jangan Membebel" haha, btw thanks sis sbb sudi singgah n follow my blog ;) Ceria2 selalu k ^___^




    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhehee.. betul tuu..bebel2 je stress org laki tu ye tak.. tapi kalau tak dibebel, tak makan saman.. hahaha

      Delete
  3. Semuanya atas iman... Isteri ken didik suami supaya melekat kat rumah... Pandai2 la pikat kan.. Hihi

    ReplyDelete
  4. i is setuju. Semoga tidak di uji sebegini. Cuma kena bahagi time la kan kena kasi ruangan untuk dia berlepak but not everyday la kan ade yang ku pelangkung nanti
    hehhe
    senyummm

    Meroyan pemusnah rumah tangga

    ReplyDelete