Selamat Hari Pekerja .. Hehehehe.. surirumah macam aku ni aci tak dapat bercuti juga ke kiranya?? Korang pernah tau tak program Baitti Jannati ? Meh nak story morry sikit...
Baiti Jannati [Rumahku syurgaku].

Sumber : FB Ekovest Berhad

Mereka yang terpilih di bawah program Baiti Jannati ini, bukan sahaja mendapat pemilikan kekal , bahkan menerima rumah yang telah dinaik taraf, melalui pembaikan kecil serta dilengkapi dengan perabot asas seperti set sofa , meja makan , almari pakaian , tilam , kabinet dapur , kipas , langsir ,serta barangan elektrik.
Lawatan : Keadaan serba daif di rumah PPR sebelum mendapat penajaan baik pulih .

Yang Dipertuan Agong Sultan Muhamad iV membuat lawatan kerumah golongan asnaf penerima inisiatif Baiti Jannati
Kriteria penerima bantuan Baiti Jannati
- Para penerima yang dipilih menepati kriteria utama program ini iaitu miskin bandar yang mempunyai anggota keluarga Orang Kelainan Upaya, berpenyakit kronik, suami atau isteri yang telah meninggal dunia dan tanggungan anak yang ramai dan tidak mampu bayar sewa sejak sekian lama.
- Khusus untuk golongan miskin bandar yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
- Khusus untuk golongan miskin bandar yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Antara penerima bantuan Baiti Jannati
- Hak milik rumah di bawah program ini akan dipindahkan kepada penerima terpilih dalam kalangan penyewa PA dan PPR sedia ada tanpa sebarang bayaran dengan syarat ia tidak boleh dijual melainkan diwariskan kepada ahli keluarga atau waris terdekat. Program ini adalah satu jalan penyelesaian dalam membantu dan menangani kemiskinan bandar di Kuala Lumpur kerana kita tidak mahu golongan ini terpinggir dalam arus deras pembangunan dan pemodenan bandar.
Diharapkan , melalui inisiatif ini , akan menambahkan keceriaan dalam kehidupan komuniti dan kesejahteraan rakyat dan diharapkan juga program bantuan seperti ini diperluaskan dan berterusan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Diharapkan , melalui inisiatif ini , akan menambahkan keceriaan dalam kehidupan komuniti dan kesejahteraan rakyat dan diharapkan juga program bantuan seperti ini diperluaskan dan berterusan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Wawancara bersama YBHG Datin Seri Utama Anggraini Sentiyaki dan YBHG Dato' Ibrahim Yusoff mengenai Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan di siaran Selamat Pagi Malaysia RTM TV1.
- Kementerian Wilayah Persekutuan
- Bernama
- Berita Nasional RTM
- Tenaga Nasional Berhad
- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
- Ekovest Berhad
#hebatkannegaraku
#ketuakampungkl










