Followers

AFB FEEDS

Friday, August 28, 2015

Giveaway 1.0 by Hernee Nazir

klik banner untuk join

Semua Yang Berapi Itu Happy Birthday

Sekarang Irine dah pandai nyanyi lagu happy birthday tauu.. walaupon bunyi hujung-hujung tu yang paling jelas, tapi melodi dia memang betul. Dia start pandai nyanyi masa sambut birthday mak aku tempoh hari. Agaknya dok terngiang-ngiang tu yang cepat dia catch up. Alaa..budak-budak kan.. benda macam tu cepat dia belajar. Tapi kengkadang macam tak kena waktu pulak dia nak nyanyi lagu Happy Birthday. 




Kadang aku tengah masak kat dapur, bukak api dapur gas pon dia boleh nyanyi. Kat Tv orang bakar sampai ke, rumah terbakar pon dia nyanyi jugak..Paling lawak pagi tadi lah.. Sekarang kan bulan hantu.. Ikut kepercayaan kaum cina lah .. Entah pagi-pagi lagi jiran sebelah rumah bakar kertas dalam tong besi.. Time tu aku baru je bukak pintu grill.. Irine pergi kat tempat jiran aku tu dia nyanyi lagu birthday pulak. Allah.. malu gila rasa... dah apek sebelah rumah tu punya lah gelak kuat siap panggil anak dia .. Aku tak boleh laa kot..entah jiran tu tengah sembahyang ke hape kan.. Terus dukung Irine bawak turun tangga cepat-cepat.. Sempat jugak aku say sorry kat jiran tu dengan anak dia..



Kadang tak rasa pon cute. Tak nak laa ajar anak macam tak behave macam tu.. Walaupon berlainan agama pon, kena ajar jugak hormat orang lain kan.. Irine..Irine.. Macam macam laaa awak ni.. Huhuhu.. Suka hati dia je.. Harini dia genap setahun 8 bulan.. Semakin lasak dan start dah tak nak dengar cakap mak dia ni.. Ikut suka dia nak buat apa.. hehehehe.. 




Thursday, August 27, 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com





Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.




Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

nak join giveaway ini, sila klik pada banner..

Blogwalking Time By Yoorin | Batch 11

Blogwalking Lagi!

Dah 3-4 hari ni pasif je kehidupan aku.. Nak update entry sehari 1 pon malas.. Dengan kaki sakit.. Tekak pedih, ngantuk lagi. Hahahaha.. memanjang ngantuk. Kat rumah ngantuk, kat opis pon ngantuk.. Entah... Kenapa entah dia punya malas tu tak yah cakap laa... Nak blogwalking pon macam dah ada aura negatif... hehehe. Tapi masih ada semangat lagi.. 



Okey jom tengok blog sapa yang terpilih!

Blogwalking 27/08/2015


Beriadah Dengan Anak





Masa kecik-kecik dulu walaupon adik beradik ramai, mak abah kerja, tapi setiap hujung minggu memang mak rajin bawak kitorang adik beradik pergi riadah. Tak kisah laa kat taman permainan ke, air terjun ke, mesti bawak. Paling malas pon teman mak pi joging sampai ke hujung kampung. 



Dundut ni dah sampai puncak Broga tau.. hehehe..last2 tido..Apa pon tak boleh Irine ni..

Bila dah ada anak ni, lagi laa dok kat KL, Gjul memang dah pesan laa kat aku suruh jadi kawan kepada anak-anak. Bawak anak-anak pergi berjalan bila ada masa terluang. Nanti dah bersekolah, kalau anak-anak nak kemana-mana kena ambil tahu..hantar dan ambil Jangan simply biarkan pergi sendiri. Huh.. belum sekolah lagi tapi dah mentakutkan aku. Heeee.. Ya.. sebab tu yang kitorang nampak dekat sekeliling. Sekolah rendah lagi dah dok bersidai dating kat tangga rumah.. Wuhuu..takut nya kalau itu anak-anak kitorang..











Sibuk macam manapon, usahakan luangkan masa dengan anak-anak. Dari kecil ni dah patut laa tunjukkan minat kita dengan dia umpama seorang sahabat. diakui masa aku remaja memang agak nakal.. Tapi dah jadi mak ni takde nye laahh nak anak-anak ikut perangai mak dia kan kan.. Jangan lah jadikan alasan bekerja tak nak luangkan masa dengan anak. Even Gjul kerja sekalipon, aku sanggup je keluar pergi playground berdua dengan Irine. Budak-budak kan.. Teruja nya kat situ je lah.. Sekarang ni Irine tak rasa lagi kalau mak ayah dia tak layan dia.. Tunggu laa setahun dua lagi.. Memang dah pandai rasa.. & mintak diberi perhatian.. 



Wednesday, August 26, 2015

Blogwalking Time By Yoorin | Batch 10

Blogwalking lagi!


Hai jumpa lagi korang. Masih diberi kerajinan untuk laksanakan tugas update senarai blogwalking. Hahahaha.. Jenuh jugak laa nak cari blog yang tak pernah aku kunjungi. bukan senang tau.  Walaupon ada banyak blog baru dan lama kat Malaysia ni, tapi mujurlah aku dah buat senarai awal awal.. Kalau tak kang ada terdouble nanti kan.. 
Oklah. Jom tengok senarai untuk hari ini.





Senarai blogwalking 26 Ogos 2015





Anak Panda Kuat Menangis






Semua tahu kan Giant Panda mewakili keamanan dan simbol hubungan diplomatik antara China dengan Malaysia selama 40 tahun. Giant Panda juga akan tinggal di sini (Malaysia) untuk tempoh 10 tahun akan datang.Giant Panda yang diberi nama Xing Xing (panda jantan) dan Liang Liang (panda betina ) kini sudah mempunyai seekor anak yang baru dilahirkan baru-baru ini.




Berpeluang melihat Giant Panda pada Bloggers Day Kelab Blogger Ben Ashaari, dapat mendekatkan diri dengan mengetahui lebih dekat panda ini.. Kebetulan Xing Xing dan Liang Liang lahir pada hari dan tarikh yang sama iaitu 23 Ogos .  Haritu ingat ada chance la dapat tengok baby Panda. Rupanya dapat tengok bapak panda je..hehehe. Bini panda pon tak de jugak, tengah berpantang kata pegawai zoo. Kelahiran panda gergasi ini selalunya hanya seekor sekali kelahiran dan jarang-jarang berlaku 2 ekor atau kembar. Sebab itu haiwan ini sudah hampir pupus dan hanya ada 2000 ekor sahaja di dunia.  



Rupanya anak panda ni kuat menangis. Dia nak mak nya sentiasa dekat dengan dia. Even, mak dia gerak sikit je pon dia dah menangis.. Hahahahah.. Comel pulak rasanya. Sempat jugak bertanyakan pada pegawai tersebut, padanlah Xing Xing macam kuat termenung je. Mungkin sunyi sebab berseorangan bini berpantang. Hehehehe.. Salah rupanya andaian aku tuu.. Panda ni diorang tak boleh berjumpa. Sebab nanti akan bergaduh. Akan baik waktu tibe musim mengawan sahaja. Laa.. Gitu ke? 


Najis panda jugak tak berbau sebab dia makan lebih kepada vegetarian seperti buluh ,buah buahan dan kek panda. Kek Panda ini dibuat dari pada tepung gandum, tepung beras, jagung dan kacang soya , garam susu dan gula. Kek Panda ni amat digemari panda gergasi dan akan diberi kepada panda sebanyak 1 Kilogram setiap hari. Bila tengok najis panda dah macam durian musang king. heee.. Panda gergasi diberi makan 5 kali sehari dan secara purata seekor panda memerlukan 40 kilogram sehari. 99 % diet pemakanannya terdiri daripada buluh.


Apa yang menyedihkan aku bila dengar penjaga panda kata, baby panda akan dihantar ke China bila dah berusia 6 bulan - setahun. Alahai .. ciannya.. Ingatkan jadi hak milik Malaysia terus kan..





Selamatkah Menyusukan Anak Dikala Sedang Hamil?







Tergerak hati aku untuk mengkaji hal ni.. Sebab aku tengah merancang untuk kehamilan ke 2 sebelum usia Irine 3 tahun. Hehehehe.. Verangan je lahhh..  Manalah tau dia nak dok menetek sampai dah 3 tahun nanti kan.. Rimas jugak kengkadang tuuu..Tapi tak sampai hati nak wean off..Untuk merancang kehamilan ke 2, memang nak dapatkan maklumat yang terbaik untuk baby..Sebab masa Irine dulu kan macam mengejut.. blurr pon ada. Sampai digelar ibu kekok.. hehehe.. Kali ni nak share sikit info mengenai kehamilan dan penyusuan dari Babycenter.


Soalan :
Bolehkah saya menyusu walaupun sedang mengandung? Kata orang-orang tua, si abang/kakak yang masih menyusu itu seolah-olah mengambil hak susu adiknya? Betulkah?


Jawapan :
Sudah tentu boleh!  Tetapi dalam masa yang sama juga kena jugak jaga makan  , makanan seimbang dan minum banyak air. Ye lah..Yang aku tau jugak kalau menyusukan anak ni salah satu cara untuk mencegah hamil sebab boleh mencetuskan pengecutan rahim. Tetapi selalunya doktor sendiri takkan bagi menyusu ketika mengandung kalau sebelum ni pernah mengalami komplikasi kehamilan sebelum ini seperti melahirkan bayi pramatang, keguguran atau kehamilan kembar. 

Yang menjadi kerisauan bagi si ibu adalah khuatir sekiranya anak yang menyusu dan anak dalam kandungan tidak mendapat nutrisi yang secukupnya. Selain itu juga , si ibu akan risau samaada dapat membekalkan susu yang secukup nya pada si anak... Jangan risau tentang kolostrum untuk anak yang bakal dilahirkan nanti tetap ada. 



Persediaan untuk ibu hamil jika ingin terus menyusukan semasa hamil adalah:



1. Dapatkan rehat yang cukup dan amalkan pemakanan sihat dan air yang secukupnya untuk memastikan badan kekal bertenaga sepanjang kehamilan.



2. Kadang-kadang disebabkan perubahan hormon dalam badan, susu ibu akan mula berkurang. Ini juga adalah normal terutama jika usia kehamilan mula meningkat. 



3. Payudara ibu akan mula berasa sensitif terutama di bahagian puting susu. 




4. Pastikan ibu sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan dan monitor keadaan bayi dalam kandungan dan juga keadaan kesihatan anak yang masih disusukan.


Doakan semoga dapat hamil lagi.Walaupon masih ngeri bila pikirkan nak beranak tuu..Fuh!  huhuhu..At the same time rasa Irine masih baby lagi..chehh,.nak 2 tahun dah pon.. But forever my baby laa dia tuu.. Tapi bila memikirkan umur ku nak masuk 30 tahun dah next year.. anak baru sorang.. Memang kena merancang laaa kali ni.. hehe.. untuk tips cepatkan kehamilan boleh baca sini..










Tuesday, August 25, 2015

Blogwalking Time By Yoorin | Batch 9

Blogwalking lagi!

Mintak maaf semalam takde list untuk blogwalking sebab aku blogwalking blog2 yang tersenarai sebelum ni.. Kira rotate laa tu.. Adil kan.. huhu.. Takpe.. harini ada lagi 20 blog baru untuk disenaraikan.. Jom check it out!!!


mak aiii..tulisan cakar ayam.. ni Irine yang tulis ni.. gaahahaha..


Senarai Bloglist 25/08/2015



Tips Merancang Kehamilan Segera

Tips Mudah Hamil

Ada sesetengah pasangan yang berkeinginan anak secepat mungkin. Ye lah. Setiap pasangan berumahtangga sudah semestinya ingin kan zuriat sendiri. Tapi harus percaya semuanya dengan keizinan Allah S.W.T.. Kita sebagai hambanyanya jangan lah putus berdoa dan berusaha. Bekat kesabaran insyaa Allah dikurniakan zuriat sebagai penyambung generasi.

Disini aku kongsikan sedikit tips untuk mudah hamil dan perancangan kehamilan. Baru ada blog kan.. So baru dapat kongsi. Sebabnya masa aku mengandungkan Irine agak tak berapa paham proses kehamilan.. Sebab kehamilan dulu terlalu cepat (3 minggu perkahwinan dah disahkan  hamil). Maka aku dapat kan konsultasi doktor.. Huhu.. Tapi sampai sekarang ingatlah apa yang doktor tu bagitau aku..

1. Dapatkan Pemeriksaan Dan Ambil Asid Folik


Bagi yang sememangnya ingin kan zuriat segera boleh dapat kan rawatan terlebih dahulu samaada kita dan pasangan subur atau mempunyai masalah kesuburan. Adalah lebih baik tidak menuding jari antara satu sama lain sekiranya masih belum berezeki. Selalunya untuk kehamilan pertama doktor akan sarankan asid folic untuk melindungi sebarang kecacatan kelahiran. Sebab itu ia disarankan pengambilannya dari sebelum kehamilan.

2. Sila Catit Kitaran Haid




Pernah share pasal Bunting pelamin kat SINI
Sekurang kurang nya korang dapat catit 3 bulan terakhir kitaran haid samaada untuk mengetahui haid kita teratur atau tidak. Kitaran haid selalunya diantara 28-31 hari . Ada juga yang kurang dan ada juga yang lebih dari 31 hari. Sebab itu kena tahu ye kitaran haid . Bila kita dapat catit kitaran haid, waktu itu juga kita akan tahu tarikh subur. Dulu aku memang tak ambil kisah langsung pasal kitaran haid sebelum perkahwinan. Bila doktor tanya bila hari terakhir period,,,aku tak tahu.. mujur ada SMS kat Gjul sebelum kahwin . Biasalah nak kahwin menghitung harini ada je tak kena..Gaduh memanjang...  Dalam sms tu aku siap sound laa Gjul jangan cari pasal dengan aku sebab 1st day period ni..hahhahaa.. Rupanya itulah tarikh akhir aku period sebelum kahwin.. pas kahwin tak period dah sampai laa beranak, menyusukan Irine 7 bulan baru datang bulan balik. Sejak tu memang take note tarikh period untuk merancang / berhati-hati.. hehehe.. 

3. Jangan Guna alatan Cegah Kehamilan



Ada jugak ye yang tak tau. Sebab ada banyak kes yang aku baca. Nak sangat ada anak.. Tapi bila berhubungan guna kondom. Cehhh.. Apekah? Ada juga makan pil perancang.. Katanya pil perancang tu untuk merancang kehamilan.. Ehh..Salah dah tuuu.. 
Sebab tu adalah lebih baik tanpa segan silu dapat kan konsultasi doktor.. Tak yah laa malu kalau betul tak tahu.. Aku dulu dah pregnant pon masih dapatkan nasihat doktor hampir 4 minggu berturut2.. Sebab tak paham macam mana boleh mengandung.. Jangan pelik.. Sebab aku pon rasa pelik nak ngandung pon tak tahu,..tahu buat je! kah!!

4. Hari-hari Berhubungan Seks


Pengsan dengar bila ada yang kata hari-hari buat pon tak jadi anak.. okey.. Itu lucu.. Sebab untuk memastikan proses persenyawaan kena lah tahu tarikh subur si isteri. Selalunya tarikh subur adalah hari ke 15 selepas period hari pertama. dan ia berlangsung selama 5 hari sahaja. Dulu aku pikir habis je period terus subur . Contohnya period pertama pada 14 hb March. Dah berakhir pada 20 hb March. Aku dulu pikir 21hb March tu laa waktu subur (1 hari je).. rupanya bukan.. Ia hari ke 15 iaitu 28 hb/03 - 01hb/04... So kenalah pilih antara 5 hari tu.. insyaa Allah peluang kehamilan itu tinggi . Kalau terlalu kerap juga kualiti sperma belum tentu terjamin kuat dan sihat. Pasangan pon letih kan.. So , kena jugak lah masing-masing jaga badan sendiri. Ikut laa timing yang sepatutnya.. Kualiti lagi penting dari kuantiti... NOTED ya!!

5. Jangan Stress


Kadang-kadang tu pasangan akan rasa tekanan terutamanya dari orang sekeliling. Biasalah soalan-soalan yang diajukan tu menyakitkan telinga dengar.. Buat tak tahu je.. Sebab perasaan juga memainkan peranan penting. Sebab bila kita terlalu memikirkan pon takkan jadi dan akhirnya kecewa dan bertambah stress.

6. Amalkan Kehidupan Sihat


Makanan yang sihat juga mempengaruhi proses percepatkan kehamilan. Ada juga yang amalkan supplement untuk hamil dan pelbagai makanan sunnah. Bagi yang bertubuh besar /berisi / gempal, seboleh nya untuk rancang kehamilan dapat menurunkan berat badan sebanyak 5 kilogram dari berat badan asal. tak silap ni aku baca tips kat Kevin Zahri ke mana entah.. tak ingat laa pulak kan.. lama dah baca tu... Sekiranya korang atau pasangan merokok dan minum minuman keras, elakkan. Sebab dari zaman aku sekolah lagi dah tau 2 tabiat ni akan mengurangkan sihatnya sperma dan tubuh badan si isteri.. Cuba laaa.. Nak bahagia di masa depan menimang cahaya mata. Apa salah nya korban kan benda yang tak elok tu .. 

Tu je .. Seterusnya jangan pernah putus asa.. okey.. Tawakal dan sentiasa berdoa kepadaNya.. 







Bloggers Day Out Di Zoo Negara

Bloggers Day

Hari yang dinanti nantikan telah tiba.. Sebelum ni Kelab Blogger Ben Ashaari dah pernah buat Bloggers Day Out di Cyberview Cyberjaya.. Rezeki lagi kali ni bila berpeluang nak sertai Bloggers Day Out di Zoo Negara pula untuk menyambut ulangtahun kelahiran Panda yang ke-9. Heee.. Zoo Negara kompem tak sesat sebab dekat dengan rumah. Hari-hari ulang alik pergi kerja lalu situ.. 

Sampai sampai je dah ramai Blogger KBBA berkumpul . Wah seronok tengok ada yang tak pernah lagi aku jumpa. Selama ni baca blog diorang je kan.. Aktiviti bermula dengan pendaftaran peserta dan pembahagian kumpulan. Kami blogger dalam kumpulan panda, dan ahli keluarga yang lain dibahagikan kepada 2 kumpulan. Hornbill dan tiger.Teruja tengok budak budak lain sakan berlari. Irine? Huh.. moody je dia kena paksa bangun awal.. hahaha..









Lokasi pertama untuk lawatan adalah taman rama-rama..1st time ni pergi melawat taman rama-rama. Macam macam spesis. Ada yang besar.. Ada yang kecik.. Cantik cantik sangat.. 




Lepas sesi lawatan tama rama-rama, kami dibawa juga melawat haiwan seperti ungka, burung enggang yang aku ingat cuma ada 1 spesis je.. Rupanya ada banyak berdasarkan paruh dan tanduk diorang.. 


Pastu dibawa pulak untuk melihat persembehan haiwan.. Allah! teruja rasa tengok haiwan yang bijak bijak ni.. Rupanya haiwan haiwan ni hanya akan mendengar arahan dari tenaga pengajar sahaja. Orang lain suruh memang akan boolayan.. 












iolss terpaksa mendukung anak dara ni.. Dah start dia punya mood tak nak dok dalam stroller.. Makanyaa gendong aje laaa kan.. Senang.. 

Habis je persembahan, dihidangkan pula dengan makan tengahari... 1set burger dan ayam.. 


Lepas makan tengahari memang aktiviti yang ditunggu tungu iaitu melawat PANDA!! Special kami pada haritu berpeluang untuk melihat panda makan sebab pada hari lain agak jarang pengunjung dapat saksikan panda makan.. MEmang teruja la dengan panda jantan bernama Xing Xing tuu.. Dah laa gebuzz.. Rasa nak peluk dan jerit je.. Nasib laa tak boleh. Istimewanya makanan pada hari itu dihias secantik mungkin dengan kek khas untuk panda dan dikelilingi buluh-buluh dan buah buahan.. 


Sempat lagi tuu ke Savannah Walk





Sebagai tanda cenderahati dari Pihak Zoo Negara dan penaja lain, kami diberi pelbagai cenderamata.. Terima kasih semua.. 



Terima kasih tak terhingga kepada Abang Ben Ashaari, Farah  sebab bagi peluang untuk sertai Bloggers Day Out ni.. Terima kasih juga pada pihak penaja ;
ZooNegaraOnlineTicket
Cosmoderm
Curves Ampang Avenue
Food Panda
Wild Life

Terima kasih!

Untuk segala pembelian tiket boleh beli di kaunter Zoo Negara atau E-Ticket untuk transaksi secara online. Sekiranya pembelian sebelum 16 September 2015 akan dapat diskaun sebanyak 10%! Wah berbaloii tuu.. Jom ke Zoo Negara!!


http://www.zoonegaramalaysia.my/