Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@gmail.com

AFB FEEDS

Friday, July 31, 2015

Minuman Yang Tidak Elok Untuk Gigi

Nak gigi cantik


Ramai yang berkeinginan gigi yang cantik dan menampakkan gigi ketika senyum. Tapi bila warna gigi seakan berubah warna, terpaksa membatalkan hasrat mereka. Pada aku sendiri mesti agak malu bila senyum menampakkan gigi dan bercakap akan menampakkan gigi bewarna kuning atau berkarat. Ini menyebabkan sesetengah individu , berasa rendah diri dan sentiasa dalam pura-pura untuk senyum. 

Satu kajian yang dijalankan oleh jurnal  kesihatan awam pergigian, minuman ringan berkarbonat dan minuman jus buah buahan merupakan penyebab teruk hakisan gigi. Kajian ini juga membuktikan , orang yang kerap minum minuman tersebut ,adalah peratus yang tertinggi akan menghadapi gigi reput dan berlobang.Sekiranya korang nak menyimpan wang dari bil rawatan gigi, adalah lebih baik sekiranya menghadkan minuman tersebut dan beralih pada minuman yang mengandungi tinggi kalsium untuk membaiki enamel. Ianya lebih bagus untuk kesihatan diri dan kecantikan gigi. 


7 Minuman yang boleh merosakkan gigi


1. Minuman berkola / karbonat


minuman cola mempunyai PH yang teramat  rendah 2,4 (hampir menghakis seperti asid perut) dan 1 tin minuman tersebut mengandungi 9 sudu gula! Makkk aiiii!! banyak gila.. 
Sekiranya korang tak juga boleh berpisah dengan minuman tersebut, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit. Salah satu caranya juga, dengan minum cola ini dengan menggunakan straw. Ini dapat mengurangkan pendekatan air dengan gigi dan lepas tu berkumur dan bilas dengan air putih selepas minum.


2. Minuman ringan untuk diet 



Mesti ada yang beranggapan selamat dan sihat sekiranya mengambil "diet soft drinks" . Ya! Betul, diet soft drink sememang nya rendah kalori dan tidak mengandungi gula. Tetapi sekiranya penjagaan gigi seperti memberus gigi 2-3 kali sehari tidak diamalkan, risiko gigi rosak tetap berlaku. Ini juga kerana diet soft drink masih juga mempunyai nilai PH yang rendah dan berasid.


3. Jus buah-buahan dan smoothies


Walaupon jus buah-buahan yang dibuat sendiri hanya ditambah gula sedikit untuk menjadikan ia manis, ia tetap mendatangkan keburukan pada gigi anda. Berlainan pula bila membeli jus buahan dipasaran , ia mengandungi kandungan gula yang tinggi. Sila semak di belakang packaging minuman tersebut.Jus Lemon , oren dan limau terutamanya mengandungi asid dan nilai PH rendah. Ia sama juga seperti asid yang boleh menghakis perut anda. Sekiranya memang tidak boleh meninggalkan minuman tersebut, caranya dengan membilas gigi selepas minum dan mengambil keju (cheese :alkali) selepas minum 
untuk mengimbangi semula tahap PH dalam mulut anda atau mengunyah gula-gula getah untuk membantu meningkatkan pengeluaran air liur yang meneutralkan asid tersebut.


4. Minuman isotonik untuk bersukan/ Minuman tenaga


Satu kajian atlet sukan Olimpik London pada tahun 2012 oleh penyelidik University College London mendapati 76% atlet menunjukkan tanda tanda penyakit gusi , 55% mempunyai rongga dan 45% mengalami hakisan enamel.Ini disebabkan kebergantungan atlet tersebut dengan minuman isotonik tersebut berbanding minum air putih. Cara untuk mengimbangi PH ini adalah dengan meminum air kelapa  kerana ia bersifat alkali dan mengelakkan juga dehidrasi dalam badan. Wah! terbaik rupanya ya air kelapa ni.. Bukan saje penghilang dahaga.

5. Wine

Bagi yang muslim jangan kau gatal tekak pulak ye nak meneguk air ni.. Bagi yang tidak tahu apa itu wine , wine adalah salah 1 jenis minuman beralkohol yang dihasilkan dari pemeraman / peragian buah anggur yang agak lama. Wain merah paling teruk mengotorkan gigi disebabkan pigmen warna merahnya. Tetapi ramai yang tidak tahu wain putih lebih berasid. Sekiranya anda meminum wain, berehat sebentar selama 30 minit kemudian barulah memberus gigi atau memakan keju terlebih dahulu.  


6. Kopi 



Kopi tidak terlalu menghakis kerana mempunyai nilai PH yang tidak begitu rendah hanya sekitar 5.51.Tetapi kopi boleh mengotorkan gigi dan menyebabkan gigi berubah warna kuning dan karat. Terutamanya sekiranya hampir setiap hari anda meminumnya. Sekiranya anda menambah susu atau susu soya didalam kopi ia membantu meningkatkan tahap PH dan mencegah kerosakan gigi. Meminum kopi dengan menggunakan straw juga membantu mengurangkan warna melekat di gigi. Tahu tak xylitol? Xylitol terdapat banyak didalam produk seperti gula getah, gula-gula , pemanis tiruan. Xylitol ni bagus sebab ia menghalang pertumbuhan bakteria di lapisan enamel gigi. 

7. Teh hitam

Teh hitam bersifat alkali. Ia juga tidak mengandungi kandungan gula dan ramai yang percaya ia bagus untuk kesihatan( tetapi mengandungi kafein) .Tetapi, sama juga seperti wine dan kopi , ia mengakibatkan kekotoran gigi kerana pigmen warnanya. Tak percaya? Korang boleh try minum air teh ni kat cawan yang bewarna putih. Dan perhatikan setelah diguna berulang kali, akan mengakibatkan warna cawan turut berubah warna coklat atau kuning. Untuk menggantikan minuman teh ni, cuba korang try teh putih pulak atau pon teh hijau. Teh putih dan hijau tinggi antioksidan dan ia pilihan yang sihat. 

Sumber :MSN


Gigi aku pon dah berubah ton warna. Rasanya nak kena pegi klinik gigi ni kasi cuci.. Waaa!! sakittt!!!

Dear Irine.. Make sure jaga gigi awak baik-baik tauu.. jangan macam mommy.. Tak cantik dah..uhuk uhukk.. 



Food Delivery |Yummy Sandwich - Garsa Kitchen

Sandwich terlaku kat KL


Ni musim raya dok fikir nak makan yang simple je. Asyik makan berat je kan.. Naik kat penimbang berat hampir nak ke angka 7! Kus semangat!! Puasa turun sekilo dua je. Ni baru raya minggu ke 2 1/2 berat naik setan! Tak boleh jadi ni.. Kena lah makan yang simple dan mengenyangkan. 

Macam tau-tau je kan selera kite, Mentibe terpesona pulak dengan sandwich yang berlegar di timeline Instagram. Apa lagi kannn.. Hehe... Tak sangka tau ada juga penghantaran sandwich. Macam tak percaya jerk..

Sandwich | Garsa Kitchen 

Memang fast services lah Garsa Kitchen ni. Kalau korang nak order last minit ke untuk jamuan, untuk mesyuarat, boleh je tapi sebelum pukul 2 petang. Tengok lah sapa yang hantar ni.. jeng jeng jeng..


Sebelum penghantaran, rider akan call kita dulu . So, kita pon dah get ready la untuk dapatkan pesanan. takdelah nanti tengah dalam toilet ke atau buat kerja lain.. 
Aku order Set Fiesta (Mix sandwich). Memang puas hati lah makan. Sedap. Potongan cantik. Salad, tomato , tuna dia pon fresh. Sampaikan sayang nak share dengan officemate. Gahahaha.. Nak makan sorang! 











Kalau korang nak order sandwich sedap ni boleh la order dengan Garsa Kitchen. Manalah tau, last minute nak buat jamuan ke, minum petang, pot luck, piknik, rumah terbuka, mesyuarat ke hapa kan.. Dah malas nak renyah renyah order je 2 jam sebelum. Senang. 

Ada banyak pilihan untuk korang pilih. Manalah tau ada yang vegetarian kan.. 




Hanya lokasi yang tertera. Lain-lain destinasi kena tanya dengan admin k. 

Untuk tempahan korang boleh whassap no ni : 01132916119 
Pastu bagi details seperti dibawah untuk memudahkan korang. Senang. Bagi je details lengkap so tak payah la nak berbalas banyak kali kan.

NAME: Natasha
HP: 012345678
TIME: 10am
Alamat Penghantaran /Self pickup: MAYBANK SETIAWANGSA.
ORDER: 1 Fiesta 1 M beef.

Minimum order RM40.00

Boleh  skodeng instagram diorang https://instagram.com/garsa.kitchen/  untuk sebarang info. Sebab kengkadang diorang ada buat happy hour dapat potato salad dan lain-lain. Mesti lah untung kan kalau order waktu ada happy hour!


VERY RECOMMEND! 






Thursday, July 30, 2015

Luahan Hati Nak Wean Off Anak

Cerai susu


Dua tiga minggu ni aku rasa makin tertekan. Kalau dulu memang cuba sehabis baik taknak tertekan sebab menyusukan Irine. Mindset tu memang aku jaga betul-betul.  Tapi sekarang rasa tertekan pula sebab dia menyusu. Apa ko merepek ni yan oii!.. Macam mana nak cakap ek.. Bila orang bercerita nak susukan anak sampai 2 tahun, dengarnya macam mudah je. Contohnya, Dari anak lahir, kita dah niat nak susukan anak sehingga umur 2 tahun. Okey. Mudah. Tapi awal-awal lagi selepas kelahiran ada juga bayi yang tak nak menetek secara terus. Masih tercari-cari dan tak pandai nak menghisap. Tu pon kita dah rasa sedikit tekanan di waktu berpantang. Ada juga yang tak mengeluarkan susu dan ada jugak pengeluaran yang sedikit walaupon dah mencuba pelbagai cara untuk tingkatkan produktiviti penghasilan susu. Kadang rasa sia-sia je beli pam susu sampai beribu, tapi hasilnya nan hadoo.. 





Ada sesetengah ibu yang tak dapat nak menyusukan anak walaupon sehingga usia anak 6 bulan. Takpelah.. Jangan pulak diperli mereka yang tak dapat nak menyusukan anak. bukannya diorang tak berusaha. Tapi takde rezeki. Alhamdulillah, 1 kegembiraan jugak lah untuk aku nak menyusukan anak sampai umur 6 bulan.. Kengkonon dah dapat diploma. Pastu, kita tambah lagi 6 bulan tengok macam mana. Alhamdullillah juga berjaya menyusukan Irine sampai setahun. Waktu tu takde lah rasa mencabar sangat. Sampai lah umur Irine setahun 3 bulan.. Aku dah start tensen.. Sebab apa? Dia dah tak menyusu macam baby lagi dah.. Macam-macam gaya akrobatik dia buat, sampai kan terasa nipple ni boleh berpusing 360 darjah.. ahahaha.. Aku rasa kalau diteruskan agaknya boleh dia tarik tek aku ni sampai kebelakang badan aku kalau dia boleh.. 

Orang tengok macam senang je kan, pergi mana-mana tak payah kelam kabut nak bawak segala macam bakul susu, air panas bagai. Selak je senang. Ya , senang bagi yang memandang. Berat bahu yang memikul. Kadang macam Irine tak pandang kiri kanan langsung, selak je baju aku. Kadang baru je balik kerja sampai rumah, tudung pon tak bukak lagi.. Lagi-lagi waktu berbuka haritu, "Maaa..jom...jommm..jomm.." Dia tarik tangan aku nak ajak masuk bilik nak tekk.. hahadooii.. Tensen.. Kadang berdoa supaya anak kecil ini paham apa isi hati ibu dia ni.. 

Kengkadang tu aku tolak jugak lah permintaan dia. Dah dia meraung nangis nak tek..nak tek.. sobss sobbs.. hati ibu ni macam mano? Bila luah perasaan kat Gjul "Abang.. ayang dah tak tahan macam ni, hari-hari ".. Jawapan dia "ayang dah sedia ke nak bagi dia minum susu beli?"... Bila dipikir aku memang tak sampai hati.. Automatik kesian. Hari-hari dok merungut pon jawapan aku tetap sama, kesiankan anak. Dok fikir, orang lain berusaha nak susukan anak , tapi tak berpeluang, aku pulak merungut. Dah laa tiap-tiap hari aku memang tak cukup tidur. Sebab bila Irine terjaga tidur je, nangis nangis, panjat badan aku, nak tek.. Suka hati dia je.. Dah tu ambik masa nak bagi lepas. Kau rasa boleh ke tidur lena? Sampai melecet hokey..rimas lagi hah.. 

Nak tunggu lagi 5 bulan umur dia 2 tahun. Huhu..lamanya rasa. Entah time tu rasa nak kesian lagi ke tidak. Aku memang salute laa kat orang yang buat tandem nursing ni.. Contohnya AZLINDA ALIN . Tak tahu lah dugaan dia macam mana. Aku sorang pon dah tak tahan..hahaha.. Maaf lah ye, bukan tak bersyukur atau nak berlagak sebab masih mampu menyusukan anak. Tapi tu lah, nak luah perasaan sikit.. Mana tau ada ibu ibu yang mengalami nasib yang sama.  



                              





Wednesday, July 29, 2015

PENGUMUMAN: Tarikh Akhir Penyerahan Penyata GST Yang Pertama Kali

Tarikh akhir untuk penyerahan pertama GST-03


Sedia maklum  negara kita telah melaksanakan GST bermula pada 01 April 2015. Sama ada ia langkah baik untuk negara dan rakyat,sama-sama kita nantikan. Nak bising pon tak larat dah. Anggap je la ini sebagai dugaan atau "ujian tikus makmal"  dan lihat hasil nya nanti. Btw tadi pagi dapat emel dari seller sofware GST..katanya penghantaran report GST dilanjutkan tarikhnya. Cepat-cepat aku bukak laman web kastam GST.





Fuh... dilanjutkan dari 31 Julai ke 14 Ogos 2015. Memang kelam kabut kot. Bayangkan laa.. Kami kena settlekan akaun less then 1 months! GST report ni kena hantar 3 bulan sekali. Mula nya 1 April - 30 Jun 2015. Ada masa sebulan je untuk dihantar pada 31/07/2015.Gilo tak? Kami ni dok push perah otak nak submit ke auditor terlebih dahulu. So memang tak sampai 2 minggu laa nak kena siapkan. Kang auditor pulak nak settlekan akaun kami.. Huh.. Tensennn... Ni pon auditor kata not sure la boleh siapkan weolls punya sebab company lain punya ada yang pending..erkkk.. Ni dah extend date, tak tau la sempat ke tidokkk.. Desperate betul ye nak duit.. uhuk..uhukkk..what ever laa.. 

Dulu dok perli orang je. Tengok orang tengah murung kita dok sapa "oi! Napa?? pikir masalah negara ke tu?"..nahhh.. sekarang betul2 kena batang hidung sendiri.. Tensen dok pikir masalah negara sampai gemok gedempol.. haha

Tuesday, July 28, 2015

Apa benda Geng Takut Bini

Geng Takut Bini


Aku ni dok peghati je bila ada kawan-kawan Gjul dok perli-perli dia takut bini... Baik kawan dia sendiri mahupon kawan-kawan kitorang.. Hahhahaa.. adoii.. aku ni nampak macam Queen control ke? Bila aku tanya Gjul, dia kata tak pon.. Mungkin pada pandangan mata orang luar aku ni nampak macam queen control. Ye lah.. Kadang bila pegi open house rumah kawan-kawan dia, terutama geng moto, semua datang single. Tapi Gjul datang bawak anak bini. Pegi melepak dengan kawan pon kadang dia bawak kitorang naik kereta. Gahahah.. dia pi melepak, tinggal aku dengan irine dalam kereta.. Kadang bukan aku nak ikut pon.. Kebetulan, bila lepas dinner kat luar, kawan dia ajak lepak. dah dia malas nak antar aku,  nak keluar lagi , tu yang dia bawak aku sekali.. 

Lagipon bukannya aku tak pernah bagi dia keluar sorang-sorang pon.Takde masalah pon bagi aku. Asalkan dia bagitau nak keluar , and yes senang hati. Takde lah dia keluar sesuka hati,sampai buat aku risau.. Tak tau dia pegi mana kan.. 




Gjul selalu jugak tunjuk whassap kawan-kawan kitorang perli dia takut bini. "tengok ni yunk.. Jack kata abang takut ngan ayang... "... kitorang gelak aje.. Mulanya tu kecik ati jugak lah aku orang dok kata aku gitu. Tapi bila suami sendiri yang kata tak, lega lah kan.... Gjul sendiri cakap, dia lebih suka bawak aku sebab dia nak aku tau, dia tak kemana pon..paling-paling pon jumpa kawan-kawan dia.. so bila aku dah jumpa kawan-kawan dia tu tak payah laa nak risau lagi.. Sebab dah kenal. 

Tapi yang best nya bila Gjul keluar malam ni kan, selalu jugak ah dia mesej, tanya nak apa-apa ke.. burger ke,nasi lemak ke, char kuey teow ke nanti dia tapau kan.. Camna lah aku tak gemokss kan.. Aku bukan la nak bercerita bertapa sweet nya asben aku. Aku rasa asben boifren korang lagi sweet dengan korang.. Cuma nak bagitau, kenapa ada isu takut bini, sedangkan suami pon kenalah tau, susah payah senang lenang, isteri je yang sentiasa ada disisi.. Dia jugak lah yang beranakkan anak korang susah payah.. Maybe sebab Gjul berada dalam wad bersalin tengok aku sakit beranak, sebab tu dia tak nak aku susah dan abaikan aku.. Tu lah yang dia cakap.. Ke sweet talker ke hapa wallahuallam.. 


Lagi satu, aku tak paham kenapa ya ada laki bini yang hidden password handphone. Risau ke baca whassap mesej semua tuu? Aku dulu pon memang hidden password bukan sebab risau Gjul baca mesej-mesej aku ke hapa.. tapi sebab dia suka hack handphone aku...! kadang geram je tetibe ada pulak status kat Facebook "adoii gatai bontot.tolong garukan please?"..ko ghase?? gerammm.. Tapi laa ni tak de lahh..dia tau password aku, aku tau password dia.anytime la aku nak selongkar segala mesej2 dia tuu.. tapi selalunya aku tolong gjul upgrade COC dia je. Haaaa!! 

Entah..semua ni tentang jujur dan kepercayaan masing-masing kot. Terpulang lah kan.. Eh suka hati korang laa nak sembunyi ke hapa..gahaha.. malas nak campur rumah tangga orang. baik urus rumahtangga sendiri..Xoxo.. 




Monday, July 27, 2015

Bahana Puding Telur Katak

Puding Sagu a.k.a Puding telur katak


Tadi malam hari pertama Gjul kerja shift malam. sebab aku dengan Irine tak boleh nak tido, bermula lah eksperimen nak buat puding sagu. Boring lah katakan. Kebetulan, bahan2 semuanya ada kat dapur.. behehe.. Buat memang bersungguh, dan siap2 masuk dalam bekas. Sejukkan kejap dalam peti ais, dan tibalah masa nak cuba merasa.. Wekksss.awat rasa sabun pahit ni? adakah gula melaka tu terhangit? sebab tak sedap aku buang je. Tak nak lah makan kalau tak sedap.. Kalau sedap memang dah up dalam blog.. Wakakkaa..

Nak dijadikan cerita, mentibe baru kejap tadi Gjul whassap aku. 


    



okey.. Kantoi. Tapi mujurlah tak kena marah sebab membazir ke hapa.. Manalah tau.. dah lama kawin ni lain macam sikit kan.. Buat masa ni, Gjul masih macam dulu, diawal perkahwinan kitorang. tapi tak tau lah kan in future.Tettt.. 

Dulu pernah jugak sekali.. Awal2 kahwin.. Memang terus terang aku katakan, aku tak pandai masak. Tapi alhamdulillah, jodoh Allah dah tentukan. Kahwin pulak dengan tukang masak.. Segan jugak mula2 nak masak untuk suami. Serba serbi tak kena. Time tu cadang nak masak sambal tumis lah kononnya.. Tapi kau tau apa jadi? sambal tumis tu tak jadi.. Jadi sambal ape entah..kering. Tak sedap pulak tu.. Maka waktu nak makan tu, aku tak hidang pon untuk Gjul.. Aku tak buang. Rancang nak buang lepas makan. Apa jadi lepas tu? Gjul mentibe plak tanya, tadi bau macam ada sambal.. Mana sambal nya.. Muka aku dah automatik pucat. Menggigil kau tau! almaklumlah..pengantin baru.. wakakaka..masih malu-malu.. dah la masak tak jadi.. Rasa pon entah apa-apa.. Aku senyap je.. Tak jawab sepatah pon. Nak nangis tu pon tahan je.. Macam takut nak kena sepak terajang tu haa dia punya takut.. ngeh ngeh... 

Agaknya Gjul tengok aku kaku je kan, terus dia bangun, aku pikir dia dah hilang selera nak makan,tapi tak.. dia pi dapur cari sambal yang aku buat tu, letak atas meja, dan makan... Allah.. sumpah..aku sendiri tak lalu nak makan sambal air tangan aku tu..ni dia makan selamba je.. Makan sambil menitis air mata aku ni tau... sobsss... Sambil makan tu sempat dia berlawak, "jangan nangis, nanti baby (Irine) dalam perut cengeng" ..hahahaha.. Allah, syukur rasa dapat suami yang terima apa adanya.. Sejak daritu, aku masak je dan perbaiki masakan aku.. Gjul tak pernah komplen, sampaikan dia request kat aku selalu ayam masak kari, paprik & ayam masak asam pedas. Agaknya 3 lauk ni je kot yang lulus..hahahaha.. 

Bila jadi isteri, jangan pernah putus asa. Sentiasa berusaha walaupon itu kelemahan kita. Suami pulak jangan la dok nak komplen je kan.. Kalau awak pandai , awak je laa yang buat.. tak gitu..? toleransi tu laa yang kami dok amalkan sampai kehari ini..Sebab aku masih percaya, jauh lagi perjalanan nak mendayung bahtera rumahtangga... 


Tips rumahtangga bahagia dan manis selalu


1. Berusaha saling mengenali dan memahami
Kadang selera, perangai dan keinginan kita suami isteri ni bukannya semua sama.Kadang dah kenal/bercinta lama pon bila dah kahwin, macam masih tak kenal antara satu sama lain. Makanya, bila dah kahwin ni wajib la kita laki bini, ambil tahu, dan berusaha mengetahui selera, perangai dan keinginan pihak lain. Perbezaan ini, bukan halangan untuk mewujudkan keharmonian rumah tangga. 

2. Kongsi masalah suka dan duka
Bagi aku sendiri, memang selalu kongsi segala masalah yang aku hadapi kat Gjul. Macam tu jugak sebaliknya. Tak kiralah pasal masalah tempat kerja ke, keluarga ke, diri ke, duit ke, memang cerita kat dia je. Sebab dari dulu zaman bercinta, aku tak suka nak share kat orang lain. Dah jadi laki bini pon, lagi lahh.. Alhamdulillah, kami memang pendengar yang setia..hehehe.. 

3. Hormat menghormati
Sebagai seorang isteri, kenalah tau ye dimana taraf dan letaknya kita. Suami adalah ketua keluarga yang perlu dan wajib kita hormati. Walau macam mana sekalipon dia lah yang paling utama dalam keluarga. Perasaan rasa hormat tu akan terbit juga, bila suami turut menghormati isteri.Isteri juga ada hak ya.  

4. Berusaha menyenangkan pasangan
Well, orang laki ni kadang jenis pelupa atau maksud lebih dekatnya, jenis tak kisah. Birthday, ulangtahun perkahwinan pon selalu lupa. Sepanjang hampir 10 tahun perkenalan ni, memang sekali 2 je laa kot Gjul ingat.Yang lain dia tak ingat. Tipu la kalau aku kata aku tak buat muka.. Tapi kejap je okey.. bab hadiah tu, dia bagi selalunya lambat..haha..tak kisah.. janji sejuk hati aku.. Bab lain pulak, Gjul ni kalau nak bodek aku pandai.. Caranya apa? sebab dia bukan sweet talker, tapi dia selalu masakkan feberet aku..hehehe.. so, bila dia buat salah, camtu laa kot dia sejukkan hati aku.. 

5.Jujur dan berterus terang
Part ni memang WAJIB dalam rumahtangga. Jangan sampai terkantoi dan mengecewakan pihak 1 lagi. Lagi-lagi isteri. Depa ni ada 6th sense. bahaya tu! sanggup nak hadap perang dunia ke 20? Kalau sanggup sila kann.. Kalau ada rasa tak jujur tu, cepat-cepatlah mintak maaf. Laki bini kot.. nak tipu mende lagi.. Rahsia?? Perlu ke ada rahsia dalam rumahtangga?Nonsense..

6. Toleransi
Toleransi juga sama penting. Sebab tu lah nak menunjukkan tanggungjawab dan peranan masing-masing. Jangan letakkan sesuatu tugas tu hanya untuk pasangan. Contohnya, bini masak, bini basuh pinggan, bini kemas rumah, bini lipat kain.. Semua nak campak kat bini. Penat oii..cuba buat sesama.. Sama-sama bertoleransi. Kalau nampak bini penat mop lantai kemas rumah, then awak pon rasa tak larat nak tolong.. tolong tengok je. Takpa, sekali sekala tu buat lah air ka untuk bini.. Kesian dia penat kan.. 

Asam garam dalam kehidupan berumahtangga. Tipulah kami laki bini takde bertegang urat, bertikam lidah.. Ada.. Ya, cuma tunjukkan yang baik2 je kat orang. buat pa yang buruk2 kita nak tayang... nanti dah berbaik, orang dok kata "time gaduh pong pang pong pang.. baik pon pong pang pong pang".. jom lah kita bina keluarga sakinah , mawaddah , warahmah.. doakan sesama ya.. 



(gambar raya 2015..tu pon raya ke 5..)... hehe.. #syukurselalu 



Malay Movie : Cinta Paling Agung

Cinta Paling Agung

Gjul beria nak tengok cerita ni, sebab dia suka Aaron Aziz.. Dah laa perasan dia kata muka dia cam Aaron.. Bluweek.. Sebab weolls laki bini ni jarang dapat pergi tengok Movie, maka weolss decide nak beli Cinta Paling Agong kat Astro first.. 


Sinopsis:


Aaron Aziz melakonkan watak Khairi seorang lelaki yang sudah berkahwin dengan Amyza lakonan Siti Saleha dan mempunyai seorang anak perempuan. Mereka telah berkahwin 9 tahun dan menetap di Jakarta selama 5 tahun.. Lagi seminggu mereka ingin menyambut ulang tahun perkahwinan ke 10, Khairi menyatakan hasratnya ingin berkahwin lagi 1.Betapa luluhnya perasaan Amyza bila menjangka perkahwinan mereka selama ini bahagia, tanpa ada masalah, berakhir begitu sahaja dek kerana orang ke tiga. Amyza meminta jalan mudah dengan menginginkan penceraian sekadar memancing perasaan Khairi, namun Khairi bersetuju. Hanya Kerana menagih cinta baru, semudah ABC Khairi melupakan cinta dan janji nya sewaktu awal pernikahan dahulu. 



Khairi Ingin mengahwini Dewi lakonan  pelakon indonesia Zaskia Adya Mecca ,kerana terpaut dengan watak solehah nya . Dewi pula setuju untuk berpoligami kerana berasakan poligami itu mudah memandangkan Khairi sendiri menipunya dan keluarganya dengan mengatakan hubungan dia dan Amyza berantakan sedangkan tidak. 

Wanita/isteri mana yang mahukan poligami dan perpisahan sebagai jalan penyelesaian. Amyza seorang wanita yang tidak berputus asa,mencari jalan menaut hati Khairi kembali. Adakah perasaan cinta khairi tertaut kembali kepada Amyza? Adakah Khairi tetap ingin berpoligami atau berlakunya penceraian antara mereka? Apa yang terjadi kepada Dewi? 


Korang kena tengok cerita ni. Aku tengok dengan penuh rasa marah kat Aaron .Hahaha. Entah. tak suka pulak reaksi lelaki macam tu. Nak kahwin 2, kahwin je la. Alasan mampu katanyaa.. Dia merasakan poligami tu mudah dan ikut sunnah. Tapi bila disoal cukup ke tidak solat 5 waktu? jawabnya tidak. Kah! Memang main emosi cerita ni...Watak Dewi tu, takde plak aku merasakan dia seorang perampas. biasalah. Terpesona dengan kata-kata manis lelaki. 

Bila sebut poligami takde pulak aku rasa ianya salah . Tapi kenalah berlaku adil dan yakin boleh mendidik ke2,3,4 isterinya. Barulah istitusi rumahtangga tu bahagia. kan!!! Tapi yang pastinya  "Asal bukan laki aku". Dan Gjul sendiri bagitau, takut.. takut isteri ramai masing-masing heret dia ke neraka.. biarlah dia ada 1 isteri didunia, dapat ramai bidadari disyurga. LOL.. Gataiii sangat.... 



Saturday, July 25, 2015

Raya adik beradik

Walaupon tahun ni tak dapat nak beraya dengan suami, tapi bila berkumpul adik beradik, dapat jugak hilangkan kesunyian tu. Well, adik beradik tak delah ramai mana, tapi kategori ramai lah jugak (5 orang). Tu pon dah cukup meriah. Lagi-lagi bila adik yang ketiga, memang mulut jenis pot pet pot pet.. Havoc! Kalau diikutkan, cuma aku sorang je lah yang duduk jauh dengan mak abah. Adik aku yang lagi 4 orang, masih lagi duduk dengan mak abah. So, bila aku balik, walaupon bukan hari raya, memang kepulangan aku dinanti nantikan..hahaha.. Diorang sebenarnya bukannya rindu nak peluk cium aku.. tu haaa.. Rindu kan si Irine. Cucu sulung lah katakan..

Selalunya pagi raya lepas solat hari raya, kitorang berkumpul adik beradik dulu bermaafan dengan mak abah.. Sebab aku yang sulung, dah semestinya, aku orang pertama yang mintak maap kat mak abah. Yang lain tu follow je. Hiks! Tapi tu laa seronok nya, adik-adik pon dah besar.. Yang bongsu pon walaupon masih sekolah, dah agak matang jugak.. Dan yang pasti, boleh diharap.. 




memang bilik aku ni jadi port bergambar... kah.. maap lah sepah laa pulak.. hiksss...










Selamat hari Raya maaf zahir dan batin... 




Thursday, July 23, 2015

Segmen: Kuih Raya Kegemaran Saya

   Segmen: Kuih Raya Kegemaran Saya

KLIK BANNER UNTUK JOIN




sebelum ni ada story kan kuih raya kegemaran di entry INI dan INI.. tapi tahun ni ada penambahan..Biskut Cheese. Allah .. sedapnya. kat kampung aku dok mengadap 1 balang hokey.. ni pon mak aku bagi 1 balang lagi bawak balik KL... sebab bawak sebalang je, makan sikit-sikit,takut habis..hahahaha.. 

Pengalaman balik beraya dengan anak

Nekad & Tawakal!

Hampir seminggu senyap dari dunia blogging.Bukan malas ke hapa..  Memang takde masalah pon nak berupdate bagai.. Tapi bila bercuti atau balik kampung 78% masa aku untuk bersama keluarga... Jangan kan blog, whassap dan segala macam medan sosial  hanya sempat read je. Kecuali instagram laa..hahaha..  Nak balas, tak terlarat. Waktu nak tido baru berkesempatan pegang henpon.. Ni nak cerita sikit laa pengalaman balik kampung dengan anak. BTW, Aku bukan lah wanita pertama yang memandu sendiri pulang ke kampung bawak anak sendirian. kang reader kata aku kerek pulak kan.. tapi nak cerita juga lah.. bukan mudah ye untuk menjadi wanita yang berdikari.. nampak cam mudah je nak balik kampung bawak kereta. dulu masa bujang selalu je travel balik kampung..tapi ni bawak anak kecik, memang memerlukan kesediaan diri. Mental dan emosi.. 




Aku awal-awal lagi memang dah ready emosi manalah tau kalau Irine mengamuk tetibe. Kalau kebetulan dekat dengan R&R takpe. Kalau jauh lagi? dah anak dok menangis nak kat kita nak buat macam mana? park double signal tepi jalan atau memandu sambil pangku anak? Gjul & mak pak aku, mulanya agak keberatan nak biarkan aku drive sendiri. Sebolehnya mintak aku naik bas atau pon mintak tolong adik aku datang KL jemput aku. Tapi aku yang taknak.. Naik bas,lagilahh  aku taknak, sebab kau paham lah perempuan. Kalau cuti lama-lama ni bukan bawak beg baju. Tapi dia bawak satu lemari..hehehe..  kang balik KL kang nak jugak memunggah barang-barang dari kampung. Lagi satu, taknak menyusahkan adik aku mai KL.

Aku gerak lepas subuh. So, pagi lagi dengan harapan Irine masih mengantuk. Cuaca pon tak panas, takdelah dia renyah dalam kereta nanti. Alhamdulillah. Perjalanan dari Ampang ke Batu Pahat nyata dipermudahkan. Irine belum sampai tol Sungai Besi dia dah lelap. Means , aku tak de berhenti langsung kat R&R.  Tapi Irine terjaga masa sampai kat Tol Pagoh. Memang dalam pukul 10 tu , waktu bangun dia. Tapi nasib baik tak merengek. Cuma masa dah sampai di Batu Pahat, mentibe dia nak ke seat aku. Agaknya dah bosan kot.. Nak taknak dengan muka tak malu, masuk drive thru Mc D.. beli eskrim.dah la bulan puasa kann..  hahahaha.. Asal dia diam je laaa k...

Perjalanan balik ke rumah mertua dari Batu Pahat ke Segamat pon mudah sangat walaupon gerak tengahari.Baru sampai Sri Gading Irine dah tido. hahahahaa.. adeh. anak dara sorang ni tak boleh kena aircond agaknya.. Lama jugak dia tido. Dah sampai Segamat baru nak bangun.. Takpe lah nak.. Risau jugak tuu ...





Sedikit tips dari diri sendiri. Sebelum mulakan perjalanan jauh ,
1) pastikan sediakan sedikit kudapan, air dalam kereta. Sebab diorang ni dok mengunyah je diam. Irine macam tu. Asal ada roti ke, biskut ke, dia senyap.Janji makanan kudapan ni mudah dicapai tangan kita. 
2) For sure check lampin dia basah atau tidak sebelum kereta bergerak. Taknak laa dia tak selesa. Selimut and bantal kena disediakan. Persediaan anak kalau tidur, selimut boleh hangatkan diorang. Tidur pon lena. 
3) Lagi satu, make sure, anak duduk di dalam car seat dalam keadaan yang selesa dan tidak senget-senget. Sebab kengkadang diorang ni bukannya reti sangat nak ubah kedudukan. Statik je. Maka, sebelum perjalanan pastikan diorang duduk selesa. 
4) Sesetengah budak ni diorang perlukan hiburan. Bukalah radio ke tv ke dalam kereta. Macam aku sendiri, memang bukak radio sambil menyanyi. Irine pon kengkadang ikut menyanyi sampai tertido. Adalah aktiviti dia.. Sebab dia bukannya gemar sangat nak sentuh gadget/henpon. 
5) sentiasa bertanyakan kepada anak, berbual dengan dia. Ni pon salah satu komunikasi dengan anak. Nak hilangkan boring sendiri pon ye. sekejap-sekejap aku tanya Irine "Irine okey tak?Irine okey tak?".. 

Bukan mengada atau hape.. Dari dulu aku memang tak suka nak susah kan orang. Dan cuba untuk berdikari sendiri. Kalau tak berani dan nekad, gayanya macam kena beraya kat KL je la.. hahaha.. 



Wednesday, July 15, 2015

Persiapan nak balik kampung berhari raya

Balik kampung


Hari ni hari terakhir bekerja sebelum cuti panjang berhari raya. Cuti raya dah approve 3 hari. Jadi laa kan dari tak dapat cuti langsung. Mood raya tu ada, teruja nak balik beraya. Tapi tu laa, tak seronok sebab tak de suami kat sisi. Gjul kerja hokey. Entah hari keberapa entah baru dapat cuti. Sepatutnya tahun ni dia dapat cuti. tapi kekurangan staf. Nak raya,gedik nak berhenti kerja lah, hish..geram betul.. 

Tapi takpe. Anggap je laa rasa masih bujang... Esok lepas subuh dah nak bertolak balik ke kampung berdua dengan Irine. Memandu kereta. Bukan taknak naik bas. Leceh laa naik bas. Sebab yang pasti, lepas balik dari kampung nanti, sudah semestinya banyak benda aku nak bawak balik KL. Kalau naik bas, terhad. Macam tempoh hari kiri kanan tangan dah pegang lauk berbuka. Belakang badan pulak beg baju, Depan dukung Irine. Dah ghupe robot.. Lain-lain pulak , senang aku nak pergi beraya rumah kawan-kawan kalau ada kereta sendiri. Sebab kereta ayah aku tu , tak yakin sangat aku nak bawak sebab besar (Toyota Unser) walaupon gear automatik. 

Dah bersedia nak balik kampung?

Esok pagi kot aku nak balik kampung! Tapi satu hape pon aku tak siapkan lagi. baju pon belum pilih pilih nak bawa balik kampung. Apetah lagi belum masuk dalam beg pon. 
Baju raya aku baru rancang dengan Gjul nak beli malam ni. Haritu cuci-cuci mata je, tak nak sambar, takut kang pegi tempat lain, terbekenan yang lain pulak. Makanya nekad laa kot, kena pegi Aeon Au2 lagi sekali.. Hahhaha.. Tensen laki aku tuu dengan kerenah bini dia ni.. Maaflah abang.. Perempuan memang rumit kot.

Nasib baik 2 hari lepas dah servis kereta. Tukar minyak hitam bagai. Tu pon atas pertolongan Gjul jugak. Nasib baik Isnin tu dia cuti. Kan aku eksiden hari Ahad. Sekali bonet kereta tak boleh tutup. Memang 1 malam tu, kereta tak berkunci okey. Tak lena tidur aku dibuatnya. Bumper tu lepas raya lah kot baru kasi settle. Settle kan bajet raya dulu. Sebab rasanya okey lagi. tak de lah sampai bumper nak tertanggal sampai boleh sagat jalanraya.. hahaha

Aktiviti sebelum nak balik kampung

For sure lah, malam ni aku bizi teramat. Lepas berbuka, nak hantar kereta pergi cuci kejap. Lepastu, nak pergi cari baju raya. Then balik terus kemas-kemas barang, lipat-lipat baju semua masuk dalam beg. Kemas rumah sikit-sikit. Kau tau lah kalau tinggalkan laki seminggu kat rumah nanti jadi hape. (teringat aku tinggalkan dia 2 bulan berpantang. Rumah macam kapal karam, @ pon rumah tinggal..Malam tu jugak aku cuci toilet sambil nangis-nangis..hahaha )Tapi yang pastinya Gjul sekarang dah boleh diharap.. dia rajin sekarang buat kerja kat rumah. Hehehe... Tapi kesian laah.. Kang dia balik kerja nak rehat-rehat jugak kan. Dah laa aku takde buat kuih raya tahun ni. Hiks!


Ucapan sebelum pulang ke kampung


Harap perjalanan esok dipermudahkan. Jalan tak sesak. Aku risau kalau banyak berhenti Irine meragam mengamuk.. Heehhehe.. Nerbes pulak rasa. Kompem esok pagi ada drama sedu sedan mintak ampun dekat suami.. Kekekekekee.. 

#Cabaran20Hari | Senarai Kuih Raya Pilihan Hati


Senarai Kuih Raya Pilihanku







Entry sebelum ini pernah dinyatakan kuih raya paling best dan sedap pada #Cabaran20Hari untuk hari ke 13 di SINI.. Tapi nak jugak laa kan senarai kuih raya selain dari kuih itteww..


1) Biskut Semperit 
2) Almond London
3) Florentine Cookies
4) Kek lapis asam manis
5) Biskut sarang semut
6) Biskut dahlia
7) Kuih bangkit
8) Biskut semperit
9) Biskut mazola
10) buah rotan

Banyak tak? hahaha.. semua yang tersenarai adalam kuih-kuih "old school" . Kang kalau letak senarai kuih moden , leceh plak nak pikir kan.. Dah laa tak bergambar. Hahahaha, Takpe , lepas raya nanti sure aku tepek gambar ye.. 



Tuesday, July 14, 2015

MARI BANTU RAKAN BLOGGER DALAM KESUSAHAN

Jom bantu


Waktu dah nak balik ni biasa blogwalking time! Tertacap 1 entry dari Eny Abdullah berkenaan rakan blogger yang dalam kesusahan. Terus buka blog rakan blogger tersebut (Kak Alia Haryanie)

Walaupon tak pernah mengenali beliau , dan pertama kali berkunjung ke blog kak Yanie rasa terharu dan terkesima sekejap. Beliau sedang diduga di bulan ramadhan yang barakah ini dengan penyakit yang dialaminya iaitu kanser , disamping menjaga ibu nya yang sedang uzur serta  membesarkan anak- anak. Ada terbaca juga rumah yang beliau duduki hampir dilelong bank! Allah..!!

Untuk pengetahuan semua, Kak Yanie ada menjual serunding, dan popia untuk menampung kehidupan beliau. Jom kita membeli untuk raya ni.. Emm.. Selepas raya pon takpe.. Hiba pulak rasa, bila orang yang sedang sakit, gigih mencari rezeki yang halal... Tapi ada yang sihat walafiat, sanggup mencuri, merompak, ragut bagai di bulan mulia pulak tu.. 


Serunding Kampung Laut Kelantan


Disini disertakan harga produk yang diniagakan :

Serunding daging tempatan 250 gram RM 18
Serunding ayam 250 gram RM 18
Serunding Ikan 250 gram RM 12
Mini karipap RM 32 sekilo
Mini Popia RM 32 sekilo

Pos biasa rm 6 utk 1 kg
Pos laju RM 9 utk 1 kg

atau boleh menghubungi kak Yanie sendiri 012-9218016


164034266923 Haryani Binti Mat Hussin (Maybank)
553104559018 Haryani Binti Mat Hussin.(Maybank)




semoga dengan sedikit pertolongan kita, dapat meringankan beban mereka sekeluarga.. 
Semoga juga jasa baik anda diberkati Allah, dunia dan akhirat. 

#cabaran20Hari | Nostalgia Kad Raya

Kenangan terima kad raya





Bila bercerita pasal kad raya ni rata-rata sapa yang pernah berada pada tahun 80-90 an memang seronok. Aku masa zaman sekolah dulu memang la tiap kali bulan puasa mesti ngendeng kat abah ajak pegi beli kad raya. Alaaa..waktu tu beli kad raya yang kartun-kartun . Sebab nak bagi kawan. For sure laa tak tau lagi nak pos pos bagai.. Bagi kad raya by hand je. Kawan duduk sebelah meja pon aku nak bagi. Paling lucu bila kita tampal duit 20 sen kat kad raya. Time tu dah seronok laa.. Banyak jugak dapat kad raya
.

Bila masuk sekolah menengah bercinta pulak dengan mamat yang gila online. hahaha.. kami dok antar e-card je melalui email. Time tu dah pandai dah..bukan je kad raya, hari-hari biasa pon nak antar e-card.. Galak sangat.

Rasanya , raya tahun bila entah aku bagi kad raya .Masa tu masih student lagi kat MSU. Dah semestinya bagi kad raya kat Gjul.. hahaha..Kad raya tu kemain besar sedepa. Dok bayang laaa camna posmen bawak kad raya tuu.. Mahal okey.kad raya tu sekeping dekat RM40 kot..sebab besar.. Pastu bukannya dapat kad raya balik... lagi kena gelak adalahh.. Huh!

Lepas sekolah rasanya aku memang dah tak dapat la kad raya. Macam dah berkubur je zaman kirim kad raya ni.. Masing-masing buat ucapan melalui SMS , whassap je. Tak pon tag gambar kat facebook.. Pon boleh... Tapi since dah aktif kembali berblogging, ada laa dapat kad raya 4-5 keping dari rakan blogger jugak. Hehehehe.. memang mengimbau kenangan.. 

Kalau umur panjang, dapat menikmati ramadhan tahun depan, rancang nak hantar kad raya kat kawan-kawan lagi.. Tahun ni tak terpikir pon.. Ni pon gara-gara rakan blogger yang bagi cadangan dan menghidupkan kembali penghantaran kad raya.. Seronok rasa masing-masing buat Giveaway kad raya.. hiks!

Nuffnang Baik Hati | Part 5

Klik-klik nuffnang Wall's Magnum Raya & Vaseline






 

 Lama tak update iklan nuffnang. Masih ada beberapa iklan yang masih on going dan ada iklan baru.. Terima kasih sudi berlegar-legar di ruang iklan. Dan untuk pembaca yang sudi klik iklan aku okey.. 

Monday, July 13, 2015

Siapa paling penyabar ? Lelaki atau Perempuan?

Sifat sabar

Mentiba aku rasa macam setuju dengan status atas ni.. Sebenarnya orang lelaki lebih penyabar dari perempuan. Btw tak semua lah.. Ada juga orang perempuan lagi tinggi sifat kesabarannya.

Aku sendiri aku, aku bukanlah seorang yang penyabar. cubalah banyak mana aku nak nafikan yang kononnya aku banyak bersabar.. Sebenarnya tidak. Kalau dulu marah ke benci ke, tak suka ke aku lebih suka pendam dan simpan. Sampai suatu masa, memang dah macam bom jangka meletup habis semua..

Antara aku dengan Gjul, memang secara kesuluruhan, dia lah banyak bersabar dengan kerenah aku. Sungguh.. dia memang penyabar. Kalau orang lain rasanya aku ni dah kena sepak..mujurlah Allah jodohkan aku dengan Gjul. Entah.. Dulu rasanya sebelum kahwin Gjul paling baran dan garang. Tetapi lepas kahwin, aku pulak yang terlebih baran. 

Lagi satu, aku kalau dah marah takde simpan-simpan ya. memang keluar semua.Baru je berlaku tadi malam kemalangan yang melibatkan kereta aku dengan 3 buah kereta lain. Aku punya bahasa, mintak maaf lah, mungkin terlalu bengang sangat kot, memang aku ada sebut oink-oink kat pemandu kereta paling depan.. Sebabnya dia tak nak keluar kereta. Nasib lah kan.. Dah geram sangat. Alasan dia , dia brek mengejut disebabkan kereta depan brek mengejut. Akibatnya anak dia 4 orang tergolek. Gjul pulak bagi lepas macam tu je. Uishh . Gerammnya aku.. kereta aku tuuu.. No wonder lah teringat kisah KIKI the stereng lock. Aku paham sangat la kat dia.. Tak kena sendiri boleh la cakap sabar. Tapi gjul laa puas suruh aku bersabar.. Kalau Gjul tak tahan aku tu rasanya memang lebam bijik mata abang tu.. Dah laa cabut macam tak rasa bersalah .. maunya tak angin.. 

Pernah sekali jugak, aku tengok wayang dengan Gjul. Time tu tengok cerita apa entah. tak ingat. Cerita tu best, tapi sebab kitorang berdua tengok dah penghujung2 laa, so tak ramai orang. Sebab tak ramai orang, bila orang bercakap-cakap, memang dengar. Orang belakang ada laaa selang 5-6 kerusi dok pot pet pot pet gelak-gelak macam hapa entah. Ya Allah.. Gerammmnya rasa. Dah berdehem, pon diorang buat tak tau.. Pastu aku sound sekali, suruh diam sikit, ni dia dok beromen ke hentah apa entah dok gelak-gelak. Dah hilang sabar dah tuu.. Aku bangun, bukak kasut nak baling ke belakang. Hahahahhaa.. Ape entah perangai aku ni.. Gjul apa lagi, terus peluk suruh aku duduk.. 

banyak lagi la perangai tak senonoh aku yang baran ni berjaya dikawal oleh Gjul.. Nasib laa dua-dua tak baran... kalau tak memang kalau gaduh kompem berparang semua.. Hahahahaha.. Gjul siap notice kat aku, dalam doa dia tiap kali solat, dia doakan aku cepat sejuk hati.. asyik nak panas je.. hish.. aku ni bersabar, sabar jugak.. tapi nak tengok tempat laa kot.. 

Tapi kena beringatlah ye. Sabar itu separuh daripada iman..