Followers

AFB FEEDS

Wednesday, May 27, 2015

Naluri Keibuan | Derita adik Aina Mashitah - Majalah 3


Seminggu yang lepas, seorang rakan yang bertugas sebagai seorang jururawat di Hospital Rehablitasi Cheras, ada menghantar 1 video di Whaasap. 1 video yang memaparkan iklan Majalah 3. "Kena tengok tau majalah 3 isnin nanti.. cerita pasal tempat kerja Zati.. ada cerita pasal seorang budak tu..nanti korang tengok eh"... 

Dan malam tadi aku mengikuti cerita majalah 3. Baru start beberapa saat, alunan nyanyian seorang kanak-kanak menyanyikan lagu "Happy birtday mama", terus buat jiwa aku diragut dan dirobek.. Entah kenapa , perasaan sayu menjelma.. Gambaran seorang kanak-kanak perempuan yang comel, manja disertakan juga video kanak2 itu yang kelihatan petah berbicara.



Aina Mashitah Bt Mohd Yunus, 5 tahun sebelum ini seperti anak normal yang lain. Tetapi segalanya berubah pada bulan Januari 2015. Di dalam penjagaan "babysitter" Aina yang baru pulang dari sekolah, selalunya akan ke taman permainan berhampiran rumah nya. entah macam mana dia boleh ke kolam renang, mungkin waktu itu dia hanya ingin bermain air, dan  boleh tergelincir. Hanya disedari beberapa ketika oleh orang ramai dimana dia telah lemas. Orang ramai menghantar Aina ke klinik swasta berhampiran. namun pihak klinik menolak kes Aina. Pengasuh aina menelefon Intan (Ibu aina) dan meminta pengasuh menghantar ke hospital tempat Intan bekerja (hospital swasta di ibu kota). 

Aina ditempatkan di unit rawatan rapi kerana kritikal . Sel otak Aina rosak kerana terputus bekalan oksigen buat jangka masa yang lama dan dalam masa 2 minggu di hospital, dia kerap terkena sawan dan kekejangan. AIna kini ditempatkan di hospital Rehablitasi untuk rawatan fisioterapi. Kedengaran suara aina menangis lagi lah meragut rasa hiba di hati.. Sebagai seorang ibu , tak sanggup rasanya nak membiarkan anak kesakitan....Harapan seorang ibu , tidak mengharapkan anak nya kembali normal , tetapi cukup lah jika mampu laksanakan keperluan diri sendiri dan dapat berdikari.. Doktor pon ada menyatakan Aina berpeluang untuk pulih.. tetapi perlu menjalani rawatan yang banyak.. Semoga Intan dan keluarganya tabah dengan ujian dari Allah... 


Boleh tonton semula di www.tonton.com.my : majalah 3/episod 20

Pagi ini, Irine pulak demam. kejap kejap panas. Dah la dia agak susah nak makan ubat. Nafas pon agak berbunyi.. Nak taknak seawal 6.50 pagi terpaksa mandikan dia.. tapi ye lah.. mesti dia rasa sejuk.. Aku bukan takut apa.. takut lah jugak, kalau suhu terlalu panas, boleh menyebabkan dia terkena sawan ke apa kann.. Puas lah aku pujuk hati, kenapa Allah tak bagi sakit demam kepada aku.. kenapa kat anak aku.. huhuhu..mengeluh pulak.. Tapi memang betul. aku lagi sanggup biar aku yang sakit dari Irine... Dia tau apa? minta hembus hingus pon tak tahu.. kesudahnya terpaksa picit hidung nya bagi hingus && kahak keluar. Kesian anak mommy.. 

Risau juga nak tinggalkan Irine ke babysitter. Mujur sebelum ke tempat kerja, check suhu badan dia 36.8..  tak setinggi awal pagi tadi.. Ubat, termometer , minyak angin dah siap2 bagi ke BS.. If melarat jugak, mintak dia call aku cepat-cepat.. boleh aku bergegas balik rumah.. 


Pagi tadi Irine mandi dengan baby.. Terpaksa lah bogelkan jugak patung dia tu mandi sekali dengan dia.. kalau tak kang melalak.. sebab kena mandi pagi.. huhuhuhu.. Cepat sihat anak mommy!!





18 comments:

  1. tak mo tgk... sedih nnt. aku baca je pun dah tersentap hati ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. majalah 3 tadi malam memg berjayalah buat ramai org nangis kot.. huhu

      Delete
  2. Sedih baca kisah yang awak share..sbb tue la farah mintak adik ipar yg jagakan Emir.. takut jadi kes mcmni la..huhh tak terbayang la..dah la buat masa nie ada anak sorang tue jer..huhuhu.. brw semoga irine jugak cepat sembuh.. mommy jangan risau sangat k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih..sebab mak dia nurse..tp bila berlaku kat anak, tak boleh nak buat apa..lagi sedih, pagi kita dengan dia, sihat walafiat..bila petang jadi macam tu.. hari2 hantar irine pegi kerja dengan harapan dia sentiasa okey ..huhu..sebak rasa lahh bila tak dapat jaga anak 24/7

      Delete
  3. Ya Allah, kau sembuhkanlah anak syurga ini... :( Semoga Allah melindungi anak-anak kita sewaktu kita pergi mencari rezeki....





    Singgah blogwalking...:)
    Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html

    ReplyDelete
  4. ms TV3 dok iklan kes ni mmg rs nk tgk sgt2 sbb nmpk mcm kes lemas.pstu Jumaat lps Aqil kunci pintu bilik air dr dlm.mula la gelabah x tentu hala/dok pikir mcm kes ni la.tkut Aqil msuk dlm kolah.

    smlm tgk sorang2...anak x blk lg dr rumah mertua...menangis sy.Sedih sgt...dgr dia menangis lg meruntun kalbu

    ReplyDelete
    Replies
    1. zai tengok jugak? sedih kann.. ish.. hati2 laa lepas ni.. bilik air tu bahaya.. engsel pintu tu kalau boleh tukar tinggi sikit.. irine pon lepas ni nak kena lebih berhati2 jaga dia...

      Delete
  5. sedih sangat kan, naluri keibuan kita ni cukup sensetif bila melibatkan anak-anak kecil.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Semoga adik aina cpt sembuh seperti sediakala. Sy ada ank sulung lelaki sekarang berusia 1thn 8 bln. Sy msh igt lg ms isteri sy lahirkan anak saya, anak saya dimskkan trus ke icu sbb lemas. Tiap kali sesi jmpa dktr, dktr msti bgtahu perkara yg plg teruk yg bakal ank sy dpt. Smpi satu thp sy jd mls nk tau penerangn dr dktr. Ms tu sy dh redha tp pd ms yg sm sy positif. Hari2 sy brdoa kpd Allah. Dan Alhamdulillah hari ke 7 dkt icu anak sy mula sedar dn mnunjukkan prkembngan yg sgt positif. Skrg ni anak sy sihat mcm kanak2 lain. Brjalan ke sana ke mari smbil mndgr telatahnya. Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  8. kite pn tgok..sedihnye la....anak yg sihat walafiat tiba2 jadi mcm tu..serius sedih

    ReplyDelete
  9. Kak lya tgk gak kt majalah 3..sedih sgt2 hingfa air mata menitik ..tang tgk adk aina nyanyi lagu bedayh tuk mak dia tu masa masih sihat ...aduss mmg sedih laa

    ReplyDelete
  10. shiannya irene... takpelah. biar dia sakit, bila dia sakit, nanti body dia jadi kuat sebab antibody dalam badan makin kuat, kenal penyakit mana yang bahaya even kita sebagai mak x sanggup nk tgk tu semua

    ReplyDelete
  11. Tengah tengok majalah 3... Comeback adik aina selepas setahun... Tp ada perkembangan sikit je... Semoga adik aina cepat semboh dan ibu sentiasa tabah menjaga anak syurga ni... Pahala buatmu ibu intan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis..xdpt tengok pula..xpelah. nanti tengok kat tonton

      Delete
    2. Ya sis..xdpt tengok pula..xpelah. nanti tengok kat tonton

      Delete