Followers

AFB FEEDS

Friday, May 8, 2015

Tak nak dah pangku Irine!!!!



Ni rentetan kes kemalangan di highway DUKE yang melibatkan sepasang suami isteri dan seorang bayi juga kes yang berlaku semalam seorang ibu juga anak yang berusia 7 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat tercampak keluar. Ibu dia masih hidup lagi rasanya.. Sadis & tragik kan?? Tipu ah kalau kata tak sedihh.. Rasa menyesal gila babeng ahh kalau apa-apa jadi kat anak sebab kesilapan kita sendiri..Pada aku kalau dah tercampak keluar dari kenderaan, memang tak pakai seat belt & duduk di car seat..  KOTT!



Aku rasa lepas ni no more lah Irine duduk berpangku dengan aku waktu Gjul driving. meh laa mommy bersama anak nya duduk dibelakang macam bossy, asalkan Irine nak duduk kat car seat.. aku rasa seriau pulak.. Tapi tu laa.. kalau duduk sebelah tempat pemandu, aku ada lah chance pegang pegang ramas ramas tangan Gjul. Duduk belakang mana boleh?? Kah!! gataiiinyaaa.. 

Irine kalau aku yang driving behave je dia dok kat carseat sebelah.. Tapi kalau ada orang lain, adik aku ke, kawan aku ke, meronta-ronta dia nak keluar car seat.. mengada betul.. Rasa nak sepukkk je.. Haipppp...Tapi dia memang gituu..aku biar je dia melalakkk.. asalkan dia duduk dalam car seat.. Segan jugak kadang2 kalau ada kawan tumpang ke kan.. Tapi nak buat camna.. dari dia duduk kat kita while driving?? Aku tak berani... 


Nampak tak dia punya impakkk.,. Adeh..ngeri pulak aku dok bayangkan..Dah lah kereta aku xde airbag kannn... terpeoot Irine nanti kena hempap ngan aku yang badan manusia bersaiz badak... 

Sekarang ni pon Irine masih pakai carseat yang basic . dari info dari seller,  car seat tu boleh laa pakai sampai umur 2 tahun.. Tapi rasanya nak tukar laa.. Kesian dia kaki terjulur keluar.. Nampak selesa sebab dia lena je tido.. Tapi tu laa nak bagi lebih selesa and dia rasa macam duduk kat Cleopatra sofa gituuhhh..hover mak ko ni Irine.. 

t

Dari pembacaan aku boleh laa aku nak rumus kan beberapa perkara tentang penting nya penggunaan baby / child car seat.Tak kira lah jarak dekat atau jauh memang kena letak jugak anak dalam car seat. Sebab kita pon tak boleh nak baca apa risiko yang akan berlaku di kemudian hari. 

Pemasangan baby/child car seat
1. Baca dulu manual book sebelum nak bantai pasang kat kerusi kereta. Lagi bagus sebelum buat pembayaran/pembelian tu, tanya dulu dengan seller sales assistant. Tapi kadang diorang pon buat buat tahu.. hahaha..Tapi tu laa ..penting nya bertanya. Sebab kita pon boleh tengok diorang ni jawab dengan was-was atau pon tak..agak2 macam tak pandai nak jawab je, something wrong somewhere laa ea..boleh pegi ke next kedai.. hehehe

2. Kalau kereta tu ada air bag, elakkan lah pasang car seat tu berdepan ya.. sebab bila berlaku kemalangan , impak tekanan air bag tu memang kuat.. Pastu kalau boleh laraskan kerusi ke belakang paling jauh dari dashboard kalau nak pasang car seat di depan (sebelah tempat pemandu).Sebab ini dapat mengurangkan risiko hentakan di kepala dan dada anak kita nanti.. 

3. Ambil masa sikit lah sewaktu nak letak anak dalam car seat. Make sure , seat belt terpasang sempurna d, tiada kelonggaran and lebih terjamin selamat. buckle pon kena pakai kemas-kemas. Sebab pernah sekali la terjadi kat Irine, buckle aku tak pasang kemas.. Tengah driving kat MRR2, dia boleh bolos dan keluar dari car seat and trying to stand! ko ghase? Terjerit-jerit aku dalam kereta. Nak berhenti kat tepi nama pon highway kann.. fuhh!! deborr gila rasa hati.. 

4. Kalau budak tu dah besar, and takde ruang nak letak car seat banyak ,ajar lah anak duduk elok2 dalam kereta.. Jangan gaduh2 dengan adik beradik yang lain, and wajib pakai seatbelt. Kira bagus laa kereta zaman sekarang kat seat belakang pon dah ada seat belt. Kereta dulu-dulu banyak yang takde.. Teringat pulak dulu kerajaan ada mewajibkan penumpang belakang pon memakan seatbelt. Kalau tak kena saman.. Tapi ye lah, rakyat kita ni hal macam tu memang ambik remeh je. 

Kedudukan car seat

- Sebenarnya lebih selamat kalau car seat letak kat belakang. Tapi ye lah..mak pak ni kalau boleh nak nampak anak2 depan mata.. kang kalau drive sengsorang, dah ngok ngek ngok ngek pulak anak kat belakang entah buat apa. Tapi kena ingatlah kalau driving tapi dalam waktu yang sama sibuk nak jaga anak, memang akan rasa sedikit terganggu kan? Kalau ada anak-anak yang memang tak sihat atau perlukan pemantauan, adalah lebih baik ada yang tukang handle. Seperti yang dinyatakan tadi kalau ada airbag yang aktif, make sure lah hadapkan car seat tu mengadap ke belakang.. 


kalau takde airbag, boleh je nak letak mengadap depan.. tapi tu laa risiko cermin kereta pecah ke, and terhantuk kat dashboard..huhu..risau pulak rasanya..Make sure kerusi kereta tu kita laraskan paling jauh dari dashboard. 
Lagi satu lah nak diingatkan, if anak2 duduk dalam kereta jangan lah bagi gadget ke hapa kononnya nak melalaikan diorang. Tau je lah Malaysia kan macam2 peel manusia.. Kang tak semena kita tengah khusyuuk memandu.. anak kat sebelah dok khusyuk jugak layan gadget... sedangkan ada yang memerhati dari luar. peragut @ perompak misalnya.. waktu kite berhenti di traffic light atau sesak kat jalan, tak mustahil diorang boleh pecahkan cermin kereta and dapatkan tab @ telepon tu.. Kalau ambil je tak pe lah,ni tak memasal anak pon cedera.. nak jawab macam mana tu?


Nak bagi anak rajin pakai seatbelt @ carseat senang je.. Kita pon kena lah tunjuk teladan yang baik..Tak gitu? ni paksa anak kemain.. Nyawa diri sendiri pon tak sayang.. Hiii!!! 

ADIOS MIGOS!
















6 comments:

  1. Hmm... Setakat sy msih pangku... Sebab mmg totally ank sy sure meraung dlm kereta ... Lagi tak dpt fokus memandu... Mohon perlindungan Allah dan tawakal kpd Dia je la byk2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ahh.. tp banyak kes macam tu..takut pulak dengar.. tp while driving tak berani nak pangku.. sebab masa dia baby, pernah pangku dia..sekali terbabas.. hahahahaa.. nasib langgar pasu je depan rumah jiran..

      Delete
  2. informasi sebegini pun Farah pernah kongsikan di blog...well done, bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi kesedaran untuk semua pihak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. penting info macam ni kan farah.. skrg tengah hebat issue ni.. macam meleret pulak kes eksiden tercampak keluar..

      Delete
  3. anak xmo duduk dlm car seat.meraung sakan klau pkaikn belt...so biar dia duduk kt sblh mcm biasa br la x nangis...br leh drive dgn tenang

    ReplyDelete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete