cozy baby

GaBag Cozy Baby

Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@yahoo.com

Sushivid

AFB FEEDS

Monday, June 22, 2015

Pertama kali Irine tak Mandi

Pertama kali hantar Irine ke rumah babysitter dengan keadaan dia tak mandi. Allah. Segan pon ada. Walhal bukan je Irine tak mandi.. dengan mak nya sekali ni tak mandi.. Wakakaka. Tak memasal kan bawak towel baju pergi opis sebab nak mandi kat opis. Alkisah, kat rumah tak de air.. Dari hari Ahad. Dah laa takde notis. Sepatutnya hari Ahad laa dapat nak masak berbuka dirumah. Masak spesial untuk suami tersayang. Tapi apakan daya. Air takde. Kah! alasan kan.. Sebab antaranya bila air takde, susah untuk basuh pinggan, periuk belanga segala.  Aku ni malas kalau pinggan mangkuk bertimbun.. Cukuplah kain baju yang dah menggunung tak berlipat.. muehehehe..



Dari Irine baby, aku hantar ke rumah babysitter, tak pernah nya dia tak mandi. Pernah jugak la BS kata, kalau hantar dia tak mandi pon takpe.. Takut aku tak sempat siapkan dia ke hapa.. Heh.. Camna pon tetap hari-hari siapkan dia secomplete mungkin. Tu je lah masa nak bonding dengan anak. 

Saja lah bukak FACEBOOK Syabas manatau ke aku yang tercicir pasal notis. HUH! dia boh notis dalam Facebook and website je. Takdepon hantar pekeliling. Memang sah-sah laa kena maki. Kalau sejam 2 jam takde air tak pelah. Ni dah 2 hari kot.. Dah la bulan puasa.




Kemain marah betul orang ni ek.. Hehehe.. Tapi tak patut lah nak maki macam tu sekali. diorang buat kerja diorang je. Takdenya lah makan gaji haram. Bab lembab tu, sebab ada laa kan prosedurnya. Tapi yang silapnya takde hantar notis. Sekurang nya dapat lah tadah air siap2.. tak memasal Gjul beli air pakai mesin tu.. Jauh dia pi beli kat Lembah Maju. Semata-mata nak cebok je. Huh! doa-doa, jangan lah Irine beyak tengah malam. Haru mami.. 

Harap balik kerja dah ada air. =(



1 comment:

  1. Huhuhu. Sebab takde air kat kl ni la dlu arissa balik sarawak 2 bulan dengan adik. Seksa takde air. Sobs!

    ReplyDelete