Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@gmail.com

AFB FEEDS

Thursday, June 18, 2015

Tips Walaupon Berdiet Tapi Kekal Cergas Sepanjang Berpuasa

Tips Diet part 1


Salam 1 ramadhan.. Time bulan puasa ni la ada chance aku nak berdiet sakan.. Allah..nak tengok cermin full body pon segan kengkadang..nak mekap pakai tudung, harap cermin kecik nampak muka je..  Muahahaha.. Tu lahhh.. Bulan lain tu asyik melantak je kerjanya.. Meh aku share sikit tips untuk kekal cergas sepanjang bulan puasa.. Sebab ni hari pertama Ramadhan bagus laa kan kalau kite follow the tips awal-awal..(tips by Kevin Zahri)



Tips Sewaktu Sahur


1) Jangan Skip Sahur 
Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Bersahur ni untuk memastikan kita masih cergas dan bertenaga bila menahan lapar sepanjang hari..

2) Segenggam + Karbo 
- Karbo (karbohidrat). Makanan yang mengandungi sumber karbo adalah seperti Nasi , roti putih , kentang. By the way, aku kalau puasa pertama ni nak makan nasi jugak.. heee.. Tapi make sure la, hanya segenggam nasi je ye.. Yes..berjaya jugak aku ikut tip hanya segenggam nasi..weehuu!! 



3) Karbohidrat kompleks
- Karbohidrat kompleks lebih sesuai untuk berdiet. Kevin kata ia membekalkan sumber  tenaga yang lebih perlahan dan lebih mengenyangkan.. antara karbohidrat kompleks ialah roti gandum penuh, kekacang, oatmeal, nasi perang.. - rasanya seminggu lepas puasa nanti boleh dah nak amalkan karbo kompleks ni.. Time tu dah nak malas-malas masak ke kan..hahaha..



google
4) Makanan berprotein
- boleh masak lauk yang berprotein seperti daging , ayam tanpa kulit , ikan laut , telur dan susu. Yang pastinya makanan berprotein lebih mengenyangkan. (harini minum air soya, telur dadar)

5) Elak Garam
Kalau lauk tak bergaram tu macam kurang sedap & tak lengkap pulak lauk tu nanti.. tapi lebih elok kalau dikurangkan kuantiti garam dalam makanan. 

6) Makanan tinggi Potasium
Antara makanan yang tinggi potasium seperti ubi keledek, buah prune, ubi bit, yogurt, dan pisang. Allah..baru 3 hari lepas dapat menyantap ubi rebus cicah sambal tumis pak andak Gjul bagi.. meleleh dah ni.. 

7) Elakkan Kaffein & minuman bergas
Kalau dulu minuman wajib waktu bersahur mesti nescafe , milo atau teh o panas.. Tapi dah tahu ia mengandungi kaffein, aku tukar minum air soya , jus atau susu kambing milkbooster.. Sebab aku masih menyusukan Irine.. Memang kena laa jugak ambik susu untuk produce susu badan. 



8) jangan minum banyak air
- Minum segelas 2 je air..jangan lebih..sebab kalau minum banyak, banyak jugak laa yang akan dibuang. Dan ini akan menyebabkan kita dehidrasi , letih dan cepat berasa haus. Kalau boleh minum air suam.. Kalau pagi-pagi minum air berais, maunya tak terkejut badan kita nanti.. 

9) makan sebiji 2 kurma
- Untuk kekal bertenaga jugak, aku amalkan makan kurma..Kurma juga kaya dengan potassium untuk bantu stabilkan bendalir badan setelah berpuasa sehari. By the way, aku agak kurang suka makan kurma, waktu bulan puasa je lah kot , boleh tengok aku lalu nak makan kurma.. heee.. (petang nanti nak buat cekodok kurma..sodappp nyaaa)... 

10) Ambil supplement
- Ikut korang la.. Kalau aku cuma ambil Minyak Kelapa Dara Daura je.Maybe ada antara korang ambik produk shaklee ke, spirulina ke ikut suka.. 




contoh ringkas bersahur:

i) Segenggam nasi, lauk sup ayam, sayur paprik dan air soya @ jus & segelas air masak + kurma 2 bijik
ii) Roti gandum penuh 2x keping + , tuna ikan dalam sos tomato + jus oren + pisang sebijik
iii) 1x mangkuk cereal berserat + susu lemak rendah + telur 1/2 masak + slice mangga & prune 


Selamat mencuba! 




2 comments: