Kuih/biskut Raya Paling Best dan Sedap
Kalau nak tahu, kuih raya ni sedap time makan bulan puasa je. Lagi kalau buat sendiri. Sambil susun kuih dalam bekas, sambil ngap masuk mulut. Sebab tu aku kalau buat kuih selalunya tengah malam. Sebab bakar-bakar, boleh merasa makan. Kalau buat lepas sahur, mengencess laa tengok .
Ada beberapa kuih kegemaran menjadi pilihan di hari raya. Sebab sekarang dah macam-macam jenis kuih dan biskut raya. Kreatif dan inovatif. siap ada yang di "fusion" kan lagi hah.. Gempak ke tidak... Aku pulak bukan pandai sangat buat kuih raya.Makan ghetilah.. atau takat tolong-tolong buat dan menyibuk bolehlahh..
Antara kuih raya paling best yang menjadi pilihan adalah :
Tart Gulung
Sebab kuih tart ni banyak jenis. Ada yang gulung, ada yang gunting dengan ada yang bunga dan ada tart nyonya. Tapi aku lebih suka tart gulung sebab tak nampak intinya. Kalau nampak inti, aku macam automatik akan ngilu. Tak tau lah kenapa. Dulu masa mak aku kerja, tiap kali nak raya, memang mak aku ambil tempahan buat kuih tart gulung untuk kawan-kawan tempat kerja dia. Memang banyak sangat tempahan. Aku dah la malas. Terpaksa juga tolong sampai tertidur kat dapur. Hahaha..kenangan betul.
Dari Cik Mat Gebu
Mama Carrey
Suka jugak kuih ni sebab ada gula icing kat permukaan biskut. Senang jugak nak buat biskut ni.. Tapi tak pernah buat pon.
Suji
Suka jugak kuih suji ni. Sebab senang nak buat. Ditambah pulak bila cair di mulut. Allah.. tazabarnyaaaa nak makan, nak raya.. Hahahaha...
Tu je lah kot kuih dan biskut yang akan dicari pada hari raya nanti.... Bukan selalu dapat makan kuih raya ni. Lagi-lagi kuih versi tradisional. Sebab sekarang dah macam-macam sangat jenis kuih. Yang pastinya tetamu yang datang kerumah aku nanti , hanya dapat merasa kuih "Tunjuk" sahaja. Tak berkesempatan nak membuatnya. Tau lah. dekat 2 minggu rumah takde air. Ni dah hujung-hujung puasa ni kena ada mood nak menguli bagai. Walaupon Gjul tukang masak, takde nya lah aku dapat merasa biskut air tangan dia, sebab dia tak suka pastri..
Apa pulak kuih / biskut raya paling best pada korang?
yang yoorin suka tu pun mummy suka..sedap!!
ReplyDeletesedapnya suji... lagi kuih raya legenda.. kuih makmur
ReplyDeletekhaty suka tart nenas
ReplyDeletegebunya tart nenas mat GEBU..
ReplyDeleteNani tak suka sangat bskut suji. Heheh
ReplyDeletekuih tat!! i loike
ReplyDeleteTart nenas memang legend
ReplyDeleteTart gulung & Mazola mesti cari!
ReplyDelete