Followers

AFB FEEDS

Tuesday, July 7, 2015

#Cabaran20Hari | Lagu raya Pilihan

Lagu-lagu raya pilihan di aidilfitri


Bila nak hujung-hujung puasa ni makin kerap la lagu raya berkumandang di corong-corong radio. Layan pulak sebab setahun hanya sekali kan. Tapi bila ada Gjul memang dia akan cepat-cepat tukar siaran sebab tak berapa suka nak dengar lagu raya. Katanya, kita ni memeriahkan syawal dari ramadhan. 

Antara lagu-lagu yang menjadi pilihan aku sudah semestinya lagu-lagu raya yang klasik. Entah lah..Mungkin lagu-lagu raya yang lama ni ada "Sentimental value" yang tak sama dengan lagu raya zaman sekarang. 

Lagu-lagu raya klasik pilihan aku adalah : 


Suasana Hari Raya - Junainah M Amin


Marilah adikku marilah bersamaku
Kutukarkan bajumu yang baru
Ramailah kawanmu yang telah menunggu
Cepatlah siap adikku

Panggillah kawanmu duduk keliling meja
Makanlah ketupat kuih-muih yang ada
Jangan rebut-rebut makanlah dengan tertib
Itulah pesan ibu

( korus )
Kalau sudah makan jalan ramai-ramai
Bersama kawanmu semua
Bersalam-salaman bermaaf-maafan
Di hari bahagia ini

Alangkah girangnya di hari yang mulia
Kita semua berhari raya
Dengan hati ikhlas zahir batin sekata
Selamat hari raya

Ni pulak lagu pilihan zaman pertengahan :

Ku Pohon Restu Ayah dan Bonda - Mamat Exist





( ...Duhai bonda duhai ayahanda

Dengarlah rayuan anakanda

Yang jauh di mata... )


Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya



( korus )
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku



Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu



( ulang korus )


Kesalahan diri ku...

Ni lagu zaman moden..hehehe..

Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda - Hujan Feat Raihan


Terkenang di ketika itu

Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi



Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban



Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkinkan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya tuhan kan membalasnya

Chorus
Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajah mu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Dibibir mu kan menguntum senyum
Andai nya anak-anak mu bahagia

Chorus
Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti


Cukup la kot, 3 klip video beserta lirik. Ketiga-tiga lagu pilihan aku ni ada membawa maksud yang tersurat dan tersirat.Lagu Pertama , terkenangkan suasana hari raya masa aku kecik-kecik dulu. Lagu ke dua pulak. L bila menginjak dewasa, duduk berjauhan dengan keluarga. Walaupon boleh berdikari, memang rindu lah kat kampung. Rindu mak abah, adik-adik. Bila nak hari raya, keterujaan nak balik kampung naik bas dulu, seronoknya kemain.. Lagu ketiga pulak mengingatkan aku masa dibawah tanggungan mak ayah, mintak apa pon dapat. Tak pernah la mak cakap tak. Sedangkan baju raya entah berganti ke tidak. Bila dah jadi ibu, memang kelengkapan anak laa yang diutamakan dulu. Sekarang dah merasa. Lagi seminggu nak raya ni. Irine punya dah lengkap siap.. Tinggal nak cari sepasang dua baju basahan. Aku punya? jangan kan baju, yang lain-lain pon hapa tak belik lagi. Hehehehe.. 




9 comments:

  1. Betul.. sentiasa berpusing roda kehidupan kita.. dulu kita di bawah tanggungan mak ayah.. keperluan kita diutamakan.. sekarang, anak2 kita pulak kita utamakan berbanding keperluan diri.. ;)

    ReplyDelete
  2. Lagu lama lebih menusuk qalbu...

    ReplyDelete
  3. Lagu raya lama, sentiasa menjadi siulan semua. Lagu baru kurang menyengat...

    ReplyDelete
  4. Wah.. saya pun suka lagu-lagu raya tu..
    memang boleh dikatakan hampir semua lagu raya ni best utk dengar ulang kali (evergreen)

    - Zaleha Awaluddin -

    ReplyDelete
  5. wahh taste lagu raya kita samelah kak yoorin :D kita pun suka lagu yang camni, sentimental sangat...terasa nostalgia lama :D hihihihih

    ReplyDelete
  6. Memang best dgr lagu raya.
    Skang kalu shopping memamg meriah.
    Terasa sgt dah bahang aidilfitri...

    ReplyDelete
  7. lagu wajib tu lagu fazidah joned tu kan yoorin :)

    ReplyDelete
  8. lagu legend ni bestttttttttttttt ! hari hari dengar pon xmuak kannnn

    ReplyDelete
  9. ..lagu yang first tu...suka selamanya :)

    ReplyDelete