Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@gmail.com

AFB FEEDS

Friday, July 10, 2015

#Cabaran20Hari | Memori Raya 90an

Kenangan indah beraya di zaman kanak-kanak




Cabaran hari ke-14 ni memang menggamit memori betul lah.. syukur dapat merasai kemeriahan raya pada zaman 90-an. Entah..aku rasa beraya pada zaman tu lagi best kot, ke sebab waktu tu aku kanak-kanak, maka nak pikir seronok je? tak payah pikir persiapan raya.. Semua mak abah yang sediakan..

Kalau dulu kat kampung hari raya pertama dah sibuk bersiap awal pagi nak pergi kerumah jiran-jiran sebelah rumah. Pulak tu, jiran-jiran tu rumah nenek..hahaha.. memang adik beradih ayah, sepupu sepapat berkumpul kat situ. Memang 1 rumah je dah boleh dapat berbelas ringgit. Waktu tu, dapat RM1 dah seronok gila gaban.. Dapat 50 sen pon dah best apetah lagi RM1 kan... 

Pastu raya ke 2 dah sibuk jugak baraan (marhaban) kampung. Naik basikal je .Dulu masa aku kecik2, ramai budak2 kecik baya aku join baraan. Sampai 30 orang pon ada.. Tapi sekarang belas-belas je. Dah tak ramai. Tu la bezanya..

Kalau dulu tak banyak sangat isu mercun budak terputus jari bagai.. aku pon dulu sakan main mercun.. Tapi laa ni jadi takut pulak.. Macam mercun zaman sekarang dah expired ke hape entah.. baru pegang, tak cucuh api lagi dah meletup. fuhh!!!..


Sekarang bukan tak best nak beraya.. Lagi-lagi zaman teknologi . Ada henfon. kamera canggih. Banyak kenangan boleh diabadikan.. Dulu limited. Gambar pon tak berani nak gambar pose candid.. sebab pakai kamera kodak.. sayang kalau gambar tak cantik.. Hehehehe.. Tak dapat nak tepek gambar kenangan beraya zaman dulu. Semua ada kat kampung....


3 comments:

  1. dulu kecederaan paling dahsyat main mercun dan bunga api sekadar melecur bila terpegang batang besi bunga api yang ada gambar kucing brand king cat kot kalau tak silap :)

    ReplyDelete
  2. sekarang x best nak raya sebab kena kuar duit raya...hahahahahahha

    ReplyDelete
  3. raya dulu lagi meriah daripada raya sekarang ni...

    ReplyDelete