Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@gmail.com

AFB FEEDS

Tuesday, August 18, 2015

7 Tips Cantik kan Kulit Sebelum Tidur

Kulit cantik dan segar



Dulu masa bujang aku ada masalah malas nak cuci mekap. Sangat lah malas sampai kan tidur pon main tidur macam tu je. Tapi aku dok perasan laa kulit aku dah ada pigmentasi.. sobss.. almaklumlah usia nak jejak 3 series oii..Alahai.. Terasa tua gituuu.. Sebenarnya tak payah laa nak tenyeh dengan produk mahal-mahal untuk kelihatan kulit cantik dan segar. Ada beberapa tips untuk tampilkan kulit bersih, menawan dan segar lepas bangun tidur nanti.



1. Cuci muka sebelum tidur



Pastikan sebelum tidur, cuci muka sebersih bersihnya. Tanggalkan mekap dengan pembersih mekap yang tidak mengandungi alkohol. Aku selalunya cuci pakai minyak Johnson baby je. Murah . Tak sampai RM5 pon untuk botol kecil. Tahan lama pulak tu..Lepas tu bilas dengan air kemudian baru lah cuci muka dengan produk korang. 


2. Steam muka



Kalau ada duit tu boleh laa beli machine untuk steam muka. Kalau tak de, tak payah beli pon takpe. Kita guna barang apa je yang kat rumah.Aku selalu tengah masak nasi bukak je je penutup periuk nasi tu. haaa.. keluar wap.. Kebas terus muka .. Jangan laa pulak rapat sangat.. Takpon, boleh je guna air betul2 panas. Letak kan dalam tupperware yang menegak.. Lepastu tadah je muka bagi kena wap . Tugasnya untuk membuka ruang-ruang pori di wajah... Selain tu jugak boleh guna towel yang basah . Lepas tu masukkan kedalam microwave selama 20 saat. Towel tu kemudiannya tuam ke muka. sama jugak fungsinya untuk buka pori-pori diwajah, hilangkan minyak dan kotoran di wajah. 


3. Buang sel kulit mati



Sel sel kulit ni selalunya bertahan selama 28 hari sahaja. tetapi, kengkadang sel kulit yang dah mati ni masih melekat di dinding-dinding kulit menyebabkan tekstur kulit tak sekata. untuk membuang sel kulit mati ni dari bergerak jauh kedalam kulit wajah dan menyebabkan pigmentasi, scrub muka 2-3 minggu sekali. Kat pasaran ada banyak produk scrub. Pakai bahan semula jadi pon boleh contohnya, parutan tomato dan timun atau hampas kelapa.. 


4. Melembabkan muka



Pentingnya pelembab muka untuk kulit wajah terutamanya bagi yang tidur memasang penghawa dingin. Tak nak laa kulit rasa kering nanti. Bila dah kering akan menyebabkan cepatnya kedutan di wajah. Untuk melembabkan kulit muka jugak boleh gunakan sapuan madu, telur putih, dan hirisan tomato sebagai masker. Biarkan seketika sebelum tidur selama 15-20 minit dan bilas. Hasilnya, muka akan terasa sejuk dan segar.

5. Minum air putih



Biasakan minum air sebelum tidur untuk mengelakkan dehidrasi kulit. bila air cukup kulit akan kelihatan anjal dan shining je. Aku dulu ada masalah nak minum air masak. Tapi tak lagi sekarang memang rajin jugak lah nak minum air masak. Dapat segelas pon jadi lahhh..

6. Letak kafein di bawah mata.



Maksud kafein disini adalah uncang kopi atau teh. Untuk mengelakkan eye bag atau kedutan di bawah mata. 

7. Jangan tidur meniarap!


Pantang orang-orang tua jangan tidur meniarap pon ada bagusnya. Dari segi kecantikan pula, tidur beralaskan muka dan perut akan mengakibatkan tekanan pada bahagian muka dan boleh mengakibatkan lekuk . 

cukup la kot sedikit tips dan perkongsian.. semoga bermanfaat untuk semua. 


12 comments:

  1. thanks yoorin for the great tips...semua ni penting kan? badan nak pakai lama..muka pun...

    ReplyDelete
  2. Semuanya ada di rumah.. nak cantik kenalah rajinkan diri kan.. ;)

    ReplyDelete
  3. jarang nak wap2 muka ..nanti nak amalkan selalu la..

    ReplyDelete
  4. Bestlah tips,boleh cuba nanti. thanks akak,share.

    ReplyDelete
  5. Nak cantik macam Yoorin jugaklah. Dah ada pigmen... huhu

    ReplyDelete
  6. bnyknya... macam tak rajin je nak buat... ihihih

    ReplyDelete
  7. Thank you memang di buat cuma cara yang berbeza . I loikee.
    Tapi bab tidur tu baru tahu. ok tak buat dah

    Meroyan pemusnah rumah tangga

    ReplyDelete