cozy baby

GaBag Cozy Baby

Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@yahoo.com

Sushivid

AFB FEEDS

Wednesday, August 26, 2015

Anak Panda Kuat Menangis






Semua tahu kan Giant Panda mewakili keamanan dan simbol hubungan diplomatik antara China dengan Malaysia selama 40 tahun. Giant Panda juga akan tinggal di sini (Malaysia) untuk tempoh 10 tahun akan datang.Giant Panda yang diberi nama Xing Xing (panda jantan) dan Liang Liang (panda betina ) kini sudah mempunyai seekor anak yang baru dilahirkan baru-baru ini.




Berpeluang melihat Giant Panda pada Bloggers Day Kelab Blogger Ben Ashaari, dapat mendekatkan diri dengan mengetahui lebih dekat panda ini.. Kebetulan Xing Xing dan Liang Liang lahir pada hari dan tarikh yang sama iaitu 23 Ogos .  Haritu ingat ada chance la dapat tengok baby Panda. Rupanya dapat tengok bapak panda je..hehehe. Bini panda pon tak de jugak, tengah berpantang kata pegawai zoo. Kelahiran panda gergasi ini selalunya hanya seekor sekali kelahiran dan jarang-jarang berlaku 2 ekor atau kembar. Sebab itu haiwan ini sudah hampir pupus dan hanya ada 2000 ekor sahaja di dunia.  



Rupanya anak panda ni kuat menangis. Dia nak mak nya sentiasa dekat dengan dia. Even, mak dia gerak sikit je pon dia dah menangis.. Hahahahah.. Comel pulak rasanya. Sempat jugak bertanyakan pada pegawai tersebut, padanlah Xing Xing macam kuat termenung je. Mungkin sunyi sebab berseorangan bini berpantang. Hehehehe.. Salah rupanya andaian aku tuu.. Panda ni diorang tak boleh berjumpa. Sebab nanti akan bergaduh. Akan baik waktu tibe musim mengawan sahaja. Laa.. Gitu ke? 


Najis panda jugak tak berbau sebab dia makan lebih kepada vegetarian seperti buluh ,buah buahan dan kek panda. Kek Panda ini dibuat dari pada tepung gandum, tepung beras, jagung dan kacang soya , garam susu dan gula. Kek Panda ni amat digemari panda gergasi dan akan diberi kepada panda sebanyak 1 Kilogram setiap hari. Bila tengok najis panda dah macam durian musang king. heee.. Panda gergasi diberi makan 5 kali sehari dan secara purata seekor panda memerlukan 40 kilogram sehari. 99 % diet pemakanannya terdiri daripada buluh.


Apa yang menyedihkan aku bila dengar penjaga panda kata, baby panda akan dihantar ke China bila dah berusia 6 bulan - setahun. Alahai .. ciannya.. Ingatkan jadi hak milik Malaysia terus kan..





27 comments:

  1. laaa ingatkan termenung sebab lonely rupa rupa tidakk gaduh pulak kalau bertemu huhu panda ni comeyy betoii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa..ingatkan lonely.. hahahaha.. rupenye panda memang macam tu..dia tak boleh jumpa sebab nanti akan gaduh..

      Delete
  2. Serius?!
    Baby panda bukan milik kita?!!
    Hadoi la yoorin.
    Takde hasil langsung membela panda 2 ekor tu :-(
    Sedih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan..kite kena pulang balik bila umur dia 6 bulan - setahun.. sebab tu dah termasuk dalam perjanjian.. kita kat sini nak kasi dia kembang zuriat je .. sebab dah makin pupus kan..

      Delete
  3. Alahai comel je panda. Nak mengempeng je ng omak dia. Heheheh tapi kesian. Kecik2 lagi nanti nak berpisah dengan mak dia dah.

    Jom join segmen bloglist SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa..kite pon tak sampai hati tinggal anak lama2.. =( penjaga panda tu pon cerita macam sedih..nanti Xing Xing & Liang Liang pon kena pulang balik dah cukup 10 tahun.. yg jaga tu haa..sedih kot..sebab dah rapat..

      Delete
  4. sooo comel panda dan pelawtnya. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki..kak yoorin pon dah bersaiz panda.. hahaa

      Delete
  5. Replies
    1. hehehehe..terkejut dengar dia makan 40 kg sehari..tapi berat dia maintain.. kekekekeke

      Delete
  6. belum ada rezeki lagi nk ag jumpa ko panda...ko tunggu aku dtg ya..hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..ada rezeki insyaa Allah..lagipon dia baru je 2 tahun kat Malaysia..ada 8 tahun lagi..

      Delete
  7. xpe ke di pisahkan anak dr ibunya???alahaiiii ..sedih pulok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah laa..sebab rasa 6 bulan - setahun tu macam.baby je.. huhu.. panda ni nangis dah laa kuat..

      Delete
  8. Lahai.. Baru tahu.. Info pasal panda... Hehe... Anak manja macam panda la ek.. Tggal kejap je nangis. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..manja sangat irine xnak berenggang..hahaha

      Delete
  9. Alahai comelnya panda. Geram je tengok, rasa nak peluk-peluk. dah la gebu :)

    ReplyDelete
  10. Pernah sampai masa Panda ni baru masuk Zoo .. sempat bergambar dengan patung je kat luar

    ReplyDelete
  11. wah,best juga ni, tak sempat lg nk bawa anak2..Insyaallah..

    ReplyDelete
  12. Kiutkan depa 2 ekoq ni...
    Ank alia pun suka

    ReplyDelete
  13. Kiutkan depa 2 ekoq ni...
    Ank alia pun suka

    ReplyDelete
  14. Kiutkan depa 2 ekoq ni...
    Ank alia pun suka

    ReplyDelete