SGO

APDM SAPS

Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@yahoo.com

Sushivid

AFB FEEDS

Monday, August 10, 2015

Semua Dia Punya

Suka merampas


Irine ni dia ada satu sikap kasar dalam diri dia.. Ikut perangai sapa pon tak tau. Aku dok perhati dan sedar, tiap kali nak tengok tv, dia je lah menang nak tukar chanel kartun dia. Kalau tak tukar atau dia tengah seronok nyanyi nyanyi, tetiba mommy tukar channel, mula lah dia nak tantrum atau campak-campak barang. Remote astro tu , dah kali ke 3 beli sebab rosak dia dok baling. Kadang tu memang aku suka lagi la menyakat. 

Tapi bila kat rumah orang pon dia buat perangai sama, aku dah rasa tak syok. Sebelum ni, pengasuh Irine ada lah bagitau kat aku, anak dia menangis Irine buat sebab dia rampas beg frozen dia.. Sampai terputus tali beg. Adeh, Padahal anak dia tu dah 8 tahun, nak melawan tarik beg, dengan budak kecik irine yang belum berusia 2 tahun.. 

Lagi sekali,bila pergi beraya, orang lain tengah syok main, dia dok datang dekat, pastu main rampas je mainan, macam dia yang punya. Adooiii..buat malu mak dia ni je.. Bila orang kata, takpe, budak-budak.. Kat situ aku dok pikir tak boleh la nak biarkan perangai macam tu.Nanti , terbiasa. dia je nak menang. Kalau kat rumah sendiri agak nya dah kena tuu..kat rumah orang takkan nak jerit-jerit kan.Buahaha..




Tips elakkan anak yang suka merampas hak orang lain dan ikut kehendak dia. 


1. Berkongsi Permainan 

- Beri kata pujian sekiranya dia sudi berkongsi permainan dengan anak yang lain. Katakan kepadanya , sikap suka berkongsi, disukai orang lain. Yang pastinya, pujian disukai oleh anak-anak. Mereka terasa bangga bila dipuji. (saja je try puji Irine pakai tudung , cakap kat dia cantik nyaaa, terus bawak hadap kat cermin.. puji dia lagi kata cantik. Tersengih-sengih dia.. Nahh..tak nak bukak tudung terus tuuuu.. gahahaha).. 

2. Ajar minta kebenaran

- Adalah lebih baik, kalau nampak tindak tanduk anak nak merampas barang orang lain, segera bertindak. Bisikkan di telinga dia, "Jangan rampas. Tu kakak punya. Cakap dengan kakak, nak pinjam boleh tak ?".. 

3. Asingkan anak dengan anak yang lain

- Kalau dikhuatiri anak anda tetibe tantrum atau mengamuk, adalah lebih baik, jauhkan anak dari anak atau yang dikehendakinya tu. Bawa dia ke tempat yang lebih privasi. Ucapkan kata nasihat jauh dari orang lain dan katakan tindakannya itu salah, dan tidak elok.

4. Alihkan perhatiannya

- Berikan dia peralatan yang lain atau tunjukkan sesuatu yang akan menarik perhatiannya. contohnya, lihat pemandangan, atau sekiranya ada haiwan seperti kucing, tunjuk kepada dia. Mungkin dia akan lupa tindakan dan apa yang diinginkan sebelum itu. 

Berlaku semalam, bila dia mandi tak nak keluar bilik air. Pakai baju pon dok melalak sampai berhingus2.. Caranya, alih perhatian dia dengan selfie ikut gaya mommy. Gahahaha.. berhasil rupanya.. 

5. Jangan menghukum anak

- Jangan biasakan hukum anak dihadapan orang lain, walaupon hanya cubitan. Ini akan sebabkan dia tidak akan berasa kisah, dan malu, sekiranya perkara yang sama berulang lagi. 


Harap lepas ni , berguna lah tips sendiri . Puas la dok mengadu kat Gjul, perangai Irine gini, gini, gini.. Susah kalau berdua je dengan Irine bila abang takde. " Bak kata Gjul, nak jadi mak ayah ni kena bijak handle anak. Jangan diikutkan sangat kehendak anak, dan jangan pulak menghalang apa yang dia nak buat. Perhati dan tegur secara berhemah. Kata parenting blogger". Lol..sempat lagi tu kenakan aku.. cehhhh.. 


5 comments:

  1. tips perkongsian yang baik. Pengasuh saya cakap kalau ada sikap macam ni memang biasa terutama bagi yang masih anak seorang. Jadi kena tambah sorang lagi. hehee tu tanda dia manja sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu... kami kena ada perancangan untuk tambah lagi ni arz... hehehe.. tp ada rezeki, syukur....ni memang terlebih manja sangat..

      Delete
  2. thanks yoorin di atas perkongsian...

    ReplyDelete
  3. Even lum ada anak.. Teman suka baca sampaii abes.. Huhuhu.. Suka teknik alih perhatian dia dgn selfie ikut gaya mama tu.. Hahaha.. Pandaii mama dia

    ReplyDelete
  4. Even lum ada anak.. Teman suka baca sampaii abes.. Huhuhu.. Suka teknik alih perhatian dia dgn selfie ikut gaya mama tu.. Hahaha.. Pandaii mama dia

    ReplyDelete