cozy baby

GaBag Cozy Baby

Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@yahoo.com

Sushivid

AFB FEEDS

Friday, August 28, 2015

Semua Yang Berapi Itu Happy Birthday

Sekarang Irine dah pandai nyanyi lagu happy birthday tauu.. walaupon bunyi hujung-hujung tu yang paling jelas, tapi melodi dia memang betul. Dia start pandai nyanyi masa sambut birthday mak aku tempoh hari. Agaknya dok terngiang-ngiang tu yang cepat dia catch up. Alaa..budak-budak kan.. benda macam tu cepat dia belajar. Tapi kengkadang macam tak kena waktu pulak dia nak nyanyi lagu Happy Birthday. 




Kadang aku tengah masak kat dapur, bukak api dapur gas pon dia boleh nyanyi. Kat Tv orang bakar sampai ke, rumah terbakar pon dia nyanyi jugak..Paling lawak pagi tadi lah.. Sekarang kan bulan hantu.. Ikut kepercayaan kaum cina lah .. Entah pagi-pagi lagi jiran sebelah rumah bakar kertas dalam tong besi.. Time tu aku baru je bukak pintu grill.. Irine pergi kat tempat jiran aku tu dia nyanyi lagu birthday pulak. Allah.. malu gila rasa... dah apek sebelah rumah tu punya lah gelak kuat siap panggil anak dia .. Aku tak boleh laa kot..entah jiran tu tengah sembahyang ke hape kan.. Terus dukung Irine bawak turun tangga cepat-cepat.. Sempat jugak aku say sorry kat jiran tu dengan anak dia..



Kadang tak rasa pon cute. Tak nak laa ajar anak macam tak behave macam tu.. Walaupon berlainan agama pon, kena ajar jugak hormat orang lain kan.. Irine..Irine.. Macam macam laaa awak ni.. Huhuhu.. Suka hati dia je.. Harini dia genap setahun 8 bulan.. Semakin lasak dan start dah tak nak dengar cakap mak dia ni.. Ikut suka dia nak buat apa.. hehehehe.. 




7 comments:

  1. hehe pndai dia.. xpe uncle tu gelak comel je.. kih2..

    ReplyDelete
  2. hahaha..irine nak padamkan api ey..

    ReplyDelete
  3. Alahaiii pandai buat lawakk si comel bam bam ni... Happy Belated Birthday Budak Comel!

    ReplyDelete