Followers

AFB FEEDS

Thursday, January 28, 2016

Bahana Nyamuk Pembawa Virus Zika

Kecoh sekejap kat Timeline facebook , kengkawan dok share pasal virus Zika. Aku pon baca sambil lalu je.. Sebab ye lah, waktu tu , aku kompius & kurang percaya lah takkan sebab nyamuk boleh sebabkan kecacatan bayi dalam kandungan. Dah la aku tengah ngandung ni.. Risau jugak tuu..  Lagipon, paham2 je lah kan, Facebook ni selalu bawak rumours je lebih.. Tapi kebetulan , lunch hour semalam , kat kedai tu tengah ada berita, and cerita pulak pasal virus Zika... means betul lah kan..takkan kat berita nak bohong pulak.. sebab yang aku tahu, berita cuma bohong pasal politik kat Malaysia je.. eh ehh.. hahahaha..






Virus Zika



Apa dia kejadah virus Zika ni? 
- Zika merupakan sebahagian daripada keluarga yang sama seperti demam kuning, chikungunya dan denggi yaitu nyamuk sebagai pembawa. Tetapi, malangnya sehingga kini masih tiada vaksin untuk mencegah Zika atau ubat untuk merawat jangkitan. 

Zika kini menarik perhatian seluruh dunia kerana ia semakin membimbangkan terutamanya bayi didalam kandungan (wanita hamil) yang akan menyebabkan bayi yang dilahirkan akan mempunyai kepala yang lebih kecil ,dari saiz normal yang lain, kerosakan otak ,  dan juga menyebabkan kematian bayi. Ia telah merebak ke lebih daripada 20 buah negara, dan telah menyebabkan panik di Brazil di mana beribu-ribu orang telah dijangkiti.



Sejak November tahun lalu, 4180 kes telah berlaku di Brazil menyaksikan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti Zika semasa dalam proses kehamilan mereka. Setakat ini 51 batyi telah meninggal dunia. 


Bagaimana Zika ini boleh merebak ?

virus ini berjangkit apabila nyamuk Aedes menggigit seseorang yang mempunyai jangkitan yang aktif dan kemudian merebak virus itu apabila nyamuk aedes tersebut mengigit orang lain pula. Orang tersebut , kemudian menjadi pembawa selama mereka mempunyai gejala .. (macam zombie dahhh aku rasa)..


Tanda-tanda pesakit terkena jangkitan :
- Demam yang ringan
- sakit kepala
- mata mungkin berubah ke warna merah.
- 80% daripada mereka , mungkin tidak menyedari mereka telah dijangkiti terutama ibu mengandung.
- disamping itu, Zika juga boleh berjangkit melalui pemindahan darah, hubungan seksual dan pendedahan makmal. 



Bagaimana untuk elakkan virus Zika terutamanya travelers yang sedang berada di Zon virus Zika ?

Disebabkan sehingga kini masih tiada vaksin atau perubatan untuk merawat Zika maka, langkah2 kesihatan dan keselamatan diri harus diambil ;
- Cover kulit tubuh dengan memakai pakaian yang menutupi badan seperti memakan baju berlengan panjang dan juga berseluar panjang. 
- Wanita hamil dan menyusu boleh menggunakan semua penghalau serangga EPA berdaftar, termasuk DEET, mengikut label produk.
- Tinggal dan tidur di bilik yang berhawa dingin atau berkelambu adalah yang terbaik.
- Pastikan tiada vektor atau jentik2 di persekitaran anda terutamanya dikawasan tempat air yang bertakung. 





sumber : MSN News & CNN

1 comment:

  1. Salam singgah. Fuhhh, menakutkan. macam2 penyakit di dunia ni kan...

    ReplyDelete