Dikhabarkan esok akan ada gerhana matahari. Wallahualam.. aku agak dah lupa jugak fenomena berlaku nya gerhana matahari ni..padahal belajar je ponn kat sekolah dulu.. Yang uniknya , gerhana matahari ini boleh dapat dilihat di beberapa negara Asia termasuklah Malaysia dan Indonesia juga di Australia.
untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info di website www.angkasa.gov.my
FENOMENA GERHANA MATAHARI SEPARA DI MALAYSIA
PADA 9 MAC 2016
BANTING, 29 Februari – Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan satu fenomena menarik bagi tahun ini iaitu Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku pada Rabu, 9 Mac 2016. Fenomena ini merupakan satu-satunya Gerhana Matahari Separa yang dapat disaksikan di Malaysia pada tahun 2016.
Waktu berlakunya fasa-fasa Gerhana Matahari Separa pada tarikh tersebut seperti berikut:
7:24 pagi : Bulan mula menyentuh cakera Matahari
8:24 pagi : Bulan mula menutupi Matahari secara perlahan
(bermulanya fasa Gerhana Matahari Separa)
9:31 pagi : Bayangan Bulan mulai hilang secara perlahan
(Gerhana Matahari Separa berakhir sepenuhnya)
Di Malaysia, kita dapat melihat Matahari terlindung oleh Bulan sehingga mencapai litupan maksimum kira-kira 87% di Sarawak dan juga di bahagian selatan Semenanjung Malaysia pada waktu pagi semasa Matahari sedang terbit. Peratus Matahari dilindungi oleh Bulan semakin mengurang apabila kita semakin ke bahagian Utara Semenanjung Malaysia dan Sabah. Kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa dari jam 7:30 pagi hingga jam 9:30 pagi.
Lokasi terbaik untuk melihat fenomena Gerhana Matahari Separa di Malaysia ini adalah seperti berikut :-
Bil
|
Bandar
|
Fasa permulaan gerhana
|
Fasa maksimum
|
Fasa gerhana berakhir
|
% Litupan
|
1.
|
Arau, Perlis
|
7.27 pagi
|
8.25 pagi
|
9.30 pagi
|
67
|
2.
|
Alor Setar, Kedah
|
7.27 pagi
|
8.25 pagi
|
9.30 pagi
|
68
|
3.
|
Ipoh, Perak
|
7.25 pagi
|
8.24 pagi
|
9.30 pagi
|
74
|
4.
|
Johor Bahru
|
7.23 pagi
|
8.23 pagi
|
9.32 pagi
|
86
|
5.
|
Kota Baharu, Kelantan
|
7.27 pagi
|
8.26 pagi
|
9.33 pagi
|
68
|
6.
|
Kota Kinabalu
|
7.32 pagi
|
8.40 pagi
|
9.57 pagi
|
73
|
7.
|
Kuala Lumpur
|
7.24 pagi
|
8.23 pagi
|
9.30 pagi
|
80
|
8.
|
Kuala Terengganu, Terengganu
|
7.26 pagi
|
8.26 pagi
|
9.33 pagi
|
71
|
9.
|
Kuantan, Pahang
|
7.25 pagi
|
8.25 pagi
|
9.33 pagi
|
77
|
10.
|
Kuching, Sarawak
|
7.24 pagi
|
8.29 pagi
|
9.43 pagi
|
87
|
11.
|
Kudat, Sabah
|
7.34 pagi
|
8.42 pagi
|
10.00 pagi
|
70
|
12.
|
Labuan
|
7.31 pagi
|
8.39 pagi
|
9.55 pagi
|
75
|
13.
|
Melaka
|
7.23 pagi
|
8.23 pagi
|
9.31 pagi
|
83
|
14.
|
Miri, Sarawak
|
7.29 pagi
|
8.35 pagi
|
9.52 pagi
|
78
|
15.
|
Pulau Pinang
|
7.27 pagi
|
8.24 pagi
|
9.30 pagi
|
71
|
16.
|
Putrajaya
|
7.24 pagi
|
8.23 pagi
|
9.30 pagi
|
80
|
17.
|
Seremban,
N. Sembilan
|
7.24 pagi
|
8.23 pagi
|
9.31 pagi
|
81
|
18.
|
Shah Alam, Selangor
|
7.24 pagi
|
8.23 pagi
|
9.30 pagi
|
80
|
19.
|
Sibu, Sarawak
|
7.25 pagi
|
8.31 pagi
|
9.46 pagi
|
85
|
20.
|
Tawau, Sabah
|
7.31 pagi
|
8.40 pagi
|
10.00 pagi
|
81
|
Saksikanlah siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai 7:24 pagi. hingga 9:31 pagi pada 9 Mac 2016 di laman sesawang iaitu www.angkasa.gov.my.
Sekiranya anda terlepas menyaksikan fenomena ini, anda perlu menunggu sehingga 26 Disember 2019 untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa sekali lagi di Malaysia.
Untuk sebarang perkembangan terkini berkenaan Gerhana Matahari Separa ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Orang ramai juga dijemput untuk berkongsi imej Gerhana ini di Facebook ANGKASA.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-2273 4303 atau layari laman sesawang www.angkasa.gov.my/planetarium dan Facebook/Twitter: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
No comments:
Post a Comment