Followers

AFB FEEDS

Thursday, January 12, 2017

Happy Belated Birthday Nur Irine Maisara

Assalamualaikum. Sebenarnya birthday Irine tahun lepas..hahaha..macam dah lama gila kan tahun lepas gituuuu.... Birthday dia 28 Disember.. Tapi mommy baru kedek-kedek nak buat entry sempena birthday dia.. 

Pejam celik pejam celik..Anak sulung , anak gadis, anak manja aku tu dah 3 tahun.. Kejap je wey.. Dah jadi seorang kakak pon dia.. Bakat garang & tegas seorang kakak tu pon memang dah jelas sangat lah.. Pantang adik dia buat perangai memang kena marah la si adik.. "Biasa diaaa Wafiy ni...".. Tapi malangnya si adik tak takut menangis pon.. Lagi dia bantai gelak adalah.. 

Tak seperti tahun-tahun yang lepas, kita sambut birthday Irine kat kampung dengan atok nenek,pakcik dan makcik-makcik nya. Tahun ni buat pertama kali sambut birthday dengan ayah dia.. Dari kek, belanja makan &jalan-jalan ayah dia yang sponsor.. hehehe... Mommy tukang makan je lahh.. 

Gjul beli kek kat hotel dia je... kebetulan dapat special rate as staff..Rugi plak kan kalau tak guna .. Kek Mandarin Oriental tu.. sebijik ke dah seratus empat puluh ++.. Dapat laa half price. Sebab boring pulak nak makan kek secret recipy..  


Kek birthday pertama.. kek tiramisu.. memang sedap.. malangnya lembik sebab ice cream..😂


Kek kedua.. yang ni celebrate.kat rumah pengasuh dia.. 



Kek comel2 ni plak pre birthday 2 hari sebelum birthday irine.. pak dia excited.. 😂  

So aku rasa bertuah jugak laa si Irine ni.. sambut kat kampung nenek dia sponsor..sambut kat KL ayah dia double sponsor.. mommy tukang perabih jerkk.. 

On that day plan nak celebrate birthday kat Karaoke Axis Atrium. Tapi rasa macam mahal pulak charges untuk bawak makanan dari luar. Lagipon nak potong kek je pon.. Kesudahnya celebrate kat KFC je lahh.. 



Xde gambar dengan ayahnya rupanya..hahahaha.. kek pulak dah merekah rekah sebab panas kot.. yang paling lucu dah cucuk lilin takde pulak lighter.. Gjul.pulak tak merokok.. Aku suruh laa dia turun bawah tanya kat kauntet kfc tu pinjam lighter.. rupanya dia pergi 7 Eleven beli lighter. No wonder laa dekat setengah jam.mentunggu.. 

Seronok dapat gembirakan anak walaupon hanya sambut sekeluarga je tanpa party party yang meriah & high cost. Tapi cukuplah sekadar ada kenangan untuk anak-anak bila diorang besar nanti..

Happy birthday Irine.. Mommy sayang Irine dunia akhirat..! !

#Irineturns3
#28122013


6 comments:

  1. Happy Belated Birthday Nur Irine Maisara

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday Irene.. Nampak seap kek tu aummms

    ReplyDelete
  3. hpy blated bday irine.. dah 3 thn weh

    ReplyDelete
  4. selamat ulangtahun kelahiran buat irine semoga menjadi anak yang solehah dan sentiasa mendoakan kedua ibubapa....insyaallah

    ReplyDelete
  5. Da bsr dah anak dara ni. Irene masih takut tgk org bermisai dn berjambang lg tak yan hahahaa.

    ReplyDelete
  6. hi irene yang tomey.. hehe klau jumpa nak picit pipi dia haha

    ReplyDelete