cozy baby

GaBag Cozy Baby

Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@yahoo.com

KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

AFB FEEDS

Wednesday, January 11, 2017

Kekal Sihat Dengan MILAGRO COFFEE PATAWALI

Assalammualaikum.. 
Selamat tahun baru.. πŸ˜„ Tak terlambat lagi kan nak wish selamat tahun baru...?? Kononnya Tahun baru ni aku nak berazam untuk kekal sihat.. Tak kurus pon tak pe lah.. janji nak nampak fit dan sihat.. luar dan dalaman.. asyik azam kurus je..tak kurus kurus jugakss..kah kah kah..  tapi bab kesihatan kena alert jugak lah.. sebab usia pon dah 3 series ni.. banyak penyakit2 dari pemakanan yang kita tak jaga selama 30 tahun hidup ni akan menyerang. Antaranya kencing manis, darah tinggi dan lain-lain lagi.





Kebetulan dapat cuba Milagro Coffee penawar kencing manis.. Rasanya tak manis macam kopi-kopi yang berada di pasaran. Memang umph betul rasa kopi sebenar.. Sebab itu ia dapat merawat penyakit kencing manis. Terutama ibu mengandung yang mengalami GDM.  Haa.. ni yang bestnya.. kopi ni ,ibu mengandung , ibu berpantang dan juga yang menyusukan bayi juga boleh minum. Ia dapat memberi tenaga, mengurangkan alahan, dan sentiasa cergas walaupon menggalas tugas baru sebagai ibu.. Ia juga boleh menjadi sebagai milk booster.. hehehe.. sesuai lah kan untuk aku yang menyusukan Wafiy ni. Selain tu, apa yang aku perasan bila minum Milagro Coffee ni yang tak sama dengan kopi-kopi lain di pasaran, bila minum dan buang air kecil kan, memang tak berbau kuat pon.. Kalau tak, toilet pon bau kopi.. hehehehe



PENGENALAN MILAGRO COFFEE 

Milagro diambil dari perkataan MIL:  singkatan dari MILLION HERBA yang diciptakan oleh Allah s.w.t di muka bumi ini. dan AGRO bermakna asli dalam ciptaan Allah S.W.T. 
Selalu kita dengar and rasa kopi 3 in 1 kan?? Tapi Milagro Coffee ni 7 in 1 tau!! Special tak?? Ia dicampur dengan kualiti yang lebih tinggi daripada kopi arabika dan robusta. Terdapat beberapa ekstrak tambahan khas turut digabungkan antaranya Tinospora Crispa (Patawali) ,Halia , lada hitam & garam gunung. 

PATAWALI TU APA?

First time jugak ni dengar nama patawali. Ingatkan herba apa lah kan.. Rupanya nama lainnya akar seruntun.. Oooo.. baru lah tau.. Rasanya memang pahit sekali..Tetapi mempunyai pelbagai khasiat. Ia digunakan secara tradisional untuk merawat tekanan darah tinggi, kencing manis, merawat penyakit kelamin, sakit perut, demam malaria, menurunkan suhu panas, sakit pinggang, masalah cacing bagi kanak-kanak dan juga boleh menghalau nyamuk dan salah satu cara bagi anak putus susu atau botol.. Ye lah..dah rasanya pahit.. serik lah budak2 tu..hahaha.. πŸ˜…

Khasiat minum Milagro Coffee ia dapat merawat & mengawal :

- Penyakit kencing manis
- Darah tinggi dan sakit sendi
- Anti kanser
- Keradangan
- Alahan
- Batuk yang berpanjangan
- Demam malaria
- Menghilangkan penyakit gatal-gatal
- memberikan tenaga & mencergaskan badan.
- Menguatkan tenaga batin.
-Tinggi anti oksidan! !


TESTIMONI PENGGUNA MILAGRO COFFEE





Dan ada banyak lagi testimoni testimoni dari pengguna yang sudah mencuba MILAGRO COFFEE.. Harga nya pon tak mahal. Berbaloi lah untuk menjamin kesihatan yang lebih berkualiti. 1 kotak yang mengandungi 20 sachet hanya RM55.00 sahaja...

PENCARIAN STOKIS MILAGRO COFFEE

Pihak Milagro Coffee kini sedang mencari sesiapa yang berminat untuk tambah pendapatan dengan menjadi stokis Milagro Coffee. Tak kisah laa surirumah ke, bekerja ke haa.. sikit-sikit boleh juga jana pendapatan dengan keuntungan yang boleh tahan besar juga.. Modal pon minima.. Haa.. apa tunggu lagi.. Kalau berminat boleh hubungi nombor yang aku berikan di bawah. Pembelian biasa pon boleh juga ya hubungi nombor kat bawah ni.. 



FACEBOOK 

INSTAGRAM

Jom kekal sihat dengan Milagro coffee
Emmm.. sedap ekk..

2 comments: