Followers

AFB FEEDS

Friday, September 15, 2017

Tragedi Menyayat Hati 14 September | Kebakaran di Tahfiz Darul Ittifaqiyah





Assalamualaikum.. Rata-rata antara kita masih terkesima dengan kisah tragis menyayat hati dihening subuh semalam. Aku tak terkecuali. Bukan selalu aku dapat tengok berita tau kat rumah bila anak-anak dah 'conquer' tv channel Disney. Tapi semalam , memang tak kira, nak tengok juga berita untuk mengikuti kisah anak-anak syurga itu. Berita pukul 12 malam pon aku follow. 




Kat facebook memang dah tau & follow cerita. Tapi rasa tak puas, nak juga tengok tv. Aku rasa lebih yakin kot. Paling menyampah bila ramai rupanya kawan-kawan facebook yang tak de rasa simpati masing-masing berlumba nak upload gambar mangsa-mangsa tragedi yang sememangnya menyayat hati. Langsung tak jaga sensitiviti & perasaan orang sekeliling terutama keluarga arwah. Bangga agaknya bila jadi orang pertama yang dapat muatnaik gambar macam tu.. 


MISTERI TONG GAS KUNING


TONG GAS KUNING

Sekarang yang menjadi tanda tanya misteri 2 biji tong gas yang menghalang mangsa untuk keluar sebab terletak di depan pintu bilik tidur diorang. ya Allah.. ada ke yang sanggup khianat anak-anak yang tak bersalah ni.. Tak boleh nak terima dek akal sungguh. Sebab mula-mula kan saspek litar pintas. Dah masing-masing keyboard warrior dok salahkan pihak tahfiz. Laa ni, forensik dah keluarkan status, sistem elektrik dalam keadaan baik. Semoga kebenaran akan terungkai.. 

SEMOGA TERUS TABAH DAN REDHA


Diharap , ahli keluarga yang terlibat dengan kejadian ini, supaya terus tabah dengan dugaan yang menimpa ini. Doakan mereka ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan dimasukkan ke syurga. Walaupon senang kita minta mereka sabar, tapi sememang nya berat lagi bahu yang memikul bila kehilangan insan yang tersayang. 



SUMBANGAN BUAT PUSAT TAHFIZ DAN AHLI KELUARGA MANGSA


Bagi yang ingin memberikan sumbangan, boleh la berikan sumbangan anda ke akaun yang tertera di atas. Berhati-hati dengan orang yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan di atas musibah yang berlaku dengan memberikan akaun peribadi. Pastikan ke saluran yang betul. 

Takziah lagi sekali buat semua keluarga mangsa dan mangsa yang terselamat. 

8 comments:

  1. Innalillahiwainailaihirhojiun....
    Sebak dan sedih sangat terbayang macam anak-anak sendiri.
    Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
    Buat seluruh ahli keluarga yang terlibat semoga redho dan tabah.

    ReplyDelete
  2. Innalillah.. saya tgk cerita pondok pak ya pun meleleh air mata. Inikan pulak tengok video live

    shidotdotcom.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Semoga ditempatkan di kalangan org yg beriman anak anak semua

    ReplyDelete
  4. sedih masih terasa ...
    di wasap, ada cerita, ni kerja sabatoj ..
    kalau sabatoj, mmg zalim perbuatan mereka ..
    #afbdotmy, mrs pip dtg bertandang.

    ReplyDelete
  5. Alhamdullillah semuanya sudah terungkai. Semoga yg bersalah menerima hukuman yg setimpal dgn apa yg dilakukannya.

    Alfatihah utk semua mangsa dan Salam takziah utk keluarga mangsa...

    ReplyDelete
  6. Ever wanted to get free Twitter Re-tweets?
    Did you know you can get these ON AUTO-PILOT AND ABSOLUTELY FREE by using Like 4 Like?

    ReplyDelete