Followers

AFB FEEDS

Showing posts with label zalora. Show all posts
Showing posts with label zalora. Show all posts

Wednesday, December 13, 2017

LIPSTICK

Assalamualaikum readers.. =)


Lipstick collection

Bila bicara tentang lipstick  / gincu, sudah tentu ia sinonim dengan wanita. Kenapa mereka tidak dapat lari dengan lipstick , sama ada untuk menjaga keterampilan agar lebih yakin, menaikkan seri wajah, menyembunyikan bibir yang lebam dan gelap juga sebagainya. Terdapat pelbagai jenis lipstick yang menjadi pilihan buat wanita diluar sana. Antaranya jenis satin , matte , liquid , pelembap bibir  , frosted  , cream matte dan lain lain. Setiap jenis lipstick sesuai dipadankan mengikut majlis, pakaian , warna kulit ,  waktu dan kesesuaian bibir pengguna. 


Matte Lipstick

Maybelline Color Sensational Vivid Matte Lipstick [#Scarlet Red]

Sleek Make up Matte Me


Matte Lipstick adalah lipstick jenis kering. Lipstick jenis ini lebih tahan lama . Keunikan  lipstick jenis ini , ia kelihatan eksotik , kemas dan menaikkan seri bagi si pemakai kerana kontur bibir jelas terbentuk dan mengikut garisan bibir tanpa perlu menggunakan pensil bibir. Pengguna lipstick jenis ini juga tidak perlu risau sekiranya makan atau minum kerana ia tidak melekat di cawan / gelas. Tapi awas, lipstick jenis ini , tidak sesuai bagi pemakai yang memiliki bibir jenis kering. 

Liquid Lipstick

The Body Shop - call gerbra 

Liquid lipstick - jenis cecair ada jenis matte dan juga lipgloss. Lipstick jenis ini kini menjadi trend dan mudah dioles ke bibir. Ia juga lebih tahan lama dan tidak perlu di touch up berulang kali. 

Satin Lipstick

Kamelia Cosmetics - Mermaid miracle Satin Lipstick - Arista

Satin Lipstick - Lipstick jenis ini sudah terkandung pelembab di dalam nya. Jadi pengguna tidak lagi memerlukan penggunaan pelembab bibir terlebih dahulu. Bagi pemilik bibir jenis kering sangat sesuai menggunakan lipstick jenis ini tetapi ia berbeza dengan lipstick jenis matte kerana ia perlu dioles berulang kali. 


Moisturizing Lipstick

Elizabeth Arden - Moisturizing lipstick

Moisturizing lipstick juga sangat sesuai untuk bibir yang kering kerana ia mengandungi vitamin E , aloe vera & jojoba oil.

Tidak kira apa juga pilihan citarasa anda terhadap lipstick, pastikan ia bersesuaian dengan anda agar dapat digunakan dengan lebih lama & lebih jimat. Pastikan juga anda tidak alah / allergic terhadap sesuatu jenis lipstick itu sendiri.. Untuk mendapatkan produk lipstick yang pelbagak pilihan  boleh klik di link ini LIPSTICK

Friday, June 19, 2015

Butik Muslimah Online

Assalamualaikum & salam sejahtera untuk semua pembaca.

Butik Muslimah Online | Berita baik buat hijabista yang gemar berfesyen di luar sana apabila fesyen Muslimah semakin berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Malah usaha para penggiat fesyen tempatan akhirnya membuahkan hasil apabila trend fesyen Muslimah semakin mendapat perhatian bukan sahaja oleh pencinta fesyen tempatan tetapi orang luar turut mula memandang tinggi. Bahkan mereka turut mula memberi perhatian ke atas trend pakaian Muslimah yang semakin popular. Apakah sebenarnya yang membuatkan fesyen buat wanita berhijab diterima ramai dan apakah yang menjadi faktor kepada kemunculan trend fesyen Muslimah terkini di Malaysia?

Dalam dunia yang serba moden ini aku lihat corak kehidupan seharian kita telah dipengaruhi oleh teknologi. Perkembangan teknologi yang semakin pesat dan canggih memberi kelebihan buat kita terutamanya pada beberapa aspek yang tertentu.
Contohnya adalah impaknya ke atas aktiviti membeli-belah. Kalau dahulu kita perlu keluar untuk membeli sesuatu. Namun kini keadaan telah berubah sama sekali dek wujudnya sistem teknologi terbaru yang semakin jauh ke hadapan. Penggunaan internet yang cukup meluas telah memberikan lembaran baru untuk dunia fesyen dan perniagaan. Kini kita boleh beli secara online walau dari mana sahaja kita berada. Malah banyak website online shopping Malaysia yang menawarkan pelbagai koleksi fesyen menarik untuk dipilih.


Baju butik Muslimah online seperti Muslimah tops dan baju peplum kurung telah diberikan sentuhan moden oleh pereka-pereka fesyen tempatan. Disebabkan usaha mereka yang berterusan dalam memperkenalkan fesyen dress Muslimah, kini terdapat banyak jenis pilihan stail pakaian Muslimah di pasaran. Baju Muslimah moden terkini ini boleh didapati di banyak butik online di Malaysia.



Produk fesyen Muslimah kedua yang menjadi pilihan aku yang berhijab, sudah semestinya   tudung. Butik fesyen online yang menawarkan koleksi tudung terkini untuk wanita yang meluas sentiasa menjadi pilihan aku untuk shopping di sana! Antara koleksi tudung terkini yang menjadi pilihan kegemaran aku ialah shawl yang boleh digayakan dengan pelbagai cara untuk kelihatan trendy mengikut aliran zaman.