Followers

AFB FEEDS

Tuesday, January 9, 2018

RESEPI SANDWICH TELUR UNTUK BENTO IRINE

Assalamualaikum..  Since Irine sekolah ni aku pon kena rajin..  kalau sebelum ni bangun pon kadang subuh gajah.  tapi Oyin sekolah automatik pukul 5 bangun.   Siap siap untuk buat bekal dia.  Kenapa aku bawakan bekal juga walaupon tadika sediakan makanan? Anak dara yang request.  Hari-hari dia bagi cadangan,  " mommy masak laa spagetti..  mommy bawakkan Oyin roti ea.."  Tapi spesis kebuluq kot anak aku ni..  Pagi aku buat breakfast dia akan jamah.  tapi tak banyak laa.  Air secawan pon tak habis.  Nanti kat sekolah dia akan makan bekal dia.  Makanan yang tadika sediakan pon dia akan makan.  Cikgu dia bagitau aku tergelak..  Sebab Oyin tak nak bekal nasi,  so aku bekal kan makanan simple2 je laa..  janji dia kenyang senang hati.  Salah satu bekal yang senang nak buat roti sandwich telur.  



Resepi sandwich telur 

Penyediaan : 25 minit

Bahan- bahan :
2 biji telur rebus 10-12 minit dah cun. 
Tomato 1/2 biji dibuang biji &  dipotong dadu
2 inci lobak merak di hiris halus.  aku parut je.. 😂
Serbuk lada sulah (aku guna mcd punya..tiap kali delivery mintak and simpan) 
garam sebagai penambah perasa. 
Mayonis / sos
Roti 8-10 keping



Cara-caranya
Telur rebus tadi dilenyek guna garfu.  tapi jangan terlalu hancur. 



  Masukkan mayonis.  aku guna kewpie plastik hijau & kuning.  Mix rata.  Masukkan grated carrot, tomato gaul sebati.  Masukkan juga serbuk lada sulah &  garam. 


Sapukan di atas roti. Lapikkan dengan 1 keping roti lagi.  1 set roti ni boleh jadi 4 biji bentuk tiga segi.  Roti aku tak buang pon tepi roti tu..  sebab Oyin tak suka roti botak.  hahaha. 





Resepi kat atas ni memang dapat banyak jugak. Sesuai laa nak buat pot luck ke picnic ke kan..  Sebab nak buat bekal untuk Oyin je next time buat sebiji telur je dah cukup.  

ok. Selamat mencuba. 

Friday, January 5, 2018

Minggu Pertama Irine Bersekolah

Assalamualaikum..  Moga tak terlewat nak ucapkan selamat tahun baru dan selamat membina azam baru untuk tahun 2018.  Pejam celik tahun ni Irine dah bersekolah gaiss.  dah masuk 5 tahun wey tahun ni  ðŸ˜‚ walaupon baru je umur dia 4 tahun 7 hari.. hahaha..  layan kan je laaa anak2 lahir hujung tahun ni..  


So far so good,  Irine memang teruja nak sekolah.  Seriously hari2 dia tido lambat wey. Memang tak patut laa budak umur dia asyik tidur lambat.  Aku ni kadang dah terlelap..  Dia boleh tunggu pak dia balik kerja.  Kadang pukul 2.30 pagi baru dia tido..  Tapi Alhamdulillah.  Nak kejut dia bangun pagi mudah.  Janji kejut lepas tu mintak dia peluk kita.  haa..  tak jadi laa dia nak merengek2..  Awal2 haritu 6.30 pagi dah bangun.  tapi since aku dah boleh bajet masa nak hantar dia pergi sekolah pukul berapa,  pukul 7.10 baru kejut dia.  Kesian pulak nak kejut awal2.   Tu pon aku pukul 5 dah bangun.  Ambil mood buat breakfast &  bekal untuk dia.  Memang turn 360 darjah laa.. hahaha.. jarang la aku sebelum oyin bersekolah aku buat sarapan pagi buta. Kadang pukul 10 baru buat sarapan.. tehehehehe.. 

Hari Orientasi 31 Disember 2017

Ni je lah waktu mommy boleh tengok dia dalam kelas.  tu pon 2 jam je.  Masuk pukul 8. Taklimat sikit untuk ibu bapa &  pendaftaran bagi pelajar baru yang belum mendaftar. Lepas tu anak-anak dah masuk kelas.  Sampai pukul 10 je..  Budak kelas oyin tak ramai pon cuma ada dalam 17 orang gitu..  Ada 3 kelas termasuk kelas umur 4 tahun dan 6 tahun.  Dalam masa 2 jam tu sesi suai kenal je.  tapi ye lah. tak kenal cikgu2 dia lagi kan.  Oyin cikgu dia panggil nama dia pon dia buat tak tau je haha..  Task haritu cuma mewarna. Not bad laa Oyin dapat siapkan cepat..  Selalu bab mewarna aku yang hilang sabar sebb paling lambat selalunya..  Walaupon 2 jam dia pon happy &  teruja nak pergi sekolah.  Aku risau dia nangis je wey.  





Hari Pertama persekolahan 2 Jan 2018

Aku bangun pagi juga pukul 5..  macam dah automatik pukul 5 sedar siapkan bekal oyin breakfast,  baju and buku buku dia..  Beg berat sebab semua buku belum diberi pada guru.. Pergi awal tapi dapat masuk dalam sekolah sampai pukul 8 je.  Nervous mommy tinggal kan dia 1st time kat sekolah.  Cikgu memang tak kasi parents tunggu..  Sebab tak nak ada bad mood anak2 ni.  Bila sorang bad mood nangis nanti,  akan berjangkit.. So far Oyin okey je.. Memang tak dapat nak tunggu lama pon sebab wafiy pon demam.  lembik je dia.  By the way 2 hari sebelum orientasi Oyin baru je baik demam.  Ni kes wafiy jangkit kat Oyin laa ni.


  

 Oyin masuk class pukul 8 pagi..  dan akan habis pukul 11.30 pagi  Tapi Oyin ambik extra class intensif untuk english uk.  So habis pukul 12.30tgh. Tu pon letih juga nak hantar jenput dia dengan mengadap jem.  ðŸ˜¥ dekat je.  Nak pergi 3-4 minit dah sampai.  tapi nak balik kena uturn mengadap 2 sekolah rendah &  1 sekolah menengah.  Memang jadi lambats laaaaa.. 

Cerita pengalaman di tadika

Bila balik sekolah je,  mommy mesti excited nak tanya dia macam2 apa dia buat kat sekolah.. apa dia belajar kat sekolah..  1st experience kan.  Dia senang je jawab ok je Mommy..  belajar haiwan.  1 hari 1 haiwan dia belajar katanya.  hahaha.  Apa2 lah kakak.  Mommy percayakan sekolah yang ajar oyin mesti ajar yang terbaik.  Lagipon tahun ni masih playschool.  Enjoy your moment.  mommy pon tak nak desak2 oyin belajar beria. 
 

Minggu pertama ni semuanya baik2 je.  Mood nak pergi sekolah,  mood mommy juga nak siapkan bekal untuk dia.  Walaupon kat sekolah cikgu ada sediakan breakfast meals pukul 10 pagi.. Tapi dah dia nak bawak bekal,  layan kam je laa.  tapi jangan bawa nasi..  Sebb hari 1st aku bawakkan bekal nasi goreng dia tak makan pon.. hahahaha. Boleh dia makan bekal dalam kereta waktu nak balik tu. bertuah betul..  

Apa pon oyin,  belajar rajin2..  Mommy kurang penyabar nak homeschooling oyin.  hahahaha..  sebab dia lagi jadi cikgu dari aku..  tu yang malas tu..