Sungguh laa,.. aku mana pandai kelek budak ..lagi2 baby baru beberapa minit lahir..memang lah anak sendiri.. huhu.. nak dukung pon takut.. Nurse pon serah bulat2 kat kita. Nak nangis kot aku rasa handle baby tengah malam buta.
sampaikan nurse panggil aku "ibu kekok" sebab biarkan anak nangis. Padahal aku nak susu kan anak tuu x gheti.. dah nurse ulang alik pergi kat katil aku, ajar susukan anak.. pastu plak orang keliling tengok.. malu!!!
Ni doktor letak dia meniarap macam ni.. Terus lena tidur.. Kalau tak, ngek ngek ngek.. mommy pon tak boleh tidur.. behehehe.. kalau orang tua nampak mcm ni, mesti dia tak kasi.. Lemas katanya. Behehehe. Ni bukan tiarap terus. Senget sikit je.Tapi memang baby lena tidur.
Memang awal2 lepas bersalin, susu sikit sangat. keluar pon setitik 2 titik. Anak aku gelojoh. cari susu macam x jumpe.. sucking pon sampai melecet and luka berdarah.. Kesian Irine sampai kena kuning. setiap 2 jam nak susukan dia kann.. adoii...dah melecet..bertambah melecet..tapi menahan je..anak punya pasal. Tu pon sebab mak aku dah bising, nak bagi dia minum susu fm. coz aku kurang bagi die susu badan.. tak cukup katanya.. sobsss..
Tapi alhamdulillah. Rezeki sampai ke harini Irine masih menyusu badan without i'm taking any supplement! cuma since dia dah makan ni, memang aku standby susu tepung letak kat rumah babysitter. Since Babysitter Irine rajin berjalan. Tahan laa 1 kotak 700gram tu untuk 2 bulan.. hahaha.. okey laa kot. boleh jimat. Aku pon dah kurang aktiviti mengepam. memang kat rumah Irine xde nak hisap2 botol. dia refuse and cuma gigit2 je puting botol tu dah macam teether. behehehe..Tapi kat rumah babysitter, siap berebut dengan anak babysitter.Babysitter bagitau, dia memang susah nk minum susu.. Tapi bila kakak & and abang die minum, die pon sibuk jugak rampas nak minum.. Hahahhaa.. notty much!
Kalau orang tanya, macam mana nak banyakkan susu badan aku cuma amalkan minum air longan kering dengan kurma merah. Tu memang aku amalkan dari zaman berpantang lagi. Jenis aku ni, memang x minum susu. nak makan pil2 supplement tu semua nak kena ikut time. Tak kuasa laa aku.. Kang terlupa.. Kalau minum senang. Anytime.., haa...rebus siap2, simpan dalam peti ais.Lagi pon senang sangat resepi nya. Even senang pon meh aku bagi siap2 resepi :
sebab dah terlampau sedap, bukan aku je minum. Adik aku, mak aku dengan si Gjul pon sibuk jugak nak minum. time berpantang mak aku buat siap2 1 periuk besar. 2-3 hari dah abes.hahhahaa.. Dah laa longan kering tu agak mahal laa jugak. Makan macam tu je pon dah sedap.Aku beli longan kering kat kedai ubat cina. sebab nak cari kat kedai2 biasa , mcm susah je nak jumpa.
Selain tu, aku amalkan minum milo & horlicks. Memang berkesan. Part makan, memang aku tak de pantang. sayur pon tak makan. Ais main sebat je.. Behehehe.. itulah aku cakap. Rezeki untuk Irine. Sampai sekarang, Irine dah 9 bulan , bila die tak menyusu @ aku tak pam , mula lah sakit..bengkak.. mindset, perasaan pon nak kena jaga.. sebab kadang2 boleh drop susu..
Oh ya, lagi 1, selain dari kerap pam, direct feed lagi lah sangat membantu. Ni tips dari my friend yang fully housewife. Tapi boleh jugak untuk ibu bekerja. Kat rumah tu, tak payah laa susu kan anak pakai botol susu. Please direct feed. Tak kisah laa baby mintak banyak kali pon.direct feed sangat membantu demand pengeluaran susu okey. Sambil2 tu, dapat laa bonding dengan anak. Kan best. Lagi2 bila tengah menyusu, tetibe mata bertemu mata..adoii..boleh meleleh air mata.. sayu je rasa..
Tapi sekarang stress jugak. Irine tak nak susu baring. Dah macam macam gaya laa dia pusing. Berdiri laa, tertonggeng laa. hahaha.. Ya Ampun anak dara ni...
For sure.. It's normal baby!!!! Anak korang macam ni tak???
No comments:
Post a Comment