Followers

AFB FEEDS

Showing posts with label all for you irine. Show all posts
Showing posts with label all for you irine. Show all posts

Wednesday, May 27, 2015

Irine kena travel asthma | Travel asthma tu apa ya?


semalam jemput Irine dari rumah babysitter tengok dia ceria sangat.. happy..gurau2 dengan anak BS..ketawa mengekek.. sampai rumah nak masak je dia melalak nak dukung.. lepas tu nafas dia laju dan berbunyi macam brrrr..brrrr.. sebijik bunyi kucing bernapas.. Tak pernah-pernah dia demam sampai macam tu.. Mestilah aku risau.. Aku bagitau Gjul, lepas masak, kita pegi klinik.. Balik klinik kang baru makan.. Walaupon perut aku dah berbunyi cengkerik..

Sampai je klinik pendaftaran macam biasalah..Then masuk dalam bilik doktor.. Check suhu normal.. 35.6 je.. Means takde demam.. Tapi aku bagitau doktor pernafasan Irine.. Terus doktor check dada.. and dia kata memang ada bunyi macam kucing.. sama pulak doktor ni kata, dengan aku fikir.. belakang badan dia check, depan pon dia check.. Aku tak dan lahhh nak ambik gambar bagai.. sebab pikir dia je.. doktor bagitau ada asthma terus macam goyang jugak ah lutut aku.. Aku ngan Gjul takde pulak semput.. Terus direct je aku tanya Gjul "Keturunan abang ada semput ke ?".. dengan jelingan tajam oleh Gjul "Haah...keturunan abang..semua ada semput..grrrrr..".... dah nak gaduh pulak dalam bilik doktor.. Wakakakkaka... main keturunan lagi tuu.. Then doktor suruh bawak Irine untuk ambik nebulizer...

 



Mula-mula pakai dia okey laa.. happy.. dia ingat mainan kot.. sekali dia nampak ada wap keluar dari mulut, terus takut lalu tantrummmm gegak gempita lah klinik tu dengan tangisan dia.. hahhahaha.. tak boleh handle dahh..memang meronta-ronta.. Lagilah dari tadi dia nampak gula-gula lolipop atas meja doktor..gerammm je dia nak grab.. 

Then jumpa balik dengan doktor , terus takde dah bunyi napas kucing.. cuma ada batuk berkahak.. Lega sikit rasa hati.. Well, doktor terangkan lah Irine ada mild asthma @ travel asthma. Asthma ni memang sering berlaku kat budak-budak seusia Irine.. Sebab dia dah start makan.. Kalau dulu masa bayi hanya keluarkan hingus warna jernih.. Tapi sekarang boleh keluar warna hijau (kahak).. Takde lah asthma sangat pon... Travel asthma ni maknanya asthma yang menyinggah kejap je.. pastu dia hilang. Kengkonon, dia pi jalan-jalan, then singgah kejap kat Irine.. lepas neb ke @ dapat cairkan kahak, hilanglah.. gitchewww...  Baru lah aku paham...kelakar betul penerangan doktor nihh..


Balik rumah, lepas dinner, kasi Irine rilex sikit, sebab tu nak makan ubat.. Gigih laaa siap berbedung nak bagi makan ubat.... Geram betul.. Kang jiran-jiran aku ingat kami laki bini dera anak pulak dok melolong macam hape ntah irine....Tapi tadi malam dia memang tido lena.. Nafas pon tak berbunyi sangat.. memang aku kerap terjaga and pantau dia.. Mak mertua aku call pon bagitau, tak payah tido lena sangat.. pantau anak.. risau kot...

Pagi tadi sebelum nak pergi kerja, tengok dia macam dah sihat sikit.. happy-happy..cuma suara serak sebab asyik menjerit menangis je kann.. Tapi kena lah mandikan dia dengan air sejuk.. sebab suhu badan dia naik sikit.. Tapi tak nak mandi sorang lagi.. Dok sebut, nak baby, nak baby... okey lahh.. Pegi mandi dengan baby...




Asalkan dia nak mandi.. masuk besen air dengan rasa excited sebab baby pon mandi sekali.. hahahaha.. Yang aneh aneh ajaa...



And paling happy rasa hati bila benda paling jahat berjaya keluar dari hidung Irine.. EEE!! aku yang tua pon benci gila benda ni kalau demam ... apetah lagi kalau budak kecik.. Terseksa, sebab tak pandai nak keluarkan...  







Naluri Keibuan | Derita adik Aina Mashitah - Majalah 3


Seminggu yang lepas, seorang rakan yang bertugas sebagai seorang jururawat di Hospital Rehablitasi Cheras, ada menghantar 1 video di Whaasap. 1 video yang memaparkan iklan Majalah 3. "Kena tengok tau majalah 3 isnin nanti.. cerita pasal tempat kerja Zati.. ada cerita pasal seorang budak tu..nanti korang tengok eh"... 

Dan malam tadi aku mengikuti cerita majalah 3. Baru start beberapa saat, alunan nyanyian seorang kanak-kanak menyanyikan lagu "Happy birtday mama", terus buat jiwa aku diragut dan dirobek.. Entah kenapa , perasaan sayu menjelma.. Gambaran seorang kanak-kanak perempuan yang comel, manja disertakan juga video kanak2 itu yang kelihatan petah berbicara.



Aina Mashitah Bt Mohd Yunus, 5 tahun sebelum ini seperti anak normal yang lain. Tetapi segalanya berubah pada bulan Januari 2015. Di dalam penjagaan "babysitter" Aina yang baru pulang dari sekolah, selalunya akan ke taman permainan berhampiran rumah nya. entah macam mana dia boleh ke kolam renang, mungkin waktu itu dia hanya ingin bermain air, dan  boleh tergelincir. Hanya disedari beberapa ketika oleh orang ramai dimana dia telah lemas. Orang ramai menghantar Aina ke klinik swasta berhampiran. namun pihak klinik menolak kes Aina. Pengasuh aina menelefon Intan (Ibu aina) dan meminta pengasuh menghantar ke hospital tempat Intan bekerja (hospital swasta di ibu kota). 

Aina ditempatkan di unit rawatan rapi kerana kritikal . Sel otak Aina rosak kerana terputus bekalan oksigen buat jangka masa yang lama dan dalam masa 2 minggu di hospital, dia kerap terkena sawan dan kekejangan. AIna kini ditempatkan di hospital Rehablitasi untuk rawatan fisioterapi. Kedengaran suara aina menangis lagi lah meragut rasa hiba di hati.. Sebagai seorang ibu , tak sanggup rasanya nak membiarkan anak kesakitan....Harapan seorang ibu , tidak mengharapkan anak nya kembali normal , tetapi cukup lah jika mampu laksanakan keperluan diri sendiri dan dapat berdikari.. Doktor pon ada menyatakan Aina berpeluang untuk pulih.. tetapi perlu menjalani rawatan yang banyak.. Semoga Intan dan keluarganya tabah dengan ujian dari Allah... 


Boleh tonton semula di www.tonton.com.my : majalah 3/episod 20

Pagi ini, Irine pulak demam. kejap kejap panas. Dah la dia agak susah nak makan ubat. Nafas pon agak berbunyi.. Nak taknak seawal 6.50 pagi terpaksa mandikan dia.. tapi ye lah.. mesti dia rasa sejuk.. Aku bukan takut apa.. takut lah jugak, kalau suhu terlalu panas, boleh menyebabkan dia terkena sawan ke apa kann.. Puas lah aku pujuk hati, kenapa Allah tak bagi sakit demam kepada aku.. kenapa kat anak aku.. huhuhu..mengeluh pulak.. Tapi memang betul. aku lagi sanggup biar aku yang sakit dari Irine... Dia tau apa? minta hembus hingus pon tak tahu.. kesudahnya terpaksa picit hidung nya bagi hingus && kahak keluar. Kesian anak mommy.. 

Risau juga nak tinggalkan Irine ke babysitter. Mujur sebelum ke tempat kerja, check suhu badan dia 36.8..  tak setinggi awal pagi tadi.. Ubat, termometer , minyak angin dah siap2 bagi ke BS.. If melarat jugak, mintak dia call aku cepat-cepat.. boleh aku bergegas balik rumah.. 


Pagi tadi Irine mandi dengan baby.. Terpaksa lah bogelkan jugak patung dia tu mandi sekali dengan dia.. kalau tak kang melalak.. sebab kena mandi pagi.. huhuhuhu.. Cepat sihat anak mommy!!





Thursday, May 14, 2015

Pau Sedap | Kisah Irine


Irine ni since dia dah pandai masukkan makanan dalam mulut sendiri, bertuah laa kalau aku dapat suap dia.. Dia dah taknak disuap & yakin dapat makan sendiri.. Bagus , memang laa bagus.. nampak macam anak yang dah mula nak berdikari.. Tapi yang tak bagusnya bersepah.. Jangan kan lantai.. Dengan muka-muka penuhhh laa sisa makanan yang dia makan.. Geram jugak kengkadang.. Sekarang pon tak nak dah dia makan bubur.. Kalau nak makan pon sikit, 4-5 sudu, then dia cakap.. DAHHHHHHHHHHHHHHH.. AMBOIII panjang dia punya dah..

Kalau makan nasi pon macam tu jugak.. 4-5 suap dia cakap dah.. So, sebagai seorang ibu rasa tak syok je tengok anak susah makan.. memilih tu satu hal.. Cuba laa kalau offer aiskrim ke jajan ke..amboi laju kemain. Tapi tu laa kann.. Jajan tak elok.. & aku memang tak pernah bagi Irine makan jajan-jajan ni kecuali biskut & roti.. 

Semalam kali ke-2 aku belikan pau untuk Irine.. Sebab tempoh hari ada laa beli pau sebijik.. untuk aku makan.. Bagi dia rasa sikit..amboii separuh jugak dia makan.. Beli kat Petron Mrr2 klang Valley.. RM1.50 je sebijik.. Memang sedap ah.. Kat KL ni agak susah kot nak cari pau.. Kedai makan cina banyak lah.. 

Sementara tunggu ayah sampai..kite makan dalam kereta duluu.. 


Rampas sebijik terus dari mommy.. eee...




Tak kisah laa nak.. Janji anak mommy ada selera nak makan.. kan.. 



Wednesday, May 13, 2015

Bila anak dah pandai meminta | Kisah Irine


Dalam handphone aku ni memang penuh laa video & gambar-gambar Irine je.. Ye lah..anak baru sorang.. teruja lah jugak tengok perkembangan dia.. anak 7-8 orang nanti tak tau lah terlayan ke tak nak buat camtu.. Ahaks.. So, boleh dikatakan aku ni rajin laa jugak scroll gambar-gambar lama Irine, then tanya kat dia.. Contoh nya gambar dia masa baby.. 

* Irine.. ni gambar Irine masa baby tauuuu..mommy geramm jerkk* | Irine: Bolayan.. tengok kuku sendiri..... 

*Irine.. Ciummm baby ..comel baby.. * Baru lah dia nak datang cium screen henpon.. Psiko sikit baru nak layan mommy cakap.. huh.. bukan nya dia tauu tu dia.. dia tau baby jerrkk..


"Irine.. tengok ni.. ada cat...." automatik dia cium screen henpon then sebut. "Nyiaaawww"....


*Irine... ni siapa??*  automatik dia bangun kedek-kedek masuk bilik sebut papa..papa.. pastuu keluar tunjuk tangan takde... hahaha.. ayah pergi workkk.. 

Then.. aku tunjuk pulak gambar ni...

*Irine... best nyaaaa..nanti kita pergi taman lagi ea.. nak tak ?? "Tahu dia jawab apa???

"Belik... Belikkkk.. " dia tunjuk motor jual aiskrim tuuu nak beli aiskrim.. hahahahaha.. 
 * Facepalm *




okey.. Tu jekkk.. Wekkk cikedd...





Friday, May 8, 2015

Tak nak dah pangku Irine!!!!



Ni rentetan kes kemalangan di highway DUKE yang melibatkan sepasang suami isteri dan seorang bayi juga kes yang berlaku semalam seorang ibu juga anak yang berusia 7 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat tercampak keluar. Ibu dia masih hidup lagi rasanya.. Sadis & tragik kan?? Tipu ah kalau kata tak sedihh.. Rasa menyesal gila babeng ahh kalau apa-apa jadi kat anak sebab kesilapan kita sendiri..Pada aku kalau dah tercampak keluar dari kenderaan, memang tak pakai seat belt & duduk di car seat..  KOTT!



Aku rasa lepas ni no more lah Irine duduk berpangku dengan aku waktu Gjul driving. meh laa mommy bersama anak nya duduk dibelakang macam bossy, asalkan Irine nak duduk kat car seat.. aku rasa seriau pulak.. Tapi tu laa.. kalau duduk sebelah tempat pemandu, aku ada lah chance pegang pegang ramas ramas tangan Gjul. Duduk belakang mana boleh?? Kah!! gataiiinyaaa.. 

Irine kalau aku yang driving behave je dia dok kat carseat sebelah.. Tapi kalau ada orang lain, adik aku ke, kawan aku ke, meronta-ronta dia nak keluar car seat.. mengada betul.. Rasa nak sepukkk je.. Haipppp...Tapi dia memang gituu..aku biar je dia melalakkk.. asalkan dia duduk dalam car seat.. Segan jugak kadang2 kalau ada kawan tumpang ke kan.. Tapi nak buat camna.. dari dia duduk kat kita while driving?? Aku tak berani... 


Nampak tak dia punya impakkk.,. Adeh..ngeri pulak aku dok bayangkan..Dah lah kereta aku xde airbag kannn... terpeoot Irine nanti kena hempap ngan aku yang badan manusia bersaiz badak... 

Sekarang ni pon Irine masih pakai carseat yang basic . dari info dari seller,  car seat tu boleh laa pakai sampai umur 2 tahun.. Tapi rasanya nak tukar laa.. Kesian dia kaki terjulur keluar.. Nampak selesa sebab dia lena je tido.. Tapi tu laa nak bagi lebih selesa and dia rasa macam duduk kat Cleopatra sofa gituuhhh..hover mak ko ni Irine.. 

t

Dari pembacaan aku boleh laa aku nak rumus kan beberapa perkara tentang penting nya penggunaan baby / child car seat.Tak kira lah jarak dekat atau jauh memang kena letak jugak anak dalam car seat. Sebab kita pon tak boleh nak baca apa risiko yang akan berlaku di kemudian hari. 

Pemasangan baby/child car seat
1. Baca dulu manual book sebelum nak bantai pasang kat kerusi kereta. Lagi bagus sebelum buat pembayaran/pembelian tu, tanya dulu dengan seller sales assistant. Tapi kadang diorang pon buat buat tahu.. hahaha..Tapi tu laa ..penting nya bertanya. Sebab kita pon boleh tengok diorang ni jawab dengan was-was atau pon tak..agak2 macam tak pandai nak jawab je, something wrong somewhere laa ea..boleh pegi ke next kedai.. hehehe

2. Kalau kereta tu ada air bag, elakkan lah pasang car seat tu berdepan ya.. sebab bila berlaku kemalangan , impak tekanan air bag tu memang kuat.. Pastu kalau boleh laraskan kerusi ke belakang paling jauh dari dashboard kalau nak pasang car seat di depan (sebelah tempat pemandu).Sebab ini dapat mengurangkan risiko hentakan di kepala dan dada anak kita nanti.. 

3. Ambil masa sikit lah sewaktu nak letak anak dalam car seat. Make sure , seat belt terpasang sempurna d, tiada kelonggaran and lebih terjamin selamat. buckle pon kena pakai kemas-kemas. Sebab pernah sekali la terjadi kat Irine, buckle aku tak pasang kemas.. Tengah driving kat MRR2, dia boleh bolos dan keluar dari car seat and trying to stand! ko ghase? Terjerit-jerit aku dalam kereta. Nak berhenti kat tepi nama pon highway kann.. fuhh!! deborr gila rasa hati.. 

4. Kalau budak tu dah besar, and takde ruang nak letak car seat banyak ,ajar lah anak duduk elok2 dalam kereta.. Jangan gaduh2 dengan adik beradik yang lain, and wajib pakai seatbelt. Kira bagus laa kereta zaman sekarang kat seat belakang pon dah ada seat belt. Kereta dulu-dulu banyak yang takde.. Teringat pulak dulu kerajaan ada mewajibkan penumpang belakang pon memakan seatbelt. Kalau tak kena saman.. Tapi ye lah, rakyat kita ni hal macam tu memang ambik remeh je. 

Kedudukan car seat

- Sebenarnya lebih selamat kalau car seat letak kat belakang. Tapi ye lah..mak pak ni kalau boleh nak nampak anak2 depan mata.. kang kalau drive sengsorang, dah ngok ngek ngok ngek pulak anak kat belakang entah buat apa. Tapi kena ingatlah kalau driving tapi dalam waktu yang sama sibuk nak jaga anak, memang akan rasa sedikit terganggu kan? Kalau ada anak-anak yang memang tak sihat atau perlukan pemantauan, adalah lebih baik ada yang tukang handle. Seperti yang dinyatakan tadi kalau ada airbag yang aktif, make sure lah hadapkan car seat tu mengadap ke belakang.. 


kalau takde airbag, boleh je nak letak mengadap depan.. tapi tu laa risiko cermin kereta pecah ke, and terhantuk kat dashboard..huhu..risau pulak rasanya..Make sure kerusi kereta tu kita laraskan paling jauh dari dashboard. 
Lagi satu lah nak diingatkan, if anak2 duduk dalam kereta jangan lah bagi gadget ke hapa kononnya nak melalaikan diorang. Tau je lah Malaysia kan macam2 peel manusia.. Kang tak semena kita tengah khusyuuk memandu.. anak kat sebelah dok khusyuk jugak layan gadget... sedangkan ada yang memerhati dari luar. peragut @ perompak misalnya.. waktu kite berhenti di traffic light atau sesak kat jalan, tak mustahil diorang boleh pecahkan cermin kereta and dapatkan tab @ telepon tu.. Kalau ambil je tak pe lah,ni tak memasal anak pon cedera.. nak jawab macam mana tu?


Nak bagi anak rajin pakai seatbelt @ carseat senang je.. Kita pon kena lah tunjuk teladan yang baik..Tak gitu? ni paksa anak kemain.. Nyawa diri sendiri pon tak sayang.. Hiii!!! 

ADIOS MIGOS!
















Thursday, April 16, 2015

"Milk Booster" Dengan Momma [PRODUCT REVIEW]


Percaya atau tidak Irine dah berusia setahun 3 bulan dan masih menyusu badan. Bangga ke tidak? Opcoz lah nak membangga.. nak riak pon boleh.. maksud aku , bila Irine masih breastfeed, bermakna Irine masih nak melekat dengan mommy dia ni..tehehehe..Sebenarnya Irine dah tak fully breastfeed sebab dia tolak EBM.. tsk tsk tsk.. Dia dah pandai sebut Eeee...EEee... bila sesuatu yang menggelikan.. Lagi lah susu EBM.. Sebab macam bergrease/ berminyak kann... Dia tak nak.. Kalau nak pon yang betul betul fresh baru pam tuu.. waaa!!!Terpaksa lah mommy bagi susu FM.. Tu pon kat rumah babysitter je.. Kalau kat rumah masih fully directfeed sebab dia langsung tak nak membotol.. Hahh..gitcheww pe'el anak dara aku sorang ni..

Breastfeeding mengeratkan hubungan ibu dan anak


Sebab aku pon dah jarang pam susu kan.. Penghasilan susu makin merudum.. Tapi kena cari alternatif jugak nak susukan Irine sehingga 2 tahun insyaa Allah.. Macam mana nak banyakkan & pekatkan susu badan ??

Alhamdulillah diperkenalkan dengan produk MOMMA susu kambing yang berkhasiat untuk ibu mengandung & ibu menyusu. Kalau nak tahu, aku bukan lah peminum susu ya.. Lagi-lagi susu kambing sebab bau dia agak hamis. Kalau susu, cuma minum susu berperisa je..  Mula-mula aku agak was was jugak nak minum momma.. Alamak susu kambing ke?.. Tapi paksa jugak try nak tengok keberkesanan nya kann.. .. Mak aiii.. Sedap nya.. Lagilah berperisa coklat.. Memang pekat sepekatnya rasa coklat. Lagi sekali kagum bila semalam menyusukan Irine, dia lepas je nenen, susu menitik nitik kat Seluar... Allah..!! syukur.. lama dah tak merasa perasaan seronok macam tu (perasaan ibu menyusukan anak).. Padahal baru je 2x minum.. Kagum japp.

Mengandungi DHA.. Bagus untuk otak ye..Tinggi kalsium juga... 

tak de butiran gula dalam MOMMA.. Rendah lemak.

Sedikit maklumat tentang MOMMA :
- Momma adalah produk susu bernutrisi yang dapat membantu ibu mengandung dan menyusu untuk kekal sihat dan cergas disamping dapat membekalkan nutrisi yang lengkap buat anak dalam kandungan @ anak yang disusui. Disamping itu sebagai milk booster.

- Tidak seperti produk lain yang berada di pasaran, MOMMA adalah susu kesihatan & kecantikan 4 dalam 1 + milkbooster yang PERTAMA di Malaysia yang merangkumi 4 aspek penting bagi setiap wanita yang bergelar isteri & ibu:-

1). CANTIK : Membantu menghalus , melicinkan dan mencantikkan kulit ibu dan bayi.
2). SIHAT : Membantu memberi kesihatan yang baik dan merawat stress.
3). BERTENAGA : Membantu memberi tenaga segera buat ibu-ibu yang sering keletihan.
4). BIJAK : Mengandungi EPA & DHA yang dapat membantu meningkatkan perkembangan otak bayi.

Diperbuat daripada Formulasi RAHSIA dan TERKINI daripada campuran 12 bahan semulajadi termasuk bahan-bahan sunnah yang berfungsi membekalkan nutrisi yang lengkap bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi, Antara bahan tersebut adalah :
- Zaitun, kismis, OMEGA 3, Delima, Buah tin, Habatus Sauda, Susu kambing, Kurma, madu, Safron , Inulin (Prebiotic) dan coklat.

   
                 


Sudah tentu MOMMA adalah Halal (JAKIM) dan lulus KKM.

KELEBIHAN MOMMA
- Meningkatkan kuantiti susu ibu (milk booster)
- Memekatkan susu ibu (Bayi lebih kenyang dan tidur lena)
- Memberi tenaga kepada ibu,
- Baik untuk perkembangan otak bayi.
- Meningkatkan kesihatan ibu dan mengurangkan stress.
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Kaya dengan vitamin berguna untuk menjaga elastisitasi kulit.
- Mengatasi masalah rambut gugur dan gatal kulit kepala.
- Melawaskan pembu8angan air besar.
- Agen pencegah kanser
- Menguatkan otot rahim dan memudahkan bersalin
- Mempercepatkan penyembuhan luka.
- Membantu pembakaran lemak, dengan meningkatkan kadar metabolisma badan.
- Membantu mengawal nafsu makan.

MOMMA SESUAI UNTUK :
1) Wanita yang merancang untuk hamil.
2) Ibu hamil yang mahukan terbaik untuk si anak dalam kandungan.
3) Ibu yang menyusukan anak.

                                      
Selain tu boleh jugak pakai shaker ye.. shake shake je... 
Cara minum MOMMA sebagai milk booster : 3 hari pertama  minum 1x Sehari. Tingkatkan sebanyak 2x sehari sekiranya perlu.. Aku take waktu sarapan pagi . Semalam tak lunch pon tak rasa apa-apa..  dan sebelum tido.. Memang mengenyangkan dan boleh tidur lena.. 



                               


                   

                                                        MOMMA  
Boleh tengok kat page MOMMA untuk mengetahui keterangan lebih lanjut & testimoni. BTW, harga MOMMA takde surcharge GST tauu (sehingga dibagitau)!!! berbaloiii baloii sangat nak dibandingkan dengan hasil & kebaikan yang kita perolehi nanti.. Cuma RM70.00 sahaja.. 

FACEBOOK : www.facebook.com/momma.nutrition
WEBSITE : SHOP MOMMA NUTRITION



Untuk pembelian : SMS KOD "MOMMA" ke  012-4746962. Staff mereka boleh guiding.. Dah laa peramah.. Baik hati pulak tuu.. =)










Tuesday, April 14, 2015

Irine Demam lagi


Berat rasa hati nak pergi kerja pagi tadi. Bila anak demam ni segala galanya malas. Dengan kurang tidurnya.. Sebab irine batuk-batuk.. 2 kali dia cuba nak muntah.. tapi perut dah kosong agak nya.. Tak de lah keluar isi perut.. Malam tadi rasa juga suhu badan dia.. Suam suam.. tak terlalu panas.. Maybe irine masa baby kerap demam, boleh dikatakan cukup bulan je demam.. So, aku macam dah biasa nak menghadapi situasi tu...


Tapi, syukur alhamdulillah.. Dengan keadaan dia tak selesa, selsema, batuk, nenen tetap macam biasa.. Tak menolak, malah mencari & menyelak teruihhh.. hahahaa.. Cuma makan dia kurang. mana nak makan suap dahh.. eksyen nak makan sendiri.. Lepastuu dia punya sepah bukan kat lantai je..kat dinding sekali..nahhh...

Actually boleh kira lama jugak laa Irine tak demam.. almost 3 months.. Last dia demam masa sambut birthday dia tahun lepas .Ni demam nak ape pulak ntah..harap anak mommy cepat sembuh ye shayang.. 

Throwback : Irine Turns 1


Datang angin merajuk ke hape ntah..tak nak tidur baring.. nak tidur berdiri macam ni... dah tergolek pon gigih bangun nak tidur berdiri jugak.. hahahaha....

Sikit ucapan dari Irine untuk tatapan semua... 
(Video tanpa pengawasan mommy & ayah)

Saturday, April 4, 2015

Cuai Jaga Anak


Dari semalam viral video anak jatuh tangga eskalator di Kenanga Wholesale City. Bukan sahaja di Facebook, bahkan penyebaran video ke whassap jugak. Percaya atau tidak, aku tak sanggup nak tekan butang play..,Hanya tengok mampu tengok bila si ibu ralit bermain talefon, dan 2 anak nya bermain di eskalator. Allah.. Nak tengok anak itu jatuh, aku tak sanggup.. Baca komen2 di FB je sudah merentap jiwa aku seorang ibu . cukuplah.. Aku takut.. Takut kecuaian macam mana yang akan aku lakukan terhadap anak aku nanti. Bukan aku tak pernah cuai.. Banyak kali.. Sebab tu aku tak berani nak mengutuk , mengeji orang lain.. Sebab diri sendiri pon tak perfect nak jaga anak sendiri.. 

 Mesti ibu anak itu, menyesal entah macam mana.. Anak kot!!! Jangan kata dia tak sayang anak dia.. Kalau tak sayang takde besar nya budak tuu.. Lahir2 je dah dibuang ke sungai.. Siapa kita nak menghukum / mempertikai kasih sayang ibu dan anak itu.. Kita pon tak sedar bila mana kita terleka.. Takde ibu yang inginkan kejadian macam tu berlaku dengan penuh tragis dan kesalan.. Tapi tu lah.. Malang tak berbau.. Memang kesalahan ibu tu jugak.. Boleh kot dok pi main henpon kat tepi ka, @ dok pegi tempat minum ke kann.. Mungkin dia yakin, anak dia yang berusia 6 tahun sudah boleh bergerak sendiri.. 

Hal ini berlaku kat aku jugak Ahad lepas. Sebenarnya ada je entry dalam draft.. tak publish.. Ada pulak kisah viral ni kan.. memang jadi iktibar betul kat aku.. Kes cuai.Boleh kategori Cuai sangat. Aku admit tu kesalahan kami laki bini.. Aku tak salah kan Gjul semata mata.. Aku pon rasa bersalah teramaatttt sangat... Boleh gila kot apa-apa jadi kat Irine.

Hari Ahad lepas, balik je dari tengok wayang macam biasalah.. masuk rumah .. Tapi ada yang mengikut. Kucing liar memang selalu datang rumah.. Even weolss tak membela kucing, makanan kucing mesti ada dalam rumah.. Sebab banyak kucing datang menyinggah kerumah..sampai dah tau laa , kitorang naik tangga rumah je dia datang ikut sampai ke depan pintu.. Lepas bagi makan kat luar, pintu pagar masih terbuka . Aku perasan Irine main dengan kucing, terus aku pergi ke dapur nak letak barang dapur. Tapi entah macam mana Gjul yang kat dapur dulu dok jerit dia kata ada tikus.. Ralit sangan dengan tikus.. Tetibe aku tertoleh pintu pagar.. Lapang. Irine takde!!!! aku tak depikir laa nak cari dia dalam bilik ke hape.. Terus lari pergi ke tangga.. Tingkat 2 takde.. Ya Allah!!!! memang laju lompat 3-4 anak tangga terus.. Dah sampai tingkat 1 rupanya budak ni.. ... aku punya jantung rasa nak pecahhhh.. oksigen macam sedut tak sedut je.. Irine kat tangga.. Seronok dia menuruni anak anak tangga.. =( Kepala otak aku tak pikir apa dahhh.. takut dia melalui lobang lobang pemegang tangga tu je.. Serik..Cukup serik.. sungguh laa orang cakap, sekali kena baru nak beringat..Bayangkan lah, rumah aku tingkat 3.. dia yang usia setahun 3 bulan, turun tangga sampai ke tingkat bawah (1)... Tak pernah pernah kot.. 


Tangga rumah aku.. bawah tu tempat Irine ditemui.. Rumah aku atas lagi.. 


Kat rumah babysitter pon aku dah bagitau kat BS make sure pagar mangga.. Sebab dia dah pandai angkat engsel mangga tu.. Haritu dah sekali dia bukak pagar..Keluar ke tengah jalan.. Ingatkan saje je BS buat cerita. Yesss.. Depan depan aku sendiri , dia pi bukak pintu pagar yang tak bermangga tuu.. Allah Irine.. Risau nya mommy.. 

Lepasni memang mommy perketatkan lah pergerakan dia.. Termasuklah :

Car seat : Irine melalak macam mana sekalipon, kena duduk dalam carseat.


Ergonomic Carrier : Mommy sanggup dukung awak , walaupon sekarang dah seberat 10.7kg (lebih sikit 1 kampit beras)... dari biarkan awak berlari berkeliaran.. Nak harness awak tak sampai hati.. Biarlah orang nak kata anak tak bebas laa , tak independent laa, tak nampak pemandangan,  tersepit ke hape.. i know the right thing i'm doing.. dia lebih selamat dalam gendonganku.. tehehehe.. 

Me use Onya and i love it.. 

Seboleh nya kita cuba lah untuk tidak menjadi lalai dan alpa.. aku akan cuba sebaik mungkin.. Lagipun dia tengah lasak sekarang ni.. Jalan pon belum tegak, tapi sakan nak berlari.. (baru dapat kaki orang kata..) Mommy love u Irine.. Please jangan buat mommy risau ye.. 


Wednesday, March 25, 2015

Kecenderungan bila menjadi mak mak



since dah jadi mak mak ni, kecenderungan untuk memenuhi kehendak sendiri dah agak terbatas. Teringin... Tapi pikir ada lagi yang lebih penting.. Bagi parents yang hidup dalam kesederhanaan macam aku, mungkin akan rasa perkara yang sama. Dulu bujang bujang, boleh lagi nak belanja kasut scholl ke clarks sebulan sekali.. Dah jadi mak ni, pakai kasut beli kat kedai biasa pon dah syukur. Lagipon, memang dah tak teruja langsung bila dapat gaji nak menshopping untuk diri.. Ada laa beli baju sehelai, tudung sehelai.. Ayahnya lagi lah x beli apa apa.. Semua memang untuk anak & keperluan rumah je..

Sale? hanya mampu tengok wallet macam dah kupas bawang.. mata pedih berair air.. Chehh.. Drama laa pulak.. Tapi kalau ada sale pampers ke, barang bayi ke ..pergh..dia punya teruja siap sebarkan kan kawan kawan.. whassaap wechat bagai.. kah!

Lagi lah nak GST ni kan.. Takut pulak barang barang naik harga. bukan naik sikit. 6% dari harga produk & services tu!!! Jadi kalau ada barang yang murah2 tak salah kot nak share.. Buat apa nak simpan sorang.. Bukannye ko nak beli semua.. 

Last saturday sementara nak tunggu wayang mula, dok jalan jalan dalam Galaxy Ampang. Adalah market UO.. kalau dulu kat Johor kami panggil Uda Ocean.. Sesaje tengok harga barang kann.. Pergi tempat barang bayi. Makkk aii.. Diapers diapers kat situ murah kot!!!

Apa lagi.. Terus whassap kawan & sharing gambar. Hehehe.. Kalau dapat gaji sebelum GST dapat lah memborong kann..


Selalu aku beli ni kat baby expo pon dekat RM12.. kat kedai lain pon sama.. Ni dia punya harga biasa RM8.70?? hhahaha...



Feveret diapers untuk Irine.. Susah nak dapat diapex Wonder pants!! murah gilaaakkkk.. berjaya merembat .. hahahaha

Mamy Poko pon murah gilaaaa... kat tesco dekat harga 50 lebih okey.. tengok laa kalau ada promosi pon 40++.. gilerr ke tidak kalau tak menyambar??? Kat belakang tuu Drypers Wee Wee Dry.. lupa pulak nak shoot gambar.. sebab tak pernah membeli.. Tapi nampak kot harga RM32.90. Yang agak mahal jenama pet pet.. RM35+ tak silap....

Promosi ni sampai 31 MAC ni saje.. lepas ni tak tau lah kembali ke harga biasa yang mention kat bawah harga tu ke atau ditambah 6%.. Fuhhh.. lega dennn.. tengok laa next week boleh laa aku sambar sebungkus 2 lagi kan.. Rugi tak memborong.. Tak payah sesak sesak nak pergi Mid Valley baby expo hujung minggu ni.. tehehehe..

Pada aku dah murah laa kot ... Tak tau laah korang.. Sebab aku memang tak pernah beli pampers kat Tesco / Giant / Aeon big. Aku beli pampers anak kat Speedmart  / baby expo je..Kalau baby expo, beli 5-6 bungkus terus sebab murah.. Harga kat mall tu buat aku tercekik.. Ke memang tiap kali aku ushar harga memang mahal???


Salah 1 contoh cara aku menshopping pampers anak.. hehehe.. Perasaan macam beli Pandora okey..








Saturday, March 21, 2015

demam di usia senja


2-3 hari lepas, Gjul demam.. so dia memang tak nak dekat dekat laa dengan aku sangat.. Sebab  takut terjangkit. Almaklum lah.. Irine menyusu badan.. KAng dengan anak sekali terjangkit sama. 

Tapi apa nak buat. Nama pon duduk serumah.. Dah laa darah weolss sama.. Darah jenis AB+ .. Hahaha.. lagi laa kannn cepat terjangkit.. Tak sangka pulak darah boleh sama.. Ceh.. Jodoh kuat.. hahahaha..(sekilas).. Amboiii.. nak sekilas sekilas bagai.. MEmentang akak Sekilas tu tengah viral sekarang khennn,..

Tapi lain lah rasa bila demam ni. Dulu masa remaja, demam demam pon gigih laaa nak gerak sana sini.. Sekarang? Adoii.. demam sampai sakit sakit badan.. Dengan selsemanya.. Tersiksa jiwa .. Teruk sangat demam nya.. PAdahal baru macam nak demam.. Belum lagi kang batuk....Cheh.. Drama sangat ko ni Yoorin oii.. 

Nak nak makan ubat pon susah.. Time betul-betul tak tahan je baru nak makan.. Kesudah nya, memang bantai air 100 + sebotol. Bagi lega sikit.. Lepastuuu pakai ni... 

Nasal spray
Sebenarnya, yang ni untuk kegunaan Irine bila selsema. Almaklum lah, budak kecik macam tu mana lah pandai nak hembus mucus mucus yang tersumbat dalam hidung. Entah ditelan agak nya.. So, bila guna ni, kita spray je dalam hidung, memang meleleh laa dia punya hingus tuu keluar.. Harga dalam RM18++ tak silap.. Ke 20 lebihh.. tak ingatlah.. Sebab Irine ni dia dah tau, kalau nampak mommy pegang botol ni, pandai dia elak.. Nak tak nak spray waktu dia tidur la.. 



Ada je untuk dewasa punya. Tapi yang ni pon boleh je guna. Lagipon banyak lagi kann.. Puas hati laa .. Sebab lega sikit hidung dari tersumbat.. Bantai je lah.. Sharing is caring.. hehehe.. 


P/s: Bertabahlaa..jangat merungut waktu kita sakit.. Allah tarik nikmat sihat sebagai penghapus dosa kecil..