Suntikan Vitamin C
Sekarang ni banyak dah produk-produk kecantikan yang express membawa maksud produk untuk mendapatkan kesan secara cepat. Kalau tengok kat instagram, dah bermacam-macam produk suntikan yang dijual berleluasa. Kalau dulu aku pon ada ambil tahu jugak berkenaan produk tersebut. Agak terkejut, kalau dulu agak mahal . Sekotak berharga semurah RM400, tetapi kini boleh didapati dengan harga RM100 sekotak!! tidak kan jauh perbezaan harga tersebut? Dari situ kita pon akan berasa curiga, samada produk tersebut adalah asli atau tiruan.
Akhbar harian metro 28/06/2015
Aku ni was-was la jugak, sebab ramai je yang main beli nak putih cepat katanya.. ye lah.. Kau tak tau kondisi tubuh kau, boleh terima atau tidak vitamin C tersebut, then main cucuk je.. Entah yang tukang cucuk tu terlatih atau tidak.. Lain laa berjumpa dengan doktor aesthetic terlebih dahulu..
Contoh
Lagipon kita tak pasti , samada kandungan dalam suntikan vitamin C tu adalah dari sumber semulajadi atau tidak. Setuju dengan keterangan diatas yang mengatakan ;
Suntikan Vitamin C, bukan bahan semulajadi
" Ramai dalam kalangan pengguna berpendapat, suntikan vitamin C adalah semulajadi dan jika diambil berlebihan, ia tidak akan membahayakan kerana ia larut dalam air lalu dibuang oleh buah pinggang sebagai air kencing. Namun, hakikatnya tidak semudah yang dperkatajan, malah konsep itu disalahgunakan. Memang benar, vitamin C adalah semulajadi jika diambil dari sumber semulajadi dan dimakan terus dalam bentuk asal. Namun, apabila ia diubah bentuk menjadi tablet atau sediaan suntikan, ia tidak lagi boleh dikategorikan sebagai bahan semulajadi. Tiada bahan semulajadi boleh terus disuntik ke dalam badan manusia tanpa perlu melalui proses kimia terlebih dahulu".
Huh.. Ngeri aku baca. Buat masa ni aku hanya makan vitamin C Blackmores yang dibeli di Farmasi sahaja. Tu pon dah lama jugak habis, tak terbeli lagi.. Selebihnya aku makan buah.. tu pon jarang jugak.. Kalau rasa nak beli buah, dapat laa makan... At this time, aku rasa, memang nak beli je laa kot buah.. Baru laa semulajadi kan..
Bagi yang mengamalkan tak kira lah vitamin apa pon, seharusnya banyakkan minum air putih sekurangnya 6-8 gelas sehari.. Untuk mengambil suntikan tu, dulu ada lah berangan jugak, tapi aku ni takut pulak bila kena cucuk-cucuk ni.. Takpelah.. bangga jugak kulit macam ni.. tehehehee..
bagus info ni !
ReplyDeleteSaya pun seriau bab cucuk2 ni :)
ReplyDeletebetul tu, makan vitamin kena minum air putih byk.
ReplyDeleteif not, bak kata member yg jual shaklee, tak brape menjadik vitamin tu.
aida pun takut nak dicucuk.
time pregnant aje la kena cucuk.
time lain, aida elakkan :)
Huhuhu tak berangan laaa nk main cucuk2 ni..
ReplyDeleteSaya suka vitamin C tapi saya ambil sustained release. Sebab dia akan lepas kan mengikut jam. Lagi pun vitamin C yang berlebihan akan di keluarkan melalui air kencing. Air masak memang perlu banyak minum utk pemprosesan
ReplyDeleteSaya suka vitamin C tapi saya ambil sustained release. Sebab dia akan lepas kan mengikut jam. Lagi pun vitamin C yang berlebihan akan di keluarkan melalui air kencing. Air masak memang perlu banyak minum utk pemprosesan
ReplyDelete