Followers

AFB FEEDS

Saturday, June 13, 2015

Gegaran Kali ke-2

PRAY FOR SABAH


Since Irine demam panas ni, memang seharian laa tak berapa nak pegang henpon sangat. 100% fokus ke dia.. Tido pon tak berapa nak lena.. kejap-kejap terbangun sebab nak tengok keadaan dia.. Bila baru nak lelap, Gjul pulak bangun sebok nak tengok anak dia, dengan 1 katil sekali gegar bila dia bangun.. huh..Apa lagi.. Terjaga jugak laa aku.. pastu terus tak boleh tido.. Lalu gunakan peluang nak capai henpon.. Tapi sapa je lah yang online pagi-pagi ni kan..

Tertacap 1 status seorang sahabat yang mengatakan ;



Sahabat aku ni berada di KK.. Sedangkan gempa kuat berskala 5.2 ritcher di Ranau Sabah.. agak jauh juga dari Ranau ke Kota Kinabalu..lebih kurang 100km jauhnya...  Itu pon sudah dapat rasa.. 


bila aku check di Google.. Rupanya, bukan sahaja di Sabah mengalami gegaran.. Tapi banyak juga tempat yang mengalami gegaran seperti di Indonesia,Nepal, Jepun , greece, dan banyak tempat lagi.. 



#KEKALTABAHSABAH

Katanya, sedang lena tidur, tetibe katil seperti berayun. Teringat sewaktu zaman belajar dulu.. Belaku gempa di Indonesia. Waktu petang.. Main game di laptop dengan kawan2 sebilik.. Main game sampai nak tertido.. tetibe rasa macam rumah ni senget ke hapa.. ke kepala aku pening.. Pastu terus duduk.. kawan aku pon bangun & duduk.. rupanya dia pon rasa yang sama.. Terus berlari ke ruang tamu rumah.. Tengok2 kipas syiling dah bergoyang-goyang. Allah.. jerit 1 rumah, terus turun ke bawah rumah, tak hingat apa dah.. sehelai sepinggang.. rupanya ramai orang dah berkumpul di bawah.. tu gegaran kecil.. Kalau yang kuat seperti di sabah ni, tak dapat bayang la apa perasaan mereka.. 

semoga mereka tabah dan sama-sama kita doakan kesejahteraan Sabah.. Nak elak pon tak tau la nak elak macam mana kan.. Sebab ini kejadian alam.. Hanya Allah yang maha mengetahui.. 




2 comments: