Bekam
Semalam adik aku whassap & bagitau mak buat bekam. Orang tu datang ke rumah untuk buat rawatan. Sebenarnya mak aku memang dah tak berapa sihat sangat. Lagi-lagi bila berjalan. Sakit lutut katanya. Bila check dengan doktor katanya gris di lutut dah habis. Tapi bila buat rawatan tradisional @ kampung, macam-macam laa pulak. Ada yang menggangu la dan sebagainya. And yang terbaru mak buat rawatan bekam. Errr.. Boleh ke berbekam di bulan puasa ni?
Apakah itu Bekam?
Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk umat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.
Sabda Rasulullah SAW ;
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (berbekam)"( "Riwayat Ahamd dan Tabrani dari Samurah r.a.)
Di dalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair RA, dari Ibnu 'Abbas RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda; "Kesembuhan ada tiga perkara; minum madu, berbekam dan bakaran api (Al- Khayy). Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api".
Boleh ke berbekam sewaktu berpuasa?
Mengikut mazhab Hambali - Batal
Mengikut mazhab Maliki & Syafie - Makruh sahaja. Tetapi tidak batal di bulan ramadhan
Mengikut mazhab Hanafi - tidak makruh dan tidak batal
Disebabkan kita mengikut mazhab syafie maka hukumnya makruh dan tidak batal puasa .Yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya 'yang keluar' dari tubuh. Rasulullah sendiri berbekam ketika baginda berpuasa. (Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain juga tidak batal).
apakah kebaikan berbekam?
- Membantu menghilangkan pening dan migrain.
- Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
- Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam,Membantu memulihkan ketegangan urat leher,belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
- Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
- Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat
- Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
- Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur
- Membuang darah bertoksik.
- Membuang segala gangguan makhluk halus.
Syarat untuk melakukan bekam
Tak semua orang boleh melakukan bekam ye kerana dikhuatiri memudaratkan kesihatan. Mereka yang tidak boleh melakukan bekam ialah;
1) Masalah tekanan darah rendah
2) Pesakit kudis
3) Perempuan mengandung dan sedang haid.
4) Masalah kulit yang serius
5) Orang yang berkeadaan sangat letih
6) Sewaktu lapar @ terlalu kenyang
Bahagian yang tidak boleh dibekam
- mata
- mulut
- telinga
- alat kelamin dan dubur
boleh tonton video ini.
Mak kata sakit pulak buat bekam ni. Huhu... sebab cucuk2 jarum katanya. Takpelah mak.. Semoga mak cepat sihat, and boleh berjalan seperti sediakala..Kesian mak. Nak buat kerja pon tak boleh nak gerak sangat. Nasib baik lah rumah kat kampung tu bukan bertangga. Tu yang dia pikir banyak kali nak mai rumah aku yang tinggi ni..
Bgaus perkongsian ilmu ni yoorin...semoga ibu yoorin segera sembuh dan boleh berjalan mcm biasa...
ReplyDeleteteringin nak buat bekam tapi ada masalah kulit. hmm
ReplyDeletekk eny takut bekam.. tp teringin nak buattt
ReplyDeletetakut lah nk bekam huhuh
ReplyDeleteAkak x pernah buat dan x nak buat...takuttttt
ReplyDelete