Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@gmail.com

AFB FEEDS

Monday, July 13, 2015

#Cabaran20Hari | Aktiviti Di Pagi Raya

Pagi Raya Buat Apa ?



Sebut pagi raya memang aku rasa teruja lah. Dari zaman kanak-kanak dulu sampai ke alam dewasa ni, bila pagi raya je, teruja bukan main. Selalunya pagi raya dalam pukul 12 malam tu, memang kalau kat kampung bersahutan bunyi dentuman meriam dengan mercun. Macam berlawanan pulak..Kami kat rumah memang tak main meriam. Sebab bunyi kan kuat sangat. Rumah dah la belakang masjid. Macam tak sopan pulak. Takat main mercun tu biasalah.. 

Lagi bila pagi raya, kitorang anak beranak, selalu menshopping last minute kat bazarr Ramadhan kat Parit Raja.. dia punya hingaq tu lebih kurang jalan tar dengan masjid jamek laa. Memang jem gilaa.. Orang pon kemain ramai. Ye lah.. Waktu ni harga barang pon makin murah. Macam biskut raya, jeruk, asam semua tu memang harga lelong. Peniaga pon tak nak rugi tinggal stok banyak-banyak.Bukan boleh bawak ke tahun depan. Pernah tanya dengan sepupu yang berniaga. Kadang diorang ambik untung doposen je malam raya nak abeskan stok punya pasal.

Kadang kitorang ni adik beradik, sepupu sepaapat tak tidur. Berborak sampai ke subuh baru mata nak mengantuk. Hehehe.. Seronok kot, bila berkumpul ramai-ramai. Tapi mak aku selalu dah bising, suruh mandi sunat raya cepat-cepat. Takut kang berebut bilik air. Yelahh.. Sedara mara semua berkampung kat rumah kan.. 

Pagi tu jugak laa gediks baru nak susun kuih raya dan cawan-cawan atas meja. Padahal mata dah rabak tak tidur.. Gila kau nak tidur? nak kena panahan halilintar suara mak aku? hahahahhahaha.. pagi tu jugak, panaskan lauk2 yang dimasak semalam, macam ketupat, kuah lodeh, dan macam-macam lagi lauk. Memang pagi raya kitorang sarapan tu je la.. 

Lepas tu, mana yang nak solat hari raya boleh ke masjid. aku, kengkadang pegi.. Kengkadang tak.. Hehehhee.Sebab rumah belakang masjid je, memang sayup je rasa bila dengar takbir pagi raya... Sedihh.. Sedih sebab dah meninggalkan bulan ramadhan.. Lain macam je rasa...


Habis je solat hari raya, kitorang adik beradik selalunya bermaafan dengan mak abah dulu. Lepastu baru lah kerumah mak cik pakcik kat sebelah. Kat sana memang berkumpul ramai-ramai. Meriah. Lagi lah kalau nak diikutkan aku dah jadi pangkat nenek.. cucu pon dah 6-7 orang.. hahaha. Layankan aje.. 

Lepastu dah tengahari.... Erkkkk.... ni cabaran bercerita pagi raya je kan? hahhaha..terover pulak nak cerita sampai ke malam.. Ok..tu je laaa kot nak cerita... Daaaa... 

2 comments: