TO DO LIST BAJET RAYA
Lebih kurang seminggu je lagi nak raya ni woi!! Aku baju raya pon tak beli lagi..Entah.. Rasa biasa je. Aku ni memang. Macam tahun lepas, esok nak balik raya kat kampung, malam ni baru sibuk nak cari baju raya.
Kalau dulu masa masih bujang, baju raya semua mak aku tolong hantar tempah.Tapi sekarang nak hantar tempah pon dah mahal. Lagi suka readymade kot. Lebih murah. Yang pastinya, bila dah nak dekat raya ni peniaga banyak lelong baju. Tahun depan kan dah fesyen lain.Takkan diorang nak simpan stok fesyen yang tak up to date.
Berkenaan dengan persiapan raya, nah aku sediakan beberapa checklist untuk persiapan raya yang menjelang.Tahun ni punya persiapan raya ala kadar je. Lagipon beraya di rumah kampung sendiri.Nah tengok check list bajet raya aku :
1. Pakaian Raya | Tema warna hijau. Sebab dah terbeli baju Irine dulu. Nanti mommy tinggal cari baju aku yang warna macam tu je... Aku syak baju raya Irine lagi mahal dari baju aku.. Memang baju budak mahal gilos. Padahal kain bukan guna banyak pon...
2. Tukar duit raya | Tak tukar lagi. Pergi bank tempoh hari , boleh tukar duit lama sahaja. cehhh..Tukar tak banyak tahun ni. Dalam 2-3 ratus je .
3. Perabot raya | Tak bertukar. Yang sedia ada je. Lagipon baru je beli setahun dua. Langsir pon tak bertukar. Pakai yang lama.
4. Kuih Raya | Beli readymade je nanti. Tak berani nak tempah sebab kang aku makan. Hahahaha. Kuih raya kat kampung yang adik aku beli pon aku dah ngap 1 balang..
5. Mercun dan bunga api | Adik-adik aku dah besar. Takdanya lah nak main bunga api. Yang bujang pon dok mengadap henpon je 24/7... Mercun pon dia takut. Hahaha
6.Rumah terbuka | Ada kot nak buat rumah terbuka. Jemput kawan-kawan datang ke rumah. Masak sendiri rasanya lebih jimat.
7. Kos Pengangkutan balik kampung | Nasib la kereta viva je. Tapi sebelum balik, make sure kena servis dulu. RM100++ melayang jugak tu. Petrol lagi. Topup touch and go lagi.. Fuhhh!! Dah laa balik raya berdua je dengan Irine. Sobsss.. Bertabahla suami kerja di pagi raya..
Itu je lah kot. Tahun ni bajet raya suam-suam kuku ja. Memang kena berjimat cermat, sebab hujung bulan nak kena bayar road tax dengan insurans kereta. WAAAA!!! Haritu kan tereksiden dan claim insurans. Maka tinggi lagi insurans nak kena bayar. huhuhu.. Bajet raya korang camne pulak?
tema kita sama. hehhe.
ReplyDeleteye ke.. ramai tema hijau tahun ni.. hehe
Deletebajet raya gua tahun ni mmg berjimat jugak..tp nk berjimat biar berpada..bukan apa, ada seruan sekarang ni suruh berjimat sampai mengorbankan ikatan kekeluargaan tu dh teruk sngat..tol naik, minyak naik..jgn balik kg..jimat katanya..duit bole dicari, tp bila ikatan kekeluargaan yang tak ternilai dihubungkaitkan dengan wang ringgit..kat situ dh berlaku kecelaruan mental yang amat runcing..eceh..kesitu plak melalut mengomen kat blog orang ni...hahaha..
ReplyDeletetau xpe.. sedih kan.. macam2 dugaan kena hadapi tahuun ni
DeleteMmg kena berjimat.. x leh nk beraya sakan...
ReplyDeletebersederhana dalam berbelanja akan mengurangkan penggunaan RM dalam poket kita..hehehe
ReplyDeleteAla kesiannya suami kena keje di pagi raya..bermaafan-maafan through 3G la yea..hehe
ReplyDelete