cozy baby

GaBag Cozy Baby

Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@yahoo.com

KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

AFB FEEDS

Monday, July 6, 2015

Naik bas pulang ke kampung

Pengalaman pertama untuk Irine menaiki bas


Keputusan nak balik kampung pada cuti Nuzul Al-Quran dah dirancang lama. Sebelum puasa lagi. Kebetulan Selangor ambil cuti Nuzul Al-Quran yang jatuh pada hari Sabtu. Tak rancang pon nak balik naik bas. Sebab nak pastikan cuti dan hari berkerja Gjul. Kalau Gjul dapat cuti Sabtu, memang compem balik kampung naik kereta. Tapi sebab tak dapat cuti, kena tengok jugak jadual kerja Gjul. Kang takde sapa nak ambik aku kat stesyen bas.
Ini pertama kali ye balik kampung naik bas dengan Irine. Last dulu masa aku bujang belum kahwin lagi.. Huih.. lama gila tuuu tak naik bas. 

Mulanya Gjul berat hati nak biarkan aku naik bas berdua dengan Irine. Sedia maklum, anak aku ni agak buas dan suka terjerit-jerit. Risau kang orang nak tido, dia bising pulak. Tapi macam tak percaya pulak. Perjalanan pergi balik naik bas dengan Irine sangat mudah.Malas nak driver kereta sendiri sebab kang penat kat jalan je. Cuti 2 hari je pon.



Masa kat Terminal Bersepadu Selatan(TBS) pada mulanya Gjul tak dapat nak teman kan aku turun ke terminal bawah, tapi agaknya guard tu kesian kot tengok aku dukung Irine dengan gendong bag lagi kiri kanan, dia kasi pulak Gjul teman kan aku kat bawah. LEGA... Pastu , datang laa Irine punya mengada, nak bapak dia je dukung.. dia ingat bapak dia yang nak pergi. Hahaha.. Memang selalu macam tu tauu.. nyampah betul.. 




Bas bertolak pukul 8,tapi agak lewat sedikit laa dalam pukul 0807 hrs baru bergerak.. Irine sangat behave, dia berdiri dipangkuan aku, then tengok semua orang yang berada dibelakang kitorang. Aku dapat single seat. Lega lah jugak. Lepas tu, dia pon duduk dan peluk aku dan bersandar kat dada. Tak lama lepas tu lebih kurang 0815 hrs dia dah terlelap.. Eh!!! pantas!!! senang hati mommy.. senang nya uruskan dia.. Lama jugak dia tidur sebab kat tol pagoh baru dia tersedar bangun.. Then memang aku tak kasi dia tidur.. Tapi mula lah mulut dia pot pet pot pet.. 

                 


Balik ke Kuala Lumpur

Perjalanan balik ke Kuala Lumpur pon mudah. Aku naik bas KKKL pukul 3 setengah petang. Bas pon gerak tepat pada masanya. Penuh. Maka takde lah singgah ke Muar untuk ambik penumpang lagi. Lega. Sebab aku lebih suka bas lalu Pagoh sebab cepat sampai. Tapi nak balik ni lagi best. Irine belum2 naik bas lagi dah tidur dari dalam kereta. Aku dukung dia naik bas pon tak sedar langsung. Kena cium dengan atuk, makcik2 dia pon tak sedar jugak.. Hahahhaa.. Irine, Irine.. penat betul dia.. 

Irine tidur lena dalam bas, tapi aku langsung tak selesa waktu berjaga. Dah laa aku duduk seat paling belakang kat bahagian tayar kot. Dengan bunyi enjin bas, bila bas langgar bonggol, jalan tak rata sikit je pon , dia punya gegaran, hish...menyakitkan badan .. Memang bergegar kuat. bas pon kemain laju.. Irine memang tak sedar langsung ya. Dah sampai Bangi baru dia tersedar.. Lepastu dia nak Tek , sambung tido lagi sampai lah kat Sungai Besi aku kejut dia suruh dia tengok permandangan kat luar.Heee..baru lah dia aktif balik.. Bayangkan, bas gerak dari Batu Pahat pukul 0330 dan sampai ngam-ngam kat TBS pukul 0605 .. Fuh..memang pantas. Aku bawak kereta pon tak dapat laa secepat itu.. 

Senang hati nak bawak Irine naik bas. Lepas ni kalau ada cuti sehari 2, boleh laa kot, pecut naik bas je balik kampung. 




18 comments:

  1. Alhamdulillah.. Irine mcm tahu je mama penat nak jaga dia.. huhuu tu yg tidur je mamanjang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa..lega..tapi lenguh jugak tangan nak tampung kepala dia..hahaha..

      Delete
  2. dkna pernah ajak suami naik bus balik kampung pastu soalan suami 1 jer 'kalau anak berak dalam bas macam mana?' hahahaha... terus pikir 'ok tak jadi la balik kg' mauahhahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha.. dkna nk balik kelantan ye..rasanya mesti bas ada berhenti kat r&r..kalau balik johor jarang laa bas berhenti.. nasib irine sampai kampung baru berak.. kekekeke

      Delete
    2. ahahaha.. dkna nk balik kelantan ye..rasanya mesti bas ada berhenti kat r&r..kalau balik johor jarang laa bas berhenti.. nasib irine sampai kampung baru berak.. kekekeke

      Delete
  3. kalau anak behave oklah.. kalau anak akak mau satu bas dia tawaf.. heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak sorg boleh lg nak handle kak.. anak ramai nanti, belum tentu laa behaven nye..kang nak main je

      Delete
  4. behave ye irene. Yong tak berani bawa zulaikha balik naik bas dari KL ke kedah lagi, risau dia melalak dlm bas. dlm keretapun asyik pot pet pot pet je. Tp tuela best jg naik bas bg penglmn kat anak n mak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huish..jauh tu nak ke kedah.. ayahnya pon dah awal2 kata risau..kite yg nak bawak dia lagi laa risau. Tp alhamdulillah..pengalaman pertama.. anak sorang lg.. kalau 2 , 3 orang haru laa jugak.. hahahhaa..

      Delete
  5. Pernah juga balik kg naik bas. Masa tu ank sorg dan dlm sethun lebih je umurnya.. mmg mudah nak urus dan tak byk ragam.. tu je la sekali.. sekarang ni takde mkna la.. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...yoorin takut jugak dia meragam..kang dia nak turun laa, nak main laa.naya je..tp yg dipikirkan sebaliknya..dia tidur je..hehehe..senang..

      Delete
  6. sebenarnya perjalanan menaiki bas ni kadang-kadang terasa seronok tau...apatah lagi kalau satu family naik bas,terasa macam rombongan cik kiah nak beraya ke Kuala Lumpur pulak.Santai gitu.Tapi naik bas ni bajet kena lebih kalau ramai.Lagi jimat kalau naik kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa kak..tak pernah laa naik bas sekeluarga.. nanti plan nak jugak balik kg ramai2..hehehe

      Delete
  7. Good girl.... ada anak ni.. memang kurang selesa dah nak naik bas.. kang nak kencing nak poo.. nak muntah... meragam... stress nanti...

    ReplyDelete