Balik kampung
Hari ni hari terakhir bekerja sebelum cuti panjang berhari raya. Cuti raya dah approve 3 hari. Jadi laa kan dari tak dapat cuti langsung. Mood raya tu ada, teruja nak balik beraya. Tapi tu laa, tak seronok sebab tak de suami kat sisi. Gjul kerja hokey. Entah hari keberapa entah baru dapat cuti. Sepatutnya tahun ni dia dapat cuti. tapi kekurangan staf. Nak raya,gedik nak berhenti kerja lah, hish..geram betul..
Tapi takpe. Anggap je laa rasa masih bujang... Esok lepas subuh dah nak bertolak balik ke kampung berdua dengan Irine. Memandu kereta. Bukan taknak naik bas. Leceh laa naik bas. Sebab yang pasti, lepas balik dari kampung nanti, sudah semestinya banyak benda aku nak bawak balik KL. Kalau naik bas, terhad. Macam tempoh hari kiri kanan tangan dah pegang lauk berbuka. Belakang badan pulak beg baju, Depan dukung Irine. Dah ghupe robot.. Lain-lain pulak , senang aku nak pergi beraya rumah kawan-kawan kalau ada kereta sendiri. Sebab kereta ayah aku tu , tak yakin sangat aku nak bawak sebab besar (Toyota Unser) walaupon gear automatik.
Dah bersedia nak balik kampung?
Esok pagi kot aku nak balik kampung! Tapi satu hape pon aku tak siapkan lagi. baju pon belum pilih pilih nak bawa balik kampung. Apetah lagi belum masuk dalam beg pon.
Baju raya aku baru rancang dengan Gjul nak beli malam ni. Haritu cuci-cuci mata je, tak nak sambar, takut kang pegi tempat lain, terbekenan yang lain pulak. Makanya nekad laa kot, kena pegi Aeon Au2 lagi sekali.. Hahhaha.. Tensen laki aku tuu dengan kerenah bini dia ni.. Maaflah abang.. Perempuan memang rumit kot.
Nasib baik 2 hari lepas dah servis kereta. Tukar minyak hitam bagai. Tu pon atas pertolongan Gjul jugak. Nasib baik Isnin tu dia cuti. Kan aku eksiden hari Ahad. Sekali bonet kereta tak boleh tutup. Memang 1 malam tu, kereta tak berkunci okey. Tak lena tidur aku dibuatnya. Bumper tu lepas raya lah kot baru kasi settle. Settle kan bajet raya dulu. Sebab rasanya okey lagi. tak de lah sampai bumper nak tertanggal sampai boleh sagat jalanraya.. hahaha
Aktiviti sebelum nak balik kampung
For sure lah, malam ni aku bizi teramat. Lepas berbuka, nak hantar kereta pergi cuci kejap. Lepastu, nak pergi cari baju raya. Then balik terus kemas-kemas barang, lipat-lipat baju semua masuk dalam beg. Kemas rumah sikit-sikit. Kau tau lah kalau tinggalkan laki seminggu kat rumah nanti jadi hape. (teringat aku tinggalkan dia 2 bulan berpantang. Rumah macam kapal karam, @ pon rumah tinggal..Malam tu jugak aku cuci toilet sambil nangis-nangis..hahaha )Tapi yang pastinya Gjul sekarang dah boleh diharap.. dia rajin sekarang buat kerja kat rumah. Hehehe... Tapi kesian laah.. Kang dia balik kerja nak rehat-rehat jugak kan. Dah laa aku takde buat kuih raya tahun ni. Hiks!
Ucapan sebelum pulang ke kampung
Harap perjalanan esok dipermudahkan. Jalan tak sesak. Aku risau kalau banyak berhenti Irine meragam mengamuk.. Heehhehe.. Nerbes pulak rasa. Kompem esok pagi ada drama sedu sedan mintak ampun dekat suami.. Kekekekekee..
semoga selamat perjalanan ke mana-mana bersama Irene. selamat hari raya kak yoorin ^^,
ReplyDeleteTQ amy.. =)
DeleteSama pulak tajuk kita hehehe.
ReplyDeleteaik ye ke? huhu..tersama laa pulak..hehehe
DeleteSemoga dipermudahkan perjalanan yoorin dgn irine.. fuhhh kagum dengan para ibu yg sangat gigih berani drive jauh dgn anak je. Huuu.
ReplyDeletegigih jugak yatie..raya tahun lepas jemput adik dtg kl naik bas, so drive balik kg dia bawak..thun ni berdikari laa..sampai bila nak harapkan org.. ni kali ke 2 drive keta berdua dgn irine. jauh jugak nak balik johor ni
DeleteSEMOGA SEGALANYA BERJALAN DENGAN BAIK... AAMIIN
ReplyDeleteDah bersyawal.. open house dan open office pula kan... ramai dah bekerja hr ni...Apapu salam Syawal... Maaf zahir batin..
ReplyDeleteooOOOooo balik kampung OOooooOOO balik kampung.. hati giranggg
ReplyDeletesuka duka beraya tahun ni.. apapun selamat hari raya..
ReplyDeletesayu hati bacanya kak oii, hehehe~ selamat hari rayaaaa!!!!!
ReplyDelete