Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@gmail.com

AFB FEEDS

Monday, July 13, 2015

Siapa paling penyabar ? Lelaki atau Perempuan?

Sifat sabar

Mentiba aku rasa macam setuju dengan status atas ni.. Sebenarnya orang lelaki lebih penyabar dari perempuan. Btw tak semua lah.. Ada juga orang perempuan lagi tinggi sifat kesabarannya.

Aku sendiri aku, aku bukanlah seorang yang penyabar. cubalah banyak mana aku nak nafikan yang kononnya aku banyak bersabar.. Sebenarnya tidak. Kalau dulu marah ke benci ke, tak suka ke aku lebih suka pendam dan simpan. Sampai suatu masa, memang dah macam bom jangka meletup habis semua..

Antara aku dengan Gjul, memang secara kesuluruhan, dia lah banyak bersabar dengan kerenah aku. Sungguh.. dia memang penyabar. Kalau orang lain rasanya aku ni dah kena sepak..mujurlah Allah jodohkan aku dengan Gjul. Entah.. Dulu rasanya sebelum kahwin Gjul paling baran dan garang. Tetapi lepas kahwin, aku pulak yang terlebih baran. 

Lagi satu, aku kalau dah marah takde simpan-simpan ya. memang keluar semua.Baru je berlaku tadi malam kemalangan yang melibatkan kereta aku dengan 3 buah kereta lain. Aku punya bahasa, mintak maaf lah, mungkin terlalu bengang sangat kot, memang aku ada sebut oink-oink kat pemandu kereta paling depan.. Sebabnya dia tak nak keluar kereta. Nasib lah kan.. Dah geram sangat. Alasan dia , dia brek mengejut disebabkan kereta depan brek mengejut. Akibatnya anak dia 4 orang tergolek. Gjul pulak bagi lepas macam tu je. Uishh . Gerammnya aku.. kereta aku tuuu.. No wonder lah teringat kisah KIKI the stereng lock. Aku paham sangat la kat dia.. Tak kena sendiri boleh la cakap sabar. Tapi gjul laa puas suruh aku bersabar.. Kalau Gjul tak tahan aku tu rasanya memang lebam bijik mata abang tu.. Dah laa cabut macam tak rasa bersalah .. maunya tak angin.. 

Pernah sekali jugak, aku tengok wayang dengan Gjul. Time tu tengok cerita apa entah. tak ingat. Cerita tu best, tapi sebab kitorang berdua tengok dah penghujung2 laa, so tak ramai orang. Sebab tak ramai orang, bila orang bercakap-cakap, memang dengar. Orang belakang ada laaa selang 5-6 kerusi dok pot pet pot pet gelak-gelak macam hapa entah. Ya Allah.. Gerammmnya rasa. Dah berdehem, pon diorang buat tak tau.. Pastu aku sound sekali, suruh diam sikit, ni dia dok beromen ke hentah apa entah dok gelak-gelak. Dah hilang sabar dah tuu.. Aku bangun, bukak kasut nak baling ke belakang. Hahahahhaa.. Ape entah perangai aku ni.. Gjul apa lagi, terus peluk suruh aku duduk.. 

banyak lagi la perangai tak senonoh aku yang baran ni berjaya dikawal oleh Gjul.. Nasib laa dua-dua tak baran... kalau tak memang kalau gaduh kompem berparang semua.. Hahahahaha.. Gjul siap notice kat aku, dalam doa dia tiap kali solat, dia doakan aku cepat sejuk hati.. asyik nak panas je.. hish.. aku ni bersabar, sabar jugak.. tapi nak tengok tempat laa kot.. 

Tapi kena beringatlah ye. Sabar itu separuh daripada iman..  

10 comments:

  1. sama laa kekadang ada jugak barannya.. tapi bergantung pada masa dan keadaan..

    ReplyDelete
  2. Ciknad tak tahu entry ni isu pasal apa sebenarnya..tp yg pasti hakak terhiburrr sangat3! Hahaha...brutal awak ni beb! Tergelak sorang2 ciknad baca ni...;)

    ReplyDelete
  3. Depends :D . Tp mmg betul pon :D

    ReplyDelete
  4. Sebab haji lelaki , so Statement lelaki lebih penyabar dari wanita haji sokong seratus lapan puluh lapan peratus.
    Cuma sebab haji dah berkeluarga , bagi haji isteri pun pada certain field dia lebih penyabar dari lelaki. Contoh bab mengandung. Perempuan mengandung dengan pening pening kepala siap boleh masak untuk suami.
    Tapi suami baru sakit kepala demam sikit-sikit terus MC siap kat rumah tidur dari lagi sampai malam.
    Kalau isteri ambik MC jugak tatau la apa jadi dalam rumah.
    Sekian ulasan haji.
    .
    .
    Salam kenal. Haji masih baru dalam dunia blogging ni. Mohon tunjuk dan ajar ye . Tq

    ReplyDelete
  5. betul tu kak. kekadang kita ni tak menyabar :)

    ReplyDelete
  6. amboi siap bukak kasut nak baling tu! okeh...jgn cari pasal ngan awak hehehe
    btw, ada benda lelaki lebih sabar, tapi ada benda perempuan lagi hebat sabarnya. sbb tu lelaki & perempuan perlu saling melengkapi, ye dak?

    ReplyDelete
  7. Mentiba mimin pun setuju apa akk ckp. Keep clam. Kipidap. Dongibab . Hehe

    ReplyDelete
  8. Mentiba mimin pun setuju apa akk ckp. Keep clam. Kipidap. Dongibab . Hehe

    ReplyDelete
  9. Mentiba mimin pun setuju apa akk ckp. Keep clam. Kipidap. Dongibab . Hehe

    ReplyDelete