Followers

AFB FEEDS

Wednesday, July 1, 2015

Tahniah SuperCell Jana 10Juta sehari Dengan Clash Of Clans

COC mampu kayakan SuperCell


Pergh.. gila ah.. Baca sumber di SINI memang kaya raya laa SuperCell. Tapi aku bukan salah sorang yang mengkayakan depa lah walaupon bermain COC jugak.. 



MUNGKIN ramai yang tidak tahu aplikasi permainan video Clash of Clans (CoC) mampu menjana pendapatannya hingga RM10 juta sehari daripada permainan video yang ditawarkannya menerusi platform Apple App Store dan Google Play Store. Tidak mustahil permainan video ini menjadi yang tertinggi menjana pendapatan walaupun secara dasarnya permainan video ini adalah dalam platform percuma. SuperCell, syarikat yang mencipta CoC mempunyai cara tersendiri untuk menjana pendapatan. Walaupun diberikan percuma tetapi terdapat beberapa perkara yang memerlukan pemain untuk membeli. COC diketahui umum sebagai permainan video paling digilai buat masa ini, di mana saja pasti setiap orang tidak kira tua dan muda mempunyai permainan video ini di dalam telefon pintar mereka. Ia kegilaan terbaharu dalam dunia permainan video. CoC adalah sebuah aplikasi permainan genre strategi peperangan. Ketika memulakan permainan, setiap pemain akan diberikan 500 permata percuma. 500 permata percuma ini sebagai modal untuk membina empayar atau perkampungan sendiri dengan pembinaan struktur bangunan. Tetapi selepas naik ke tahap seterusnya permata ini mula hilang. Maka, bermulalah fasa sebenar mengumpul kembali permata jika ingin mengembangkan empayar. Mengikut pakar psikologi, keghairahan pemain yang terlalu fanatik terhadap permainan ini membuatkan mereka tidak sabar untuk mengumpul permata. Di sinilah CoC mula menjana keuntungan, pemain yang tidak sabar menunggu akan membeli permata dengan harga tertentu dalam bentuk belian dalam aplikasi. Tidak kiralah ditolak melalui kad kredit atau perbankan internet. Begitu juga dengan beberapa perkara lain seperti perlindungan, tentera dan alatan berperang selain membesarkan empayar. Semuanya memerlukan permata atau point yang dikumpul. Jika tidak sabar menunggu, terlalu asyik untuk berperang dan membesarkan empayar, kebanyakan pemain akan membeli dalam aplikasi. Inilah cara terbaik SuperCell, pencipta CoC menjana keuntungan. Tidak mustahil SuperCell menjadi antara syarikat yang terbaik dalam arena pembinaan aplikasi permainan video ketika ini.

Sumber : Berita Harian


Ketagihan beli GEMS COC


Memang akan ada gamers yang sanggup berhabis untuk beli GEM. Pada aku orang yang beli GEM ni tak penyabar. Semua nak diupgrade dengan cepat. Aku maintain je. So, takde laa rasa bosan sangat nak main.. 1 pile of GEMS yang sebanyak 500Gems tu bernilai RM16.99, 1200Gems bernilai RM33.99 dan banyak lagi ... Lagipon kalau dah beli sekali, akan ketagihan untuk membeli nya lagi. Pada aku tu satu kebaziran jugak lah.. Kita main game sekadar suka-suka je. Tapi kalau ada yang sanggup berhabis ratusan & ribuan ringgit semata-mata untuk GEM ni tak berbaloi. Baik aku beli pampers anak aku..

COC, COC base, Gems, Level 74, SuperCell

ni base aku yang paling latest la.. Dekat setahun jugak main ni.. Lambat nak upgrade.. Level 74 pon masih takat ni.. Tapi tak pe.. Tak bazir duit.. cuma bazir masa je.. Hehehe..


Beza perempuan dan lelaki main COC

Beza yang aku nampak ni dah banyak pulak kes, gaduh sampai cerai berai sebab COC. Ada yang wife, girlfriend stress sebab laki dok hadap COC 24/7.. Aku dulu pon macam tu jugak.. Geram lah bila Gjul dok mengadap tu je.. Bila kita cakap dengan dia, macam dia dengar.. Tapi mata ngadap game.. Urghh.. tapi tak de la sampai nak bermasam muka.. 
At the end, aku install game COC ni kat handphone. Main lah jugak.. hahahaha. Sebab aku dah main, maka Gjul takde lah nak ngadap COC 24/7 sampai tak layan kami mak dan anak. sebab take time juga ye nak train troops.. contoh macam naga dia akan train 1 naga selama 30 minit.. kalau kita perlukan naga untuk war at least 8-9 ekor jugak.. banyak kot masa nak spend.. hehehe.. Laaa ni, aku je yang main COC.Gjul dah tak main dahh.. Bosan laa kot. Ada masa aku yang tolong main kan dia punya COC...

Sebab tu, aku ni tak nak laa bebel2 bertekak dengan laki sebab perkara remeh.Makanya belajar laa jugak apa yang dia buat.. so bila aku tau, no way laa nak kelentong atau ayam-ayam kan aku lagi.. Tehehehehe..

BTW COC memang best pon.. Tapi tak payah laa nak berabis banyak untuk game ni... Main suka-suka je.. bukan dapat hadiah pon.. Lain lah base korang dah gempak, mungkin boleh letgo sampai ribu-ribu.. Yang kayanya , SuperCell.. bukannya kita... 




12 comments:

  1. hahaha..sama la kita.. tapi tak pernah terpikir lagi la sampai nak beli gems..Farah main just for fun jer.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpa kan farah,.. main suka2 je..xde pon sampai nak ngadappp je.. hehe

      Delete
  2. Tak pernah main.. Mujur suami pun tak suka main game..

    ReplyDelete
  3. hohoho...
    luas benor base nie...
    x pernah terlintas ler lagi nk beli apa2 kt coc nie.
    fikiran masih waras.

    ReplyDelete
    Replies
    1. luas kann.. kekeke..asyik kena serang je..sakit ooo... xyah laa beli.. yg kaya bukan kita pon.. duit tu boleh simpan bagi kat yoorin je shark

      Delete
  4. hahaha . lela pon suka main . main pon dengan kawan2 laki la . yg perempuan jarang yg nak main . dlm clan ad 2 org je perempuan . tapi tak de lah nk bazirkan duit beli gems . sanggupo laagi tunggi smpai berjamggut . nk upgrade th makan minggu wehhh /

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah..dalam grup ada 2 org je pompuan..2-2 mak orang..hahahhaa..

      Delete
    2. samalah..dalam grup ada 2 org je pompuan..2-2 mak orang..hahahhaa..

      Delete
  5. Bonde tak main game ni...
    Tapi Kanda giatlah main... hu hu hu

    ReplyDelete
  6. Oo ini lah COC tu dok tgk orang sebut. Memang buta bab games ni hihi

    ReplyDelete
  7. best ke COC nih? hehehe.... kalau main nih, kompem terjebak kang. ^_^

    ReplyDelete