cozy baby

GaBag Cozy Baby

Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@yahoo.com

KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

AFB FEEDS

Wednesday, August 5, 2015

3 Lauk Dalam Masa 30 Minit

Masak tengah malam

Penat bekerja bukan alasan aku nak elak dari buat kerja rumah dan memasak. Malas macam mana pon gigih jugak la aku memasak. Selalunya rajin masak bila Gjul kerja malam. Huh! Dia balik kerja dalam pukul 11. Bajet pukul 12 sampai rumah. Kengkadang pukul 1 pagi baru tibe. Nak lagi ke makan tengah malam buta? Yup.. redha je lah ya. Walaupon Gjul kerja tukang masak, agak jarang sekali Gjul makan kat hotel dia tuu.. Kadang tak sempat katanya nak makan kat cafe. Makanya, memang kena makan kat luar atau kat rumah. Kesian Gjul. 

Tadi malam rasa macam malas nak masak. Sebab aku tak de lah rasa lapar sangat. Dok Gjul mesej aku, ayang masak tak? Kalau tak masak, dia nak pi melepak ngan kawan dia makan Char Kuey Teow . nanti dia tapaukan aku sekali.. Gahahaha! Segar terus aku bangun nak pi masak! dari dia dok melepak dengan kawan dia, balik pon tak tahu pukul berapa, baik aku masak! kan!! Bila aku cakap okey, aku masak sekarang, jam dah pukul 11.30 malam. hehe.. Apa lagi, dah macam cabaran masterchef gayanya, masak kelam kabut.



3 lauk yang aku maksudkan sambal tumis udang petai, ayam goreng 3 ketul, dengan taufu telur masak sos tiram.simple je. Sambal tumis udang petai tu aku dah masak malam sebelumnya, tapi ada balance sambal je. aku simpan peti ais. so panaskan tambah udang yang dah siap disiang, dengan petai pon dah siap kopek masuk bekas. tinggal panas kan dan masukkan udang dan petai je. Kejap je tu panas kan je pon kan.. Dapur sebelah lagi aku goreng ayam..Sambil tunggu 2-2 lauk tu masak, masak lauk tambahan untuk Irine yang tak pedas. Taufu telur sos tiram, so, prepare bahan-bahan nak memasak. siap je sambal udang, masak pulak taufu telur. Then memang ngam-ngam 1/2 jam Gjul pon sampai rumah lauk siap masak. Nasi pon ngam-ngam jugak masak. Hhehehe. Lauk simple. Irine pon dok ulang-ulang cakap sedap..sedap.. Dia memang suka taufu telur tu.. Hehehhee.. 
Apa yang penting dalam penyediaan makanan, arrangement dan masa tu sangat penting. Macam bawang tu dah kopek siap2 lah untuk 3-4 kali punya masak.

Tips cili yang dikisar tahan lama


 Aku buat cili pon dah siap tahan untuk seminggu dua.Okey la.. nak masak mee ke, nasi goreng ke, tumis berlada ke senang.  Pastikan lah kalau nak cili blender tu tahan lama, jangan blender dengan bawang dan lain-lain. Cuma cili kering yang dah direbus, dicuci buang bijinya dengan air je dan sedikit minyak masak. Kalau tak nanti bau pon dah tak sedap. Waktu nak masak nanti, baru blender lagi sekali dengan bawang ke, ikan bilis ke , sukahati korang lah..Minyak masak tu nak bagi dia berkilat and cantik je. Tak letak pon takpe. okey.. nanti singgah lagi ye. Nak share resipi taufu telur masak sos tiram pulak.. =)

5 comments:

  1. pantas masak di dapur tak semua org blh buat, cekap..respek.la yoorin.

    ReplyDelete
  2. wahh pantasnye. husband blik tgh mlm mmg mncabar kn nk msk hehe

    ReplyDelete
  3. Aida memang sentiasa ada bwg blend & cili blend.
    Takde 2 bahan ni, blank mau masak pe :-(
    Agreed. Dari asben melepak kat luar better balik & melepak dgn kita kan?

    ReplyDelete
  4. Wah..cekapnya masak..sy kalau masak mesti lama..haha

    ReplyDelete
  5. Wah bagusnya...saya pulak nk cepat msak selalu buat ibu sambal siap2...sambal tu msak siap2 byk..then simpan...tahan la 2 3 minggu gak..nk msak apa pun senang...
    Jemput sggah blog saya ya
    http://aliafarhansaid.blogspot.com

    ReplyDelete