cozy baby

GaBag Cozy Baby

Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@yahoo.com

KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

AFB FEEDS

Wednesday, August 5, 2015

Resepi Taufu Telur Masak Sos Tiram

Taufu Telur bersos tiram


Masak simple je untuk sendiri makan dengan anak kecil. Yang pastinya tak pedas takut perut Irine meragam pulak sebab makan lewat malam. Hiks!

Bahan-bahanya : (untuk 2 orang makan)
3-4 bijik bawang putih ditumbuk(kengkonon chinese style la letak byak bawang putih)
1 tube taufu telur (dibelah tengah. 1 tube boleh dapat 8-12 hirisan).
Telur sebijik
4-5 sudu sos tiram
1 cup air (pakai mug je)
hirisan daun bawang
2 cubit bawang goreng segera je(malas nak kopek bawang)
minyak masak
black pepper

Cara-caranya :
- Panaskan minyak, goreng taufu telur sehingga kekuningan dan toskan. Waktu nak terbalikkan dan angkat tu pakai sudu je..sebab taufu ni lembut dan senang pecah. 
- Kurangkan sedikit minyak gorengan tadi untuk menumis. 
- Masukkan bawang putih yang ditumbuk sampai naik bau.
- bancuhkan sos tiram dan sedikit air, lalu masukkan ke dalam kuali sehingga menggelegak. Kacau. Tak payah letak garam dah, sos tiram dah masin.
- Masukkan baki air tadi.
Nak kasi pekat boleh letak tepung jagung sikit. Tapi kat rumah xde pulak..heh.halal je lahh.
-Sementara itu, masukkan telur dalam bekas, kacau macam nak buat telur dadar. Dan bila kuah tadi menggelegak, masukkan telur perlahan-lahan dan godak, jangan bagi dia berketul ya..spread sikit black pepper.. 
-Lepastu masukkan taufu yang telah digoreng tadi. siap , angkat dan hidangkan dengan hirisan daun bawang & bawang goreng.. Mudah dan cepat sangat. 


hodoh nya gambar aku ambik.. kakkaaka..takpelah labu..next time ambik gambo lawa sikit naa.. 

9 comments:

  1. oooo..versi letak telur...kena cuba ni..heee

    ReplyDelete
  2. Saya suka resepi simple2 camni...sedap tu!

    ReplyDelete
  3. klu di tmpt cik ne dipangging BMW.. sbb apa xtau.. ehhehe

    ReplyDelete
  4. kalau telur masak kicap kak ana pernah buat yoorin, tq for sharing :)

    ReplyDelete
  5. Asben aida suka tofu telur ni.
    Aidankirang minat.
    Sebab lembik ha ha ha :-)

    ReplyDelete
  6. telur pun sodap dimakan akalu dibuat lauk

    ReplyDelete
  7. Lama tak masak taufu ni... Campur dengam bak choi sedap gak...

    ReplyDelete
  8. Tak pernah buat lagi taufu telur ni. Nampak sedap .

    ReplyDelete